Pesanan Penaja

28 January 2012

tertinggal tajuk pulak..

di hari sabtu yang damai aku kuatkan hati aku untuk ke office,terlalu banyak dugaan yang perlu aku hadapi, dugaan dari tilam, bantal dan selimut yang terlalu berat untuk aku tinggal kan..tetap aku gagahkan sambil meneruni anak-anak tangga setinggi empat tingkat,duduk di bus stop sambil baca novel 'CINTA SI CASPER'yang telah membuai-buai saya seperti berada di PARIS, dan setelah menunggu hampir satu jam tiba lah sebuah bus yang dinanti.sambil dalam hati memaki apasal lambat bus hari ni..dengan membayar 2 hinggit aku telah tiba di destinasi yang dituju, dan melalui jalan-jalan yang biasa aku tempuhi di hari-hari biasa..sambil singgah di pasar pagi untuk membeli karipap dan air cincau, di situlah tempat yang aku rasa karipap nye yang paling sedap di Shah Alam..dan sampai di pejabat yang dikelilingi kedai mamak, yang dikerumuni ramai orang, dalam hatiku berbisik dorang ni tak bosan ke makan kat mamak je..dalam hati juga berkata..aku ngantuk ni, kenapa aku kene bejalan di laluan yang sama seperti hari-hari kerja yang lain..
sesampai di office aku hidupkan semua suiz-suiz lampu dan radio..
dan aku cuba mendail no orang yang dicari..die reject..setelah dua tiga kali aku mencuba..aku terima jawapan yang agak meluluhkan hati..

aku berdiri di tengah-tengah office lalu aku berkata APA MOTIF AKU DI OFFICE SEKARANG INI..aku stress!!! lalu teringat SMS semalam,
"sewaktu pergi ke Pesta buku sambil meletak buku-buku yang dicari dengan rakusnya, tapi kusedari duit dalam wallet ada 50 hinggit sahaja, dan ada suara ibu peri yang baik hati menawarkan duit untuk di pinjam kepada ku, tapi sewaktu memandang kaunter bayaran..AMPUN!!! ramainya manusia yang beratur..sambil melihat jam sedah 2.45 petang..dengan hampanya meletakkan bakul-bakul yang dipenuhi buku-buku di satu ruang dan terus pulang..dan terus SMS cik atie and cik yatie"

dan teringat..menunggu cik atie sambil ber FB. yeah aku telah mengunakan harta office dengan wajarnya..maka tibalah cik atie dengan mini cooper tempatan warna hijaunye..elah membawaku pergi ke PERSTA BUKU..dengan rakusnya aku memilih buku di tangan..sedar tak sedar dah ada 5 buku dalam tangan aku nekad utuk bawa terus pergi ke kaunter pembayaran..kerana risau tangan ini pantas memaut lambakan-lambakan buku yang ada..

Setelah selesai, kami ke kaunter penebusan hadiah dan apa yang saya dapat..kupon coke nandos je..(muka hampa)..sambil pusing-pusing dan setelah penat pusing-pusing kami bergegas ke TESCO..untuk mencari barang-barang dapur..dan peringatan di hari sabtu..sila bawa beg plastic sendiri tau..dan perut terasa lapar..tiba-tiba teringat meat ball ikea, kali terakhir makan balik raya tahun lepas..melepaskan kerinduan dengan memesan 10 biji meat ball beserta kentang lenyek..setelah selesai kami merayap di dalam ikea, dan aku teringat tupperware mak aku yang makin bekurangan gara-gara anak mereka yang selalu balik dan merembat tuperware nya..dan kemudian aku terigat hadiah Pn awin tak cari lagi..dan terus mendapat idea..

Disebabkan stress aku telah bershopping..dan rasa fuhh..lega..tak stress lagi dah!!

bagaimana anda hilangkan stress anda..

untuk bulan pertama, saya telah dapat membeli handbag yang agak berjenama tapi tak adala berjenama sangat dengan harga RM 50++ je (beli semasa sale untuk pemengang Sogo Card ye)..dan saya telah mempunyai jersey MALAYSIA sendiri..

Cubaan mengumpul duit untuk mendapatkan lappy baru..

dan saya nak beli Rubic cube saya sendiri dan Buku SUDOKU..bosan la asyik main sudoku online je..

22 January 2012

Berat sebelah!!!

Ini bukan berat sebelah lagi dah..ni memang dah sedia memang berat pun..sebab terlebih tension jadi kita makan banyak!!

Cam ni, selalu dalam ni saya cerita pasal woodtech je kan..tak pernah cerita pasal Furniture industri..untuk ijazah sarjana muda saya..

siapa tak nak cerita..banyak nak cerita..tapi tempoh belajar hanya 2 tahun, jadi cerita tak banyak seperti zaman Woodtech dahulu.. tapi cerita tetap ada..

cerita macam mana kami memasak hampas tebu, melumatkan tempurung kelapa, kedua-dua proses ini untuk penyedian board..dan bila buat sendiri..tetiba board tu meletup pulak..meletup rasa hati ini nyah!!!tapi macam biasa, akhirnya tetap berjaya..belajar dari kesilapan..

Sepanjang 2 tahun tu, kami ada buat aktiviti dinner di luar kampus..kat mana yer..kat PD..seronok sangat..lepas tu lawatan industry di sekitar selangor ni..biasa la tu..

Dan yang tak boleh lupa konvoi ramai-ramai pergi raya rumah pensyarah..

ada lagi..

Berulang shah alam ke jengka untuk siapkan thesis..

banyak lagi nak cerota..tapi ini kira abstrak je dulu..idea tak dikembangkan lagi..sebab tengah demam, sejuk macam dok kat cameron..tengah cuba berfikir rumah aku ni kat cameron ke sampai sejuk lagu nie..sejuk aih..cari selimut mau tido lena..

Good Night untuk sesiapa yang sedang ber BLOGWALKING tu.

17 January 2012

I.K.H.L.A.S

boleh ke saya nak menulis berkenaan dengan ikhlas kalau sebenarnya hati kita tak ikhlas?.

Selalu saya berfikir, adakah saya iklas.Dalam setiap kerja, dalam sesuatu perhubungan, dalam kehidupan, dan apa jawapan saya dapat? kadang kala saya rasa tak ikhlas, sebab setiap kali saya saya akan merungut, saya rasa tak rasa bahagia dan lapang dalam melakukan sesuatu.

Satu hari saya telah paksa hati saya untuk buat semua perkara dengan ikhlas, dan hari itu telah membuat saya rasa sedikit bahagia.membuat saya rasa tenang.Saya bukan nak kata saya bagus sebab konon-konon boleh ikhlas.

Tapi segala yang hadir dalam hidup kebelakangan ini buat saya rasa:
1- Kalau kita betul-betul ikhlas, kita tak pernah rasa terbeban pun, kita rasa ia sebagai tangungjawab.
2-Kalau kita ikhlas, sesuatu yang kita buat itu akan jadi lebih bermakna.
3-Kalau kitai ikhlas, saya rasa semua kerja akan tenang dan mudah..
Insyaallah

Sebenarnya saya masih cuba menanamkan sifat ikhlas dalam diri ini.sifat tak mahu merungut, kuat membebel, berleter..tapi ia cabaran yang sangat besar untuk menjadiakan Miss FS seorang yang tak banyak cakap.

Hati Ikhlas, Pasti dibalas
Kata-kata itu yang saya perlu pegang sekarang..
saya mahu paksa hati saya ikhlas..

notahati:: ikhlas itu senang kat mulut, tapi susah kat hati..

15 January 2012

Oh memori Part 2

ok..ok..Sambung balik cerita tertangguh..banyak sebenar nak cerita..
hari tu kita stop dekat camping di Taman Negeri Endau Rompin, di atas segala usaha dan komitment yang di tunjukkan, untuk camping kali ini kami telah dibenarkan untuk memasak secara beramai-ramai.Ala-ala macam rewang aka kenduri sekampung.

tidak dinakfikan lagi, kami telah mempunyai barisan-barisan chef yang terhandal di dalam menyediakan lauk-pauk yang bertaraf 5 bintang, yang diketuai oleh kak nonie, lina, tiha, ani..dan ramai lagi..(kalau ada yang tertinggal tu, I'am sorry)

kali juga mempunyai satu team memasak nasi yang handal, rasa mereka ni selalu tolong kenduri-kenduri di kampung dan tiada masalah dalam memasak nasi dalam kuantiti yang banyak.

dan kami juga mempunyai satu pasukan skuad pembersihan yang akan membersih semua pingan-pingan, cawan-cawan, gelas-gelas, periuk belanga dan mangkuk-mangkuk..turut berkeboleh untuk membasuh mangkuk-mangkuk ayun.

Kem kali ini hanya 3 hari 2 malam sahaja..
setelah tiba pada waktu yang agak petang, kami telah diberi taklimat sebelah malamnya. kemudian kami diberi taklimat serba sedikit dengan tempat ini.

saya betul-betul tak ingat, sama ada malam first or second night ada aktiviti night walk di adakan, tapi sebelum itu kami dikehendaki berkumpul dan sebagai post mortem.ex-ex penghulu dan penghuluwati setiap kem diperlukan untuk memberi sepatah dua kata..dan cik lin telah memberi ucapan penyimpulan sepanjang ketiga-tiga camp wajib ini.

Cik lin ada lah seorang lecturer yang agak rapat dengan batch kami, biarpun kami pernah di halau keluar kelas oleh beliau.Tapi tak sedikit pun tercatit perasaan benci dan marah, sebaliknya sepanjang part 2, kami bersama cik lin..melangkah ke pelusuk hutan jengka untuk mengenal segala pokok-pokok yang ada sehingga la ada di antara kami yang telah memberi nama saintifik baru untuk sejenis pokok (MENGKULANG SIKU TUPAI ia sepatutnya MENGKULANG SIKU KELUANG)-siapa yang beri nama nie cepat angkat tangan? selain itu cik lin telah menahan kami sebelum balik, kerana kami diwajibkan mengutip daun dan mengecam daun sebelum balik. dan pada minggu hadapanya kami dimestikan untuk menjawab test nama pokok-pokok tersebut merangkumi nama saintific, nama tempatan dan family, sepanjang part 2 bilik saya di penuhi dengan nama-nama pokok dan bukan lah poster-poster artis tempatan yang popular di ketika itu.

Dan sewaktu penguluman forest camp itu juga, Cik Lin telah mencabar batch kami untuk membuat satu aktiviti yang dinamakan OPKIM (nanti free sikit ade citer pasal opkim pulak noo)

Dan selepas itu kami diwajibkan untuk menyertai program NIGHT WALK..wah..yang paling besnyer saya dah buat track sendiri.dan saya orang ketiga, dan dibelakang saya ada 45 orang yang telah saya hangkut kedalam semak..kenapa boleh jadi macam nie, saya terlepas orang di hadapan saya..dan saya seorang yang rabun malam..

hari keesokannya, apalagi jungle walk, dan disinila saya rasa macam kami sesat sampai di satu puncak, tapi guide yang bawak tu tak kan nak cakap..hey u all sesat la..
Syukur kami selamat tiba juga di based camp.dan masa sampai tu fikir..dah la penat kene masak lagi..dan apa yang berlaku..pak cik driver bus dah masakkan untuk kita orang..kami makan dengan kenyangnya..

selain itu, kami juga ada buat BBQ dan saya telah di cabar oleh kawan-kawan saya untuk diam akibat mulut saya yang macam speaker pecah ni..dan boleh la tahan lebih kurang 10 minit je..dan sewaktu ini yang saya ingat saya diserang migrain yang sangat serius sehingga saya tido, dan lupa apa berlaku, bangun-bangun ayam dah siap bakar je..

dan hari berikutnya, kami pergi ke air terjun ( kalau tak siap air terjun permaisuri, kalau silap tolong betolkan) dan kami balik naek jeep kesukaan kami turun dari puncak..tapi permandangan sangat menarik, tertarik ko memang deboom.

ok ! cukup malam ini, part 3 insyaallah bakal bersambung..cerita pasal camp khas!!!

tunggu, di blong yang sama entah tak tahu bila..

Notahati::saya sentisa senyum bila tulis pasal kalian semua..

06 January 2012

oh memori!!!!






mengambil kata-kata di wall FB cik lina, teringat saat-saat sewaktu zaman muda remaja diploma, lebih kurang 4 tahun yang lepas, dimana muka-muka yang baru meningkat remaja, muda belia, masih mentah lagi taraf kanak-kanak rebina, dengan muka yang mulus.Yeah, kenangan FOREST CAMP, subject wajib untuk mendapatkan Diploma In wood Industry..siapa tak pergi kene repeat, dan betul cakap-cakap senior, lepas kami balik dari ketiga-tiga kem tersebut, saya sendiri rasakan kami semakin rapat..

lembah Kiol, Jerantut
Kem yang pertama, tak ada la mencabar sangat, bukak je khemah.. sungai depan mata..satu khemah kalau tak silap dalam 6 orang, sebelum pergi tu pun kami telah melantik organisasi kami..dan cheq (tetiba keluar loghat kedah dah) yang tak tahu apa-apa ni dah terpilih jadi penghuluwati, layak ke??? sebenarnya rasa tak layak pun..
makanan kering dah beli siap-siap dan dibahagikan mengikut kumpulan, rasa macam bagi makanan untuk mangsa banjir pun ada gak.dan makanan itu kami perlu bawak sendiri, tapi apalah sangat kat kalau turun bus tapak kemah 10 langkah di hadapan..belajar memasak mengunakan mestin, saya bukan tukang masak terbaik..sebab sepanjang waktu perkemahan saya langsung tak pandai masak nasi, sebab saya hanya pandai masak nasi mengunakan periuk elektrik sahaja ( point anda telah turun untuk di jadikan calon isteri), tapi dengan dengan periuk elektrik saya pandai masak nasi ayam yangg sedap (up point, up point). Dan Group saya sangat bertuah kerana ada barisan tukang-tukang masak yang sangat power.. cik lina, cik tiha, cik mufid, cik ainul, cik zue dan cik tipah.. nak masak nasi mengunakan mestin dan lilin askar, di tambah dengan kayu-kayu kering..tak mudah la..dan masam first tu kami( kaum-kaum hawa) duduk keliling ungun api sambil dengar cerita dari cik lin (Rindu sangat kat cik lin), macam masa BEDTIME story pulak, jangan tak tahu kami diperlukan bergilir untuk jadi PAK GUARD, shiff akan bertukar tiap 2 jam sekali..dan tiap2 khemah perlu hantar wakil..pada hari-hari siang kami akan di bawa tracking untuk kenal-kenal pokok, dan dipenghujungnya kami tiba di sebuah air terjun..dan apa lagi SERANG!!!. sebelah malam ada beberapa aktiviti berkumpulan macam game show la..dan hari terakhir kami telah tracking ke lata meraung ( kalau silap tolong betulkan), kami tak boleh jumpa air..so apa lagi SERANG!!!! dah habis cerita lembah kiol jerantut..

Taman Negara Pinang..
Sebelum pergi tu banyak la cerita-cerita sadis, tapi saya hanya mahu cerita-cerita yang manis..senoir-senior cakap kali ini track agak mencabar dan kami perlu tracking untuk ke tapak perkemahan, kami kami di nasihatkan untuk menambah stamina.. jadi kalau ada kelapangan kami akan jogging ( tapi kira-kira balik ada la dalam 2 kali je kot) dan saya banyak mendengar nasihat-nasihat dari senior, untuk camp kali ini, saya beli beg yang paling mahal sepanjang hidup..dan sampai sekarang saya paling sayang dengan harta saya yang pertama tu (adalah dalam harga 210 sebiji) sebab kali ini agak susah kami perlu menyusun barang-barang makanan dalam beg, selain dari baju-baju..barang-barang yang berat saya susun di bahagian bawah dan baju-baju bungkus dalam plastic beg dan diletakkan di bahagian atas...(adik-adik junior, cepat ambik tips ni). First time naik bus dalam satu jangka yang lama..teramat bosan..bila la nak sampai..then sampai kami tidoq di taman rimba(tak tahu nama penuh aih..cheq lupa). Esoknya masa untuk melawat-melawat di sekitarnya dan menghabiskan sebahagian gulungan filem yang ada ( zaman tu kemere digital ni tak ramai pakai lagi, cheq guna kemere bodoj tu lagi, dan dalam lebih kurang pukul 11.00 (agak kot) baru start tracking..memang laluan sukar tapi tak terlalu mencabar, sebab banyak stop untuk berehat..dan kami sampai ke MONKEY BEACH..nampak air lagi..apa lagi SERANG..ada la 2,3 orang yang kene obor-obor..macam biasa..cacak khemah sendiri, masak sendiri..esok kami di bawa ke rumah api..dan kami di sajikan dengan cerita-cerita yang sangat panjang (dalam hati, bila nak balik ni...dah lapar)..dan ajk aktiviti telah buat satu permainan..membina istana pasir (bukan mahligai dari air mata yer)..istana saya and the gang sangat comel..macam cake..setelah bebrapa hari di MONKEY BEACH..kami naik bot ke PANTAI KERACHUT (tak tau ejaan betul lagu mana)..antara batch first yang naik bot..sampai-sampai kami dok bersiram cahaya matahari dulu la..aktiviti malam kami di ajar main permainan "1 EKOR KATAK, MASUK LONGKANG, ONG" (banyak lagi yang permainan, tapi ingat yang tu je) sapa Ingat??? esoknya kami di bawa tracking menaiki bukit dan turun bukit, bukit macam gelongsor ye, lebih kurang 90 darjah kecerunan kot.. sampai-sampai bawah nampak laut..
dan lebih kurang hampir 6 hari kot dok berkemah, kulit pun dah tak macam kulit asal..tiba masa untuk pulang dan mengalas beg balik..tapi tak pe makanan dah habis..beg dah ringan..

Last sekali, Taman Negeri Endau Rompin..
kali ini cik lin dah bagi kami masak ramai-ramai..macam kenduri..masakan semua best, siap buat BBQ lagi..macam biasa saya jadi tukang kemas, tapi barang yang saya kemas saya selalu lupa simpan kat mana..then camp kali ini sewaktu tracking kami telah sesat, tapi guard tu tak cakap sesat takut kita orang cuak kot..

Banyak lagi cerita yang best..tapi ni dah panjang sangat..



nota dari hati:: kenangan ini sangat manis untuk dikenang, ia membuatkan saya senyum sorang-sorang bila ingatkannya..TERIMA KASIH UNTUK JADI SEBAHAGIAN DARI MEMORI YANG TERINDAH SAYA..LOVE U ALL..XOXO
Powered By Blogger