Pesanan Penaja

Showing posts with label motivasikan hidupku. Show all posts
Showing posts with label motivasikan hidupku. Show all posts

13 March 2012

Belajar VS Bekerja

Assalamualaikum..
Belajar VS Bekerja
apa yang sama?
apa yang lain?
okey, tau u olls (macam ramai sangat je yang jenguk blog typo eror ko ni kan)
nak cakap huruf 'B'yang samakan, dan yang lain semuanya lain..

okeh..setelah menjalankan pemerhatian disini saya dapat kupaskan perbezaan
yang kita kadang-kadang tak nampak, dan kadang-kadang dah nampak tapi kita buat-
buat tak nampak.

1.
belajar : kita boleh di kategorikan sebagai budak-budak lagi, jadi bila kita kat
kedai-kedai makan pun kita akan rasa macam muda bila brader yang muka ala-ala
baby face tu tegur kita "adek!!nak minum apa"
bekerja : macam kat dahi kita ni dah kene cop..yang dah kerja ni mesti dah berumur, jadi kalau order makan kat kedai makan brader yang muka ala-ala dah sebaya dengan bapak kita tu pun akan tanyer "kak, makan apa kak"
-dalam hati rasa nak memaki sambil rasa rendah diri, tua sangat ke aku ni-

2.
belajar : kita tak segan pun nak mintak duit kat mak bapak kita pada waktu terdesak kan..
bekerja: rasa itulah pekara yang paling memalukan bila korang kerja tapi minta duet kat mak bapak..malu..malu..

3.
belajar: waktu window shopping korang tidak akan diganggu oleh manusia-manusia lain.Kerana waktu kelas anda tidak di fix kan, jadi bila anda dapat massage bahawa kelas anda telah dibatalkan..anda boleh merancang untuk melakukan sesuatu yang menarik kan.
bekerja: waktu anda sangat fix sebab anda tak kan pernah dapat massage dari bos anda yang waktu kerja anda pada hari ini dah dibatalkan, atau bos anda segaja memberikan cuti sesuka hati..mana ada..

4.
belajar : anda tak akan bersalah sebab ponteng kelas,sebab selagi anda boleh menduduki peperiksaan akhir itu dah cukup..
bekerja: anda akan rasa seperti cacing yang dibakar dalam ketuhar, sebab bakal memikirkan masalah yang bakal timbul untuk hari esok..

5.
belajar: assigment anda bagai kerja sekolah je, kalau tak siap boleh mintak tolong pakcik google, kalau pakcik google tak boleh tolong..anda boleh copy paste assignment BF korang
bekerja: anda bakal dimaki atau diberi notis behenti kerja kalau anda tidak siapkan kerja anda.

6.
belajar: masa anda untuk keluarga dan rakan-rakan sangat banyak dimana anda ada cuti sem.mid term break..ni belumn lagi cuti-cuti hujung minggu dan cuti umum yang ada.
bekerja : masa anda bersama keluarga dan rakan-rakan sangat terhad..anda cuma ada cuti hujung minggu, cuti umum dan cuti tahunan (itupun kalau company anda luluskan)

7.
belajar : anda kurang rasa bertanggungjawab
bekerja : anda akan rasa anda perlu bertanggungjawab

8.
belajar : anda kurang ada duit dan perlu berjimat.
bekerja : memang tahu tiap-tipa bulan gaji akan masuk.BOROS

9.
belajar : anda akan terlepas dari satu soalan membunuh 'bila nak kawen'
bekerja : soalan itu adalah soalan wajib yang harus di tanya selapas soalan kerja kat mana.

10..
penat juga nak pikir ni
belajar : ia satu peluang
Bekerja : ia satu anugerah

akhirnya cukup sepuluh..terror tak saya..

demmm..malam-malam buta ni, tetiba rasa sayu, rasa frust,
rasa tak percaya, rasa tak la..gosip je..kita dah cuba nak
positifkan hati kita tapi otak fikir negetif.
hati dah cuba redha tapi otak masih pertikai.




Why......

21 February 2012

Kegilaan yang kita tak boleh jangka...

Assalamualaikum..

Permulaan kata, kadang-kadang, bukan selalu ye..
aku buat sesuatu yang aku pun tak sangka aku telah buat..
dan lepas dah buat tu terfikir..
kenapa aku buat macam tu..
kenapa?
kenapa?
dan
Kenapa!!

Contohnya..
contoh yang paling teruk pernah terjadi..
Waktu belajar kat UiTM jengka dulu-dulu, aku and geng (bunyi cam samseng je kan) perlu menghadirkan aktiviti di DSB@ dewan sejuk beku..on d way tu, untuk shortcut kami perlu melangkah satu longkang yang agak besar..dan kami memang dah biasa aktiviti lasak macam ni..sorang-sorang langkah dah berjaya..tapi waktu aku nak langkah..aku dah rasa aku tak mampu untuk melangkah dengan penuh keyakinan..tapi akal
gila ku tetap memaksa aku melangkah..dan
aku sedar aku dah berdiri secara statik dalam longkang yang tak ada air tu..
kalau korang baca ni..korang sure gelak tak ingat dunia kan..

Contoh yang sering-sering terjadi..
banyak kot,
merancang..aku nak buat benda ni,perlu buat..tapi..aku buat benda lain
bercadang nak makan sup ayam, tapi order nasi ayam..
nak gi giant, tapi aku naik bus gi PKNS..
nak ikut jalan senang, tapi aku ikut jalan jauh..
isi borang keje, nak isi no telefon sendiri tapi terisi no telefon orang lain( lagi mati bila no tel tu aku terisi nio tel bos aku)
nak telefon bos aku, tapi aku tertekan no tel ayah aku..
yang paling teruk sekarang..
nak tido awal (perlukan tido yang cukupo untuk wajah yg berseri-seri) tapi saje tido lewat gak..
nak basuh baju..letak baju dalam mesin basuh tapi tak on kan..
nak masak nasi ayam, tapi beli ikan..
fuhh penatla nak list kan senarai pekara-pekara yang tak jangka boleh tejadi..macam mana kebiolan ini boleh terjadi dalam hidup aku pun sampai sekarang aku tak tahu..

Contoh yang paling aku tak sangka akan terjadi..
Kali pertama aku berminat untuk mengikuti satu kuiz, yang aku pu tak agak boleh menang..dan tetiba aku nekad..yang aku nak menang..tapi aku nak menang t-shirt je tapi aku dapat lebih dari sehelai t-shirt..tapi akal gilaku tetap menyebabkan tangan ku gatal menekan dan antara pemenang terpantas untuk satu soalan yang paling susah di dunia (padahal budak 3 thn pun tahu nak jawab)..
ni ha buktinya


ini kelemahan aku..dan aku percaya setiap makhluk di muka bumi ALLAH ini, semua tak sempurna..cuma mereka je yang pandai sorok kelemahan mereka..dan orang macam aku secara terusan akan nampak memang 'LOST'..sebab memang kekemahan aku nampak ketara.Tapi aku bersyukur sebab aku tak memaksa diri aku menjadi sesorang yang terlalu sempurna sehingga menyiksa jiwa raga ku (ayat mana hang cilok ni). Aku masih mahu mencuba jadi diri aku sebenar, smile and laugh!!aku cuma mahu kongsi rasa bahagia aku..dan aku tidak mahu kongsi rasa sedih aku, sebab rasa sedih ini tidak akan mempengaruhi keadaan sekeliling hidupku..tapi kebahagian aku bagai memberi keistimewaan kepada keadaan sekelilingku..
kita sebagai manusia hanya sebagai seorang perancang dan ALLAH adalah pengatur untuk kita, sesempurna mana kita cuba untuk merancang tapi andai DIA tak izinkan..tetap tak berjaya..andai sesuatu rancangan itu hancur ada sebab musababnya..mungkin kita belum bersedia..mungkin kita belum cukup kuat..kita tak tahu..tapi DIA tahu..

fuhh..cukup sudah membebel malam ni..

okey-okey segment khas!!!
Kawan saya ni baru buka butik online dan saya adalah seorang pelanggan terawal (belagak anda yer)jadi untuk memberi sokongan saya menyeru(macam ayat PM dah) rakan-rakan bloger sekelian..ringan-ringankan lah tulang untuk like fanpage ini..memang harga yang di tawarkan agak murah dan designnye simple tapi menarik..
So sila sokong sahabat saya (SSssss)

Kalau bukak FB tu taip 'Mosimoosh' saya tak boleh nak share link la..budak baru belajar

Arigato ghozaimas!!!
xiexie!!

19 February 2012

Untuk kali kedua..

Hanya kau yang pertama..
Tiada yang kedua..

Apa yang ko mengarut ni..

ok!! ok!! nak cerita kali kedua buat cup cake..huhuhuhu

Cara2 nya!!

1.turun kebawah beli barang keperluan..
2.Mendaki tangga..nak balik la
3.sarung uniform khas (apron peningalan puan ct)
4. mencapak barang dalam satu bekas dan menghidupkan mixer
5. tunggang terbalikan dapur..
dan akhirnya

ta da!!!



motif:::nak colour hijau kuning,sebab dalam rumah ni ada colour kuning je..
(padahal nak sama dengan jersey kedah)
sebab masa ada mood nak buat ni, dekat dgn besday yati..dan tunang cik yati org kedah..tu yang buat colour tu..okey!!

da puas hati


colour lain pun ada kan...

okeh!!

Moral dari cerita, kalau kita hanya buat sekali dan kita angap itu dah sempurna, ia tidak sempurna sebenarnya..
kalau kita cuba lebih dari sekali, bermakna kita cuba untuk menyempurnakan nya..
jadi, practice make perfect..

kelemahan ada sahabat yang paling baik sekali,sebab ia akan mengajar kita agar lepas ni kita mengelak untuk kecewa..

kesempurnaan adalah musuh, sebab ia tak akan mengajar kita untuk mencuba lagi..

jadi..

mana anda pilih??

kalau saya, saya pilih kelemahan..sebab kelemahan adalah kemanisan selepas kepahitan untuk mengajar erti kejayaan..

Kata-kata ku:::

AKU TAK MAHU MENCARI SESEORANG YANG TERLALU SEMPURNA, CUKUP ANDAI DIA DAPAT SEMPURNAKAN HIDUPKU

SELALU KESALAH HANYA KITA NAMPAK DARI INSAN LAIN, TAPI SEBENARNYA IA BERMULA DARI KITA

10 February 2012

inspirasi...

kali ini tulis tajuk siap-siap sebab entry sebelum ni boleh pulak tertinggal tajuk..

Terlalu mengantuk tapi masih teringgin update blog, yang seminggu sekali di update ni..
kalau ada 'Mr Lappy' sendirikan, tiap-tiap hari akan aku update .Itu la janji kita kalau kita tak dapat sesuatu barang tu lagi, tapi kalau dah dapat, janji entah kemana.Sebab tu sebelum menutur sebarang kata-kata kita kene fikir sebab kadang-kadang boleh disalah ertikan sebagai janji, lepas yang bila kita tuntut akan timbul ayat "Ada janji ke" tak pun orang yang berkata-kata tu akan buat-buat lupa dan buat tak tahu macam dia tak ada janjipun.insan yang rasa tertipu ini pun akan rasa, senangnye kau tabur janji kan.

kadang-kadang saya sendiri pun tak sedar yang saya ada menabur janji, saya takut ayat penyataan saya akan di salah ertikan menjadi janji. Dan saya pula seorang manusia yang memang senang lupa ini pula akan terus lupa. Umur tak ada la tua lagi tapi selalu mudah lupa.Sebab tu, sekarang ini saya cuba menceburi bidang SUDOKU..sebab ada orang kata SUDOKU baik untuk daya ingatan dan ia akan membuatkan saya lebih fokus..(anda Rasa???, dan kalau anda dapati ada lagi ejaan yang salah, ini bermakna kadar kefokusan saya masih belum berada di tahap yang baik)

Janji dan lupa..senang je kan..dah janji pastu terlupa..tak cakap kat sesiapa pun, cakap kat diri sendiri pun ada gak,entah mengapa di malam yang hening dan di penuhi suara kanak-kanak ini tetiba nak mengomel pasal janji..

Tolong mengomel pasal sesuatu yang menginspirasi kan semua orang membaca..

Dalam sepanjang kehidupan ini saya selalu melihat apa di keliling saya, sewaktu dalam bus saya gemar melihat insan-insan lain di kiri dan kanan, bukan sebab nak pandang-pandang kot-kot ada artis ke, player football ke. Orang yang blur macam saya ni kalau baddrol bakhtiar lalu sebelah pun bukan perasan, nama je peminat (tak guna betul), jalan main syok sendiri je..kalau terperasan pun pastu dalam hati was-was, bukan tu kot..

Seorang manusia, hanya mampu melihat apa yang terjadi, tapi kita tak tahu di sebalik apa yang terjadi. Kita kecewa dengan apa yang terjadi, tapi kita tak tahu di sebalik itu apa hikmahnya, kita sentiasa tertanya-tanya sampai kita tak terjawab, tapi semua yang berlaku memang ada jawapan, jawapan tu tak datang bergolek, ia datang selepas dan itu kita pangil "HIKMAH"

Kita hanya manusia, nampak yang telah terjadi, tapi DIA, pencipta kita lebih tahu apa yang akan terjadi. kalau merungut ini bermaksud kita tak redha, jadi diam, ambik masa dan berfikir. Kadang-kadang syaitan itu lagi cepat bertindak dari akal, belum sempat akal mentafsir dah ada makhluk mencucuk terus kita punya hati akan berubah..

jadi saya cuba memandang apa di sekeliling saya sebagai satu peroses pembelajaran untuk mematangkan saya, saya cuba berfikir, saya cuba menganalisa, dan saya cuba buat kesimpulan.

Tapi kadang-kadang kesimpulan itu tak seperti apa yang dijangka dengan keputusan.

NotaDariHati::hanya berkongsi apa yang saya rasakan, tiada kena mengena dengan sesiapa pun, tapi peringatan untuk semua dan diri saya.Terima kasih kepada sesiap yang terKLIK dan terbaca blog saya, saya bukan sesiapa saya hanya insan biasa, hanya hanya mahu berkongsi pandangan saya dalam erti saya sendiri.. Terima Kasih
Tapi inilah inspirasi saya, kenangan saya, dan H.I.D.U.P saya.

17 January 2012

I.K.H.L.A.S

boleh ke saya nak menulis berkenaan dengan ikhlas kalau sebenarnya hati kita tak ikhlas?.

Selalu saya berfikir, adakah saya iklas.Dalam setiap kerja, dalam sesuatu perhubungan, dalam kehidupan, dan apa jawapan saya dapat? kadang kala saya rasa tak ikhlas, sebab setiap kali saya saya akan merungut, saya rasa tak rasa bahagia dan lapang dalam melakukan sesuatu.

Satu hari saya telah paksa hati saya untuk buat semua perkara dengan ikhlas, dan hari itu telah membuat saya rasa sedikit bahagia.membuat saya rasa tenang.Saya bukan nak kata saya bagus sebab konon-konon boleh ikhlas.

Tapi segala yang hadir dalam hidup kebelakangan ini buat saya rasa:
1- Kalau kita betul-betul ikhlas, kita tak pernah rasa terbeban pun, kita rasa ia sebagai tangungjawab.
2-Kalau kita ikhlas, sesuatu yang kita buat itu akan jadi lebih bermakna.
3-Kalau kitai ikhlas, saya rasa semua kerja akan tenang dan mudah..
Insyaallah

Sebenarnya saya masih cuba menanamkan sifat ikhlas dalam diri ini.sifat tak mahu merungut, kuat membebel, berleter..tapi ia cabaran yang sangat besar untuk menjadiakan Miss FS seorang yang tak banyak cakap.

Hati Ikhlas, Pasti dibalas
Kata-kata itu yang saya perlu pegang sekarang..
saya mahu paksa hati saya ikhlas..

notahati:: ikhlas itu senang kat mulut, tapi susah kat hati..

27 December 2011

saya dah penat...

saya dah terlalu penat..
saya dah terlalu penat memikirkan kerjaya ku..
saya dah terlalu penat memikirkan jalan hidupku..
saya dah terlalu penat masa hadapanku..

tapi

aku akan tetap berdoa agar akan ada satu kerjaya cerah untuk ku...
aku akan tetap berdoa agar jalan hidupku sentiasa berada di landasan yang betul..
aku akan tetap berdoa agar hati ini terus redha dengan masa hadapan yang aku bakal lalui..

ada satu masa kita rasa macam jiwa kita ni kosong, kita buka mata tak ada orang lain sekeliling kita, kita rasa sunyi, sepi..rasa keseorangan..

tapi sebenarnya...

kita tak keseorangan..
kita sentiasa ada DIA..yang terlalu menyanngi dia..

satu rasa kita rasa macam kita tak ada semangat..semangat itu bagai hilang..tapi tak apa kita boleh minta semangat kita kembali pada DIA..

apa sebab kita rasa kosong, sunyi dan tak ada semangat..

kadang-kadang kita terlupa akan DIA yang ada disamping kita..kadang kita alpa..dan kadang-kadang DIA nak uji kita..DIA nak kita faham erti hidup yang sebenar..erti kebahagian yang sebenar..erti pengorbanan yang sebenar.. erti kekuatan yang sebenar..

kadang-kadang dia uji hati kita dengan memalingkan perasaan kita, kita rasa dalam dilema..sebab DIA nak kita fikir adakah perasaan kita ini adalah betul.. kadang-kadang DIA detikkan hati kita..ada sebab di sebaliknya..

sebab itu kita jangan lupa akan DIA...

Note::: memang betul saat ini aku bagai tiada semamngat, tetlalu banyak yang aku fikir, terlalu banyak yang aku byangkan..aku terlalu takutkan masa hadapanku..aku terlalu takut anda ia tidak seperti di sangka..tapi kenapa aku nak pertikaikan nya andai itu telah jalanku..andai itu tercipta buatkan..aku akan cuba terus berdoa agar aku terus tabah dan redha dalam menempuh segala apa yang aku bakal lalui..aku sentiasa akan mohon kekuatan darinya...

25 May 2011

Hidup ini macam puzzle

ini lah hidup..yang macam puzzle, kalau kita cepat nak cantum cebisan-cebisan puzzle itu maka cepatla dia patah,dan anda perlu start untuk permulaan. sebab itulah dalam hidup ini kesabaran amat-amatla diperlukan..dan jangan kita takut untuk cuba kepingan-kepingan lain.dan kalau anda takut, anda akan kaku di situ dan puzzle anda tak akan lengkap.try to get and match..kalau tak sesuat get some new..dan pastikan puzzle kita complete..
then kalau sudah complete, hidup kita macam game kita restart the game balik dan kalau terus mencuba.
kalau terus ke next level, cabaran makin mencabar sampai ke tahap memang tercabar la..then kalau da game over, peluang-peluang untuk hidup dah habis, start the New game..dan kalau game tersebut dah samapai di penghujung...kita akan mula balik dari bawah kan..ini la dinamakan putaran hidup..kadang-kandang macam bola, kadang-kadang macam roda dan kadang-kadang macam guli, tapi macam mana keadaan pun ia tetapa satu objek yang bulat.
Hidup ini terlalu unik, kadang-kadang kita berjalan di kedai baju ke, butik ke, pasar pagi ke, uptown ke, ada satu baju yang sangat-sangat cantik.. dan kita sangat-sangat berkenan..kita cuba baju itu dan kita kelihatan seperti teletubies...sangat-sangat sedih..klu kita beli, kita dah ambik risiko untuk menerima kritikan orang lain ketika memakai baju tersebut..tapi kalau kita lepaskan kita sudah beri peluang untuk orang lain untuk jadi lebih cantik kan.. ia macam jodoh dan jodoh macam kerja..
kalau kita da jumpa sesuatu yang kita suka dan satu situasi yang membuatkan kita jadi selesa..tapi kekadang kita terpakasa lepaskan situasi dan insan tersebut kan..
dan kita biarkan orang lain rasa kebahagian tersebut..it's a happy life walaupun kita terpaksa terima hakikat, bina kekuatan yang dia bukan untuk kita..dan situasi itu bukan untuk kita..dan REDHA adalah sesuatu yang penting..dan kalau dah ReDHA perkataan kalau adalah diharamkan untuk disebut..
Dalam hidup ini banyak sangat peluang yang muncul, tapi kita selalu lepas peluang, sampai kita terlepas dua kali peluang, macam kita tunggu bus, tetiba buas tu tak ada, pastu ada bus kedua..tapi kita buat perkara lain, dan bus tu pun kita terlepas, dan terpaksa tunggu untuk bus ketiga..

kenapa saya banyak membebel kali ni?
saya nak becerita tentang kesebukan saya, tentang diri saya, tentang hidup saya, tapi saya selalu tiada masa untuk itu..

25 March 2011

Perempuan yang busy

betul ke busy..atau saja buat busy..
sebab-sebab lama tak update blog::
1. Bf a.k.a laptop da jahanam dan digantikan dengan hardisk..tp..hardisk tak
boleh nak online kan..
2. Broadband sudah di tamatkan perkhidmatan..atas sebab tak bayar selama 4 bulan dan tetiba dapat surat cinta dari lawyer..wa i becinta dengan lawyer u..jgn jeles..
3. Stremyx office pon da kene potong..sedih2...

dan terbukti saya dapat hidup tanpa online selama seminggu..dan apabila bukak FB..
dia ni dah bertunang, dia ni dah kawen..dia dah dapat anak...

sangat jadi seperti kucing dalam sangkar..

dan sekarang:::

setakat ini masaih kuat untuk hadapi segala masalah yang ada..
semua masalah ada penyelesaian..
cuma kita jangan lari dari masalah..
kerana masalah itu akan mengejar kita balik..

jadi..

say welcome kepada masalah...
kerana tanpa masalah kita tak akan jadi kita sekarang..
tanpa masalah hidup tak mencabar..
tanpa masalah hidup kita biasa..

tapi..

jangan cari masalah..

hidup ini :::

as usual...
masih boleh berdiri atas kakinya sendiri...
dan masih cuba mencari dunia yang luar biasa..

30 November 2010

Aku R.E.D.H.A

sources from
http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=2086


HADAPI MASALAH DENGAN BIJAK!

Oleh: Haslinda Lukman



Setiap hari kita tidak akan terlepas dilanda dengan masalah, sekiranya bukan kita yang bermasalah, orang lain pula yang mendatangkan masalah. Oleh itu kita perlu bersedia menghadapi permasalahan tersebut dan cuba mencari kaedah untuk mengatasinya. Sempena kedatangan bulan Ramadhan dan Syawal yang mulia ini, mari kita renung sejenak apa sebenarnya maksud setiap masalah itu, kaedah untuk mengatasinya serta panduan menghadapi masalah dengan tenang.



UJIAN IMAN

Masalah sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita untuk mengukur sejauh mana tahap keimanan dan ketakwaan kita terhadap-Nya. Sebab sebagai manusia kita sering terlupa serta lalai dengan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah apabila hidup kita sentiasa dilimpahi kesenangan dan kemewahan. Lebih-lebih lagi ketika usia remaja, hidup penuh dengan keseronokan dan sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru walaupun perkara itu jelas haram di sisi agama dan menyalahi undang-undang dunia, contohnya mengambil dadah dan hanyut dengan maksiat, dengan adanya ujian seperti ini, ia akan kembali mengingati apakah hidup kita selama ini mengikuti peraturan atau landasan yang telah ditetapkan oleh Allah ataupun telah jauh menyimpang.



Setiap masalah, kesukaran, kesakitan dan apa jua yang menyeksa jiwa adalah merupakan ujian dari Allah untuk menguji sejauh mana iman kita. Iman perlu kepada ujian. Ini jelas sebagaimana maksud firman Allah :



"Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." ( al-Ankabut: 2 - 3)

DARJAT DI SISI ALLAH

Ujian atau dugaan yang datang adalah dari Allah, sama ada ujian itu sebagai ‘kifarah’ dosa yang telah kita lakukan atau untuk mengangkat darjat kita di sisi-Nya. Allah juga tidak menduga hamba-hamba-Nya tanpa mengambil kira kesanggupannya atau keupayaan mereka untuk menghadapinya, ujian dan dugaan yang diturunkan Allah kepada hambanya adalah seiring dengan keupayaan individu itu untuk menyelesaikan masalahnya. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah:286 yang bermaksud “ Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya”.



Oleh itu sekiranya kita berhadapan dengan masalah, cubalah bawa bertenang, bersabar dan setkan dalam minda bahawa kita sedang diuji oleh Allah, orang yang melepasi ujian itu adalah orang yang berjaya dan mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah.



"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka." ( at-Taubah: 111)



CARA MENGATASI MASALAH



1.Sandarkan Harapan Pada Allah

Setiap ujian yang datang sebenarnya mempunyai banyak hikmah di sebaliknya. Yakinlah bahawa setiap kesusahan yang kita tempuhi pasti akan diganti dengan kesenangan. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Nasyrah ayat 1hingga 8 yang antara lain maksudnya “ …Sesungguhnya selepas kesulitan itu pasti ada kemudahan….”



"Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya
kepada-Nya aku bertawakal."( At-Taubah: 129)



2.Minta Pertolongan Dari Allah

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." ( al-Baqarah: 45)



3.Jangan Sedih dan Kecewa
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman." ( al-Imran:139)



Yakinlah dengan janji Allah itu dan jangan cepat putus asa dengan masalah yang dihadapi sebaliknya tingkatkan usaha dan kuatkan semangat untuk mengatasinya, lihat maksud firman Allah di bawah:



“ ...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir”( Yusuf : 12)



4.Luahkan masalah tersebut pada teman-teman yang dipercayai, walaupun dia mungkin tidak dapat membantu, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban yang kamu tanggung.



5.Bandingkan masalah kita dengan masalah orang lain, mungkin masalah orang lebih besar dari masalah kita, perkara ini juga boleh membuatkan kita lebih tenang ketika menyelesaikan masalah.



Penutup

Ujian yang datang juga tandanya Allah sayangkan kita. Jadi ambillah masa untuk menilai diri dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dalam apa jua yang kita lakukan. Lakukanlah untuk mencari redha Allah. Fikir dengan positif bahawa setiap dugaan datang dari Allah dan pasti ada hikmah yang tersendiri.



"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." – (al-Baqarah: 216)



saat rasa betul-betul jatuh, aku di hadiahkan dengan artikel ini (cr sendiri sebenarnya).
dan membuat mata & hati ini terbuka,
buat apa kita menagis atas kekecewaan,
kita perlu hadapi dan redha.
itu ujian buat kita, kita mampu untuk hadapinya,
kerana kita tidak keseorangan,
bukak mata dan hati..
doa, usaha & tawakal

di entry ini juga aku nak sampai ucapan terima kasih banyak-banyak kepada
insan-insan yang berada di belakangku, mendengar keluhan ku..
bersama-sama aku di saat aku jatuh..membeli makanan kepada ku saat aku lapar, sedia
mengajak ku tenggok wayang di saat aku boring di rumah, bersama- sama menghabiskan
masa bersama hujung minggu ..kalian semua sahabat ku..tak lupa juga pada family ku...
aku masih disini sebab M.E.R.E.K.A semua

dan hari ini, aku mahu redha dengan apa yang terjadi..

(ditulis di office tunggu lunch hour)

14 November 2010

JODOH Kita..


Resah.Gelisah.Seraut wajah termenung jauh."Orang lain semua dah kahwin,tinggal aku sorang saja".Sekeping hati bermonolog.Monolog itu disusuli tujahan prasangka."Aku x cantik ke?" "Aku kurang bergaya ke?" "Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?" "Aku tak pandai meng'ayat' agaknya".
Mungkin begitulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang belum berpunya.Rasa rendah diru,stress dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dan memiliki seseorang tanpa mengenal batas halal dan haram.Yang penting,dapat.
Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta.Pilu kerana walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta,mereka masih tak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki.Tidak serik-serik lagi.Diri diperhamba menagih cinta sementara hingga berkonflik dengan Pencipta cinta.Semua batasan-Nya diredah segala.Tak kenal dosa pahala.

Oh,remaja!
Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina.Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun,percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat.Apa tidaknya,asasnya dibina daripada dosa dan maksiat.
Mana mungkin dapat menegakkan tiang taqwa yang utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat.Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar.Semuanya dah dirasa dan terbiasa,nak rasa nikmatnya apa lagi?Anak-anak menjadi mangsa.Terimalah ia sebagai hukuman di dunia.Amat pedih.Namun,terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.
Kuhembus nasihat ini kepadamu hai remaja tanda sayangku tak terhingga.Bagi para gadis yang belum berpunya,andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan,yakinlah.
Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita.Usah peningkan kepala.Dia menguji anda sedikit masa lagi.
Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya," first thing first".Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting.Kenali prioriti anda sekarang.Jika memang dah sampai saat nak memiliki,tabahlah dan teruskan berusaha.Ingat,pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu dan bersedia.
Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya.Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran.Jangan putus asa.Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak.Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya.Teruskan berusaha!
Ingat,usaha yang Allah redha sahaja.Bagaimana?Dengan sms siang malam?Atau bergayut di telefon memanjang?Atau ajak keluar,belanja makan?Begitukah?
Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu,itu tips memikat wanita solehah dan beriman.Seabik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.
Seringkali,seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi.Pepohon berduri sanggup diredah,curam dan jurang sabar ditempuh.Namun,apabila dia memilikinya,didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma.Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk al-Quran dan Sunnah.
Beringatlah,urusan jodoh tak ke mana.Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita.Ianya urusan yang pasti.Apa yang tak pasti,sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya.Wallahu'alam.



source from ahlanwasahlan@facebook.

catitan:jodoh setiap orang telah ada, mungkin 'adam' kita hendak siapkan dirinya, perkahwinan bukan sebuah fantasi tapi sebuah dunia realiti.ia umpama bembina sebuah masjid, perlulah kukuh dari segi dalaman, biarlah cantik dari luaran..
fikir-fikirkan la..dan selamat beramal..

13 October 2010

aku jadi aku..

hemm..dua tiga menjak ini terlalu asyik membaca blog blog yang boleh membuatkan kita berfikir..kadang-kadang rasa sngat teruja dengan seseorang yang boleh menulis sedemikian rupa..
dua tiga menjak ni juga sibuk dengan aktiviti yang menyehatkan badan..motif utuk kurus tu tak ada la sangat..teringat kata-kata seorang kakak "ko lagi cantik kalau kurus sikik, ok sikit ko macam ni.x nampak selekeh"emm..motif saya berubah kerana untuk memudahkan orang di sekeliling saya dan membuatkan saya lebih confident untuk menampilkan diri saya, secret behind the glass.:
ini adalah tips untuk cantik dari sebuah buku yang diterjemahkan seorang guru yang lumpuh dengan cara yang lebih mudah untuk difahami, dia habisakan masanya dengan menulis buku..dan saya amat menyukai bukunya:
TIPS UNTUK CANTIK
1) UNTUK MEMILIKI BIBIR YANG CANTIK KITA PERLULAH SENTIASA MENUTURKAN KATA-KATA YANG BAIK, CUBA KALAU KITA MEMAKI HAMUN ORANG TAK MANIS KAN TU..
2) UNTUK MEMILIKI MATA YANG CANTIK, CARILAH YANG BAIK-BAIK MENGENAI ORANG LAIN, TAPI KADANG-KADANG YANG BURUK ITU LAGI JELAS DILIHAT BERBANDING KEBAIKAN.
3)BAGI MEMILIKI POTONGAN BADAN YANG MENARIK, BERSEDIALAH UNTUK BERKONGSI MAKANAN DENGAN ORANG LAIN,SHARING IS CARING KAN.
4)BAGI MEMILIKI RAMBUT YANG CANTIK, BIARKAN LA ANAK-ANAK KECIL MEMBELAINYA.
5)UNTUK KELIHATAN LEBIH AYU BERJALANLAH DENGAN PENGETAHUAN, DAN KITA TAK AKAN KESEORANGAN.
6)MANUSIA MELEBIHI BENDA-BENDA LAIN PERLU DIPULIHKAN SEMULA, DIPERBAHARUI, DIHIDUPKAN SEMULA DAN DIRAWAT..INI LEBIH BERKAITAN DENGAN HATI..
7) JANGAN SEKALI-KALI MEMBELAKANGI SESIAP..ALL AROUND U IS IMPORTANT IN UR LIFE..
8) JIKA KITA MEMERLUKAN TANGAN UNTUK MEMBANTU, IANYA ADA DILENGAN KITA..IT MEANS, APA-APA YANG BERLAKU, KITA SENDIRI YANG PERLU BERUSAHA UNTUK MERUBAHNYA.
9) APABILA KITA DEWASA, KITA DAPATI KITA ADA 2 TANGAN UNTUK,SATU TANGAN MEMBANTU DIRI KITA DAN SATU LAGI UNTUK MEMBANTU ORANG LAIN.
(source by Audrey Hepburn)

Banyak lagi kata-kata yang berguna, it's enough for today..saya sudah catitkan didalam sebuah buku dan jikalau ada kelapangan saya akan kongsi bersama anda.

08 October 2010

kesedaran..


sepanjang minggu ini..
aku dan nasi cowboy
adakalanya kita perlu rasa untuk susah, kadangkala kita nikamat, kadangkala
perlu rasa derita. kadangkala kita rasa kemanisan, kadang-kadang perlu rasa kepahitan.kadangkala rasa bahagia, kadang-kadang perlu rasa sensara..
kenapa? sebab kita diuji OLEHNYA.perlu tingkatkan kekuatan, kesabaran,dan keredhaan dalam diri.
itu kerana allah menguji kita untuk bersabar dengan segala nikmatnya..
kupohon kekuatan
saya mahu lari jauh darinya.
saya tidak mahu ada dalam hidupnya.
saya mahu buang dia dalam fikiranya.
saya tak mahu dia mencariku.
dan aku pohon sekali lagi kekuatan untuk aku lari..
untuk aku punyai kekuatan untuk melangkah.
entah kenapa aku rasa mahu lari jauh-jauh, tapi kata orang masalah tak boleh selesai kalau kita lari..
kita perlu hadapinya.
dan aku pilih untuk hadapinya, da aku perlu terus hadapinya dan samapai sekarang aku kena dan perlu hadapi..
sekali lagi aku bersyukur..aku diberi kekuatan
aku tidak mahu hanyut lagi..
aku tahu aku tidak sempurna..tapi aku pohon berikanlah aku kekuatan untuk
melalui hari-hari dihadapanku dengan sabar dan penuh kekuatan..
aku tidak mahu tewas lagi..
lindungi lah aku dari dosa-dosa ku dahulu..
Aku cari dia
kadangkala kita selalu sangat lalai, kita sudah susah baru kita ingat dia,
tapi kita tidak cuba untuk dekatkan diri kepada dia masa kita senang kenapa??
adakah kita selalu lupa..tapi syukur..sampai sekarang dia tidak pernah lupa kita..
cerita di saat kekecewaan..saya sampai tak mampu berjalan dan pandang kehadapan hanya tunduk sahaja..rasa kerdilnya diri saya ini..tapi entah dari mana kekuatan itu datang..saya mula berani melihat keliling saya..saya tidak hnaya tunduk saja..dan
sebab kekuatan itu saya cuba jadi matang..
peristiwa itu datang 2 minggu sebelum umur saya genap 24..dan saya tahu kenapa dia datang..kerana untuk lebih mematangkan dan menguatkan saya..
Powered By Blogger