Pesanan Penaja

18 January 2011

diari ku sebagai buku 555


kata-kata semangat yang diremabt dari calender cik yatt tahun lepas, dengan harapan tiap kali bukak mata, akan dapat semangat...dengan harapan agar begitu

Diari yang aku beli dekat MPH dgn harga Ringgit Malaysia 11.90 dah jadi buku hutang, dan rasa sangat sedih..bukan di catat dengan aktiviti yang menarik..tapi penuh dengan contengan hutang-hutang..

16 January 2011

berjalan di tengah kota

yeah kita berjalan di tengah kota...
kita nak gi mana ni..
yeah kita gi MID VELLEY..
ayoo..tak ada duet boleh bejalan lagi ker...
kita teman orang je la..

3.00 pm gerak dari rumah menuju ke MID dengan tujuan teman cik akak sorang ni yang cari cover untuk camere baru nya..cari cover je ok..
tapi hasilnya..dia telah membawa balik sepasang kasut dan beg camere ok.
tapi tak pe..saya suka window shopping, hasil dari pengajaran dari bos saya..kini saya sudah jadi kalis shopping, dimana apa yang saya amalkan pegang, puji, cuba dan letak balik..cool kan (sesuai untuk yang kaki berjalan tapi tak ada duet)

apa yang best nya!!!
makan mee kari yang best sampai kuahnya boleh di hirup macam sup , dan minum air laici yg bewarna perang tapi rasa laici..lagi..lagi..tersesat dalam mencari kereta
padahal da dicatat dalam diari aka buku 555

lain kali buat apa yer?
gunakan kamera anda dengan sehabis baik, kadang-kadang kita tak perasan sekeliling kita kan...
kamere tu jangan simpan dalam beg ja, walaupon sebenranya kamere murah jer..

14 January 2011

anak kucing yang hilang arah

ni la binatang berbulu tu, tengah berbahagia di rumah mummy nyer sambil mengacau mummy nyer buat drawing (gambar cilok from facebook mummy kucing)
tegesa-gesa nk blik umah tadi tetiba ada seekor makhluk yang kecil dan berbulu lebat berlari-lari anak dekat tepi kaki saya..tapi dengan selumber buat tak tahu lagi, tapi tiba-tiba rasa gelabah kerana haiwan berbulu tersebut melintas jalan yang besar, dan lagi dasyat si haiwan berbulu tu lagi cepat sampai dari saya..
(ni kucing moden, lagi pakar dari ko nak melintas jalan ok)
dan si gelabah ini terus menalifon pengutip kucing-kucing jalanan..nasib baik la mummy kucing ni sudi nak ambik haiwan berbulu ni sebagai anak angkat..
dan si gelabah ni duduk la di tepi bus stop sambil tunggu mummy kucing datang jemput..
dan si gelabah terpaksa la memeluk haiwan berbulu ini sambil diperhatikan oleh manusia di sekeliling bus stop ( tak ada orang ke yang jatuh hati dengan kesucian hati kita..buat kerja tu sila ikhlas sikit ya)..dan si haiwan berbulu telah di transit di apartment sri melewar...kerana mummy kucing busy atas urusan kerja..

apa yang saya belajar::
1.kesian tuan kucing tu,hilang seekor kucing yang comel..kalau kucing tu boleh bagi tahu mana rumah tuan dia, saya akan hantar..

2.saya ditinggalkan bus oleh kerana seekor kucing dan telepas untuk menonton cerita Tiramisu..kadang-kadang kita perlu bekorban untuk kebahagiaan orang lain (a ce ceh ayat)

3. di muka bumi ni banyak orang baik lagi..contohnya si mummy kucing @ pengutip kucing..banyak kucing-kucing yang berdoa untuk kesejahtaraan dia..kucing ni kan binatang kesayangan nabi..kita buat baik sesama makhluk, makluk lain akan membalasnya.

4.tolong jangan dera kucing, bunuh kucing atau sakiti dia kerana saya pencinta kucing tegar..

dalam post ini juga saya merakamkan takziah kepada baby (kucing cik yatt) kerana kucing tersebut telah dimandulkan atas sebab-sebab kesihatan.dan saya amat tersentuh dengan sikap ikhlas,luhur dan murni cik yatt...harta boleh di cari, tapi hati yang suci sukar di cari (macam iklan sabun basuh pulak).

Nota kaki::sebenarnya rindu dengan tigger, bebel, gapi and anak yang tak bernama kat rumah tu..macam mana la depa2 semua...keletah dorang dengan menjahanamkan semua kotak2 yang ada kat rumah, dengan mencuri ikan kesukaan mak saya, tidur atas katil macam gaya seorang VVIP,keletah dorang sangat memenigkan kepala..tapi haiwan berbulu tu la yang jadi kawan mohd fahmi kat rumah tu..

12 January 2011

fobia ku dalam bahaya..

kenapa tetiba fobia ni..
sebenarnya tekejut dengan angka 25 tu..rasa baru semalam habis sekolah, masuk PLKN, Masuk UiTM dan konvo dan bekerja.pejam celik dah 8 tahun tak menyarung baju sekolah rupanya.
wahai kupu2 sedarlah anda sebenarnya sudah matang.
kenapa rasa macam ni?
rasa ketakutan sebab semua gmbar profile dekat FB kebanyakan gambar baby..
itu maknanya gambar anak dia..bukan anak sedara, bukan anak manakan atau anak ikan ok.
lepas tu kalau kalau bukan gambar dengan baby, gambar dengan pasangan sambil bepegang tangan..tapi perlu ditegaskan lagi dengan ikatan yang sah yer kawan-kawan..
lepas tu dekat status kebanyakan sudah tukar ke engaged atau married atau in relationship dan aku, malas la nak cakp..
dan rasa paling tension dimana ketiga-tiga kawan rapat ku bakal menamatkan zaman bujang tahun ini yer..ulangan!! bukan tahun depan..tahun INI..anda semua sangat kejam kerana berpakat untuk kahwin dalam tahun yang sama.

Apa perlu saya buat?
adakah saya perlu sabotaj diorang dengan menyorokkan baju kahwin diaorang, kalau tidak saya perlu belajar memasak sesuatu yang sedap sehingga menyebabkan saiz diorang berlebihan dan kene tundakan majlis perkahwinan..kamu tersangat kejam

jadi?
kita sebagai kawan yang sangat COOL..perlu tabah dan bagi kata-kata semangat contohnya, excited tengok bunga telur, sama-sama memikirkan tema perkahwinan, dan mintak cuti yang sama banyak dengan pengantin..huhuhuhu
dan..jangan lupa, takutkan diaorang dengan ayat ni " korang kene jage pengapit korang ni elok2, buatke ade sesiapa berkenan teros ajak pengapit ko ni kawen dulu pada korang, ha!! kan susah nak cari pengapit dah" sambil mata tu bolat konon-konon mengugut la tu..pastu sure dia akan jawab "kite cari lain"..hahaha padan muka ko..

nak bagi apa?
sebab rasanya terlampau banyak yang bakal kahwin tahun ni..jadi kita da decided nak bagi "KAsih Sayang" jer sebagai hadiah..kuikuikui (khedhekot betol) pening tu nak fikir hadiah..

rasa perlu bagi apa yer
1. pinggan mangkok, periuk belangga(da ramai bagi)
2. barang elektrik (lagi berkat pegantin cari sendiri, besar tu nak bungkus)
3. Percutian bulan madu ( sure la aku kene ikot sekali, rugi kalau tak ikut)
4. Buku ( kalau dorang tak baca rugi jer)

kan betol..lagi senang bagi kasih sayang je..

nota kaki::sebenarnya barang2 tu tak perlu.yan9 pentig kedatangan kita di majlis bahagia tersebut tu yang penting..

apa yang penting!!!Kasih sayang!!!apa yang penting!!!kasih sayang
(ayoo u da 25 tahun tapi masih tengok WONDERPET yer)

06 January 2011

happy besday adikku!!!

aku curik gambar ko kat fb ko..ni la adik aku..x hensem kan..dah la gemok..bulat je muke tu cam bola pinping (like sister like brother)
tengah busy2 pon sebok nak tulis gak..serius minggu lepas tersangat la busy..staff of the year (konon2) sebok sangat sampai tak ada masa nak balik rumah..tu la buat kerja last minute lagi..dan dalam sejarah tak TIDO untuk satu malam..
ok2 nk bagi tau kat satu dunia ni..4 january hari tu birthday my beloved adikku tecayang..actually semua adik kita, kita sayang..tapi yang ni adik paling poyo sikit..walaupon poyo tapi dia encem tau (wa promote adik sendiri tu)
dialah satu-satunya adik yang suka mintak kreadit dari saya, dan adik yang akak ni selalu mintak topupkan..terutama kalau urgent, bkn urgent gaduh nk pujuk bf yer tau coz si kakak single and available lagi tau..
buat adikku..
selamat hari jadi, semoga berbahagia hendaknya..
(macam skema je ayat tu!!!)
Nak ckp macam ni sebenarnya,
asraf,
aku tau ko budak pandai, ko anak yang baik tak selalu melawan kata-kata emak macam aku ni..aku sentiasa doakan ko dilimpahkan dengan kebahagiaan..walaupon ko masa kecik agak nakal..suka korek duet tabung ayah, dah ada makwe waktu kecik2. pernah jatuhkan tv kat rumah.tapi aku tahu ko budak baik, dan aku doakan ko akan jadi seorang lelaki yang bahagia sebab ada seorang akak yang cool macam aku ni..sorry la aku selalu selongkar wallet ko semata2 nk tengok gmbar awek ko..pesan aku, ko tak payah la nak becinta dulu..belajar pandai-pandai macam akak dgn abang lee (pandai la sangat kan) .ko da berjaya bederet wanita2 solehah tunggu ko..lagi satu aku nak pesan, ko jangan tinggal solat tau..ye khairul asraf yer..sebab itu pintu ka.ba.ra.kaf.alip.ta.nun (KEBERKATAN)..lagi satu ko jgn jadi plyboy tau..jgn sakiti hati perempuan lain..ko ader akak dan adik..dunia ni cash and carry..anda buat anda dapat..selamat beramal..renung-renungkan la..dan selamat berama

p/s: sangaat bangga saya ada adik yang bernama Khairul Asraf dan Muhamad Fahmi kalau di camtumkan = KHAIRUL FAHMI

03 January 2011

LU KENA BEB






Tengah selongkar lappy tadi tetiba ternampak satu forder ‘LU KENA BEB’, dan saya telah klik folder tersebut.Tau tak apa yang ada? Gambar and video waktu besday si katek..sapa si katek tu.
Katek 1
@ si kecik ainul, nampak jer kecik tapi bab buli orang sila serahkan pada dia.
Katek 2
@ si mamoth pee, dia sebenarnya kecik tapi sebab family nya yang lain kecik2 dia rasakan yang dia terlebih besar..ikhlas dari hati aku..KO DAH CUKUP COMEL la..jgn ada cobaan nak kecikkan badan lagi.

Dan kedua-dua katek ni, adalah bebudak yang baik, cute and cool

Perancangan telah lama dirancang, dimana waktu tersebut kebetulan saya dengan tarikh konvokesyen, dan si katek2 ni 2nd last sem. Macam mana saya terhabis awal, nanti saya cerita la. Dan perancang utama lu kena beb ni adalah:
1) sofeyanah komender!!! (kene jerit nama dengan kuat) @ piah : yang seorang ni bab nak kenakan orang memang ligat. Ader je akal dia.
2) Intan @ dayang nurfaezah (inilah penaja pengangkutan kami, pergi beli kek, bawak ke kolej delima) dan yang paling penting, ini lah pelakon yang penting dalam babak yg bakal terjadi nanti
3) Kak liza comel, dia selalu jadi mangsa si katek2 tu, dan dia tak mengsia-siakan peluang ini untuk membalas dendam pada katek2 tersebut.
4) Aku, pemangsa dan mangsa

Babak 1
Si piah telah menalifon ainul dengan alasan nk study di bilik diorang, padahal tu Cuma lakonan semata-mata untuk menjalankan siasatan sama ada dorang ada di bilik atau tak. Sebenarnya si katek2 ni telah pergi ke PKNS untuk shopping baju konvo salina. Jadi plan terpaksa di tukar.
Piah: ko g mane malam ni
Ainul: aku kt pkns ni, g beli kek besday untuk aku sendiri
Ayat yang paling sedih coz kt orang memang tak wish besday pon kat dia.

Babak 2
Intan call pee, dan bagi tahu aku masuk hospital sebab pengsan, dan dia dah ada on d way untuk ambik dua org katek ni.dan dengan tegesa-gesa depa bergegas pulang. Dah la waktu tu depa tengah syok shopping untuk org lain (dorang ni memang suka shopping barang tok org lain)

Babak 3
Tak tahu kita orang dah prepare tepung gandum untuk acara katek celup tepung. Tengah tunggu tu pulak kami diserang oleh haiwan yg bersayap dan berbontot tongek (nyamuk la tu) bukan senang nk kenakan org ni banyak halangan nya.

Babak 4.
Depa dah tiba dan kelam kabut turun tangga, dan sepantas kilat hujan tepung turun mencurah-curah , sebanarnya dorang pon terkejut, tak sangka yang ini sebenarnya surprise besday.

Babak terakhir
Aku terpaksa melayan bebelan bebudak lelaki kerana ainul telah terlepas cakap kt depa orang
“hang ni, bab sakit ang buat main2 no” Ok..ok..lepas ni x buat da..
Dan akhir cerita kami makan kek yang sedap dan adegan sapu2 krim pon terjadi la..
Dan dapatla satu resepi baru
‘katek celup tepung beserta krim blueberry cake’

Kronology wa kena beb:
part 3: kalau tak silap, depa ni dok sorokkan saya puya kasut, sampaikan kasut lina pon kene sorok, kesian linaa.
part 5: kene plak bulan puasa dan dorang suka plak beli air soya banyak2.dan akibatnya malam tersebut saya dengan rela hari pergi menyerah diri mandi air soya basi.dan baunya tersangat MELOYAKAN..tapi saya tidak berseorangan kerana saya cepat2 telah memeluk manje dan akibatnya manje terpaksa mandi jugak selepas itu
* part 1 dorang sangat mulus dan suci, x pandai nak kenakan orang ni.

The latest: dorang tak ada bersama saya,untuk membuli saya pada hari jadi, tapi cik ct (mu lovely house mate) telah pulang dari kampung dengan membawa balik sebijik cheese cake yang sangat sedap.
TQ untuk cik siti dan tunang nya.

Moral of the story:
Easy and simple, this is our memory…dan kalau anda duduk sorang-sorang anda akan teringat balik dan anda akan senyum sorang..
Macam saya sekarang ni =)
Powered By Blogger