Pesanan Penaja

27 June 2013

menjadi penanam anggur yang berjaya

Assalamualaikum

Tajuk entry bukan untuk mengalakkan pengganguran di malaysia.
Dan bukan nak menunjukkan aku bangga dengan statusku sebagai pengganggur.tapi lebih kepada nak share ape yang aku rasa.

Mula-mula memang susah nak terima hakikat tapi bila masa jadi kawan kita dan kita pun  redha.

aku mengaku sepanjang aku tak ada kerje ni kerja aku buat kuih.modal mak ayah aku.tak pe la dapat sepuluh ringgit he sehari dah tu rezeki kita kan..

Family pulak ade satu ketika akan push korang untuk cari keje..x pe layankan Je..dorang nak yg terbaik untuk kita..yg penting kita usaha kan..

Next time aku bagi tip lain plak k

26 June 2013

Sesi bertemu kembali

Asssalamualaikum

Kalau ada follower blog ni sure dah bosan sbb asyik sebuk
Degan bercerita pasal wedding orang lain kan.

Hello..kita kn blogger kn la update Apa yang kt buat kan

Minggu lepas aku jaDi pengapit pd puan piah..aku punye gabra mcm aku yg nk sanding.nasib semuanya ok.


  • Sila rujuk gambar..kekawan pn ramai yg dtg..


    Happy untuk korang berdua..
    Selamat peganting baru untuk kak farah jugak.

09 June 2013

jangan hakimi sesuatu bedasarkan luaran



Assalamualaikum..

Panjang tajuk entry kali ni..nak tulis bahasa 'omputeh' tak reti..
jadi tulis ikut bahasa ikut bahasa kebangsaan kita je la..

kita selalu judge sesuatu pekara, benda dan keadaan bedasarkan luaran..
macam..kita tengok seseorang tu ada kerja yang bagus, ada keluarga, duit yang banyak, kereta besar
rumah besat, tv besar dan pelbagai lagi..dan terus kita cakap bahagianya dia..

Tapi kita tak tahu die stress pasal kerja, macam mana nak uruskan keluarga dia, macam mane die
bertungkus lumus untuk dapatkan duit yang banyak tu, macam mana dia setiap bulan perlu merancang duit untuk membayar kereta besar, rumah besar dan segalanya..

dan kita yang memandang berkata, untungnya dia, bahagianya dia..
dan kita tak sedar sememangnya die berhak dapat bahagia itu dengan apa yang dilalui..

aku mengaku, memang aku jenis yang senang judge orang tapi kebanyakan yang aku hakimi tu
salah..macam contoh..mula-mula aku jumpa, dia sombong, tapi akhirnya dia orang yang aku rapat..
dan sampai satu tahap aku takut nak hakimi sesuatu, sebab takut salah..

emm apa aku membebel malam-malam buta ni..

apa yang aku nak kata..kita nampak luaran dia bahagia tak semestinya dia sentiasa bahagia..
dan kita nampak luaran dia begitu sadis dan tragik tak bermakna hidup dia sangat teruk..

hidup orang ni macam kita baca novel tak 100%  sempurna, mungkin ada satu bahagian yang tak sempurna di mata kita, tapi belum tentu yang tak sempurna dimata kita tu tak ok dimata orang lain..
kadang-kadang ia jadi terbalik..

hidup kita macam kejutan..tak dapat baca apa yang didepan dan tak boleh mengharap masa silang kita datang kembali..

apa yang aku pegang..enjoy your life, lakukan yang terbaik untuk dunia dan akhirat..

tak semestinya hidup seorang penganggur tu sangat teruk, dan tak semestinya hidup orang yang tak ada pasangan tu sangat boring..jadi kita kene mengawal sesuatu keadaan..penganggur..sebab untuk memuhasabah diri, apa yang kurang apa yang perlu kita perbaiki, apa yang perlu kita tambah..
tak ada pasangan..mungkin Allah nk kita belajar bersabar dan nikmati hidup dengan orang sekeliling, keluarga kawan dan agar kita lebih menghargai orang di sekeliling kita..

ok2 stop untuk sesuatu yang serius, ok macam tak adil bila majlis ainul n herry tak ada gambar sebagai buktikan..
sini aku kepilkan sekali..


next time aku sambung membebel lagi...
XOXO
Powered By Blogger