Pesanan Penaja

26 February 2013

Cuti Panjang Sudah Habis!!

Assalamualaikum

Argh!!!! cuti panjang dah habis!!!
Argh!!! malas..malas..malas..
pejam celik..pejam celik dah habis sebulan lebih..

Dengan lafaz Bismillah, aku mulakan langkah baru dalam hidup aku,
aku nak lawan ketakutan yang ada, ala-ala fear factor gituee..
aku harap lepas ni semua yang bakal aku lalui akan sentiasa dipermudahkan
dijauhkan dari segala keburukkan..dilimpahkan dengan kerahmatan dariNYA..

Amin..

*Publish


05 February 2013

What I want?



Bila kita tersepit antara 2 jalan, kita rasa seperti berada dipersimpangan, jalan mana yang
harus kita pilih..tanya pada diri kita, apa yang kita mahukan..

kalau kita mahu yang lebih baik dari sebelum ini kenapa kita harus pilih masa lampau kita yang
kita dah pernah rasa sakitnya..jadi kita harus memilih masa hadapan yang kita tak tahu kesakitan
dan keseronokannya sebab walaupun ada kesakitan tapi ia tak sama dengan masa lampau kita..tapi dia
kesakitan yang baru, yang menjadikan kita lebin berwaspada untuk tidak rasa kesakitan itu..dan itulah
pengalaman..

dalam membuat satu keputusan, ketakutan lebih banyak berlegar dalam akal fikiran kita,
ketakutan adalah kelemahan aku, kawan aku pernah berpesan jadi kan kelemahan itu sesuatu
peluang untuk kita..jadi aku harus lawan ketakutan itu untuk membuatkan aku berani untuk
membuat keputusan dan keluar dari zon selesa kita...

masa lampau aku biarkan seperti sejarah, yang aku dah kenal erti kesakitannya dan kemanisannya..
masa hadapan aku perlu lebih bersedia, sebab kesakitannya dan kemanisannya aku tak tahu..tapi
ianya pasti..

yakin dengan rezeki bumi ALLAH ini...melangkah dengan bismillah agar sentiasa ada peluang dihadapan
untuk menjadikan kita insan yang lebih baik dan kita tak akan lupa apa yang dibelakang..

 

what you want? part 2

Assalamualaikum..setelah sekian lama menyepi akhirnya tibala aku menamatkan tanda tanya para-para
pembaca tegar blog aku ini..

secara rasminya aku telah meletakkan jawatan yang telah aku pegang sejak 3 tahun lalu, atas dasar
aku nak cabar diri aku untuk melakukan sesuatu yang luar kelainan..

Aku mahu cabar diri aku keluar dari keadaan yang selesa, aku mahu cabar diri aku meneroka dunia luar
dengan lebih terbuka lagi..aku mahu cabar diri aku untuk membuat satu keputusan yang susah..
aku mahu cabar diri aku, mampukah aku bekerja dengan satu organisasi yang lebih besar..

aku mahu keluar dari zon selesa ini..tapi kadangkala, disaat kita mahu melakukan satu keputusan kita
selalu diuji kan, rasa sayang tempat lama lah..tersepit antara 2 keputusan..

dan bila keadaan tersepit tu tiba..tanye pada diri kita sendiri, what I want?




Powered By Blogger