Pesanan Penaja

31 May 2012

I will miss u

Assalamualaikum..

Bila aku hantar puan Ha balik temerloh sebab dapat kerje kat kuantan,
aku rasa sedih, tapi tak sesedih sekarang sebab Pn siti dan cik shida ada lagi dengan aku..
Bila Pn Siti pindah rumah,
aku rasa sedih, tapi tak sesedih sekarang, sebab cik shida ada dengan aku lagi,
tapi bila aku hantar shida kat bawah tetiba aku rasa kosong..kosong..kosong..(lagu najwa latif tak sesuai untuk digunakan sebagai lagu tema sebab music nya tak sesentimental jiwa aku)
Bila aku naik balik, aku bukak pintu aku rasa lagi kosong..tetibe aku duduk di satu sudut..
aku fikir aku dah sorang-sorang..tak ada faz@ha, tak ada siti@timah, tak ada shida..

Cita-cita kita nak tinggal serumah kita rencana sejak dari sekolah lagi, dan aku tak pernah terfikir yang apa
kita rancang jadi kenyataan..saat aku masih tak ada kerja, masih frust sebab janji tak ditepati,
korang sanggup terima aku masuk rumah korang, masa tu kita duduk kat ilham lagi, aku tahu masa belajar aku banyak abaikan korang, betapa tak bergunanya kawan korang ni..

Saat kita keluar dari Ilham, Shida dapat tawaran sambung belajar, kita daki flat 4 tingkat tanpa lif dengan penuh tabah, angkut barang-barang pindah rumah, lepas berapa bulan Ha dapat kerja kat kuantan, saat tu aku rasa kawan yang selalu tunggu bus sesama dah tak ada, Ha ajar aku, dengan sesipa pun kita boleh berkawan, sebab dia boleh dapat kawan kat Bus Stop..

Lepas tu, aku ada Pn siti aka Timah, Dia la yang banyak ajar aku susah sama susah, senang sama senang, saat aku ada masalah kewangan dia selalu tanya aku ada duit ke tak, saat dia nampak aku kira duit syiling aku, dia tanya aku tak ada sangat duit dah ke, dia hulur 50 hinggit kat aku..sebenarnya waktu tu aku saje kira duet syiling sebab aku pelik napa duit syiling aku tak cukup-cukup 50 hinggit biarpun aku letak tiap2 hari..setelah disiasat baru aku tahu..satu hari dia keluar makan, dia tanya aku nak kirim apa-apa tak, aku cakap tak nak, tapi bila balik dia bawak 2 bungkus nasi goreng dia suruh aku makan, masa tu aku sayu sangat..

lepas timah kawen, shida dah abis belajar dan terus dapat keje, shida jadi tempat aku bercerita, dia pun buat aku tempat bercerita, share masalah, share susah senang, shida yang banyak ajar aku pasal kehidupan, ada prinsip dia buat aku 'admire' dengan dia, kadang-kadang aku fikir dia lagi matang dari aku, dia lagi fikir lagi dalam dari aku.Banyak suka duka aku kongsi dengan dia..

Mira, biar aku tak pernah tinggal sekali dengan dia, rasa bahagia dia kita orang share bersama, rasa sedih dia kita orang rasa..dan mira la kawan paling lama aku kenal dari darjah 5.

Aku rasa aku tak bazirkan cuti tahun aku demi nak datang majlis korang, sebab aku rasa penting untuk aku ada dengan korang waktu bahagia korang, walaupun saat mintak jadi pengapit tetibe hilang, saat jadi pengapit bagi alasan, aku pendek ko tinggi sangat..tak sampai pengang payung..

sekarang berakhirnya deligasi rumah bujang 401, aku berat nak tinggal rumah tu sebab banyak kenangan, tapi aku tak mampu nak duduk sesorang untuk ingat balik kenangan kita..

Doa aku, aku sentiasa doakan korang bahagia dengan jalan korang pilih..aku harap sangat-sangat menghayati apa aku tulis sehingga seorang budak praktikal datang tegur "akak buat apa tu" hilang feel aku..nak kene baling dengan selipar jepun ni..

Aku gak berharap korang menghayati apa aku tulis sambil nangis-nangis(tetibe alif pun menangis sekali)

Coretan ini khas untuk kita semua, maaf seandai aku duduk dengan korang aku pernah sakitkan hari korang,
aku hanya manusia biasa..

Kawan..I luve You!!!!

30 May 2012

Berita Gembira

Assalamualaikum..

Pernah dengar tak kata-kata hikmah..

"kita harap sangat sepanjang hari indah, tapi tiba-tiba hujan, tapi sebenarnya di sebalik hujan tu,
ALLAH nak hadiahkan kita dengan pelangi yang lagi indah"

Macam tu la juga dugaan,
kadang-kadang kita terlalu sedih dengan sesuatu dugaan..
selalu tertanya kenapa..
tapi bila kita mampu jalan terus melalui dugaan itu
sebenarnya ALLAH nak kita rasa kemanisan disebalik dugaan tu kan..

Aku ingat
Aku bukan insan yang terlalu tabah..
dan bukan insan yang terlalu lemah..
tapi..
bila masalah tu datang dekat dengan aku..
aku kadang-kadang jadi terlalu lemah, aku jadi terlalu 'DOWN' untuk lawan dugaan tu..
tapi kadang-kadang aku jadi terlalu tabah, aku 'SURVIVE' untuk teruskan..

Kadang-kadang ia macam sesuatu keajaiban..saat aku terlalu memerlukan sesuatu..
dan aku rasa susah untuk mendapatkanya..
secara tiba-tiba aku diberi sesuatu..itu la orang cakap 'REZEKI'
kadang-kadang rezeki yang tiba-tiba disapa ni kita terpaksa tolak..
atas sebab-sebab yang memang tak dapat dielakkan..
atau mungkin reszeki itu hanya menyapa kita dan bukan ditakdirkan untuk kita
tapi orang lain..
Hidup ini penuh dengan kejutan..

Aku bukan seseorang yang sangat kuat, kadang-kadang aku terlalu lemah,
kadang-kadang aku rasa keseorangan, dan tiba-tiba aku tersentak..
aku tak berseorangan..aku ada DIA..

Nak membebel jugak..
kain yang aku hantar kat 'embak' untuk buat baju hari tu dah siap..lega rasa..
sebelum ni aku tak puas hari sebab kain yang dia jahit terlalu sempit..
tak sesuai dengan wa yang cukup brutal ni..seksa wo..
baju tu kene pakai dengan kain lain pulak..kan membazir namanya tu..
kali ni aku terpaksa hantar jugak lepas tauke kat kampung aku tak mau jahit..
tak cukup katanya..dia memerli aku tu..
kat 'embak' tu first time aku datang dia charge aku 65 hinggit, masa hantar kain
kedua dia charge 60 hinggit...tapi masa ambik tadi dia charge 55 hinggit je..ni rezeki aku..

25 May 2012

akak-akak kawasan melawat kawasan...

Assalamualaikum..

Tajuk macam samseng nak pergi pow orang je kan..
Hari jumaat, lunch hour lama sikit jadi kak ngah, kak der dan adik su telah mengambil keputusan untuk melawat kawasan yang telah dijaga lama oleh kak long otai dan kak teh..ibarat kata.. macam YB masuk kampung la kan..dah abis melawat kawasan bagai..perut berkerongcong nyayi lagi keroncong buat Rokiah
(ade ke tak lagu tu sebenarnya...) jadi, dah abis melawat kawasan pergi la memenuhkan perut yang dah mula kosong..restoran pertama kita orang pergi, bila sampai makanan dah habis..hua.. frust..sebab hari ni hari jumaatdan restoran tu dekat dengan masjid memang cepat licin la makanan kan..then kami decided nak pergi tempat lain..dok pusing...pusing..aku perasan sesuatu..oyeh..nampak kedai FENDI IKAN BAKAR..wah..terus excited..dalam hati dah lama teringin nak makan ikan bakar kat sini lepas kak ati ajak makan dulu lepas usaha nak makan meat ball kat IKEA sia-sia gara-gara tak ada tempat parking dan orang penuh gile kat food court..
Tapi bila sampai kat kedai..kedai tu...kedai tu..kedai tu..kedai tu..tutup la pulak..frust den..dan kami decided makan kat mana-mana kedai yang bukak sebab dah kebuluran sesangat..dan waktu pun dah jam 1:30 petang..
hua!! opis kat shah alam, lunch kat Kelana Jaya..ni kalau ayahanda kawasan tetiba buat 'wakenabeb' masuk office tepat jam 2:30 petang tak ke naya!!! mahu bedesing telinge aku kene bebel walaupun sejak dua menjak ni wa macam dah jadi kebal dengan bebelan..
Bila dah siap makan semua, sekali tengok jam 2:10 dah mustahil boleh sampai Shah Alam tepat jam 2:30ptg kan..
Tetiba sampai kat office. huh!! selamat...ayahanda tak jejak kawasan lagi..sia-sia wa terlebih gabra..
yang penting selamat akak-akak ni..

Dulu biasaje buat peragai masuk lewat ni...tapi sekarang kami dah insaf dan tak masuk lewat dah lepas lunch..
heeee....

23 May 2012

jijah jojet dah kawen u....

Assalamualikum..
Pertama sekali..nak ucapkan selamat pengantin baru kepada kawan se'course' sewaktu di jengka, kawan sekelas sewaktu di shah alam, kawan sebilik waktu sem 3 kalau tak silap, kawan se'thesis' waktu kat jengka dan Shah alam. kawan se'travel' waktu buat thesis kat jengka, kawan se'assignment', kawan seangkatan ponteng kelas masa kat Shah alam (kat Jengka kita jadi budak baik, nak ponteng pon pikir banyak kali u, kat Shah Alam nak ponteng pikir sekali je, dah cukup 3x ke tak aku ponteng,) adik-adik, jangan ikut peragai akak ni kalau nak dapat anugerah dekan ok..Kesimpulannya mizah adalah antara kawan yang terbaik yang aku pernah ada..diantara kawan-kawan aku yang terbaik..

Sebenarnya, sebak juga rasa hati ni la kawan rapat kita ni nak melompat ke satu status kan..sebak..sebak..(mood sedih sambil dengar lagu pelamin anganku musnah) tapi tak kan kita nak halang pulak kawan kita kawen kan, itu hak masing-masing (ok mood gembira, lagu selamat pengantin baru..)

Mezah bagi tawaran istimewa lagi mintak aku jadi pengapit, tapi kawan dia ni (aku la) sesuka hati letakkan syarat.mesti nak tahu apa syarat dia kan..
  • pertama- pengapit lelaki bukan laki orang, tunang orang atau boyfriends orang, kenapa tu..sebabnye buat sawan si kak tipah ni datang dia dok main mata kat pengapit lelaki kan naya..tak pasal-pasal akak jadi orang ketiga dik..tak sanggup..tak sanggup..akak rela tarik diri dik..
  • kedua - tinggi kene 174 cm ok..kene betol 174 cm..kalau 174.5 cm ~ ~ wa reject!!!
  • pengapit lelaki,aku tak nak mata sepet tau, kalau hitam manis lagi aku suka..tak nak muka macam korean look tau..tak macho..tak suka..tak suka..umur aku tak kesah..yang penting hitam manis je..
aku tak mintak bukan-bukan tau, mintak tu je..(sebenarnya, akak ni nak request pengapit lelaki or boyfriends ni?). Actually, aku ni tak nak jadi pengapit sebab aku ni suka ikut peragai sendiri..tetibe elok pengantin duduk bersanding si pengapit ni hilang pastu tengok-tengok ada je jat kemah makanan nun..(pekara ini pernah terjadi tau..tak tipu..betol) lagi satu jijah, cube ko tgk saiz aku, sure ko tengelam nanti, orang nampak aku je..ko tak sakit hati ke...
Sebenarnya aku hargai tawaran ko tu jah, terima kasih banyak banyak dan maaf sangat-sangat aku tak dapat ambik tawaran ko tu (ayat serius..macam jijah offer duit 1 ribu je). Alhamdullillah semua nye dah selamat..dan anda jadi pengantin yang cantik sangat..sangat..sangat..aku harap ko suka hadiah aku ngan sopi tu..aku tak tahu nak bagi apa dah...

Terima kasih dekat Amy dan kudut..sebab pagi-pagi sanggup datang Shah Alam dok kutip aku ni..(ko baca ni amy, letih aku tunggu ko update blog), perjalanan yang sangat enjoy dengan ragam Raihan yang macam-macam..(bila dukung Raihan, serius aku rasa macam nak ada anak ..)

aku akan cuba sehabis daya cuba upload gambar, sebab sekarang ni aku kat office tu rasa macam busy yang terlebih macam..penat ngadap monitor yang sebesar TV tu..kena beli krim double effect ni nak kurangkan kedut-kedut dimuka..
kali ni aku tak bagi hadiah berat-berat dah, dah fobia bahu sengget sebelah..

Cik shida pon offer aku mintak jadi pengapit tapi aku letak syarat-syarat di atas...dia terus cari pengapit lain..wa wa waaaa

Budak salah tema ni nak jugak begambar tu..

 orang lain semua colour unggu, dia gi pakai
colour merah pulak.. 
partners in criminal..
ni lah antara insan-insan seperjuangan..
bersama-sama menghasilkan kertas dan WPC.. 
kawan..I luve u...

Qayyum silau sangat ke sampai kene pakai cermin mata dalam rumah..
Ida dan amy dah cun jadi pengapit..tetibe ada budak pakai
baju merah..dah rupa tinag lampu saiz xxl aku tengok (kutuk diri sendiri nampak).
"Selamat Pengantin Baru"

yang lain gambar Raihan..


Ala-ala tomei Raihan ni...


Raihan dengan Mokdanye..
pantang di agah terus senyum..


Muka bahagia sebab dah mandi..
ni baju autie Ainul and mufid dorang bagi..
Amy kata baju ni dah ketat bahagian perut..
aku cakap boleh simpan untuk adik dia..
terus amy buat muka nak telan aku..heee
Ainul cakap kening Raihan macam kening Amy..
terangkat U..



14 May 2012

Bukan Senang...

Assalamualaikum...

Bukan senang nak jadi senang...bukan susah nak jadi senang..
apa yang aku merepek di saat jam menunjukkan jam 11:16 malam ni..

kepala asyik berpusing nak memikir macam mana nak start..
dan kalau dah start tu susah pulak nak behenti kan..

Dua tiga menjak ni aku rasa macam kurang rehat sikit..sebab tido pon agak lewat.
sabtu tu dah dekat 3 minggu asyik pergi office..tapi sebab aku masih belum ada
apa-apa komitmen lagi jadi aku bebas la sikit..memang hidup tanpa komitmen ni macam bahagia je..tapi sebenarnya orang yang tak ada komitmen ni kadang kala rasa kosong..

kadang-kadang dengar officemate bercerita pasal anak-anak dorang rasa macam nak ada anak juga..
pastu bila dukung anak orang ni rasa macam nak ada anak sendiri..

tapi bila kita lihat yang indah-indah ni kita tak lihat apa yang disebaliknya..
memang susah untuk jadi seorang mak, ibu, umi or mama atau seangkatan dengannya..

contoh terdekat..mak saya..anak 6 orang dan jarak kami adik beradik lebih kurang 1 hingga 4 tahun je..
 umur aku 2 tahun, aku dah dapat adik..dan macam tu la yang seterusnya sedar-sedar dah ada 6..

bilik teringat balik zaman-zaman dulu, aku beruntung sebab mak tak kerja, jadi sarapan, makan tengah hari, dan malam memang tentu ada..biarlah hanya cekodok tepung dan ikan gorang je..tapi itu dah sangat cukup untuk membesarkan aku sehingga aku jadi sebesar sekarang..

bila aku lihat diri aku sekarang, pergi kerja jam 7.30 pagi..balik 7,00 malam..makan ikut suka hati..sabtu ahad makan apa yang ada dalam peti..kalau aku ada anak..aku rasa anak-anak aku bakal kebuluran..yang aku takut bapak dorang siap bawak mak baru lagi jaga dorang..aku tak sanggup..

tapi realitinya bukan senang nak jadi emak sebenarnya..anak lagi..suami lagi..kalau yang bekerjaya tu..kerja lagi..bila aku lihat kawan aku sendiri yang jadi emak ni lagi aku faham istilah membina keluarga tu..suami ibarat arkitek..macam mana dia nak design sesuatu produk tu..emak umpama kontraktor utama..dia yang berusaha untuk memastikan hasilnya berjaya tetapi masih mengikut acuan arkitek tadi..dan anak-anak adalah produk..

bila aku lihat kawan aku sendiri yang telah jadi emak..pangku anak semasa tido..kebas gak kaki tu kot..bila makan ramai-ramai..gilir-gilir pegang anak..nak makan biar anak kenyang dulu..bangun tengah malam layan karenah anak.. kadang-kadang aku terfikir..sebenarnya ALLAH nak sediakan diri aku untuk menjadi seseorang yang bersedia untik menjadi isteri dan ibu..jadi aku haruslah bersabar..so siapa yang tanya status aku..harap korang faham apa yang aku cuba sampaikan..heee

sempena minggu kedua pada bulan may setiap tahun..aku akan cakap kat mak aku 'selamat hari ibu' dan mak aku senyum..dan aku kesempatan ini aku nak cakap kepada emak saya, bakal emak mentua saya (aku masih belum tahu sapa lagi), kawan-kawan saya yang telah menjadi emak, ibu, mama atau umi dan bakal menjadi, dan kepada ibu-ibu yang ada dalam dunia ni..anda sangat istimewa sebab anda dah jadi ibu..dan anda berpeluang menjadi ibu..

'prince charming' setiap wanita adalah lelaki yang hormat dan sayang ibunya..sebab lelaki ini akan hormat kita sebagaimana dia hormat ibunya apa bila kita hormatkan mereka (ayat berbelit-belit dah)..jadi lelaki yang bila ditanya siapa gadis di sebalik tulang belakang lelaki itu, dan lelaki itu menjawab "wanita itu berketurunan melayu dan dia adalah ibu saya" sangat so sweet, dan bila dia kata "i love u mak" lagi bertambah tambah sangat sangat so sweet..jadi jika anda (lelaki sahaja) yang ada ciri-ciri tersebut sila isi borang ok..

tetiba aku bengang dengan celcom sebab hantar masage wish hari ibu 2 kali kat aku..nak je aku reply..
"hey sengal, aku tak kawen lagi la"

Waktu sangat cemburu, dan 'Bro2' kat bawah dah mula diam..fan MU malam ni mimpi ngeri..dan esok macam ada orang bakal ngamuk...waktu yang sesuai untuk tido sebab esok dah keje..nanti nak sambung entry kenduri kawen..INSYAALLAH...

08 May 2012

bubuk...

Assalamualaikum...

hari ni nak cerita pasal bubuk!!
betul ke aku ngeje ni..bubuk ni binatang yang suka duduk dalam beras tu..

dua tiga menjak ni..atas sebab keje yang bertimbun dan beratur ikut turn untuk diselesaikan..
memang tak ada masa nak update blog..kalau blog ni macam manusia dah lama aku kene
baling dengan tin biskut..sebab aku abaikan dia..pastu nanti dia merajuk...pastu aku kene pujuk..
kan..kan..kan..apa melalut ni..

start hari jumaat stay sampai pukul 12.00 pg..pastu balik-balik mandi..tapi tido tak lena..
bertapa seksanya kalau kita tidur tapi tak lena..besarnya kuasa ALLAH bila dia tarik nikmat
yang kita ada..otak sentiasa berfikir..sabtu pun sama..dan ahad rehat-rehat sikit pastu isnin ada submission...
oyeh!!!

Memang cuti 1 May yang berbaloi..
pejam celik..pejam celik..dah 3 tahun rasa nikmat menghargai cuti hari buruh ni..
banyak benda aku belajar..dari susah, perit...sahabat,10 in 1..

Walaupun office tak sama macam dulu..
bila pukul 10:30 dah tanya hari ni nak makan kat mana..
konvoi 1 shah alam..cari tempat makan..
gi merayap ke cameron..
cuti hujung minggu maraton filem...
badminton time..
sekarang susah dah..last wayang tengok bulan 3 kot..emmm

sebab cuti 1 may tu aku rasa boring..aku jenguk la dalam tong beras..
mata aku sakit je tengok serangga yang buat beras2 ku tu macam tempat fun fair..
aku tuang semua beras dalam talam then aku jemur tengah panas..dan aku letak atas kerusi
tak sampai 30 minit aku nampak banyak serangga hitam tu dah KO sebab jatuh dari tempat tinggi..
aku fikir lagi best kalau letak air keliling..nanti serangga tu kira mati lemas pulak kan..
atas usah yang keras..kesemua serangga tersebut dapat dihapuskan..aku siap ayak bagai lagi
beras-beras tu..rupenye bubuk ni buat beras-beras tu sleeping bag dorang..jadi sebab tu la banyak beras yang berlubang..dan beras jadi berhabuk..jadi aku tampi beras-beras tersebut dengan skill yang ada..mana ada anak dara zaman lani yang pandai tampi beras lagu ni aih..(sapa agak-agak dah jatuh hati meh isi borang dulu)..dengan usaha agak keras kesemua raksasa-raksasa bubuk telah berjaya di hapuskan..hahahahahaa

dan bila malam menjelma..aku excited nak tengok perlawanan kedua kelantan Vs Kedah..aku dengan keyakinan 200% yakin kedah boleh mara ke final..boring la asyik tengok kelantan je..(orang-orang kelantan jangan marah ye)

malas la nak cerita pasal result..

dan aku terfikir..kejamnya apa aku buat kat bubuk-bubuk tu siang tadi..napa tak biarkan sekor dua hidup..
dorang bukan kacau aku pun..dok elok-elok je dalam tong beras tu..napa aku kejam dengan mereka..
kejam aku ni..mereka nak kongsi rezeki je..nak tumpang makan pun..dorang tak masak nasi guna letrik pon tak ganggu pun hidup aku...tapi aku bertindak sangat kejam..

tapi bila fikir balik..
tiap-tiap kali aku lapar, aku bukak tong beras korang buat reunion dalam tong beras aku..itu bikin aku angin tu..

cerita hari buruh, bola dan bubuk tiada kene mengene antara satu sama lain..jadi abaikan tajuk..sebab ni tanah jajahan ambo, suko hati lah ambo nak buat tajuk apa..

ok..hari dah lewat..banyak benda lagi nak melalut..nanti bila ada kelapangan..aku tulis lagi..biarpun aku tahu blog ini tak sehebat blog2 yang sentiasa terima award dan followers beribu-ribu orang..yang penting biar aku ikhlas tulis apa yang aku rasa..orang ikhlas nak baca apa yang aku tulis..sebab aku tahu aku cuma manusia biasa..cewah!!!!

ok untuk makluman..final piala FA aku sokong SIME DARBY walaupun aku tak kenal sorang pun player dorang, sebab aku sokong aku bercita-cita nak jadi salah sorang staff SIME DARBY..

masyuk tu..

Aminnn...

07 May 2012

semalam, hari ini dan esok..

Assalamualaikum...

Semalam @ 10:30 Pm
Aku perlu tulis sesuatu..kene tulis sesuatu..
login blog..termenung...logout la..
idea tak mai lagi ni..
ngintip-ngintip orang kat facebook..ngintai-ngintai blog orang..
tetibe..
idea tak mai gak..
apa lagi..
off lappy..
tido Zzz
(esok cuba lagi)

hari ni @ 2:25 PM
kene tulis jugak...kene tulis..
semangat..semangat..
login blog
tetibe..
guruh berbunyi!!!
tandanya..
logout blog...
off lappy pinjam..

Tak lama lagi pukul 3 dah..
Masanya untuk
RUN FOR MONEY!!

esok @11: 37pm..maknenye hari ni gak la..
yeah aku dah dapat idea nak tulis apa...



06 May 2012

BerUNTUNG.

Assalamualaikum..

(entry ni telah lama berabok..dan meronta-ronta untuk keluar di publiskan)

Kalau kita pandang orang lain..
bestnye habis belajar terus dapat kerja yang bagus..
kita..kerja biasa-biasa je..
tapi bila kita lihat orang lain yang sampai sekarang masih belum ada kerja..
apa kita rasa..

kalau kita pandang orang lain...
senangnye dia bertemu jodoh..ada orang sayang..
kita ni sorang-sorang je..
kita ni ada keluarga je yang sayang kita..
tapi bila kita lihat orang lain yang tak ada keluarga..
apa kita rasa..

Kalau kita pandang orang lain..
Bestnya dapat duduk luar negara..
tengok negeri orang..
kita ni masih kat negara sendiri..
tapi bila kita pandang orang lain yang negara mereka di jajah
dan perlu merempat di negara sendiri..
apa kita rasa..

kalau kita pandang orang lain..
Bestnya gaji besar..boleh beli macam-macam..
kita ni gaji kecik je..
tapi bila kita pandang orang lain yang gaji lagi kecik pada kita lepas tu cukup-cukup makan je..
apa kita rasa..

kalau kita pandang orang lain...
Bestnya ada kereta sendiri..mana-mana nak pergi pun boleh..
kita ni ada naik rapid kl, LRT, dan teksi je..
tapi bila kita pandang orang lain yang hanya mampu untuk jalan kaki je..
apa kita rasa..

kalau kita pandang orang lain..
Bestnya dapat sambung belajar tinggi-tinggi
kita ni takat ni je..
tapi bila kita pandang orang lain yang memang tak berpeluang untuk belajar..
apa kita rasa..

Jadi..
Bersyukur dengan apa yang kita ada..
dan berusaha untuk apa yang kita mahukan..

Powered By Blogger