Pesanan Penaja

28 March 2012

Diam-Diam Rabu a.k.a. Wordless Wednesday

" Jodoh itu rahsia dan janji ALLAH, Datang tanpa di undang pergi tanpa disangka, kita sebagai manusia jangan sentiasa bertanya dan tertanya..sebab hanya ALLAH yang tahu jawapanya.. Kita sebagai manusia hanya perlu bersedia"

sapa lelaki-lelaki macho berani nak kawen nanti pakai baju pink dengan biru..meh masuk meminang...ok!! melawak je..

27 March 2012

Tak tahu nak letak tajuk apa?

Assalamualaikum..

Bismillahirahmanirahim..

Ok..sekarang jam 11.02 pagi..saya bagi masa 20 minit untuk diri aku menulis..kalau tak siap simpan dalam draft..

Tak ada sesuatu yang penting untuk dicerita. Cuma, tangan ini dikala waktu ini macam lincah untuk menari di atas papan kekunci ini.(ayat mana aku cilop pun tak tahu)

Tiba-tiba rasa hati ini seakan mahu berbicara melontarkan segala rasa dari jiwa..

seakan rasa blog ini tidak diupdate selama 3 hari..jadi sebagai seorang tuan punya blog yang sangat baik hati akan diupdate..padahal aku tak tahu siapa yang sudi menjengah..

tapi apa yang sebenarnya nak di tulis ni....

well aku pun tak tahu...

awal tahun haritu aku ada listkan wishlist aku, dan aku dah cerita wishlist aku dah tercapai 2..
dan hari ini telah tercapai lagi ..
Dengan hasil titik peluh duit gajiku..aku telah dapat memiliki satu kamere polaroid..alhamdullillah
memang orang cakap filem dia mahal la..rugi la..tapi bagi aku gambar yang keluar tu aku suka nak buat sebagai koleksi..
sebab sekarang zaman canggih ambil gambar simpan dalam bentuk soft copy..jadi sentimental value untuk sesuatu gambar tu dah kurang..aku tak boleh nak sentuh dah..nak hantar kedai untuk cuci memang tak la serajin itu kot..

mana aku dapat kamere colour pink tu.. sila taip shafawatiblog.blogspot mesti jumpa..dan setelah survey harga yang ditawarkan adalah sangat flaxible..rajin jawab soalan apa kita tanya..penghantaran pun ok..cuma tadi agak terkalut sikit sebab first time beli barang macam tu kot..macam-macam pikir..takut posmen tak jumpa jalan la..posmen tersesat la..posmen kene rompak la.

Hari ini aku telah memberi arahan pada rakan-rakan office ku jangan rapatkan pintu..nanti posmen datang tak dapat masuk..sebelum ni asyik membebel macam mak nenek kalau pintu tak rapat..

ok masa dah tamat..nak tido besok kene bangun awal ada workshop kat office..kan best kalau ada student praktikal pempuan sekarang ni..boleh buli suruh basuh pinggan..(niat tak baiK)

tetiba terindu kat dorang terutama akmalina dgn farah..yang lain pun rindu gak ok..tak mo jeles-jeles ok..




25 March 2012

Biskut Cap ping pong cicah teh o panas!!

Assalamualaikum

Dah lama janji nak tulis pasal ni..tapi kalau dah start nak tulis tu macam-macam gangguan yang datang..ngantok la..intenet lembab la..otak jem la..kuku patah la (ok..tipu je..itu semua alasan)..
Percubaan pertama untuk menulis pada jam 1:50 pagi..ternyata hanya mampu menulis sebanyak dua baris ayat..mata bagai dah terkena gam jadi off laptop dan tidor.

Cubaan kedua untuk menulis..jam 3:12 petang..
Okeh!! berbalik pada cerita asal..tajuk macam nak memfamouskan biskut hup seng je kan..
tak la promote pon, bukan dapat komisyen pastu dapat beli vios sebiji pun kan..
sebab inilah kudap-kudapan sewaktu zaman belajar dulu, kini dan selamanya..
dan sehingga sekarang kalau aku gi kedai mini market kat bawah ni kalau nampak biskut tu mesti dalam hati ni..akan terdetik..rindu dan lapar~~

Masa belajar kat UiTM jengka..kampusnya bukan besar mana pun..kalau duduk kolej tu kelas jam 8:00 pagi..7:45 pg boleh lagi mandi kan..kalau kat Kampus induk angpa buat la macam tu..sure korang kene halau balik..lecture korang suruh masuk kelas next sem ja..

kelas paling lewat pun habis jam 5..kalau rajin singgah kat cafe cari kopok or goreng pisang untuk buat alas-alas perut sebelum makan malam..jadi sapa yang kenal aku tu tahu la napa aku secara pemerhatian mata kasar macam ni..

Kehidupan kolej masa di cawangan dan campus induk sangat lain..masa di jengka..korang akan kenal jiran sebelah kiri kanan dan depan..belakang tak ada jiran ye..belakang ada pakcik yang jual sate kat balkoni pukul 2 pagi..kalau korang teringin nak makan boleh beli..silakan..

Bilik-bilik sigadis kayu ni memang telah di aturkan dekat-dekat je..dalam 4 bilik macam tu..jadi satu bilik tu akan jadi bilik tempat bekumpul..bukan bekumpul waktu kebakaran ye..tapi bilik santai....bilik dorang pulak depan bilik aku jadi nak memudahkan sesi melawat..kami akan menyusun selipar untuk dijadikan jambatan untuk kebilik hadapan..dan tekinjit-kinjit jalan

sebagai tuan bilik yang baik tuan rumah akan sediakan air untuk tetamu, maka biskut cap ping pong ngan air teh o panas la yang mereka sajikan..dan kopok yang beli masa di cafe pon dikongsi la sekali..

dan menu tersebut telah menjadi ikutan sehingga kami membawa menu tersebut sewaktu camping..tengah lepak-lepak lepas masak air panas dalam periuk..pastu letak teh biar kembang..pastu letak gula..kurangkan gula dalam minuman , tambahkan manis dalam senyuman ye.. lepas tu bahagi-bahagikan mengikut ahli kemah..pastu cicah dengan biskut cap ping pong..tepi pantai..pulak tu..syok abis..

memang menu tu nampak macam biasa je kan..tapi menu tu la dari dulu hingga sekarang kita dok hadapkan..saat besama-sama duduk tu kadang-kadang buat mini cinema..tengok cite sama-sama...kalau esok hari cuti, petang ni dah rancang nak tengok cerita apa..sapa si supplier cite-cite ni..si teruna-teruna kayu la..waktu itu nak online bukan senang, facebook pun tak ada lagi..nak bukak friendster pun kat sesetengah lab komputer je yang boleh..boleh dikatakan agak buta it kot...

korang teringat tak waktu-waktu lapang kalau beli makanan bungkus..kita duduk sekali makan reramai..kalau ada bebudak lelaki yang keluar gi pasar tani kita siap pesan kuew tiaw sekali..pastu makan sekali..pastu kalau hari rabu ada pasar kat dalam uitm..kita selalu beli nasi kerabu dgn ayam masak merah.. sebenarnya masa zaman diploma la aku kenal apa itu nasi kerabu..pastu makan sekali..

Kalau time tengok movie berjemaah tu siap tutup lampu budget-budget boleh rasa-rasa macam tengok wayang kat TGV la..aku teringat masa tengok jangan pandang belakang..aku paling excited tengok...tak tutup mata pun boleh..pastu malamnya aku tak boleh tido sebab aku teringat scene yang seram tu..nasib baik ada housemate yang sangat memahami..dia bagi bukak lampu.. tu belum lagi maraton tengok cerita korea bersiri lagi..mana aku tengok full episode full house ke my girl ke..memang kalau bukak tu aku yg paling excited nak tengok tapi 30 minit lepas tu aku tido...huh~~ sebab aku minat takuya kimura (tapi jijah asyik sebut takuya kitakamura) aku telah tengok full episode cerita engine dengan habis..tapi yang tak percaya tu..aku tengok cerita tersebut dengan keadaaan bisu..sebab aku dah ter remove sound kat pc aku..

Cuma sampai sekarang aku tertanya kenapa biskut tu nama cap ping pong..bukan cap takraw ke..bukan cap badminton ke..bukan cap bola sepak ke..

pastu aku cuba tukar biskut marie cicah dengan teh o panas..tak sedap rasa macam kertas pasir..(ok aku tipu lagi)..tak sesedap biskut cap ping pon la..

kadang-kadang aku terfikir apa aku tulis ni ada org baca tak..ke aku syok sendiri..

pastu aku jawab..dah blog engkau suka hatila nak syok sendiri..

orang nak baca ke..tak nak baca ke..aku tetap nak taip gak!!!!

tak kire..nak tulis gak..tulis gak..

19 March 2012

PLKN part 1..

Assalamualaikum..

sekarang 11.40 malam...dalam masa 20 minit lagi waktu tempatan aku kene tidur..sebab nak kekal 'Beuty' la konon-kononye..sebenarnya tidur yang cukup mampu membuatkan kita nampak lebih berseri, bertenaga dan lebih confident..(ye la tu..layankan~~)

malam-malam ni tiba-tiba je memori terbuai masa waktu-waktu PLKN, first batch 2004, intake ke-2..Kem Sg Semuji Gambang dan Universiti Malaya, kolej ke-7 (kolej za'ba)..sapa yang kenal aku..angkat tangan!!!!

Mula-mula 'check' list nama..'Kome' the gang nama aku je yang sangkut..hak lain tu tak ada pun..dalam hati ni tefikir kenapa nama aku sorang dok lekat ni..x aci..x aci..aku tak abis belajar lagi nak jahit baju ni..(waktu lepas abis SPM, aku ingat nak belajar repair komputer, tapi atas nasihat timbalan menteri a.K.a emak..dia suruh aku belajar menjahit, walaupu saat itu aku dah pandai jahit baju sendiri walaupun tak sekemas mana kan..aku sebagai anak yang patuh (tak payah nak poyo) ikutkan je..)

lepas check nama tu, senarai nama bebudk PLKN ni akan keluar dalam surat khabar, ini bukti yang nama aku ada masuk dalam peper gak tau..(huh~~belagak), aku tengok-tengok budak SMKSB cuma ada beberapa orang je..luluh hati nak pegi..

Hari yang di nanti, aku nak jadi seorang yang independent itu nekad aku..selama 18 tahun aku tak pernah berpisah lama dengan family..basuh baju pakai mesin..makan mak masak...pusing depan belakang adik-adik sendiri.. tetiba satu saat aku kene berpisah selama 3 bulan..dengan aku tak kenal sesiapa pun..aku tahu aku tak setabah mana..aku rembat kain batik mak aku..sebab aku rasa kain tu ada bau dia..kalau aku rindu aku peluk la kain tu..sampai sekarang kalau tak silap kain tu ada ngan aku..

Akhirnya, masanya tiba jua... aku daftar diri naik bus..pastu ada seorang girl ni datang duduk sebelah aku..mata di cepet-cepet..muka dia senyum je..dia bagi tahu nama dia akma..dia yang banyak cakap dengan aku. Mungkin dia nampak aku macam tak pandai bergaul..jadi dia yang banyak start borak-borak dengan aku.. dan aku terharu 'Kome' the gang datang siap bawak hadiah lagi..terharu lagi dorang bagi sabun lux..dengan tettttt..malu la nak cerita..

Sepanjang pejalanan, akma yang banyak cakap..dia ni kalau pikir-pikir balik macam cik piah tora..a ah la..baru aku perasan..sampai kat camp, beg kami digeledah..check la, takut bawak senjata merbahaya..pastu beratur ambik baju, but yang seberat 2 kilo, setokin, tuala, seluar track, baju t-shirt, mewah la..dalam 4 pasang kot..tudung pun orang sponser..tudung masa tu colour hitam lagi..siap ada butang lagi tak payah bak pakai kerongsang..

Ok stop dah pukul 12.00..nanti kita cerita lagi..

sebenarnya nak cerita, tahun lepas aku berpeluang untuk jadi jurulatih khas untuk seminggu PLKN ni..aku dah ikut join kursus dah, tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan aku tak dapat join..aku punye la excited nak join..sampai tiap-tiap malam aku practice jadi cikgu..tapi tak ada rezeki, betapa excited aku nak gambarkan aku bakal jejak kem PLKN semula selepas hampi 5 or 6 tahun aku tak jejak biarla bukan kem yang sama. tapi aku nak nostalgia PLKN aku kembali..dan sekarang kalau ada peluang pun maybe dah susah la..sebab bos aku tak akan bagi cuti seminggu terus macam dahulu kala dah..

Untuk akma, aku ada no tel rumah ang ja.. tu pun aku tak cuba telefon pon.. aku ingat masa kat UM ko MC dekat 2 minggu sebab ko kene apendics (betul ke aku eje ni.)..aku tak tau ko kene operate.. lepas ko datang balik baru ko cerita kan..ko kat mana sekarang..ko ugut aku kalau aku tak contact ko..ko nak suruh aku turun 5...nanti kalau kita berpeluang nak jumpa aku redha je kalau ko nak denda aku...kalau ko terbaca dan ko terasa ko lah akma yang aku cari..dan kenal dengan fatihah samsudin..budak itam yang gemuk sewaktu plkn ni..ko cepuk la aku..sebab ko kawan pertama aku dalam PLKN..

akma where are u...cemana nak cari orang terpisah ni kalau gambar pun tak ada..

part 2 : akan disambung insyaallah...

16 March 2012

ok..sudah ketemu..

first of all nak cakap maaf sangat-sangat sebab ketinggian lukisan sangat tak relevan
sebenarnya..

Aku tinggi sikit dari mufid..ainul pendek sikit dari mufid..tapi mufid nampak lagi pendek dari ainul

warna baju lupa dah colour apa..tapi aku ingat pakai jubah dari MOSHIMOSH..

pastu baju pie kalau tak silap colour putih, tapi sedap sangat nak mewarna aku colourkan warna merah..hakhak

pastu ex advisor aku untuk thesis diploma pun ada sekali,

sopi sorry, aku tau time tu toto baru lps trim rambut dia, tapi aku lukis rambut dia serabai balik..alamak baru aku perasan tangan toto aku lupa nak lukis..

ainul sebenarnya tak ada masa 'soto' sampai..tapi tak nak kecikkan hati ainul aku lukis kan gak..

dah la lukisan nampak statik je, terbukti tangan aku tak di takdirkan untuk melukis.

masa balik lepas jumpa mereka aku terfikir kenapa la tadi tak terfikir nak tangkap gambar kenagan kan..

ohh..baru aku ingat aku segaja tinggalkan camere kat rumah tadi, kalau guna camera tepon kang setakat 2 mega pixel ni nampak apa je..







Link

14 March 2012

Pentingnya sebuah organisasi keluarga

peringatan: entry ini sangat panjang dan ditulis ketika mengantuk, sorry jika ada sebarang ejaan, ayat atau kosa kata yang salah..

Tajuk macam nak buat esei SPM je..ini la gambar keluarga saya..versi ilustration..
versi real ni punye kat sebelah kanan anda tu..muka 'copy paste' semua ye

ayah : selain sebagai ketua keluarga dan beliau adalah seorang yang sangat penting dalam
menurunkan tanda tangan untuk report kad dan borang kebenaran, ada sekali tu masa sekolah menengah, cikgu umumkan sesiapa nak pergi ikut kem AADK, kalau tak silap di Tekam Plantation resort dan masa zaman sekolah aku ni hanya macam rakyat jelata yang biasa lepas tu naik pangkat sikit sewaktu tingkatan 4 jadi hulubalang sekolah ( pengawas da) sebab ramai pengawas yang dah dah tukar sekolah, atas sebab tak ada pilihan lain jadi saya pun terpilihla..al-kisahnya.. ok..berbalik cerita asal..atas sebab salah seorang peserta tak dapat turut serta, cikgu 'offer' tempat tu pada pelajar lain..dan aku ni memang suka menawarkan diri tanpa berfikir panjang..dan dengan kelam kabutnya aku dibenarkan balik awal untuk mengemas barang dan cikgu bagi satu surat untuk borang kebenaran..dan ayah aku telah sign di bahagian PENGETUA..
aku ingat lepas ini ayah aku akan berhati-hati masa nak sign surat tapi masa hantar adik aku masuk sekolah asrama penuh, ayah aku sekali lagi telah tersalah 'Sign' di bahagian pengetua juga.. ayah rabun jauh..jadi mungkin dia tak perasan yang dia telah tersalah..ayah renjer perhilitan..tapi masa kecik-kecik dulu aku selalu bayangkan ayah aku seorang 'Power rengers' colour apa..aku tak tahu..

Emak:: sebab ayah power rengers, jadi dia selalu keluar untuk membasmi raksasa-raksasa liar dalam hutan tu, macam harimau, gajah, rusa, dan macam-macam lagi ( kanak-kanak dibawah 13 tahun memelukan bimbingan sewaktu membaca blog aku ni, nanti dorang tak kenal mana satu haiwan, mana satu raksasa). Kadang-kadang ayah keluar sampai 2 hari dan kadang-kadang 2 minggu, jadi mak la yang selalu ada, dah la anak bederet-deret lepas tu nakal-nakal pulak tu.
Mak ni kira macam timbalan perdana menteri la..sebab kalau mintak sesuatu ngan mak, mak akan usulkan kat ayah, pastu masuk dewan untuk bersidang la..nanti keputusan akan keluar samada lulus atau tak diluluskan.Keluarga kami bukan senang, anak 6 duduk pulak kat bandaraya temerloh tu..kami diajar untuk dapatkan sesuatu mesti berusaha, ingat lagi masa form 3 aku nak beli buku latihan untuk PMR, tanah kat quaters tu banyak terbiar dan hobi mak dan ayah saya bercucuk tanam..bukan bercucuk tanam dalam facebook tau..jadi ada la pisang dalam setandan dua..jadi mak buatkan kerepek dan aku akan jual kat sekolah...duit hasil jualan mak saya tak ambik dia suruh saya beli buku latihan..sampai sekarang saya ingat..dan lepas cukup duit beli buku latihan saya teruskan buat peniaggaan tu dan cikgu tak pernah tahu..kreatif tak mak saya..dan saya sedar mak saya adalah insan yang yang pertama sedar saya minat menulis, sebab dia jumpa buku yang saya tulis pasal keluarga saya dan saya tulis mak saya garang..huh~~

adik 1: Dulu aku cukup anti dengan dia ni, sebab masa aku kecik aku ada banyak mainan tapi lepas dia muncul semua mainan jadi jahanam, dari kecik dia sudah menunjukkan kebolehan untuk memperbaiki satu barang, pernah waktu dia bayi lagi, aku ingat aku pernah tolak dia jatuh kerusi lepas tu aku buat muka tak bersalah "akak tak buat apa-apa pun"..syukurla dia hidup lagi sampai sekarang boleh juga aku menumpang balik kampung..

adik 2: dia ni banyak keletah, dari kecik dah teserlah peragai mat romeo nye, dia yang paling teruk pelatnye..asyik cakap alik apong..alik apong..alik apong je..dah mempunyai awek sewaktu berumur 4 tahun lagi..dan lagi satu aku perasan..budak-budak suka dengan dia..walaupun masa tu dia buat muka poyo dia tu..

adik 3 : satu-satunya adik perempuan aku..dulu tak rapat sebab aku kuat jeles..manja sangat macam perca buruk..tau la muka tu comel macam mix..sebab masa mak aku ngandungkan dia ni, ayah aku kene buat kerje dengan sorang minah saleh ni, kalau tak silap namanya jane..jadi agaknya terkene kenan minah saleh tu, lahir-lahir ko terus rambut perang muka macam orang putih..nasib baik ayah buat keje dengan orang putih, kalau dengan negro rupa raihana umbrella ko dik..tapi sekarang dah oke dah, dia la yang selalu merembat baju aku yang tak muat tu..tak la membazir kan..

adik 4: dia ni dari lebih sikit dari orang lain, lebih aktif, lebih pandai, lebih cergas, lebih nakal dan lebih sakit..
masa form 1 dah start duduk asrama, nasib baik dia ni jenis boleh survive..sekarang dah form 4 dah..aku janji nak bagi dia hadiah sebab dapat 7A waktu PMR hari tu..sampai sekarang tak ada-ada lagi hadiahnya..aku buntu..nak bagi apa ni...

adik 5: paling manje..kadang-kandang paling mengada..kalau belajar dengan aku tak sah kalau tak menangis..aku garang tau..mainan kesukaan si anak kucing tu..mulut dia ni kadang-kadang macam bom..menusuk ke kalbu..pernah sekali tu aku betekak dengan dia, Dia nak gi sekolah tapi seluarnya kotor sikit pastu aku cakap la
aku: "ami buat apa hensem-hensem, bukan ada orang nak pun"
ami: "akak ni sebuk je..awok tu ada pakwe tak"
aku: diam "ada"
ami: "kalau ada, gi kawen la"
huh~~pastu aku kene gelak dengan adik-adik aku yang lain..

selain ayah, emak dan adik kuasa 5..
ada lagi penghuni tetap kat rumah ni..dulu masa duduk Temerloh, kucing masuk rumah siap kene rembatan kencang lagi, kucing tak merasa la nak duduk-duduk begesel atas karpet mak tu..kucing gesel-gesel tepi kaki siap kene kuis lagi..sebab kebosanan yang melampau, ada seekor kucing sesat dan mak aku start bagi makan..sekarang dah ada 5 ekor dah kat rumah tu.

kucing 1: kira kucing paling senior, mak dan nenek pada kucing-kucing lain..keje dia beranak, aleh anak, pastu anak tu mati..kebolehan dia mengejut orang bangun, selagi tak bangun dia membebel sebab tu kami bagi nama bebe

kucing 2: anak bebe, sebab ekor panjang jadi kami panggil panjang la..dulu masa kecik-kecik bukan main manje je..dah tua-tua ni, tak boleh bawak begurau terus nak marah..huh~~tak suka..kelebihan hanya mampu memanjat tingkap rumah je..

kucing 3: sebab ekor pendek..jadi panggil apa..pennndeekkk..ini kucing paling redha..buat la apa-apa pun..redha je..dia ni mata sepet ala-ala korea sikit..kalau orang besila tu cepat je nak naik atas riba orang..jentik telinge kang..

kucing 4: kucing betina selain pada bebe..kucing muda lagi..tak banyak songeh sangat..dengar kata baik..

kucing 5: anak kucing..paling ngade..makan tak ada orang kacau..makan makanan beli..halau keluar dengan rotan dia pandang sebelah mata je..mana tempat boleh tido dia tido..dengil pulak tu..

satu persamaan dorang ni..suka cakar tepi kotak..habis jahanam kotak tu..

mereka ini la yang melengkapkan saya..

dan saya nak cakap saya sayang mereka semua..


All in One

Apa dia all in 1 ni..

wahh..aku perasan dah blog list aku dah cecah 13 blog da..

hoyeh..hoyeh..segmen pesanan penaja..hari ni aku nak review setiap blog yang ada dalm list aku..

1st: Blog kawan-kawan masa diploma..
orang pertama yang aku kongsi blog aku selepas setahun blog aku wujud, biasa la mula-mula kita ni kurang berkeyakinan je nak berblog ni kan..ini blog amy , selapas amy besalin hari tu dia jarang sangat nak tulis entry, dan aku sms dia
"woit, bila nak buat entry baru, ko punyer blog dah berkulat dah" dan selepas itu dia dah buat
entry baru...hoyeh
ini blog lina, dia start menulis setelah tengok aku ada blog sendiri, dan selepas aku share cerita-cerita sewaktu zaman diploma dulu, dan sekarang dia menulis, jadi aku akan terus bagi semangat kat dia agar terus menulis..dan kalau setahun dia tak update blog dia..aku nak hantar sms 'lina, ko punyer blog dah merajok sebab ko jarang jenguk dia" ha ha hahhh

2nd : blog ex officemate
mula-mula kami kongsi blog yang bermanafaat bersama-sama, kemudian dia pun cakap dia ada blog lepas tu kami pun share-share la blog masing-masing, dan tiap kali ada blog best kami akan kongsi..ini blog kak atie , dia rajin update blog gak, jadi aku tak yah bagi sms suruh dia update blog dia..heee
ini blog yatie, dia start berblog ni masa nak masuk satu pertandingan kalau tak silap..lepas tu dia terus berblog tapi sebab dia ni seorang gadis yang busy jadi kadang-kadang setahun 3 kali je dia update..dan aku akan sms dia.."bila nak update blog ni"

selain dari blog rakan-rakan, dalam list blog aku ni ada juga aku selitkan blog-blog yang boleh ingatkan aku, aku ni iman sekangkang kere je (tiru ayat en zack zuhairi, sapa dia ni? jap lagi aku cite) pastu blog tu aku bolehla kongsi-kongsi dengan rakan-rakan sekalian..jadi kita kongsi sesuatu yang baik-baik kan..tak minat cheq nak share blog gosip-gosip ni..nanti dosa pun kene share2 gak..share pahala aku nak ( peringatan::dosa pahala, kita tiada hak nak tentukan)

ini blog-blog yang selalu ingatkan aku pada yang satu..
1.http://sisfaeez.blogspot.com/ baru je follow 2 hari lepas..yang ini pun share-share dengan kak ati..
2.http://www.serikandiku.com/ blog kak elis, bukan setakat kongsi ilmu agama je, tapi kadang-kadang memberi motivasi pada aku..aku suka follow blog dia..
3.http://sebarkanbahagia.blogspot.com/ yang ni pun bagus gak..
4.http://faizalondon.blogspot.com/ blog kawan kak ati..best..tengok pengalaman orang belajar luar negarakan
5.http://farahinlee.blogspot.com/ yang ni pun best..sapa tak kenal dia ni kan..cerita pasal lili dia sangat comel

kadang-kadang nak hilangkan tension, jadi disini adala satu dua blog yang boleh hilangkan stress anda ..bukan setakat hilangkan tension buatkan aku jadi macam kurang normal pun boleh gak..
1.sila taip kumbang jingga .. aku suka layan blog en kumbang sebab bahasa dia sopan sikit, kadang-kadang aku elakkan baca blog ni di pejabat sebab akan menyebabkan aku senyum sorang-sorang depan pc..dan mereka akan cakap ko ni gila ke apa
2. sila taip realiti konspirasi blog ini aku jumpa 2 hari lepas..minggu ni aku aku keseorangan di office jadi aku bacala blog en ni..dan setelah baca aku tak boleh stop...bukan setakat tak boleh stop tapi aku juga ketawa sorang-sorang kat pejabat tu..nasib baik la memang tak ada orang..kalau tak mesti kene lagi dengan dorang..huh..

dan ini blog ex schoolmate aku dulu..syafinaz .. pastu blog cik jejar yang mengajar aku apa itu ketabahan dan hikmah disebalik musibah..

jadi..

ni la teman aku ketika bosan..

so kalau bosan sila la klik sekali..

Puan-puan/Tuan-tuan/Cik-cik tuan punyer blog..saya share kan blog-blog anda semua sebab saya nak share sesuatu dengan pembaca setia saya (ada ke pembaca setia saya..)..

dan kepada kawan-kawan yang listkan aku dalam blog dorang..terima kasih..tu saja yang aku mampu cakapkan..sebab kadang-kadang menulis ni pun kene ada semangat..bila ada orang yang mengingatkan kita suruh update blog kita..kita akan ada semangat untuk menulis..bila kita tengok followers kita bertambang sorang rasa nak meloncat je, bila kita tengok kita punya traffic blog meningkat walaupun 10 je, kita rasa nak senyum je..walaupun sebenarnya kita yang dok klik sendiri..apa da..

jadi kepada sesiapa yang berminat untuk menulis, teruskan aspirasikan apa yang korang rasa sebab ini lapangan korang..lukisan korang..

jadi...

buat rakan-rakan teruskan menulis..kalau lama tak update blog aku sms korang "woit, blog korang dah berkarat dah, cepat bersihkan"


13 March 2012

Belajar VS Bekerja

Assalamualaikum..
Belajar VS Bekerja
apa yang sama?
apa yang lain?
okey, tau u olls (macam ramai sangat je yang jenguk blog typo eror ko ni kan)
nak cakap huruf 'B'yang samakan, dan yang lain semuanya lain..

okeh..setelah menjalankan pemerhatian disini saya dapat kupaskan perbezaan
yang kita kadang-kadang tak nampak, dan kadang-kadang dah nampak tapi kita buat-
buat tak nampak.

1.
belajar : kita boleh di kategorikan sebagai budak-budak lagi, jadi bila kita kat
kedai-kedai makan pun kita akan rasa macam muda bila brader yang muka ala-ala
baby face tu tegur kita "adek!!nak minum apa"
bekerja : macam kat dahi kita ni dah kene cop..yang dah kerja ni mesti dah berumur, jadi kalau order makan kat kedai makan brader yang muka ala-ala dah sebaya dengan bapak kita tu pun akan tanyer "kak, makan apa kak"
-dalam hati rasa nak memaki sambil rasa rendah diri, tua sangat ke aku ni-

2.
belajar : kita tak segan pun nak mintak duit kat mak bapak kita pada waktu terdesak kan..
bekerja: rasa itulah pekara yang paling memalukan bila korang kerja tapi minta duet kat mak bapak..malu..malu..

3.
belajar: waktu window shopping korang tidak akan diganggu oleh manusia-manusia lain.Kerana waktu kelas anda tidak di fix kan, jadi bila anda dapat massage bahawa kelas anda telah dibatalkan..anda boleh merancang untuk melakukan sesuatu yang menarik kan.
bekerja: waktu anda sangat fix sebab anda tak kan pernah dapat massage dari bos anda yang waktu kerja anda pada hari ini dah dibatalkan, atau bos anda segaja memberikan cuti sesuka hati..mana ada..

4.
belajar : anda tak akan bersalah sebab ponteng kelas,sebab selagi anda boleh menduduki peperiksaan akhir itu dah cukup..
bekerja: anda akan rasa seperti cacing yang dibakar dalam ketuhar, sebab bakal memikirkan masalah yang bakal timbul untuk hari esok..

5.
belajar: assigment anda bagai kerja sekolah je, kalau tak siap boleh mintak tolong pakcik google, kalau pakcik google tak boleh tolong..anda boleh copy paste assignment BF korang
bekerja: anda bakal dimaki atau diberi notis behenti kerja kalau anda tidak siapkan kerja anda.

6.
belajar: masa anda untuk keluarga dan rakan-rakan sangat banyak dimana anda ada cuti sem.mid term break..ni belumn lagi cuti-cuti hujung minggu dan cuti umum yang ada.
bekerja : masa anda bersama keluarga dan rakan-rakan sangat terhad..anda cuma ada cuti hujung minggu, cuti umum dan cuti tahunan (itupun kalau company anda luluskan)

7.
belajar : anda kurang rasa bertanggungjawab
bekerja : anda akan rasa anda perlu bertanggungjawab

8.
belajar : anda kurang ada duit dan perlu berjimat.
bekerja : memang tahu tiap-tipa bulan gaji akan masuk.BOROS

9.
belajar : anda akan terlepas dari satu soalan membunuh 'bila nak kawen'
bekerja : soalan itu adalah soalan wajib yang harus di tanya selapas soalan kerja kat mana.

10..
penat juga nak pikir ni
belajar : ia satu peluang
Bekerja : ia satu anugerah

akhirnya cukup sepuluh..terror tak saya..

demmm..malam-malam buta ni, tetiba rasa sayu, rasa frust,
rasa tak percaya, rasa tak la..gosip je..kita dah cuba nak
positifkan hati kita tapi otak fikir negetif.
hati dah cuba redha tapi otak masih pertikai.




Why......

12 March 2012

Sorry!! saya tak sengaja baca diari awak..

Maaf sangat-sangat saya bukan sengaja nak baca diari awak.
tapi sewaktu saya cuci-cuci mata saya terperasan sesuatu
yang comel.Itu kelemahan saya, mata saya akan 'Stuck' kalau
ternampak sesuatu yang comel.
Maaf rayyan(bukan nama sebenar) saya telah tercuri baca
diari awak..bukan satu tapi dua diari awak yang saya telah terbaca..
dan saya tak jumpa diari ketiga awak..mungkin benar..awak telah
membakar diari tersebut.kenapa?kenapa?
walaupun diari awak telah ditulis dengan BMT (bahasa melayu tinggi)
namun diari awak mampu membuatkan saya gelak seorang diri di bus stop.
dan ini menampakkan saya seperti orang gila..dan selepas itu saya memang
jadi 'bengang gila' sebab rapid KL tak sampai-sampai sehingga menyebabkan
saya terpaksa menahan teksi dan dikenakan 12 hinggit..tak kan tiap-tiap
minggu nak lambat, saya bukan anak menteri yang mampu nak naik teksi
tiap-tiap hari, kalau saya mampu saya tak naik RAPID KL dah(saja bold kan
nama)saya naik Vios je..tak pon Proton Inspira..tak pon..Mitsubishi Lancer..
tak pun..Honda colour putih..ha??(napa nak colour putih???)
stop melalut.

Rayyan (bukan nama sebenar), saya harap awak tak marah saya, sebab saya
jumpa diari awak pun kat KINOKUNIYA..di bahagian bacaan remaja..saya
tak sangka saya terjumpa diari awak kat situ..bila saya belek belakang
diari awak beharga 9.90 je..diari saya pun 'herge' rm 12.00 tau.
jadi why not saya tak beli diari orang lain yang harganya lebih murah
dari diari saya..

Rayyan (bukan nama sebenar) lukisan awak sangat teruk..adik saya form 1
pun boleh lukis org lagi cantik dari awak..tapi terok2 pun still cute tau..salute
saya..

Buku awak membuatkan saya teringat akan mak saya " BIAR SESIAPA PUN KITA SEKARANG, DIA TETAP MAK KITA YANG DULU, YANG MENYAYANGI KITA TANPA SYARAT" i luv u mak!!!

07 March 2012

Diam-Diam Rabu a.k.a. Wordless Wednesday

Tersesat beli



knot..knot..knot
macam tu ke bunyi tapak kaki baby ye..

comelkan gambar di atas, sila abaikan gambar background.
Hanya hiasan semata-mata.

Ini untuk baby mama siti,
mama tia (mama tia??? pasal bunyi macam tia amalia je)
belikan tau..mama tia jalan-jalan kat pasaraya raksasa
hari tu (GIANT) pastu terpandang sesuatu yang comel..
Mama tia menjerit kat situ tau (tak..mama tia jerit
dalam hati je.mama tia kene cover ayu u)

Kenapa mama tia suka beli stokin ye..(emmm..berfikir)
kat kakak zara pun mama tia beli setengah dozen stokin
kan..harap adik zara nanti pun boleh pakai..

mama tia beli setokin no 1..kalau cantum jadi no 11..
sebenarnya mama dah selongkar tempat stokin tu nak cari
no 1 and 0..and become 10 (suka no 10 & 7..wahahahah).

mama tia saja beli no 1 sebab kalau baby ada adik esok
mama tia beli no 2 pulak..

mama tia belikan stokin sebab, mama tia nak tutup kaki comel
tu..nanti sejuk kan..

mama tia nak baby melangkah dengan penuh keyakinan kat
dunia ni dengan stokin mama tia belikan.

mama tia doakan baby dapat menyepak segala dugaan-dugaan
di muka bumi ini dengan tenang sebagimana baddrol
baktiar membuat sepakan panalti sewaktu malaysia vs
indonesia tahun lepas.

mama tia dah request kat mama siti mintak letak nama
baddrol..tapi..mama siti cakap nama tu tak glamour..
(mama tia ni sebuk nak letak nama anak orang kan..huhu)

sebenarnya mama tia tak sabar nak tunggu baby tau..
mama tia selalu pegang perut mama siti sambil
cakap "baby bad jangan nakal-nakal tau"

okeh..okeh..lunch hour dah habis..mama tia nak
sambung cari rezeki..

to mama siti::
kita doakan semuanye berjalan dengan lancar..
semuanye baik-baik belaka..
masih ingat kenangan kita menjerit tengok bola sewaktu di
ILHAM..kalau tak silap N9 vs kelantan..kita marah-marah
sebab ada pemain tu buat si kembar sampai cedera..
pastu masa piala suzuki aff kat MELEWAR..kita sama-sama kesiankan
apek kan..sebab dah penat tengok dia tangkap bola

rindu la kat mama siti..

06 March 2012

Penyakit rindu?



disaat perut yang kelaparan maka terhasilah
karya seni ini.

Maaf korang..korang lagi comel, cantik dan bergaya berbanding
apa yang aku conteng ini..

Maaf kepada sesiapa yang tiada dalam gambar..kertas seciput je ni..

Anda semua dalam memori hidup aku..

04 March 2012

New Look!!

Assalamualikum.

ceng..ceng..ceng!!!
Pada 2 March 2012,
wajah blog telah berubah..

1.Dari beratus kupu2 yang tebang berkeliaran..hanya tinggal beberapa ekor sahaja..
itu pun hanya tinggal kat 'header' tu je.
2.Tulisan yang sebelum ini kecil telah dibesarkan ketahap yang seharusnya
dibesarkan..
dengan alasan dapat mengurangkan kesalahan ejaan.
(please..jangan salahkan kebesaran tulisan)
3.Warna background pun dah tukar dengan meletakkan warna kegemaran wee~~
(love pink and blue)

okeh!! hanya entry yang pendek..sebenarnya nak menulis sesuatu yang berkualiti masa yang tenang sangat-sangat di perlukan..

dan ini adalah tulisan yang tak berkualiti..

he~~~
Powered By Blogger