Pesanan Penaja

03 November 2015

border lace by #gerobokadria

Assalamualaikum

Dedulu waktu border lace ni baru keluar harga dia boleh buat menagis tau..semiter untuk satu layer tu dekat rm 30 tu waktu aku nak cari lace lekat kat baju pengapit kawen cik piah tahun 2013 dedulu..

now, aku dah jumpe satu ig yang jual lace dengan harga berpatutan, design pun up to date omputeh kata..nak pulak dekat dengan musim konvo ni..jadi sebagai hakak yang baik budi pekerti lagi comel ini tawarkan diri jahit baju untuk konvo die,,

sebenarnya 1st time aku jahit lace kat baju ni..dan habis aku jelujur semua bunga2 kat lace tu..kikikiki

dila mintak aku buatkan baju kurung moden je..nasib la die tak mintak buatkan baju peplum or baju tangan tak sempat jahit cam nelopa selalu pakai tu..klu tak pakai baju raya je la dik..
 tadaaaa...siapjahitkan zip sorok lagi,,,semenjak dapat mr bro ni..laju sikitla kalau jahit tu..sebab tu kalau lambat tu bukan salah mesin..tapi aku yang malas...
 tadaaaa...baju dah saip..tuan die request mintak letak kat tangan je..aku dah cakap awal-awal aku nak hasil kerje aku nampak dalam gambo konvo die..sebab dah jejuling mata aku jahit lace sekangkang semut tu.


kan kan nampak tu..bunga tu akak yang buat sendir tau save budget beli bunga memahal
pastu layu di tasik madu..


lace ni aku beli time #gerobokadria ni buat sales sempena raya haji ritu..
1 pcs ade 2 layer..lebihan ni muat untuk sepasang baju lagi..tp aku tak sempat nak letak kat baju aku..
haish busy buat ape pun tak tahu..lace ni bukan cantik letak kat baju je,,kat selendang pun ok..mane pengantin nk save budget buat veil sendiri pun boleh sebab dorang bukan hanya jual lace je..mix pearl pun ade..n banyak lagi brg2 untuk diy.klu ade orang datang pinang conform aku terus beli bebarang kat sini buat baju, tudung, veil, kasut sendiri..kikikiki
berangai oiiii...

kalau berminat boleh cari ig dorang @gorobokadria
fb pulak veil by adria cottage.

klu malas nak mencari #gerobokadria  kan senang..huhuhuhu

P/s : hakak nak menang #flatlayadria sebab nak simpan untuk masa hadapan..mana tau ade org datang pinang senang save budget hakak..akak suke akak suke..

bye.. nak tdo dan berangan..

ena's place janda baik

Assalamualaikum.

jarang akak nak share pasal tempat bercuti ni..bercuti pon dua tahun sekali.
kali ini hakak nak review tempat family hakak buat family day pertengahan bulan october hari tu.
urusan booking semua bukan aku yang uruskan, semua sepupu aku yang settle kan.so nanti kat bawah aku bg contact nombornye,,kalau tak dapan google ajerr,,

kami bertolak lebih kurang pukul 10.30 pagi hari sabtu, perjalanan dari kuala lipis lebih kurang 3 jam kot..kurang lebih gitu la..kami berkonvoi dekat 10 biji kereta,..tapi konvoi secara bertebaran la..huhuhu.

dalam pkl 1 agak-agak ye sebab dah lupa..sampai kat ena's place ni..teruja weh sungai seberang jalan je..
dah la air clean and clear..rasa nak terus terjun je.
bila sampai terus serang dapur sebab kelaparan, dan bekal dah sedia awal-awal dah.
ni dapur dan tempat makan..boleh la nak sumbat dalam 40 orang.dapur dia pekakasan lengkap jadi klu x ramai mana tu boleh gune barang-barang dorang ye.tak silap dapur ni ada charge tambahan rasanya..tp tak la mahal mana..tak semahal makan kat luar.

ini rumah-rumah dorang rate die kalau tak silap dari 180-360 gitu.. dorang ade 6 rumah semuanya..jadi sebab kami ramai diwaktu itu keenam-enam kami sapu bersih.yang 360 tu ada 2 bilik kat dalam dia..yang 180 tu ade 2 katil dan biliknya boleh tahan luas..satu lagi jenis bilik tak sempat nak tengok dan bilik-bilik dorang tak ada aircond tau..tapi cukup sejuk...waktu pergi ni jerebu sangat kuat aku pun konfius kat atas ni jerebu ke kabus..

untuk kawasan riadah pulak..sungai kat depan tu tak dalam mana kalau hari tak hujan cuma banyak batu jadi kalau bebudak kecik tu kene pantau.sebab risau batu licin..klu taraf bapak ngan mak budak ni jatuh biarkan ajer huhuhuhu..



kawasan halaman die luas untuk sukanika..sukaneka je ye..kalau nak main bola tu tak muat la..klu agak-agak kawasan ni macam sempit..

ni ha kawasan yang lebih luas..huhuhuhu
review aku..tempat ni bagus untuk eratkan hubungan sesama saudara mara..disamping merehatkan minda kita dapat merapatkan ukhwah sesama kita..cewah..ok bagi yang nak dapatkan no tel kat bawah ni akak dah tepek no tel..


Powered By Blogger