Pesanan Penaja

31 December 2011

Good bye 2011, welcome 2012

fiyuu..sedar tak dah 2tahun aku dengan hidupsikupu2 @kupu2 terbang ni..mula-mula cadang nak tukar nama jugak..macam geli je kupu2 ni, then lepas tu tak terfikir nama yang sesuai lagi..saya seteruskan seperti sediakala..
sekarang ni 31.12.2011 iaitu birthday cik shida..dan bakal menjadi puan shida untuk tahun hadapan..satu hari tu dia buat ayat sedih pagi-pagi buta, tapi saya tak layankan sambil buat lawak bodoh, sebab kalau dilayan pasti ada cerita air mata di pagi hari..tapi sebenarnya kata-kata cik shida tu memang betul..saya cuba bayangkan hidup saya tanpa dia..mula-mula pn faz tukar kerja ke pahang, kemudian pn ct kahwin nasib baik masa tu cik shida ada..jadi saya cool..dan kali ini tiba-tiba saya macam tersedar kalau cik shida dah kahwin..saya macam sorang-sorang..tapi tak kan kita nak halang perkara yang baik pulak kan..itu tidak adil.. setiap orang ada kebahagiaan masing-masing..

Dugaan kewangan
Tahun ini tidak seteruk tahun lepas, masih boleh menyimpan.dan terus beringat sewaktu susah..dan saya sentiasa berdoa rezeki untuk saya sentiasa ada..

Dugaan dari segi mental..
memang sebenarnya agak berat dugaan dari segi emosi, ada kalanya rasa macam dah putus asa..tapi sebenarnya jawapan yang saya kene ambil adalah dengan terus bersabar..

dugaan dari segi fizikal
kenapa saya tak bole kawal lagi nafsu makan saya..bila anda sedar kebanyakan kain-kain anda tersa ketat..itu bermaksud anda dah terlalu gemok yer..

misi tahun depan..
Nak belajar lagi, bukan sambung belajar, saya dalam perancangan nak buat ijazah kedua dalam pengurusan sumber manusia, seperti perancangan awal, saya akan apply dalam bulan decenber dan kalau saya layak akan mendaftar pada Mac 2012. Tapi, kita hanya merancang, tapi ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk saya..maka atas sebab teknikal..saya tak hantar permohonan tersebut..

apa yang saya mahu tahun 2011, tapi saya tak dapat..
1. Laptop saya dah jahanam dan saya perlukan yang baru..tapi saya kene beringat..duet simpanan saya sewaktu masa kecemasan - ok, tak beli..tahan2..

2.saya nak handbeg baru, setiap tahun saya akan menjahanamkan handbeg saya..memang akan selalu putus, dan saya saya ptuskan nak beli yang berjenama..tapi adake yang berjenama harga RM 50 kebawah..anda memang kedekut..

3. Kamera polaroid-sampai dah mimpi-mimpi dah nak kan benda tu..tapi kalau beli benda tu, tapi tak ada duit nak makan.macam mana tu..

4. Jersey Malaysia colour kuning..bukan biru yer..memang dah teringin sangat, tapi masih tak ada masa nak pergi cari, sibuknya hidup saya..

Ha dah list dah tu.. sesiapa yang berniat nak bagi hadiah kat saya..jangan pening-pening..saya dah bagi barang-barang saya nak..

Apa yang manis tahun ni..
1. Kawan-kawan saya dah banyak bertukar status, ada banyak cerita manis-manis mereka..dan tahun depan..sehingga tarikh ini sampai bulan 5 dah ada kawan-kawan yang kahwin, so saya kene pospone 2013 la macam ni..
2. saya tak tahu apa yang merasuk jiwa dan sanubari saya, saya dah terlampau meminati bola sepak sekarang..terlalu minat..saya suka bola or suka orang main bola tu..saya pun tak tahu..tapi sebetulnya kemenangan harimau muda dalam sukan sea tahun ini macam megajar saya, jangan mengalah..terus berusaha..demi maruah kita..dan mission saya saya nak jadi pemain ke 12 (penyokong) untuk pasukan harimau melaya..

dan pesanan awal tahun..
selamatkan Harimau kita, jangan biarkan ia pupus..

Tak ada apa yang saya azamkan..saya nak hidup ang lebih baik dan saya nak jadi lebih tabah dan kuat dalam menempuh dugaan dari tahun sebelumnya..itu saja.

27 December 2011

saya dah penat...

saya dah terlalu penat..
saya dah terlalu penat memikirkan kerjaya ku..
saya dah terlalu penat memikirkan jalan hidupku..
saya dah terlalu penat masa hadapanku..

tapi

aku akan tetap berdoa agar akan ada satu kerjaya cerah untuk ku...
aku akan tetap berdoa agar jalan hidupku sentiasa berada di landasan yang betul..
aku akan tetap berdoa agar hati ini terus redha dengan masa hadapan yang aku bakal lalui..

ada satu masa kita rasa macam jiwa kita ni kosong, kita buka mata tak ada orang lain sekeliling kita, kita rasa sunyi, sepi..rasa keseorangan..

tapi sebenarnya...

kita tak keseorangan..
kita sentiasa ada DIA..yang terlalu menyanngi dia..

satu rasa kita rasa macam kita tak ada semangat..semangat itu bagai hilang..tapi tak apa kita boleh minta semangat kita kembali pada DIA..

apa sebab kita rasa kosong, sunyi dan tak ada semangat..

kadang-kadang kita terlupa akan DIA yang ada disamping kita..kadang kita alpa..dan kadang-kadang DIA nak uji kita..DIA nak kita faham erti hidup yang sebenar..erti kebahagian yang sebenar..erti pengorbanan yang sebenar.. erti kekuatan yang sebenar..

kadang-kadang dia uji hati kita dengan memalingkan perasaan kita, kita rasa dalam dilema..sebab DIA nak kita fikir adakah perasaan kita ini adalah betul.. kadang-kadang DIA detikkan hati kita..ada sebab di sebaliknya..

sebab itu kita jangan lupa akan DIA...

Note::: memang betul saat ini aku bagai tiada semamngat, tetlalu banyak yang aku fikir, terlalu banyak yang aku byangkan..aku terlalu takutkan masa hadapanku..aku terlalu takut anda ia tidak seperti di sangka..tapi kenapa aku nak pertikaikan nya andai itu telah jalanku..andai itu tercipta buatkan..aku akan cuba terus berdoa agar aku terus tabah dan redha dalam menempuh segala apa yang aku bakal lalui..aku sentiasa akan mohon kekuatan darinya...

05 December 2011

Oh OMBAK

hari ni ombak rindu pukul 7.30 malam..nak tengok ke tak..pastu cik shida jawab..boleh gak..kome ambik oak kat office...dengan semangat terus siapkan semua kerja-kerja sambil nyanyi lagu cinta muka buku..
then pukul 6.00 cik shida bagi tau dia tak boleh balik awal..rasa nak guling-guling kat office sebab tak dapat nak tengok aron aziz...dah la tadi tak dapat tengok ally dengan anak-anak rimau..rasa nak guling-guling je..takpe la kalau tak dapat tengok aron malam ni baca novel Ombak rindu pun okey la..(muka kecewa)
dan semangat tak pernah luntur..cepat-cepat naik bus lepas tu dalam hati siap marah lagi siapa yang terhegeh-hegeh naik bus tu..
sampai-sampai space U8 pukul betul-betul 7.30..dengan tak tahu kat mana panggung je..main redah ikut orang je..siap belari macam nak putus nafas dah..akhirnya berjaya untuk mendapatkan dua keping tiket OMBAK RINDU..dengan seat sebaris tu hanya kami berdua..rasa sangat romantik

HAHAHAHAHA.(ketawa belagak)padahal dalam panggung dah rasa macam nak semput sebab kita orang dah marathon tadi kan..

Aron aziz sangat comel bila dia kenyit mata..
lisa terlalu baik untuk jadi perempuan gedik..
maya pakai tudung herot-herot pon tetap cantik...

yang penting saya dah tengok..sapa-sapa nak tengok lagi sila ajak saya lagi..saya sudi..

tuhan tolong lembutkan hati dia..
untuk terima ku seadanya..
kerna ku tak sanggup..
kerna ku tak mampu..
hidup tanpa dia disisiku.

cerita ini antara cerita melayu yang terbaik..tak sia-sia habis 10 hinggit

03 December 2011

saya dalam dilema


pergi pesta buku kat karangkraft..
telah membeli empat buat buku..
balik rumah telah membelek keempat-empat buah buku..
tapi dalam dilema..mana nak baca dulu..semua macam best..
semua menarik..uish susahnye..
mana nak baca dulu..
entru ke empat dalam masa satu hari..
entry ini sangat tak berkualiti...

02 December 2011

Hari bengang saya..


senarai bengang saya :
1. ada orang tak tunanikan janji
2. kerja bertimbun last minute..
3. balik office lambat..
4. bas lambat..
5. tounch n g tak boleh guna la pulak..
6. kelaparan..kedai buger dah tutup
7. gi kedai, roti dah habis..

cerita bengang di hari Rabu..

K.A.W.A.N


apekebende kalau 3 bulan sekali jumpa ko panggil reunion..
dalam kamus hidup aku aku jumpa dengan kawan-kawan lama lebih dari 5 orang, outomatik aku akan istiharkanya sebagai reunion..
selepas empat tahun,
dapat kita lihat kematangan dalam hidup mereka..
masa abis setahun atau dua tahun habis belajar akan borak-borak pasal kerja...
tahun ketiga akan berborak pasal sesuatu yang berenjin..macam moto, kereta, motorbike..tapi lori tak ada lah..kadang-kadang soal kahwin diselitkan..
dan sekarang bila bertemu..
soal ekonomi jadi bualan, salute la..
dan masa ini aku dapat mengukur tahap kedewasaan mereka yang disaat 6 tahun lepas yang aku kenali berwajah seperti budak - budak sekolah yang skema..
aku rasa macam baru semalam je aku kenal mereka-mereka ni semua.
baru semalam rasanya kena hadap family camp yang pertama dalam hipup,
lepas tu kene bersama-sama uruskan sendiri
kemudian sama menjadi otai dan pergi family camp ala-ala VIP..
dan sekarang ada kalangan mereka-mereka di sisi aku yang menumpahkan usaha bakti mereka untuk UiTM, tahniah.
kadang-kadang kita terfikir kita tak gunakan apa yang belajar dulu sekarang ni,
tapi kita jangan lupa sebab 'KAYU' la kita telah cipta satu ikatan ukhwah antara kita..
sebab KAYU lah kita melangkah untuk jadi kita sekarang..
sebab KAYU lah kita jadi kita..
kalau aku kaya raya..
aku mahu bina satu mesin masa yang boleh kita pulang pada zaman dulu kala..
zaman tahun pertama mejejak kaki di UiTM,
pertama kali masuk dalam hutan UiTM,
kali pertama cik lin tunjuk daun pada kita,
kali pertama kita kenal bongkah-bongkah kayu,
kali pertama mendukung beg camping,
kali pertama memegang mesin kayu yang sangat besar,
kali pertama menghidupkan mesin pemotong kayu,
kali pertama belajar membuat kertas.
kali pertama membacuh simen dan semuanya kali pertama..
terlalu banyak kita belajar dan akhirnya kita melangkah keluar dan membawa haluan masing..
teruskan belajar dan terus bekerja..
dan kita makin jauh setelah ada kerjaya masing-masing..
masa setiap orang berbeza..
masa setiap orang bernilai..
dan setelah 6 tahun..
walaupun jauh jalan kita..
walaupun berbeza tanah rezeki kita..
walaupun berbeza masa kita..
tapi sedarlah kita tak pernah jauh sebab kita adalah K.A.W.A.N..
yang dalam hatinya sentiasa ada
'oh..dia kawan aku'

cerita dah basi anak-anak harimau..

entry paling lapuk di dunia..
cerita tiga minggu lepas kot..cerita sempena sukan sea..
nak ucapkan terima kasih TV3 sebab sudi sediakan rancangan paling laris di abad ini..boleh melawan kisah juvana dan cinta alesya..dan sebagai peminat tegar TV3 yang tak mampu untuk melanggan ASTRO, dan akhirnya tahun ini kami dapat melihat perlawanan bola dengan bewarna..excited sangat..
ia adalah cerita 'BOLA'
rentetan peristiwa..
masa ni dekat office, serius aku tak malu mengaku aku yang menjerit paling kuat kat office tu..sampai adik-adik praktikal tu pun excited tengok aku yang mejerit..tengok jam pkl 6.30..wa..tak boleh jadi ni..nak kene balik nanti bus tinggal..dalam hati tu memang bedoa agar anak-anak rimau ni menang..pastu sampai di bus stop, driver bus join sekali tengok bola..wa..jeles2..
then lepas tu tv3 dah ada sediakan siaran langsung kat tv3 dah..kalau tak silap hari ahad kot, pkl 5 ptg..nak tido sanggup kunci jam..takut terlepas..dan anak-anak rimau tu manang lagi..
lepas tu kalau tak silap malam pulak..yang ni masa lawan indonesia..teringat ketika borak dengan cik shida..
shida: rasa-rasa oak boleh menang tak
aku: koi rasa macam susoh je nok menang
tapi terbukti anak-anak rimau tu tetap dah menang..then dapat ke separuh akhir..
masa separuh akhir, sanggup kunci jam nak tengok bola sebab takut tertidor kan..sangggup lawan mata yang mengantuk semata-mata nak tengok anak-anak rimau ni main..dan alhamdullillah..anak rimau telah menang sekali lagi..
dan..
anak rimau telah ke final...
masa ni aku penah cakap kat shida, kalau dorang kalah pun tak ape..aku redha..dah sampai final dah..kira bagus..
tapi sepanjang 90 minit pertama, jantung aku sentiasa berdebar, macam dating pertama kali (tapi tak penah pon, propa je)mulut tu sentiasa berdoa..bagilah dorang menang..first gol yang indonesia berjaya masukkan..serius aku rasa, aku rehda kalau malaysia dah kalah..dan tetiba satu gol yang penuh dramatik dari Malaysia..aku rasa macam tak percaya..aku tampar muka aku..betolla dah gol..dan sampai lah gol-gol yang dikatakan outside..tapi sampai sekarang aku tak faham..outside tu macam mana..then masa tambahan 15 minit..hati aku sampai terdetik..cukup-cukup lah tu...kesian dorang dah penat sangat...lepas tu 15 minit masa tambahan kedua...aku tengok shida dah tidor..aku tetap semangat memekak sampai budak kat rumah ni pun dah lari keluar dengar suara aku yang macam speaker pecah ni.aku bersyukur sebab penentuan dari sepakan panalti..setiap kali malaysia yang buat sepakan..aku pejam mata moga-moga bola tu bolos..then masa indonesia sepak aku bukak mata luas-luar sambil berdoa, bola tu tak bolos..dan saat yang paling menjadi fenomena apabila untuk sepakan yang terakhir, pakcik-pakcik dan abang-abang kat bawah ni sama-sama menjerit nama apek! apek!apek! dengan berharap agar apek dengar dan penuh mendapat semangat dari sahutan seluruh rakyat malaysia dan malas la cerita..anda tahu apa pengakhiran setelah 120minit. dan di tiba-tiba cik shida bangun..dan tanye dah menang ke, macam mana boleh menang.aku tak tahu nak cerita macam mana, tapi tetiba dia bertanya "Kenapa oak menangis" lepas tu aku jawab "terharu..kita dah menang" dan esoknya selepas setahun aku telah membeli surat khabar kembali setelah kali terakhir aku beli sewaktu harimau melaya menang piala suzuki.aku seorang yang tidak menyokong industri surat khabar di malaysia.then selepas itu anak-anak rimau ni ada pulak pelawanan untuk kelayakan untuk pra olimpik.aku yang hanya duduk di rumah ni pun dah letih nak bersorak.ini kan pulak dorang yang main tengah padang..macam mana?? kali ni, aku terpaksa berusaha keras untuk mencari siaran TV 1 dengan sabar, dan aku melihat bola sambil terbaring dan berkelubung di dalam selimut yang sangat tebal..dan anak-anak rimau yang keletihan..tewas..dalam hati berkata..takpe dorang penat sangat tu..then hari ahad, dengan penuh kesabaran, mencari siaran untuk tv1..dan bermulalah perlawanan dan malas lah nak cerita..anak-anak harimau ni kalah lagi..tapi serius kali ni aku tetap tak terima hakikat kita dah kalah..aku tido..tak nak fikir..tapi aku tetap teringat..kenapa kita kalah..kekecewaan aku sama macam terengganu kalah dengan negeri sembilan..kenapa terengganu kalah.aku sokong terengganu sebab bendera sama warna dengan bendere pahang je..tapi aku tetap kecewa..then tiba-tiba aku berfikir HERO MEMANG KALAH DULU..dan aku telah terima hakikat walaupun pun HARIMAU MUDA tewas tapi aku akan tetap jadi peminat harimau walaupun aku sebenarnya tak tahu peraturan permainan bola sepak..
sekarang aku mula mengenali apa tu bola sepak..bak kata orang-orang tua..tak kenal maka tak cinta..dengan setiap kali membuka FB aku membelek page-page yang berkaitan dengan bola sepak, membuka surat khabar dari halaman belakang untuk mengetahui berita-berita sukan, dan menjadikan lagu-lagu bola sebagai lagu kegemaran ku..

dan aku rasa..

bola ini yang menyatukan kita, bola ini yang mendekatkan kita, bola ini yang membawa kita erti perjuangan dan pengorbanan, bola ini yang mengajar erti kehidupan..dan hidup pun macam bola jugak..kita berusaha untuk mengejar matlamat tapi satu masa kita harus lepaskan dan sempurnakan matlamat itu dan kadang kala kita perlu berikan pada orang lain untuk sempurnakan nya..kadang-kadangkita tak boleh berseorangan untuk capai matlamat itu..kita perlukan orang-orang sekeliling kerana banyak lagi halangan yang boleh menghancurkan matlamat kita..dan ingat selagi belum wisel penamat dibunyikan tiada istilah kita dah menang..pelawanan tetap hingga ke akhir dan jangan pernah mengalah..dan jangan salahkan orang lain sebab matlamat kita musnah ditengah jalan..insyaallah, ALLAH mahu anugerahkan satu matlamat yang lebih bagus untuk disempurnakan..kita tak tahu..tapi ALLAH MAHA MENGETAHUI..

fuhh dah habis cerita anak rimau untuk bulan ni..inilah entry yang paling panjang sekali kot...kalau tak snggup baca jangan klik..nanti anda akan bosan sebab cerita-cerita bosan kak tipah nie..

Nota kaki: setelah seminggu ni hidangkan dengan perlawanan bola sepak, pada satu malam aku nak tidur, dan macam biasa la cuti-cuti sekolah ni budak-budak ramai main kat bawah tetibe aku dengar, "FAKRI boleh tak ko lari laju sikit" lepas tu "FAHMI ko jaga la bola tu elok-elok" lagi satu "NAZMI, lari laju2" ku tampar muka aku lagi..akum mimpike..aku tengok kat bawah..dorang tengah main bola rouders (entah betol tal ejaan) @ bola lisut..agaknya yang dibawah tu the next generation anak-anak harimau.

harapan::berharap..adalah lah anak-anak rimau yang sesat sudi baca entry kakak yang melalut ni..kalau bapak harimau baca pun lagi okey (sambil buat muka berharap puss in boots)bacala..bacala..bacala


note: oak tu adalah loghat pahang sebagai kata ganti awak..harap maklum..
Powered By Blogger