Pesanan Penaja

14 August 2012

Positif ++++++

Assalamualaikum...
Idea dah lama nak tulis sebelum puasa lagi..tapi tak mampu di tafsirkan akibat kemalasan yang melampau
dan masa yang sangat cemburu..
Aku seorang yang selalu salah untuk mentafsir orang di sekeliling aku..contohnya..kalau 1st time jumpa org tu aku menunjukkan sifat-sifat yang agak kerek..di akhirnya aku yang rapat dengan orang tu balik..
jadi apa yang dapat disimpulkan jangan nilai orang lain melalui luaran sebab cover yang cantik tidak menjamin buku itu best...
dan jangan kita fikir orang yang jahat terus jadi jahat..dan tak akan jadi baik..
macam buku yang kita anggap boring satu hari akan jadi buku yang sangat kita suka..
dan macam tu disebaliknya..

Ayat macam ahli falsafah, tapi tata bahasa terabur..

Hanya nak berkongsi situasi..

Situasi 1:
Sebelum puasa hari tu..aku dan dua kawan aku bercadang nak berjumpa bersama nak berborak-borak di tepi tasik sambil meluahkan apa yang dirasa..cewah..dan sewaktu sampai di rumah aku, tiba-tiba kawan aku ni perasan tayar dia dah kempis sangat..dan waktu kelam kabut tu tiba-tiba ada dua orang lelaki yang offerkan diri untuk tukar tayar..
Kadang-kadang aku tak faham dengan diri aku yang selalu fikir negetive tentang orang lain..masa tu aku fikir mesti kaw-kaw lelaki ni charge member aku sebab tukar tayar, bukan takat tukar je..siap pamkan lagi tayar tu. dan dah siap semua..nak tanya la berapa di charge..nak tahu tak pe jawapan..

Tak yah la, kita orang ikhlas!!!

aku rasa malu sangat sebab tidak bersangka baik sesama manusia..dorang ikhlas je..
aku ingat dalam dunia ni tak ada orang yang sudi nak tolong orang biasa macam kami ni kecuali la kami ni
neolofa atau izara aisyah..
rupanya dunia ni ada lagi orang ikhlas..
dan saya istiharkan
2 orang bro tu insan paling macho sekali walaupun muka tak ada persis aron aziz atau adi putra..

Situasi 2:
waktu nak berbuka puasa, aku tengok la satu cerita kat astro ria kalau tak silap..
aku tak ingat sangat sinopsis cerita tu..tapi ada beberapa babk yang buatkan aku tersentap..
Seorang perempuan yang kerje sebagai GRO mabuk depan masjid, dan ada seorang ustaz ni pandang perempuan tu dari atas masjid dan memandang perempuan tu sebagai pesalah ..dan lepas tu perempuan tu cuba nak dihalau dari kampung sebab perempuan tu mengandung anak luar nikah..siap pakat dengan adik perempuan tu lagi, kesian perempuan tu kene pukul..nasib baik tok imam selamatkan perempuan tu dan suruh perempuat tu bertaubat, kuasa ALLAH terlalu besar, sebab tak tahan godaan syaitan ustaz tu kene tangkap berkhalwat dengan adik perempuan tu.lepas kene tangkap lelaki tu dibawa kedepan masjid..keadaan tu dah jadi terbalik..sebab perempuan tu kat atas masjid dan lelaki tu sebagai pesalah pulak..
Apa yang nak disampaikan disini..

kalau ALLAH nak uji kita senang sangat, kuat ke tak je kita ni..kalau kita rasa kita ni memang dah baik
mampukah kita nak jadi baik selamanya..
jangan pandang hina orang yang buat salah, sebab ALLAH maha pengasih dan pengampun..
ALLAH sentiasa bukak pintu taubatnya..

Aku menulis bukan nak budget aku ni bagus sangat la..aku pun tak sempurana..banyak dosa..
tapi aku rasa aku terpanggil untuk share apa yang aku rasa....bukan peringatan untuk sesiapa tapi untuk diri aku sendiri.

13 August 2012

interview di bulan puasa!!!!

Assalamualaikum..

Tajuk macam doremon keluar barang ikut poket serbaguna..
tau dah memang dah lama tak update blog ni...

Masih belum diberi kekuatan untuk meng 'update' walaupun  sebenarnya malas..

Rezeki di bulan Ramadan yang Tersangat mulia ini,
akhirnya selepas 3 tahun..dapat untuk satu panggilan interview jawatan kerajaan..

8.8.2012..Rabu
2 hari selepas Nuzul Al-Quran..
jadi atas pendapat mak aku..aku cuti selasa dan rabu je la..
dan lepas interview terus gerak balik..

Tahun ini, aku rasa cuti tahun amat berharga, ini gara-gara gatal-gatal ambik cuti
2 hari sebelum puasa sebab geram..

Persiapan yang aku buat sangat luar biasa, aku rasa aku study untuk
SPM, diploma dan degree pun tak macam ni..kalau la aku study macam ini
sure aku rasa aku dah jadi seorang dokter dah (verangan).

Ini semua sebab ayah, dia yang suruh aku prepare, kalau la dari dulu aku jadi anak
yang dengar kata macam ni...
macam kata manje:: kalau guna perkataan 'Kalau' lembu pun boleh terbang..
Jadi tak guna nak menyesal..semua dah tertulis, semua dah ditakdir...atas usaha dan
iktiar aku jadi aku sekarang..

Apa aku nak zahirkan kat sini, aku sangat-sangat terharu tengok semangat ayah aku
bawak aku pergi interview..lipis dan kuantan..bukan dekat..dan pada saat itu aku
rasa aku tak berguna sebab pada umur 26 tahun aku masih nak menyusahkan mak ayah aku..
Sepatutnya  pada usia ini aku boleh bergerak sendiri..

Travel di bulan puasa tak senang, cari hotel, berbuka puasa dalam hotel je..lepas terawikh baru cari nasik,
lepas tu nak sahur lagi..ayah sepatutnya boleh duduk senang lenang kat rumah tengok berbuka, terawikh dan
boleh tengok rancangan kesukaan ayah "berita dunia" walaupun tengok 5 minit pertama je..

Pagi waktu interview, sebab hotel dekat dengan tempat temuduga, ayah teman aku jalan kaki..
dan adik aku sedap senang lenang tido atas tilam empuk, aku jeles..
masa tu aku terfikir kalau aku tak dapat jawatan ni macam mana..
mesti dia sedih kan..

dan setakat tu je aku mampu fikir..dan aku cuba nak buat sebaiknya tapi aku tak buat seperti
apa yang aku harapkan...
tapi aku dah cuba untuk buat yang terbaik..
yang lain hanya doa dan tawakkal..

Apa-apa yang terjadi hidup perlu diteruskan..perlu pandang terus ke hadapan..
jangan lihat masa lepas..lihat masa akan datang..masa yang akan kita lalui..

rezeki, jodoh, maut semua dah tertulis..jadi andai 'INI' bukan
rezeki aku..aku redha..mungkin untuk orang lain yang memerlukan..

cuma aku sentiasa berdoa agar aku berpeluang untuk membahagiakan
ayah dan emak..

sebab mereka HERO dalam hati aku..


Powered By Blogger