Pesanan Penaja

22 January 2017

janji ditepati

assalamualaikum

akak dah tunaikan janji nak update selalu blog kan..
harap maaf bermula tahun baru kehidupan akak dah berubah..
akak menjadi pelajar untuk 6 bulan..
hope 6 bulan mendatang aku sentiasa bersemangat untuk menimba ilmu..huhuhuhu..
bulan 11 tahun lepas aku apply untuk belajar menjahit di giat mara.dan aku telah pilih giat mara cameron highlands..
wahhh..belajar kat cameron kan..
sebenarnya kat sg koyan 3 je..
macam mana aku boleh apply?
awal bulan 11 aku ade join kursus pembuatan biskut moden dan coklat yang mara anjurkan..dan melalui cerita cikgu tu dia sambung belajar dekat giat mara pun umur yg sangat remaja..
untuk makluman umur maximum untuk belajar di giat mara adalah 45 tahun..dan status umur 31 tahun aku anggap masih muda lagi..walaupun akulah student paling REMAJA dalam kelas tu..ini membuktikan tiada alasan untuk menimba ilmu .
dan untuk maklumat lanjut aku call sendiri giat mara untuk tanye segala persoalan..dan staff tersebut sangat membantu..
dan aku hantar sendiri borang tersebut ke giat mara..dan 27/12 aku telah dipanggil untuk menghadiri satu perjumpaan ibu bapa dan tenaga pelajar.
dan 3 hb 1 2017 aku sah menjadi pelatih giat mara bersama 16 orang classmate yang beza umurnya 1 tahun - 13 tahun lagi tua dari aku...

ambik kursus apa?
aku telah memilih kursus fesyen and dressmaking dimana 14 modul kami perlu habiskan..
sekarang baru masuk model 2 dimana kami masih belajar menekan padel mesin jahit yang tak paham apa maksud slow sikit..dan membuatkan aku rasa bersalah yang aku jahit baju customer aku selama ini senget benget...

next aku cerita lagi ape aku buat ye,,,

sapa nak terus tau boleh follow ig aku kat situ aku akan cuba share ape yang aku buat pada setiap minggu..sbb nak bukak blog ni aku kene ingat poasword..

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger