Pesanan Penaja

Showing posts with label ape-ape pon boleh. Show all posts
Showing posts with label ape-ape pon boleh. Show all posts

25 May 2012

akak-akak kawasan melawat kawasan...

Assalamualaikum..

Tajuk macam samseng nak pergi pow orang je kan..
Hari jumaat, lunch hour lama sikit jadi kak ngah, kak der dan adik su telah mengambil keputusan untuk melawat kawasan yang telah dijaga lama oleh kak long otai dan kak teh..ibarat kata.. macam YB masuk kampung la kan..dah abis melawat kawasan bagai..perut berkerongcong nyayi lagi keroncong buat Rokiah
(ade ke tak lagu tu sebenarnya...) jadi, dah abis melawat kawasan pergi la memenuhkan perut yang dah mula kosong..restoran pertama kita orang pergi, bila sampai makanan dah habis..hua.. frust..sebab hari ni hari jumaatdan restoran tu dekat dengan masjid memang cepat licin la makanan kan..then kami decided nak pergi tempat lain..dok pusing...pusing..aku perasan sesuatu..oyeh..nampak kedai FENDI IKAN BAKAR..wah..terus excited..dalam hati dah lama teringin nak makan ikan bakar kat sini lepas kak ati ajak makan dulu lepas usaha nak makan meat ball kat IKEA sia-sia gara-gara tak ada tempat parking dan orang penuh gile kat food court..
Tapi bila sampai kat kedai..kedai tu...kedai tu..kedai tu..kedai tu..tutup la pulak..frust den..dan kami decided makan kat mana-mana kedai yang bukak sebab dah kebuluran sesangat..dan waktu pun dah jam 1:30 petang..
hua!! opis kat shah alam, lunch kat Kelana Jaya..ni kalau ayahanda kawasan tetiba buat 'wakenabeb' masuk office tepat jam 2:30 petang tak ke naya!!! mahu bedesing telinge aku kene bebel walaupun sejak dua menjak ni wa macam dah jadi kebal dengan bebelan..
Bila dah siap makan semua, sekali tengok jam 2:10 dah mustahil boleh sampai Shah Alam tepat jam 2:30ptg kan..
Tetiba sampai kat office. huh!! selamat...ayahanda tak jejak kawasan lagi..sia-sia wa terlebih gabra..
yang penting selamat akak-akak ni..

Dulu biasaje buat peragai masuk lewat ni...tapi sekarang kami dah insaf dan tak masuk lewat dah lepas lunch..
heeee....

23 May 2012

jijah jojet dah kawen u....

Assalamualikum..
Pertama sekali..nak ucapkan selamat pengantin baru kepada kawan se'course' sewaktu di jengka, kawan sekelas sewaktu di shah alam, kawan sebilik waktu sem 3 kalau tak silap, kawan se'thesis' waktu kat jengka dan Shah alam. kawan se'travel' waktu buat thesis kat jengka, kawan se'assignment', kawan seangkatan ponteng kelas masa kat Shah alam (kat Jengka kita jadi budak baik, nak ponteng pon pikir banyak kali u, kat Shah Alam nak ponteng pikir sekali je, dah cukup 3x ke tak aku ponteng,) adik-adik, jangan ikut peragai akak ni kalau nak dapat anugerah dekan ok..Kesimpulannya mizah adalah antara kawan yang terbaik yang aku pernah ada..diantara kawan-kawan aku yang terbaik..

Sebenarnya, sebak juga rasa hati ni la kawan rapat kita ni nak melompat ke satu status kan..sebak..sebak..(mood sedih sambil dengar lagu pelamin anganku musnah) tapi tak kan kita nak halang pulak kawan kita kawen kan, itu hak masing-masing (ok mood gembira, lagu selamat pengantin baru..)

Mezah bagi tawaran istimewa lagi mintak aku jadi pengapit, tapi kawan dia ni (aku la) sesuka hati letakkan syarat.mesti nak tahu apa syarat dia kan..
  • pertama- pengapit lelaki bukan laki orang, tunang orang atau boyfriends orang, kenapa tu..sebabnye buat sawan si kak tipah ni datang dia dok main mata kat pengapit lelaki kan naya..tak pasal-pasal akak jadi orang ketiga dik..tak sanggup..tak sanggup..akak rela tarik diri dik..
  • kedua - tinggi kene 174 cm ok..kene betol 174 cm..kalau 174.5 cm ~ ~ wa reject!!!
  • pengapit lelaki,aku tak nak mata sepet tau, kalau hitam manis lagi aku suka..tak nak muka macam korean look tau..tak macho..tak suka..tak suka..umur aku tak kesah..yang penting hitam manis je..
aku tak mintak bukan-bukan tau, mintak tu je..(sebenarnya, akak ni nak request pengapit lelaki or boyfriends ni?). Actually, aku ni tak nak jadi pengapit sebab aku ni suka ikut peragai sendiri..tetibe elok pengantin duduk bersanding si pengapit ni hilang pastu tengok-tengok ada je jat kemah makanan nun..(pekara ini pernah terjadi tau..tak tipu..betol) lagi satu jijah, cube ko tgk saiz aku, sure ko tengelam nanti, orang nampak aku je..ko tak sakit hati ke...
Sebenarnya aku hargai tawaran ko tu jah, terima kasih banyak banyak dan maaf sangat-sangat aku tak dapat ambik tawaran ko tu (ayat serius..macam jijah offer duit 1 ribu je). Alhamdullillah semua nye dah selamat..dan anda jadi pengantin yang cantik sangat..sangat..sangat..aku harap ko suka hadiah aku ngan sopi tu..aku tak tahu nak bagi apa dah...

Terima kasih dekat Amy dan kudut..sebab pagi-pagi sanggup datang Shah Alam dok kutip aku ni..(ko baca ni amy, letih aku tunggu ko update blog), perjalanan yang sangat enjoy dengan ragam Raihan yang macam-macam..(bila dukung Raihan, serius aku rasa macam nak ada anak ..)

aku akan cuba sehabis daya cuba upload gambar, sebab sekarang ni aku kat office tu rasa macam busy yang terlebih macam..penat ngadap monitor yang sebesar TV tu..kena beli krim double effect ni nak kurangkan kedut-kedut dimuka..
kali ni aku tak bagi hadiah berat-berat dah, dah fobia bahu sengget sebelah..

Cik shida pon offer aku mintak jadi pengapit tapi aku letak syarat-syarat di atas...dia terus cari pengapit lain..wa wa waaaa

Budak salah tema ni nak jugak begambar tu..

 orang lain semua colour unggu, dia gi pakai
colour merah pulak.. 
partners in criminal..
ni lah antara insan-insan seperjuangan..
bersama-sama menghasilkan kertas dan WPC.. 
kawan..I luve u...

Qayyum silau sangat ke sampai kene pakai cermin mata dalam rumah..
Ida dan amy dah cun jadi pengapit..tetibe ada budak pakai
baju merah..dah rupa tinag lampu saiz xxl aku tengok (kutuk diri sendiri nampak).
"Selamat Pengantin Baru"

yang lain gambar Raihan..


Ala-ala tomei Raihan ni...


Raihan dengan Mokdanye..
pantang di agah terus senyum..


Muka bahagia sebab dah mandi..
ni baju autie Ainul and mufid dorang bagi..
Amy kata baju ni dah ketat bahagian perut..
aku cakap boleh simpan untuk adik dia..
terus amy buat muka nak telan aku..heee
Ainul cakap kening Raihan macam kening Amy..
terangkat U..



13 April 2012

Reunion Again!!!

Assalamualaikum......

Kan sebelum ni aku pernah cakap pasal reunion kan..
lebih dari 5 orang berkumpul dalam sesuatu masa
secara automatik aku akan istiharkan sebagai reunion..
suke hati makcik ni je kan..

Bukan reunion la..ni majlis sambut menantu peijal..dia dah kawen bulan 3 hari tu..
ni majlis belah lelaki..

senarai Batch wood tech 2004-2007 yang datang..
  1. Aku
  2. Mufid yang bermastautin kat bandar tun razak
  3. Ainul, sama dengan mufid
  4. Sofe, sponser pengangkutan pergi balik
  5. Kamrie, dari negeri pahang aman sentosa ke selangor
  6. mezah dan pasangan (next month plak)
  7. Ida, dari cheras- bangi- shah Alam
  8. Amy dari kelantan..
  9. Kudut, sama dengan amy dari kelantan
  10. Raihan dari kelantan gak (anak Amy dan Kudut)
  11. Daus dan Isteri dan Baby dalam perut
  12. Kimi dari kolej kediaman padang jawa
  13. Najim dari kedah.. mukim tobiaqqq ( tau tau betol ke tak ni )
  14. Zul dan cik tunang yang kami jumpa di pasar pagi..heee
  15. Aniz Anizar dengan kete myvi colur kuning (aniz pakai bumble bee)
  16. Yunus aka joe 
  17. zul aka shreek
  18. Muslih, datang jejauh dari JB tu..demi kembar terchenta
  19. CHEMBO - tetamu jemputan khas..
  20. Bob dengan pasangan.. 
sesapa yang nak berkenalan..
dari kiri berdiri : chembo, aku, kimi, najim, zul, mus, toto, aniz, joe(muka kene tutup)
mezah, kudut, daus, shreek
yang duduk tengah tu : Peijal and wife, Raihan
yang duduk bersimpuh tu dari kiri : sofeyanah, amy, ainul, musliza, manje,mufid

fuyooh..18 orang gak yang datang..
Hampir setengah gak la yang datang..kalau zuraida ada cukup 19 orang berkumpul..
tapi zuraida dah bawak diri ke korea...dia buat reserch kat sana da..
tak pe zu..
nanti nasi minyak aku ko makan la berapa periuk pun aku tak kisah..
tapi tak tau bila..

Ada yang tak jumpa hampir 2 or 3 tahun kot..
bila jumpa semua dah lain..
terutama aku ni macam makan apetton weight gain je..
cer tengok berapa semangatnye yang dukong baby tu

Well semua ada komitmen masing-masing kan..ada yang kene kerja, ada yang jauh,
ada yang berpantang..
macam cin chow..
dapat baby boy..
fuhh nasib baik hadiah sempat sampai..

Jadi peluang kenduri kendara ni la kita guna..
makan free, tak payah ada sesi open table..
pastu siap dapat door gift lagi.
siap buat pesanan lagi..
ko nak " cekelat" abis makan kita gi salam ngan mak pejal

Episode Reunion again dah start dari hari jumaat lagi..
Mufid, ainul dan musliza hari jumaat dah sampai..kesian dorang kene naik teksi datang umah aku..
aku tak mampu nak beli bumble bee lagi..hanya aku ada..megatron je..(Rapid Bus sehinggit sembilan puloh sen) sebab mereka-mereka ni ada kenduri rumah member dorang kat KL nuh..

pantang nampak kamere..

Mana nak dapat kat tempat lain bangun pagi-pagi ada bihun sup..umah aku je dapat tu
(belagak no!!! blog aku..suka hati aku la)
Sebenarnya malam tu dah aku rebus ayam buat sup..takut dorang lapar tengah-tengah malam..esoknye rebus bihun je..( bukan rajin sebenarnya..malas..kalau rajin ko siap buat nasi lemak lagi hu~~)
Cuti hari minggu aku tak ada la sunyi sangat 2 hari tu..
petang tu jejalan g PKNS..punya la lama aku tak masuk PKNS..masuk-masuk toilet dia da jadi toilet taraf hotel..siap keluar lagi..aku salah masuk toilet ke..( Ha betapa tak bejalanye perempuan ini...)
sebab hujan jalan-jalan kat SACC mall je..pau mufid seketul BIG APPLE..hehehe..
kelam kabut balik nak tengok bola..KEDAH vs FELDA..(sebab nak tengok baddrol je)..
mufid mengkhianati kawan sebab dia sokong Felda..pastu kata aku patut sokong FELDA gak..sebab FELDA tu pahang...mana ada weh...
pepagi buta ahad bangun gi pasar pagi, breakfast kat sana..cuci-cuci mata..pukul 11 kene balik coz nak siap-siap g kawen pejal..
budget-budget 2 kete je dari umah aku..sekali 4 kete da..
  • kerete amin (kawan ainul, mufid and sofi)
  • kerete kak farah (akak sofi)
  • kerete mizah
  • kereta sepupu musliza
Boleh pulak masa majlis aku boleh berbusiness gambar sekeping 2.50..hehehe...herge kawan-kawan..murah la tu..siap bagi royalti kat tuan rumah sekeping gambar free..Gambar tu ko letak mana pejal..ke ko ter'spin' sekali dalam mesin basuh?
contoh gambar dua hinggit setengah: 
sapa bekenan please contact me for the details..

dedicate khas untuk sepupu musliza sebab sanggup nak hangkut hadiah yang berat kemain tu..senget bahu budak tu..anda memang MACHO la..

Amy dan Yunus bawah Raihan datang...Raihan sangat comel..Baik sangat sesapa ambik diam je..
Raihan Comel
ni auntie letak satu gambar ni...

ALLAH bagi kita peluang untuk kita jumpa lagi..
Walau tak semua yang dapat datang..
ALLAH tak mengizinkan kita untuk jumpa semua sekali gus..
mungkin masing-masing keadaan dah berbeza, ada komitment lain.
Sekurang-kurangnya bersyukur,
sebab ALLAH meluangkan masa untuk
aku bertemu sahabat-sahabat ku..
Entah bila pertemuan seperti ini..kita tak tahu..
Mungkin lepas ini ada lagi..
atau
Kali ini..
kali terakhir kita tak tahu..
ALLAH lebih tahu..
Dari tulus hati aku berkata..
aku harap ukhwah kita tak akan putus...
andai kita tak ada masa dan peluang untuk berjumpa..
cukup kiranya teknologi merapatkan kita...
jalinan yang ALLAH anugerahkan pada kita..
harap jangan putuskan..
ye, aku  tahu aku pun tak sempurna..
jadi aku minta kawan-kawan ku ingatkan aku..
sebab aku takut..
andai satu masa ALLAH menganugerahkan kejayaan kepadaku..
aku takut aku jadi lupa akan insan-insan yang pernah hadir
dalam hidupku mengajar aku..ERTI HIDUP...
tolong ingatkan aku..
Jauhkan aku dari sifat itu..

OK..
ada masa, peluang dan ruang..
kita jumpa lagi..
Amin...




27 March 2012

Tak tahu nak letak tajuk apa?

Assalamualaikum..

Bismillahirahmanirahim..

Ok..sekarang jam 11.02 pagi..saya bagi masa 20 minit untuk diri aku menulis..kalau tak siap simpan dalam draft..

Tak ada sesuatu yang penting untuk dicerita. Cuma, tangan ini dikala waktu ini macam lincah untuk menari di atas papan kekunci ini.(ayat mana aku cilop pun tak tahu)

Tiba-tiba rasa hati ini seakan mahu berbicara melontarkan segala rasa dari jiwa..

seakan rasa blog ini tidak diupdate selama 3 hari..jadi sebagai seorang tuan punya blog yang sangat baik hati akan diupdate..padahal aku tak tahu siapa yang sudi menjengah..

tapi apa yang sebenarnya nak di tulis ni....

well aku pun tak tahu...

awal tahun haritu aku ada listkan wishlist aku, dan aku dah cerita wishlist aku dah tercapai 2..
dan hari ini telah tercapai lagi ..
Dengan hasil titik peluh duit gajiku..aku telah dapat memiliki satu kamere polaroid..alhamdullillah
memang orang cakap filem dia mahal la..rugi la..tapi bagi aku gambar yang keluar tu aku suka nak buat sebagai koleksi..
sebab sekarang zaman canggih ambil gambar simpan dalam bentuk soft copy..jadi sentimental value untuk sesuatu gambar tu dah kurang..aku tak boleh nak sentuh dah..nak hantar kedai untuk cuci memang tak la serajin itu kot..

mana aku dapat kamere colour pink tu.. sila taip shafawatiblog.blogspot mesti jumpa..dan setelah survey harga yang ditawarkan adalah sangat flaxible..rajin jawab soalan apa kita tanya..penghantaran pun ok..cuma tadi agak terkalut sikit sebab first time beli barang macam tu kot..macam-macam pikir..takut posmen tak jumpa jalan la..posmen tersesat la..posmen kene rompak la.

Hari ini aku telah memberi arahan pada rakan-rakan office ku jangan rapatkan pintu..nanti posmen datang tak dapat masuk..sebelum ni asyik membebel macam mak nenek kalau pintu tak rapat..

ok masa dah tamat..nak tido besok kene bangun awal ada workshop kat office..kan best kalau ada student praktikal pempuan sekarang ni..boleh buli suruh basuh pinggan..(niat tak baiK)

tetiba terindu kat dorang terutama akmalina dgn farah..yang lain pun rindu gak ok..tak mo jeles-jeles ok..




31 December 2011

Good bye 2011, welcome 2012

fiyuu..sedar tak dah 2tahun aku dengan hidupsikupu2 @kupu2 terbang ni..mula-mula cadang nak tukar nama jugak..macam geli je kupu2 ni, then lepas tu tak terfikir nama yang sesuai lagi..saya seteruskan seperti sediakala..
sekarang ni 31.12.2011 iaitu birthday cik shida..dan bakal menjadi puan shida untuk tahun hadapan..satu hari tu dia buat ayat sedih pagi-pagi buta, tapi saya tak layankan sambil buat lawak bodoh, sebab kalau dilayan pasti ada cerita air mata di pagi hari..tapi sebenarnya kata-kata cik shida tu memang betul..saya cuba bayangkan hidup saya tanpa dia..mula-mula pn faz tukar kerja ke pahang, kemudian pn ct kahwin nasib baik masa tu cik shida ada..jadi saya cool..dan kali ini tiba-tiba saya macam tersedar kalau cik shida dah kahwin..saya macam sorang-sorang..tapi tak kan kita nak halang perkara yang baik pulak kan..itu tidak adil.. setiap orang ada kebahagiaan masing-masing..

Dugaan kewangan
Tahun ini tidak seteruk tahun lepas, masih boleh menyimpan.dan terus beringat sewaktu susah..dan saya sentiasa berdoa rezeki untuk saya sentiasa ada..

Dugaan dari segi mental..
memang sebenarnya agak berat dugaan dari segi emosi, ada kalanya rasa macam dah putus asa..tapi sebenarnya jawapan yang saya kene ambil adalah dengan terus bersabar..

dugaan dari segi fizikal
kenapa saya tak bole kawal lagi nafsu makan saya..bila anda sedar kebanyakan kain-kain anda tersa ketat..itu bermaksud anda dah terlalu gemok yer..

misi tahun depan..
Nak belajar lagi, bukan sambung belajar, saya dalam perancangan nak buat ijazah kedua dalam pengurusan sumber manusia, seperti perancangan awal, saya akan apply dalam bulan decenber dan kalau saya layak akan mendaftar pada Mac 2012. Tapi, kita hanya merancang, tapi ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk saya..maka atas sebab teknikal..saya tak hantar permohonan tersebut..

apa yang saya mahu tahun 2011, tapi saya tak dapat..
1. Laptop saya dah jahanam dan saya perlukan yang baru..tapi saya kene beringat..duet simpanan saya sewaktu masa kecemasan - ok, tak beli..tahan2..

2.saya nak handbeg baru, setiap tahun saya akan menjahanamkan handbeg saya..memang akan selalu putus, dan saya saya ptuskan nak beli yang berjenama..tapi adake yang berjenama harga RM 50 kebawah..anda memang kedekut..

3. Kamera polaroid-sampai dah mimpi-mimpi dah nak kan benda tu..tapi kalau beli benda tu, tapi tak ada duit nak makan.macam mana tu..

4. Jersey Malaysia colour kuning..bukan biru yer..memang dah teringin sangat, tapi masih tak ada masa nak pergi cari, sibuknya hidup saya..

Ha dah list dah tu.. sesiapa yang berniat nak bagi hadiah kat saya..jangan pening-pening..saya dah bagi barang-barang saya nak..

Apa yang manis tahun ni..
1. Kawan-kawan saya dah banyak bertukar status, ada banyak cerita manis-manis mereka..dan tahun depan..sehingga tarikh ini sampai bulan 5 dah ada kawan-kawan yang kahwin, so saya kene pospone 2013 la macam ni..
2. saya tak tahu apa yang merasuk jiwa dan sanubari saya, saya dah terlampau meminati bola sepak sekarang..terlalu minat..saya suka bola or suka orang main bola tu..saya pun tak tahu..tapi sebetulnya kemenangan harimau muda dalam sukan sea tahun ini macam megajar saya, jangan mengalah..terus berusaha..demi maruah kita..dan mission saya saya nak jadi pemain ke 12 (penyokong) untuk pasukan harimau melaya..

dan pesanan awal tahun..
selamatkan Harimau kita, jangan biarkan ia pupus..

Tak ada apa yang saya azamkan..saya nak hidup ang lebih baik dan saya nak jadi lebih tabah dan kuat dalam menempuh dugaan dari tahun sebelumnya..itu saja.
Powered By Blogger