Pesanan Penaja

Showing posts with label bebel aje... Show all posts
Showing posts with label bebel aje... Show all posts

25 May 2012

akak-akak kawasan melawat kawasan...

Assalamualaikum..

Tajuk macam samseng nak pergi pow orang je kan..
Hari jumaat, lunch hour lama sikit jadi kak ngah, kak der dan adik su telah mengambil keputusan untuk melawat kawasan yang telah dijaga lama oleh kak long otai dan kak teh..ibarat kata.. macam YB masuk kampung la kan..dah abis melawat kawasan bagai..perut berkerongcong nyayi lagi keroncong buat Rokiah
(ade ke tak lagu tu sebenarnya...) jadi, dah abis melawat kawasan pergi la memenuhkan perut yang dah mula kosong..restoran pertama kita orang pergi, bila sampai makanan dah habis..hua.. frust..sebab hari ni hari jumaatdan restoran tu dekat dengan masjid memang cepat licin la makanan kan..then kami decided nak pergi tempat lain..dok pusing...pusing..aku perasan sesuatu..oyeh..nampak kedai FENDI IKAN BAKAR..wah..terus excited..dalam hati dah lama teringin nak makan ikan bakar kat sini lepas kak ati ajak makan dulu lepas usaha nak makan meat ball kat IKEA sia-sia gara-gara tak ada tempat parking dan orang penuh gile kat food court..
Tapi bila sampai kat kedai..kedai tu...kedai tu..kedai tu..kedai tu..tutup la pulak..frust den..dan kami decided makan kat mana-mana kedai yang bukak sebab dah kebuluran sesangat..dan waktu pun dah jam 1:30 petang..
hua!! opis kat shah alam, lunch kat Kelana Jaya..ni kalau ayahanda kawasan tetiba buat 'wakenabeb' masuk office tepat jam 2:30 petang tak ke naya!!! mahu bedesing telinge aku kene bebel walaupun sejak dua menjak ni wa macam dah jadi kebal dengan bebelan..
Bila dah siap makan semua, sekali tengok jam 2:10 dah mustahil boleh sampai Shah Alam tepat jam 2:30ptg kan..
Tetiba sampai kat office. huh!! selamat...ayahanda tak jejak kawasan lagi..sia-sia wa terlebih gabra..
yang penting selamat akak-akak ni..

Dulu biasaje buat peragai masuk lewat ni...tapi sekarang kami dah insaf dan tak masuk lewat dah lepas lunch..
heeee....

13 April 2012

Reunion Again!!!

Assalamualaikum......

Kan sebelum ni aku pernah cakap pasal reunion kan..
lebih dari 5 orang berkumpul dalam sesuatu masa
secara automatik aku akan istiharkan sebagai reunion..
suke hati makcik ni je kan..

Bukan reunion la..ni majlis sambut menantu peijal..dia dah kawen bulan 3 hari tu..
ni majlis belah lelaki..

senarai Batch wood tech 2004-2007 yang datang..
  1. Aku
  2. Mufid yang bermastautin kat bandar tun razak
  3. Ainul, sama dengan mufid
  4. Sofe, sponser pengangkutan pergi balik
  5. Kamrie, dari negeri pahang aman sentosa ke selangor
  6. mezah dan pasangan (next month plak)
  7. Ida, dari cheras- bangi- shah Alam
  8. Amy dari kelantan..
  9. Kudut, sama dengan amy dari kelantan
  10. Raihan dari kelantan gak (anak Amy dan Kudut)
  11. Daus dan Isteri dan Baby dalam perut
  12. Kimi dari kolej kediaman padang jawa
  13. Najim dari kedah.. mukim tobiaqqq ( tau tau betol ke tak ni )
  14. Zul dan cik tunang yang kami jumpa di pasar pagi..heee
  15. Aniz Anizar dengan kete myvi colur kuning (aniz pakai bumble bee)
  16. Yunus aka joe 
  17. zul aka shreek
  18. Muslih, datang jejauh dari JB tu..demi kembar terchenta
  19. CHEMBO - tetamu jemputan khas..
  20. Bob dengan pasangan.. 
sesapa yang nak berkenalan..
dari kiri berdiri : chembo, aku, kimi, najim, zul, mus, toto, aniz, joe(muka kene tutup)
mezah, kudut, daus, shreek
yang duduk tengah tu : Peijal and wife, Raihan
yang duduk bersimpuh tu dari kiri : sofeyanah, amy, ainul, musliza, manje,mufid

fuyooh..18 orang gak yang datang..
Hampir setengah gak la yang datang..kalau zuraida ada cukup 19 orang berkumpul..
tapi zuraida dah bawak diri ke korea...dia buat reserch kat sana da..
tak pe zu..
nanti nasi minyak aku ko makan la berapa periuk pun aku tak kisah..
tapi tak tau bila..

Ada yang tak jumpa hampir 2 or 3 tahun kot..
bila jumpa semua dah lain..
terutama aku ni macam makan apetton weight gain je..
cer tengok berapa semangatnye yang dukong baby tu

Well semua ada komitmen masing-masing kan..ada yang kene kerja, ada yang jauh,
ada yang berpantang..
macam cin chow..
dapat baby boy..
fuhh nasib baik hadiah sempat sampai..

Jadi peluang kenduri kendara ni la kita guna..
makan free, tak payah ada sesi open table..
pastu siap dapat door gift lagi.
siap buat pesanan lagi..
ko nak " cekelat" abis makan kita gi salam ngan mak pejal

Episode Reunion again dah start dari hari jumaat lagi..
Mufid, ainul dan musliza hari jumaat dah sampai..kesian dorang kene naik teksi datang umah aku..
aku tak mampu nak beli bumble bee lagi..hanya aku ada..megatron je..(Rapid Bus sehinggit sembilan puloh sen) sebab mereka-mereka ni ada kenduri rumah member dorang kat KL nuh..

pantang nampak kamere..

Mana nak dapat kat tempat lain bangun pagi-pagi ada bihun sup..umah aku je dapat tu
(belagak no!!! blog aku..suka hati aku la)
Sebenarnya malam tu dah aku rebus ayam buat sup..takut dorang lapar tengah-tengah malam..esoknye rebus bihun je..( bukan rajin sebenarnya..malas..kalau rajin ko siap buat nasi lemak lagi hu~~)
Cuti hari minggu aku tak ada la sunyi sangat 2 hari tu..
petang tu jejalan g PKNS..punya la lama aku tak masuk PKNS..masuk-masuk toilet dia da jadi toilet taraf hotel..siap keluar lagi..aku salah masuk toilet ke..( Ha betapa tak bejalanye perempuan ini...)
sebab hujan jalan-jalan kat SACC mall je..pau mufid seketul BIG APPLE..hehehe..
kelam kabut balik nak tengok bola..KEDAH vs FELDA..(sebab nak tengok baddrol je)..
mufid mengkhianati kawan sebab dia sokong Felda..pastu kata aku patut sokong FELDA gak..sebab FELDA tu pahang...mana ada weh...
pepagi buta ahad bangun gi pasar pagi, breakfast kat sana..cuci-cuci mata..pukul 11 kene balik coz nak siap-siap g kawen pejal..
budget-budget 2 kete je dari umah aku..sekali 4 kete da..
  • kerete amin (kawan ainul, mufid and sofi)
  • kerete kak farah (akak sofi)
  • kerete mizah
  • kereta sepupu musliza
Boleh pulak masa majlis aku boleh berbusiness gambar sekeping 2.50..hehehe...herge kawan-kawan..murah la tu..siap bagi royalti kat tuan rumah sekeping gambar free..Gambar tu ko letak mana pejal..ke ko ter'spin' sekali dalam mesin basuh?
contoh gambar dua hinggit setengah: 
sapa bekenan please contact me for the details..

dedicate khas untuk sepupu musliza sebab sanggup nak hangkut hadiah yang berat kemain tu..senget bahu budak tu..anda memang MACHO la..

Amy dan Yunus bawah Raihan datang...Raihan sangat comel..Baik sangat sesapa ambik diam je..
Raihan Comel
ni auntie letak satu gambar ni...

ALLAH bagi kita peluang untuk kita jumpa lagi..
Walau tak semua yang dapat datang..
ALLAH tak mengizinkan kita untuk jumpa semua sekali gus..
mungkin masing-masing keadaan dah berbeza, ada komitment lain.
Sekurang-kurangnya bersyukur,
sebab ALLAH meluangkan masa untuk
aku bertemu sahabat-sahabat ku..
Entah bila pertemuan seperti ini..kita tak tahu..
Mungkin lepas ini ada lagi..
atau
Kali ini..
kali terakhir kita tak tahu..
ALLAH lebih tahu..
Dari tulus hati aku berkata..
aku harap ukhwah kita tak akan putus...
andai kita tak ada masa dan peluang untuk berjumpa..
cukup kiranya teknologi merapatkan kita...
jalinan yang ALLAH anugerahkan pada kita..
harap jangan putuskan..
ye, aku  tahu aku pun tak sempurna..
jadi aku minta kawan-kawan ku ingatkan aku..
sebab aku takut..
andai satu masa ALLAH menganugerahkan kejayaan kepadaku..
aku takut aku jadi lupa akan insan-insan yang pernah hadir
dalam hidupku mengajar aku..ERTI HIDUP...
tolong ingatkan aku..
Jauhkan aku dari sifat itu..

OK..
ada masa, peluang dan ruang..
kita jumpa lagi..
Amin...




27 March 2012

Tak tahu nak letak tajuk apa?

Assalamualaikum..

Bismillahirahmanirahim..

Ok..sekarang jam 11.02 pagi..saya bagi masa 20 minit untuk diri aku menulis..kalau tak siap simpan dalam draft..

Tak ada sesuatu yang penting untuk dicerita. Cuma, tangan ini dikala waktu ini macam lincah untuk menari di atas papan kekunci ini.(ayat mana aku cilop pun tak tahu)

Tiba-tiba rasa hati ini seakan mahu berbicara melontarkan segala rasa dari jiwa..

seakan rasa blog ini tidak diupdate selama 3 hari..jadi sebagai seorang tuan punya blog yang sangat baik hati akan diupdate..padahal aku tak tahu siapa yang sudi menjengah..

tapi apa yang sebenarnya nak di tulis ni....

well aku pun tak tahu...

awal tahun haritu aku ada listkan wishlist aku, dan aku dah cerita wishlist aku dah tercapai 2..
dan hari ini telah tercapai lagi ..
Dengan hasil titik peluh duit gajiku..aku telah dapat memiliki satu kamere polaroid..alhamdullillah
memang orang cakap filem dia mahal la..rugi la..tapi bagi aku gambar yang keluar tu aku suka nak buat sebagai koleksi..
sebab sekarang zaman canggih ambil gambar simpan dalam bentuk soft copy..jadi sentimental value untuk sesuatu gambar tu dah kurang..aku tak boleh nak sentuh dah..nak hantar kedai untuk cuci memang tak la serajin itu kot..

mana aku dapat kamere colour pink tu.. sila taip shafawatiblog.blogspot mesti jumpa..dan setelah survey harga yang ditawarkan adalah sangat flaxible..rajin jawab soalan apa kita tanya..penghantaran pun ok..cuma tadi agak terkalut sikit sebab first time beli barang macam tu kot..macam-macam pikir..takut posmen tak jumpa jalan la..posmen tersesat la..posmen kene rompak la.

Hari ini aku telah memberi arahan pada rakan-rakan office ku jangan rapatkan pintu..nanti posmen datang tak dapat masuk..sebelum ni asyik membebel macam mak nenek kalau pintu tak rapat..

ok masa dah tamat..nak tido besok kene bangun awal ada workshop kat office..kan best kalau ada student praktikal pempuan sekarang ni..boleh buli suruh basuh pinggan..(niat tak baiK)

tetiba terindu kat dorang terutama akmalina dgn farah..yang lain pun rindu gak ok..tak mo jeles-jeles ok..




13 March 2012

Belajar VS Bekerja

Assalamualaikum..
Belajar VS Bekerja
apa yang sama?
apa yang lain?
okey, tau u olls (macam ramai sangat je yang jenguk blog typo eror ko ni kan)
nak cakap huruf 'B'yang samakan, dan yang lain semuanya lain..

okeh..setelah menjalankan pemerhatian disini saya dapat kupaskan perbezaan
yang kita kadang-kadang tak nampak, dan kadang-kadang dah nampak tapi kita buat-
buat tak nampak.

1.
belajar : kita boleh di kategorikan sebagai budak-budak lagi, jadi bila kita kat
kedai-kedai makan pun kita akan rasa macam muda bila brader yang muka ala-ala
baby face tu tegur kita "adek!!nak minum apa"
bekerja : macam kat dahi kita ni dah kene cop..yang dah kerja ni mesti dah berumur, jadi kalau order makan kat kedai makan brader yang muka ala-ala dah sebaya dengan bapak kita tu pun akan tanyer "kak, makan apa kak"
-dalam hati rasa nak memaki sambil rasa rendah diri, tua sangat ke aku ni-

2.
belajar : kita tak segan pun nak mintak duit kat mak bapak kita pada waktu terdesak kan..
bekerja: rasa itulah pekara yang paling memalukan bila korang kerja tapi minta duet kat mak bapak..malu..malu..

3.
belajar: waktu window shopping korang tidak akan diganggu oleh manusia-manusia lain.Kerana waktu kelas anda tidak di fix kan, jadi bila anda dapat massage bahawa kelas anda telah dibatalkan..anda boleh merancang untuk melakukan sesuatu yang menarik kan.
bekerja: waktu anda sangat fix sebab anda tak kan pernah dapat massage dari bos anda yang waktu kerja anda pada hari ini dah dibatalkan, atau bos anda segaja memberikan cuti sesuka hati..mana ada..

4.
belajar : anda tak akan bersalah sebab ponteng kelas,sebab selagi anda boleh menduduki peperiksaan akhir itu dah cukup..
bekerja: anda akan rasa seperti cacing yang dibakar dalam ketuhar, sebab bakal memikirkan masalah yang bakal timbul untuk hari esok..

5.
belajar: assigment anda bagai kerja sekolah je, kalau tak siap boleh mintak tolong pakcik google, kalau pakcik google tak boleh tolong..anda boleh copy paste assignment BF korang
bekerja: anda bakal dimaki atau diberi notis behenti kerja kalau anda tidak siapkan kerja anda.

6.
belajar: masa anda untuk keluarga dan rakan-rakan sangat banyak dimana anda ada cuti sem.mid term break..ni belumn lagi cuti-cuti hujung minggu dan cuti umum yang ada.
bekerja : masa anda bersama keluarga dan rakan-rakan sangat terhad..anda cuma ada cuti hujung minggu, cuti umum dan cuti tahunan (itupun kalau company anda luluskan)

7.
belajar : anda kurang rasa bertanggungjawab
bekerja : anda akan rasa anda perlu bertanggungjawab

8.
belajar : anda kurang ada duit dan perlu berjimat.
bekerja : memang tahu tiap-tipa bulan gaji akan masuk.BOROS

9.
belajar : anda akan terlepas dari satu soalan membunuh 'bila nak kawen'
bekerja : soalan itu adalah soalan wajib yang harus di tanya selapas soalan kerja kat mana.

10..
penat juga nak pikir ni
belajar : ia satu peluang
Bekerja : ia satu anugerah

akhirnya cukup sepuluh..terror tak saya..

demmm..malam-malam buta ni, tetiba rasa sayu, rasa frust,
rasa tak percaya, rasa tak la..gosip je..kita dah cuba nak
positifkan hati kita tapi otak fikir negetif.
hati dah cuba redha tapi otak masih pertikai.




Why......

21 February 2012

Kegilaan yang kita tak boleh jangka...

Assalamualaikum..

Permulaan kata, kadang-kadang, bukan selalu ye..
aku buat sesuatu yang aku pun tak sangka aku telah buat..
dan lepas dah buat tu terfikir..
kenapa aku buat macam tu..
kenapa?
kenapa?
dan
Kenapa!!

Contohnya..
contoh yang paling teruk pernah terjadi..
Waktu belajar kat UiTM jengka dulu-dulu, aku and geng (bunyi cam samseng je kan) perlu menghadirkan aktiviti di DSB@ dewan sejuk beku..on d way tu, untuk shortcut kami perlu melangkah satu longkang yang agak besar..dan kami memang dah biasa aktiviti lasak macam ni..sorang-sorang langkah dah berjaya..tapi waktu aku nak langkah..aku dah rasa aku tak mampu untuk melangkah dengan penuh keyakinan..tapi akal
gila ku tetap memaksa aku melangkah..dan
aku sedar aku dah berdiri secara statik dalam longkang yang tak ada air tu..
kalau korang baca ni..korang sure gelak tak ingat dunia kan..

Contoh yang sering-sering terjadi..
banyak kot,
merancang..aku nak buat benda ni,perlu buat..tapi..aku buat benda lain
bercadang nak makan sup ayam, tapi order nasi ayam..
nak gi giant, tapi aku naik bus gi PKNS..
nak ikut jalan senang, tapi aku ikut jalan jauh..
isi borang keje, nak isi no telefon sendiri tapi terisi no telefon orang lain( lagi mati bila no tel tu aku terisi nio tel bos aku)
nak telefon bos aku, tapi aku tertekan no tel ayah aku..
yang paling teruk sekarang..
nak tido awal (perlukan tido yang cukupo untuk wajah yg berseri-seri) tapi saje tido lewat gak..
nak basuh baju..letak baju dalam mesin basuh tapi tak on kan..
nak masak nasi ayam, tapi beli ikan..
fuhh penatla nak list kan senarai pekara-pekara yang tak jangka boleh tejadi..macam mana kebiolan ini boleh terjadi dalam hidup aku pun sampai sekarang aku tak tahu..

Contoh yang paling aku tak sangka akan terjadi..
Kali pertama aku berminat untuk mengikuti satu kuiz, yang aku pu tak agak boleh menang..dan tetiba aku nekad..yang aku nak menang..tapi aku nak menang t-shirt je tapi aku dapat lebih dari sehelai t-shirt..tapi akal gilaku tetap menyebabkan tangan ku gatal menekan dan antara pemenang terpantas untuk satu soalan yang paling susah di dunia (padahal budak 3 thn pun tahu nak jawab)..
ni ha buktinya


ini kelemahan aku..dan aku percaya setiap makhluk di muka bumi ALLAH ini, semua tak sempurna..cuma mereka je yang pandai sorok kelemahan mereka..dan orang macam aku secara terusan akan nampak memang 'LOST'..sebab memang kekemahan aku nampak ketara.Tapi aku bersyukur sebab aku tak memaksa diri aku menjadi sesorang yang terlalu sempurna sehingga menyiksa jiwa raga ku (ayat mana hang cilok ni). Aku masih mahu mencuba jadi diri aku sebenar, smile and laugh!!aku cuma mahu kongsi rasa bahagia aku..dan aku tidak mahu kongsi rasa sedih aku, sebab rasa sedih ini tidak akan mempengaruhi keadaan sekeliling hidupku..tapi kebahagian aku bagai memberi keistimewaan kepada keadaan sekelilingku..
kita sebagai manusia hanya sebagai seorang perancang dan ALLAH adalah pengatur untuk kita, sesempurna mana kita cuba untuk merancang tapi andai DIA tak izinkan..tetap tak berjaya..andai sesuatu rancangan itu hancur ada sebab musababnya..mungkin kita belum bersedia..mungkin kita belum cukup kuat..kita tak tahu..tapi DIA tahu..

fuhh..cukup sudah membebel malam ni..

okey-okey segment khas!!!
Kawan saya ni baru buka butik online dan saya adalah seorang pelanggan terawal (belagak anda yer)jadi untuk memberi sokongan saya menyeru(macam ayat PM dah) rakan-rakan bloger sekelian..ringan-ringankan lah tulang untuk like fanpage ini..memang harga yang di tawarkan agak murah dan designnye simple tapi menarik..
So sila sokong sahabat saya (SSssss)

Kalau bukak FB tu taip 'Mosimoosh' saya tak boleh nak share link la..budak baru belajar

Arigato ghozaimas!!!
xiexie!!

19 February 2012

Untuk kali kedua..

Hanya kau yang pertama..
Tiada yang kedua..

Apa yang ko mengarut ni..

ok!! ok!! nak cerita kali kedua buat cup cake..huhuhuhu

Cara2 nya!!

1.turun kebawah beli barang keperluan..
2.Mendaki tangga..nak balik la
3.sarung uniform khas (apron peningalan puan ct)
4. mencapak barang dalam satu bekas dan menghidupkan mixer
5. tunggang terbalikan dapur..
dan akhirnya

ta da!!!



motif:::nak colour hijau kuning,sebab dalam rumah ni ada colour kuning je..
(padahal nak sama dengan jersey kedah)
sebab masa ada mood nak buat ni, dekat dgn besday yati..dan tunang cik yati org kedah..tu yang buat colour tu..okey!!

da puas hati


colour lain pun ada kan...

okeh!!

Moral dari cerita, kalau kita hanya buat sekali dan kita angap itu dah sempurna, ia tidak sempurna sebenarnya..
kalau kita cuba lebih dari sekali, bermakna kita cuba untuk menyempurnakan nya..
jadi, practice make perfect..

kelemahan ada sahabat yang paling baik sekali,sebab ia akan mengajar kita agar lepas ni kita mengelak untuk kecewa..

kesempurnaan adalah musuh, sebab ia tak akan mengajar kita untuk mencuba lagi..

jadi..

mana anda pilih??

kalau saya, saya pilih kelemahan..sebab kelemahan adalah kemanisan selepas kepahitan untuk mengajar erti kejayaan..

Kata-kata ku:::

AKU TAK MAHU MENCARI SESEORANG YANG TERLALU SEMPURNA, CUKUP ANDAI DIA DAPAT SEMPURNAKAN HIDUPKU

SELALU KESALAH HANYA KITA NAMPAK DARI INSAN LAIN, TAPI SEBENARNYA IA BERMULA DARI KITA

16 February 2012

Betul..Ini Memang Saya



Tadi buka FB, zue ada tag 'Mention' untuk aku..
Cuba tengok kat atas..

Yeah..itu memang aku..peragai memang kalut memanjang..

dan selain dari hilang cermin mata, dan baru perasan cermin mata ada kat atas kepala

Sekarang saya dah perasan kekalutan saya makin kalut sejak dua menjak ni..dan semakin ketara sehingga menganggu laluan hidup ku yang normal (cewah)

Pertama::
sebab yang seorang yang memakai cermin, satu masalah saya adalah saya sering hilang cermin saya, dan biarpun ade 2 spek..namun ia selalu hilang,syukur rumah sewa ni kecil tapi jangan ingat tak pernah hilang ada sekalitu, saya ada dua spek, dan yang satu tu menjadi kegemaran saya sebab ia ringan..tapi malangnya spek tu dah hilang..hampir sebulan saya cari.dan nak tahu saya jumpa kat mana?? kat atas almari, nak tahu sapa punya keje SAYALA..

Kedua::
Saya jenis yang mudah tertinggal telifon, jadi satu hari tu saya balik dari pejabat dan saya perasan yang talifon saya tak ada dalam beg, maka saya jadi kalut dan bergegas ke pejabat balik,..korang nak tahu mana handphon saya tak..ada je dalam poket seluar..Demmm!!!

Ketiga:::
Satu pagi ni saya kalut cari kunci rumah sampai dah lewat turun tunggu bus, balik kerje pun masih mencari tapi tak jumpa, sampai frust sangat saya pun kemas la katil yang saya tunggang terbalik kan pagi tadi pastu benggang je rasa hati bila kunci tu ada bawah bantal..ahhh..bengang yang amat..

macam mana saya nak hilangkan pergai kalut ni, memang tak boleh sebab kalut tu dah sinonim dengan nama FATIHAH..uihhh

nanti kalau kawin nanti saya risau je, kalut hilang mana laki, tetibe sedar-sedar adaje kat sebelah ni..uish...

28 January 2012

tertinggal tajuk pulak..

di hari sabtu yang damai aku kuatkan hati aku untuk ke office,terlalu banyak dugaan yang perlu aku hadapi, dugaan dari tilam, bantal dan selimut yang terlalu berat untuk aku tinggal kan..tetap aku gagahkan sambil meneruni anak-anak tangga setinggi empat tingkat,duduk di bus stop sambil baca novel 'CINTA SI CASPER'yang telah membuai-buai saya seperti berada di PARIS, dan setelah menunggu hampir satu jam tiba lah sebuah bus yang dinanti.sambil dalam hati memaki apasal lambat bus hari ni..dengan membayar 2 hinggit aku telah tiba di destinasi yang dituju, dan melalui jalan-jalan yang biasa aku tempuhi di hari-hari biasa..sambil singgah di pasar pagi untuk membeli karipap dan air cincau, di situlah tempat yang aku rasa karipap nye yang paling sedap di Shah Alam..dan sampai di pejabat yang dikelilingi kedai mamak, yang dikerumuni ramai orang, dalam hatiku berbisik dorang ni tak bosan ke makan kat mamak je..dalam hati juga berkata..aku ngantuk ni, kenapa aku kene bejalan di laluan yang sama seperti hari-hari kerja yang lain..
sesampai di office aku hidupkan semua suiz-suiz lampu dan radio..
dan aku cuba mendail no orang yang dicari..die reject..setelah dua tiga kali aku mencuba..aku terima jawapan yang agak meluluhkan hati..

aku berdiri di tengah-tengah office lalu aku berkata APA MOTIF AKU DI OFFICE SEKARANG INI..aku stress!!! lalu teringat SMS semalam,
"sewaktu pergi ke Pesta buku sambil meletak buku-buku yang dicari dengan rakusnya, tapi kusedari duit dalam wallet ada 50 hinggit sahaja, dan ada suara ibu peri yang baik hati menawarkan duit untuk di pinjam kepada ku, tapi sewaktu memandang kaunter bayaran..AMPUN!!! ramainya manusia yang beratur..sambil melihat jam sedah 2.45 petang..dengan hampanya meletakkan bakul-bakul yang dipenuhi buku-buku di satu ruang dan terus pulang..dan terus SMS cik atie and cik yatie"

dan teringat..menunggu cik atie sambil ber FB. yeah aku telah mengunakan harta office dengan wajarnya..maka tibalah cik atie dengan mini cooper tempatan warna hijaunye..elah membawaku pergi ke PERSTA BUKU..dengan rakusnya aku memilih buku di tangan..sedar tak sedar dah ada 5 buku dalam tangan aku nekad utuk bawa terus pergi ke kaunter pembayaran..kerana risau tangan ini pantas memaut lambakan-lambakan buku yang ada..

Setelah selesai, kami ke kaunter penebusan hadiah dan apa yang saya dapat..kupon coke nandos je..(muka hampa)..sambil pusing-pusing dan setelah penat pusing-pusing kami bergegas ke TESCO..untuk mencari barang-barang dapur..dan peringatan di hari sabtu..sila bawa beg plastic sendiri tau..dan perut terasa lapar..tiba-tiba teringat meat ball ikea, kali terakhir makan balik raya tahun lepas..melepaskan kerinduan dengan memesan 10 biji meat ball beserta kentang lenyek..setelah selesai kami merayap di dalam ikea, dan aku teringat tupperware mak aku yang makin bekurangan gara-gara anak mereka yang selalu balik dan merembat tuperware nya..dan kemudian aku terigat hadiah Pn awin tak cari lagi..dan terus mendapat idea..

Disebabkan stress aku telah bershopping..dan rasa fuhh..lega..tak stress lagi dah!!

bagaimana anda hilangkan stress anda..

untuk bulan pertama, saya telah dapat membeli handbag yang agak berjenama tapi tak adala berjenama sangat dengan harga RM 50++ je (beli semasa sale untuk pemengang Sogo Card ye)..dan saya telah mempunyai jersey MALAYSIA sendiri..

Cubaan mengumpul duit untuk mendapatkan lappy baru..

dan saya nak beli Rubic cube saya sendiri dan Buku SUDOKU..bosan la asyik main sudoku online je..

02 December 2011

Hari bengang saya..


senarai bengang saya :
1. ada orang tak tunanikan janji
2. kerja bertimbun last minute..
3. balik office lambat..
4. bas lambat..
5. tounch n g tak boleh guna la pulak..
6. kelaparan..kedai buger dah tutup
7. gi kedai, roti dah habis..

cerita bengang di hari Rabu..

13 November 2011

cuci!! cuci!!!


sekali lagi di biarkan laman ini berhabuk,
sebulan yang agak sibuk, yang agak memenatkan, jadual harian seperti berikut:-
6.20 - bagun pagi
7.00 - siap mandi, solat, tenyeh bedak
7.15 - turun tunggu bus
7.20 - naik bus
7.45 - sampai office
6.00 - tunggu bus (balik awal, nak tengok soffiya)
9.15 - tido!!

wah macam tu lah hidup 2,3 minggu lepas. tapi insyaallah semua dah selesai, kalau fikir kita lah manusia yang palingpenat sekali, ada lagi manusia yang paling penat..jadi kita perlu bersyukur.

hajat nak sambung belajar dah diberi tahu tapi ada sesuatu yang mengejutkan berlaku..
"kakak ingat nak sambung belajar, ngat nak cari kereta la, buat ulang alik gi kelas"
jawapan spontan yang diterima " nape nak cari kete, cari pakwe kan senang" terkelu lidah untuk berkata..dan saya tak perlu kata apa-apa..

nak bercerita pasal sabar.pernah tak kadang-kadang kita jadi sangat tak sabar, kita nak tahu kesudahannya, kita sentia mendesak aak kesudahan cepat terjadi, tapi akhirnya kesudahan itu tak seperti yang kita nak. kecewa kan..
kadangkala saya rasa kesabaran itu sesuatu yang indah, cuma kadang-kadang membuat kita tertanya, berbaloikah untuk aku terus sabar, sedangkan jalan yang bakal dilalui agak tipis, tapi kalau kita teruskan kesabaran itu, dan dibayar kesabaran itu dengan sesuatu yang indah, baru kita mengerti..sabar itu indah..kita lebih menghargai sesuatu kalau kita susah untuk mendapatkan..sesuatu yang senang didapati kita tak akan hargainya..kenapa yer..sebab yang susah itu mengajar kita sabar..sabar tu jugak macam sesuatu keajaiban..kita selau tak sedar kita boleh sabar sampai tahap itu..
jadi berkat kesabaran kita dibayar pada nilai yang sepatutnya.
kadang-kadang saya sendiri pun tak sabar..sealau mula menuduh..selalu mudah salah sangka.saya selalu berniat nak buang sifat itu jauh-jauh..tapi tak boleh..
dan sekarang saya cuba terapkan sesuatu..kalau saya rasa tak puas hati dengan sesuatu..saya tak nak biarkan yang negetive kawal diri saya..macam kalau saya nak tegur orang saya kene pastikan diri saya betul dulu..saya tak nak jadi ketam mengajar anaknya jalan..tegur orang lain, tapi salah sendiri tak sedar..saya nak lihat kelemahan diri saya dulu sebelum saya kutuk orang lain.saya nak cuba jadi wanita yang lebih matang, lebih sabar, lebih tenang, lebih uat dan lebih tabah..

ucapan untuk bulan ini::
1. selamat bertunang pada cik shida ngan en razdan walaupun dorang bertunang raya hari tu..lupa nak ucap..

2. pada cik yati..yang bertunang hujung bulan hari tu. dapat makan ayam percik yang best..jadi master chef di rumah cik yati..

3. cik mezah yang bertunang hari ini..sorry tak dapat datang, tapi aku dah call ko semalam..beborak kejap kan..

4. pakcik fizi, yang betunang senyap-senyap..

dan

kalian sila main one two some..jangan clash tarikh..kalau clash tarikh..saya kene buat pilihan yang susah nanti dan saya buat pilihan untuk tidor kat rumah je.itu dikira baru adil dan saksama..organizer tahun depan dipenuhi dengan perkataan 'KAHWIN' jew..saya tertekan?? tak la..okey jew..sebab saya perlu sabar

nota::sabar..sabar...sabar...

21 October 2011

2.01 minit ..
bukan waktu office ye..ini waktu di kira waktu lunch lagi..kita tak curi tulangkan..
tak kan..tak..

nak melalut pasal apa hari ini??

entah la tak tahu pun nak melalut apa..

tu apasal bukak blog??

entahla..dah tak tau nak buat apa dah

dah tak ada 'KIJE' ke??
memang tak ada ni..sebab sekarang waktu lunch

hari ini kita cakap pasal semangat yer..
kenapa kita perlukan semangat..
saya rasa semangat tu macam bahan perasa dalam makanan..
sebab dia menjadikan makanan kita lagi sedap..

macam tu jugak semangat..cuba kalau kita buat sesuatu tu tanpa ada orang kata "go fatihah go" sure kita akan cuba yang terbaik je kan..dan kalau ada orng menjerit "GO FATIHAH GO" tentu kita akan cuba sehabis-habis dan teramat baik dan bagus kan..

dan kalau semangat itu datang dari orang yang tak penting lagi kita abaikan kan..
itu tak elok..sebab orang-orang lain sentiasa berdoa awak sentiasa berjaya..tapi awak tak hargainya..kata-kata itu satu doa..jadi kalau ader ada orang cakap benda yang baik-baik pada kita...kita aminkan..
kalau oarng cakap benda buruk pada kita..tampokan je.. CHOP JANGAN BUAT MACAM TU..JANGAN LAYAN DIA..sebab kalau KITA LAYAN ORANG GILA, KITA PUN GILA sekali la kan..ORANG GILA TAK MEGAKU DIRI DIA GILA..so!!! kalau ada orang bagi kata-kata buruk kat kita, mengata kat belakang, tikam belakang kawan, mengumpat..ABAIKAN!! kadang-kadang memang itu salah kita..tapi tegur depan-depan tak boleh ke..kalau dah tegur tak nak berubah..BOLEH JALAN DAAAA!!! lagi satu kalau kene makan atau kene tikam dengan kawan sendiri..buat note ini " MEMFINTAH LAGI TERUK DARIPADA MEMBUNUH, JADI KALAU AKU BUNUH ENGKAU,AKU TOLONG KO KURANGKAN DOSA KO KAT DUNIA NI LA KAN" tak..yang ni pun jangan ikut..tak betul juga..jadi kalau ada sesuatu yang buruk berlaku pada kita..kita SABAR..esok lusa ada DIA pulak yang kene sabar..
Powered By Blogger