Pesanan Penaja

19 October 2012

Anda nak tips untuk berjimat?

Assalamualaikum...

Pesanan : ini bukan iklan sebarang produk, ini adalah pemerhatian setelah 3 tahun memengang duit sendiri
dan berpengelaman dalam akaun hanya tinggal RM 100, dan asyik meminjam duit orang lain untuk teruskan hidup, dan paling memilukan terpaksa meminta duit dari mak ayah sedangkan anda telah bekerja..what the ...

Macam orang cakap hidup tak sentiasa indah berseri seri disirami dengan pelangi petang di petang hari..kadangkala hidup mendung dengan mentari malu-malu mahu keluar kerana ditutupi awan yang terpilu..
dan kadangkala hidup bagai petir halilintar membelah kesunyian petang diselami dengan ribut yang kadangkala ganas meragut kesucia petang yang hening...waha~ ~ ~ ayat-ayat seperti pengulas kaji cuaca.
Sebenarnya macam tu la hidup.

Ok tak nak bercakap-cakap kosong, kita teruskan dengan tips yang dijanjikan :

1) Simpan RM 1 setiap hari,
mesti ada orang cakap, ek eleh singgit je bile nak kaya...ehemm
saya tak simpan duit untuk kaya tapi untuk membantu dalam kesusahan.
Lets count :
RM 1 x 7 = 7 X 4 = 28 x 12 = korang kire sendiri lah..
nampak macam sikit kan tapi bila tengah bulan ke hujung bulan anda akan hadapi krisis kewangan yang
meruncing jadi tadaaa!!! duit ini sebagai bantuan, korang tak perlu la nak cucuk ATM dah kesian ATM tu
tinggal 50 hinggit je pun..kan..kan..kan...jadi guna la duit tu dan jangan lupa lepas dapat gaji sila TOPUP balik duit korang gunakan, kalau tak bilanye nak banyak..dan lagi satu sila rahsiakan mana lokasi duit anda disimpan nanti disalahgunakan oleh orang lain...kan naya..

2) Simpan duit syiling
lagi la orang cakap bila nak kaya lagi kan..aku guna duit syiling 10 sen je.sebab letih nak kira jadi 20sen & 50 sen aku simpan dalam tabung, biasa duit ni aku guna ketika raya, nak shoping baju raya ke, kuih raya ke, kasut raya ke bla bla bla..jadi kita tak guna saving dalam ATM sekali lagi untuk shoping sakan kan..jangan pulak korang bayar barang2 korang shoping dengan duit syiling, kene sumpah dengan orang yang tengah Q panjang tunggu korang punye turn tu tau..tukar la dengan mamak or kedai2 runcit..dan lokasi tabung ayam anda sila rahsiakan lokasi sebelum di rembat oleh bapak hayam..

3) Makan
Makan boleh jimat ke? kalau rasa nak makan sedap tu sila la masak sendiri, makan kat luar makan
yang murah je, sekali sekala tak pe, kalau selalu owner kilang duit pun boleh bankrup ok..kalau nak jimat lagi, bawak bekal masak sendiri, lagi satu masa makan lunch cuba tapau makanan breakfast macam nasi lemak , bihun, kuew tiow or dsb..make sure harga kurang RM 3..tapi jangan la makan nasi lemak tetiap hari nanti lelemak bersenang lenang membesar kat perut tu, nanti jadi boboyoot..

4) Minum
Boleh jimat ke? Minum air kosong..kan jimat, buktikan kita tak kene tempias pun gula naik, kalau ada kedai naikkan harga air kosong sebab gula naik, korang ketuk je kepala owner kedai tu.. kalau tak boleh nak minum air kosong ko bayangkan masa tu korang tengah minum milo ais..mesti best kikikiki..selain boleh jimat ia baik untuk kesihatan..banyak la pembuat2 air akan marah dengan aku akibat tips aku bagi..

5) Shopping
Lagi la tak boleh jimat...prinsip aku lagi luas sesuatu kawasan kebarangkalian untuk aku membazir makin besar..jadi aku beli barang kat kedai kecil-kecil je, sebab mata aku tak terbuka luas untuk mengambil barang-barang yang tak perlu, lagi satu kedai kecik barang mana banyak, jadi ambik barang yang perlu..sebab barang yang tak perlu tak banyak..yang ni memang nampak kesan, sebab aku beli barang kat gedung2 besar seperti bla..bla..bla...aku kadang-kadang habis dekat RM 100..tapi bila aku beli kat kedai kecik seperti bla, bla dan bla..aku belanja dalam lingkungan RM 0-RM 50 je..kalau tips berjaya ade tauke2 besar ni cari aku sebab tak puas hati hasil jualan dorang menurun..

ok dah cukup dah 5 tips, bagi lebih-lebih karang tak guna pulak, jadi cukup la 5 dulu...



10 October 2012

about me

Assalamualaikum...

Tajuk macam nak tulis biodata kan, siapa masa habis darjah 6 dulu ada buku Biodata,
buku yang biasa kulit tebal pastu kita balut cantik-cantik dengan kertas bercorak tu..
zezaman dulu mana ada FB, Friendster, Twittterr, my space la...
satu buku tu passing satu kelas suruh tulis alamat kan konon senang nak hantar
kad kawen senang kan..lepas tu kan FB ko create event korang nak kawen pastu
siap pesan " kalau nak kad please PM" korang punye buku biodata dulu mana?

Aku punye ada lagi tau, tak tipu betul..aku bawak buku tu pergi PLKN sekali..
sampai aku bukak buku tu aku tengok nama pastu aku berfikir..ni sape ek??
I'am sorry la akak ni ingatan lemah sikit..dah 26 tahun kan..

Ha!!! 26 Tahun...4 tahun lagi 3 series..oh no no no..
Kepada sesiapa yang wish kat By FB, SMS dan CALL tu..
terima kasih, akak terharu akak yang tak comel ni dapat banyak ucapan
kalah retis u..nak celebrate-celebrate ni tak ader la...beli 1 slice kek cekelat
makan sorang2 dalam bilik..beli kek sendiri ok, tak ada sesiapa yang sponser tau..

Pada yang sesiapa call tu, sebenarnya terharu tau..nasib baik tak buat video call
pastu nampak la muka akak yang tahan air mata ni..

Last words!!
Terima kasih banyak-banyak sebab masih ada yang ingatkan saya walaupun sebenarnya ada
notification kat FB tu..
Terima kasih..
Powered By Blogger