Pesanan Penaja

28 September 2012

lagi best ader GIRLFRIENDS dari ade BOYFRIENDS

Assalamualaikum...

Kenyataan Kontroversi kan!!!
dikala entry di tulis aku masih rasa
baddrol bakhtiar tu masih lagi sweet,
adi putra tu masih lagi macho,
aaron aziz tu...emm bolehla...
so menunjukkan aku masih seorang wanita yang normal..jadi jangan ada persoalan..

Nak bagi tahu, interview aku hari tu tak berjaya, sebab?? mungkin dia rasa aku tak layak untuk jawatan tersebut, aku tak cukup sesuai untuk jawatan tu..so apa aku boleh buat redha je la, dah bukan nasib aku..
nak marah, bukan dorang nak ambik aku kan..jadi REDHA dengan seikhlasnya..

Dan sebab banyak sangat masalah yang menimpa-nimpa..aku BERCADANG (baru cadangan ye) nak hantar notis dan balik duduk kampung, emm tapi aku tahu ia bukan keputusan yang mudah..masih perlu banyak fikir..kalau rezeki aku tak ada kat sini dah buat apa aku nak stay kan..

sebab cadangan aku tu, ade kawan aku sorang ni sedih.. terharunya...tetibe rasa bergelinang air mata aku
pagi tadi, ohh kenapa lah aku sorang yang sangat berairmata..Terharunya~ ~ ~

Sebab tu aku kata ada girlfriends ni best, kita bebas jadi diri kita nak gelak tak hingat dunia, kita boleh
membebel selama mana kita suka, kalau dengan boyfriends ni boleh ke? baru cakap 10 perkataan
sedar-sedar dah cakap dengan dinding... lelaki ni bukan nak dengar hal remeh temeh ni..buang masa katanya..dengan boyfriends mana best bergosip ni...buang masa cakapnye..boyfriends mana nak teman
awak tawaf shopping mall...mula-mula teman la, dah kawen nanti cer tengok..

jadi, teman-teman wanita la yang lebih melengkapkan kita kan, jadi jangan dah ada boyfriend anda lupa
dengan teman-teman wanita anda pulak..bukan cakap pada sesiapa, tapi pada diri sendiri...

kesimpulan...aku masih terus berdoa agar ada petunjuk yang mana jalan yang aku pilih..
benar, nak buat keputusan bukan senang sebab aku tak nak menyesal dengan apa yang aku
dah pilih..

Aku tak nak lari dari masalah, tapi aku masih cuba nak selesaikan masalah...

Doakan segalanya dipermudahkan..




25 September 2012

terEMOsional pulak...

Assalamualaikum..

Geram betul tengok ain tu, syko sangat dah lah rampas odie..dan sesuka hati ko nak buang sandwish orang kan..sebab nak gode si odie..nak berlakon jadi perempuan melayu terakhir la tu..pastu rasa odie tu miskin tak mampu nak beli rumah, Hello!! odie tu belajar lagi nak suruh beli rumah..pastu nampak shark lagi kaya ko nak gode si shark pulak..nasib la si shark bijak dari odie..aku ngat lily je yang jahat tapi ain lagi jahat...geram sungguh..sungguh!! Nasz oii..nape ko tak racun je si ain tu..dah la pandai berpura-pura..kalau jadi pelakon ni boleh jadi diva la..sangat HIPOKRIT!!!

Hah kan awal-awal dah memaki orang dan menghamun sekali ni..ain yang tertulis di atas bukan ain di dunia nyata..hanya watak dalam novel je..aku je yang terlebih emo ngan ain tu je..ngat dalam cerekarama je ader wata psyko macam tu..ni dalam novel pun ade ke..

Gara-gara Lazuardi, aku tak tido dari pukul 12.00 malam hingga 6.00 pagi..gigih nak habis baca..nak skip sehelai pun sayang la..lepas pukul 6 baru boleh tidur dengan lenanye sebab dah tahu akhir citer kan..padahal boleh je belek belakang sekali..kan bagus kalau kau baca terjemahan Al-Quran pun boleh tekun dan gagah macam tu (dush!! cakap kat batang hidung sendiri)

Ngat dah tidur lewat boleh bangun lewat boleh la tidur sampai tengah hari..kikikiki buruk peragai..tapi 9.30pg mata dah celik cerah je...pe lagi, Turn On TV...layan Master chef dulu..hajat nak buat kek batik tapi sebab godaan master chef lagi tinggi malas la nak turun...masak sup ayam je..dah setengah jalan masak
sekali Gas dah abis...nasib baik boleh call delivery...

kalau boleh delivery dengan biskut marie sekali kan best...

sayang betul dia kat lelemak kat badan dia ni, macam mano nak kuyus..



14 September 2012

Salah siapa?

Assalamualaikum..

Susah betul kalau tak ada lappy sendiri ni kan..
terpaksa curi-curi masa nak update cerite..

Kita selalu salahkan orang lain, tapi kadang-kadang semua tu bukan salah orang lain, tapi salah kita sendiri.
aku pun selalu macam tu, selalu nak salahkan orang lain atas sesuatu masalah, orang lain punca masalah..
aku tak bersalah pun.. selalu kan kita rasa macam tu..

Tapi bila kita selidik semua tu..sebenarnya datang dari kita..
macam contoh terdekat..tunggu bus, kita dah tahu bus ni memang suka ikut masa dorang sendiri, tapi kita masih nak tunggu bus guna masa kita, kita pertahan kata "Customer must always right" bus lambat kita maki-maki (dalam hati je la~ ~) lembab, makan gaji buta..padahal kalau kita turun awal tak ada masalah
pun kan..

Jadi kalau ada masalah tu, jangan pepandai salahkan orang lain,
sila tengok diri sendiri..
kita tak sempurna...
mesti ada sesuatu yang kurang dalam diri kita..

P/s: bukan nak kata kat orang lain, tapi pesanan untuk diri sendiri

06 September 2012

cerita raya yang dah basi...

Assalamualaikum dan salam sejahtera!!!

Macam nak berpidato dah kan, orang lain cepat je cerita pasal raya..
kakak orang ni malas betul nak memaksa jejari gemok dia ni
menaip..asal klik untuk FB rajin tu...

Raya ni, saya nak cerita kami sekeluarga dapat orang baru..
yang kenal rapat dengan aku tu..memang aku dah hebohkan aku
dah ada adik ipar..kikikiki
suka macam dapat laki pulak ye..yer la dapat ahli keluarga baru..
tahun ni 8 orang harap tahun depan dapat jadi 10 pulak ke..

Raya ni juga ayah dapat double baru!!
first, kerete impian dia keluar 2 hari sebelum raya, dan aku
memang tahun ni rezeki dapat cuti awal, lepas tu seminggu pulak
walaupun tak diluluskan..(adik-adik!!! jangan ikut peragai akak ni ye)
jadi masa ambik kerete tu aku mengedik nak ikut sekali, ha tabahla balik
tu harungi jem kerete nak balik kelantan..rumah??? tak kemas..
tak pe..2 hari lagi  sebelum raya...

Second, Ayah dapat anak baru, dapat menantu kan..jadi start raya ke-4
rumah memang sibuk..sebenarnya bukan kenduri besar pun..kecik je..
tidur pun lewat pulak..jadi mak andam terjun pulak tu..yang si pengantin
lenaaaa je tido..mana tak hangin!!!

adik aku ni muka comel tak hilang lagi (harap dia tak baca,nanti dia perasan
pulak) dah jadi laki orang..pastu semenjak dah kawen ni share kat FB pasal
kawen je..jangan sampai aku REMOVE dari jadi friends kang!!

Raya ni macam aktiviti biasa tiap tahun, kumpul umah ngah pastu bagi duit raya!!
aku pun dapat lagi tau..
pastu aktiviti main bunga api dan mercun..rasa kerbau2 pendek yang ada
kat kampung tu semua sembunyi ketakutan la..sebab bunyi macam nak buru
dorang je..
tradisi tiap tahun ini aku rasa keunikan family aku, jadi kalau aku kawen nanti
aku akan pastikan tiap malam raya mesti ada kat kampung aku...ITU WAJIB...
kikiki..bunyi seperti pemerintah KUKU BESI!!!

akhir kata
SALAM AIDILFITRI
MAAF SALAH SILAP
SAYA HANYA MANUSIA BIASA je!!!

Powered By Blogger