Pesanan Penaja

09 June 2013

jangan hakimi sesuatu bedasarkan luaran



Assalamualaikum..

Panjang tajuk entry kali ni..nak tulis bahasa 'omputeh' tak reti..
jadi tulis ikut bahasa ikut bahasa kebangsaan kita je la..

kita selalu judge sesuatu pekara, benda dan keadaan bedasarkan luaran..
macam..kita tengok seseorang tu ada kerja yang bagus, ada keluarga, duit yang banyak, kereta besar
rumah besat, tv besar dan pelbagai lagi..dan terus kita cakap bahagianya dia..

Tapi kita tak tahu die stress pasal kerja, macam mana nak uruskan keluarga dia, macam mane die
bertungkus lumus untuk dapatkan duit yang banyak tu, macam mana dia setiap bulan perlu merancang duit untuk membayar kereta besar, rumah besar dan segalanya..

dan kita yang memandang berkata, untungnya dia, bahagianya dia..
dan kita tak sedar sememangnya die berhak dapat bahagia itu dengan apa yang dilalui..

aku mengaku, memang aku jenis yang senang judge orang tapi kebanyakan yang aku hakimi tu
salah..macam contoh..mula-mula aku jumpa, dia sombong, tapi akhirnya dia orang yang aku rapat..
dan sampai satu tahap aku takut nak hakimi sesuatu, sebab takut salah..

emm apa aku membebel malam-malam buta ni..

apa yang aku nak kata..kita nampak luaran dia bahagia tak semestinya dia sentiasa bahagia..
dan kita nampak luaran dia begitu sadis dan tragik tak bermakna hidup dia sangat teruk..

hidup orang ni macam kita baca novel tak 100%  sempurna, mungkin ada satu bahagian yang tak sempurna di mata kita, tapi belum tentu yang tak sempurna dimata kita tu tak ok dimata orang lain..
kadang-kadang ia jadi terbalik..

hidup kita macam kejutan..tak dapat baca apa yang didepan dan tak boleh mengharap masa silang kita datang kembali..

apa yang aku pegang..enjoy your life, lakukan yang terbaik untuk dunia dan akhirat..

tak semestinya hidup seorang penganggur tu sangat teruk, dan tak semestinya hidup orang yang tak ada pasangan tu sangat boring..jadi kita kene mengawal sesuatu keadaan..penganggur..sebab untuk memuhasabah diri, apa yang kurang apa yang perlu kita perbaiki, apa yang perlu kita tambah..
tak ada pasangan..mungkin Allah nk kita belajar bersabar dan nikmati hidup dengan orang sekeliling, keluarga kawan dan agar kita lebih menghargai orang di sekeliling kita..

ok2 stop untuk sesuatu yang serius, ok macam tak adil bila majlis ainul n herry tak ada gambar sebagai buktikan..
sini aku kepilkan sekali..


next time aku sambung membebel lagi...
XOXO

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger