Pesanan Penaja

29 December 2013

aku mudah lupa

Aku mudah lupa
Selalu ingat kita perancang terhebat
Tapi kita lupa ketentuan dari DIA

Selalu ingat kita hebat berusaha
Tapi kita lupa ketentuan dia..

Rezeki..
Jodoh...
Ajal..
Maut...

Semua ketentuan DIA
Kenapa perlu marah andai
Kita kecundang..
Kita gagal..
Kita kecewa..

Disebalik mendungnya hari
Ade terang matahari..
Disebalik gelap malam
Ada cahaya bulan...

wahai 'aku' andai kau rasa
Gelap percayalah satu masa
Ade sinar..

Sebab aku ada DIA...

11 July 2013

Nostalgia Ramadan

Assalamualaikum...

Hi kekawan selamat berpuasa..

Tahun ini rezeki aku dapat sambut puasa dengan family dah tiga tahun aku
Berpuasa diperantauan cewah..

Tahun ini aku tak perlu gigih bangun sahur Dan memerah otak ape aku nk makan dan kekadang sahur pun terlepAs

Tahun ni aku tak perlu termenung depan kedai untuk pilih lauk Berbuka..

Tahun ni tak payah aku hidu bau ayam goreng mamak tiap-tiap petang.

Dan tahun ni aku dapat kurangkan dosa ngumpat bos aku..

Kekawan..sila Jeles..


Teu rindukan saat berbuka dengan kak atie kat masjid besi..moment tu aku akan ngat sampai bila2. entah bila dapat rasa lagi..




27 June 2013

menjadi penanam anggur yang berjaya

Assalamualaikum

Tajuk entry bukan untuk mengalakkan pengganguran di malaysia.
Dan bukan nak menunjukkan aku bangga dengan statusku sebagai pengganggur.tapi lebih kepada nak share ape yang aku rasa.

Mula-mula memang susah nak terima hakikat tapi bila masa jadi kawan kita dan kita pun  redha.

aku mengaku sepanjang aku tak ada kerje ni kerja aku buat kuih.modal mak ayah aku.tak pe la dapat sepuluh ringgit he sehari dah tu rezeki kita kan..

Family pulak ade satu ketika akan push korang untuk cari keje..x pe layankan Je..dorang nak yg terbaik untuk kita..yg penting kita usaha kan..

Next time aku bagi tip lain plak k

26 June 2013

Sesi bertemu kembali

Asssalamualaikum

Kalau ada follower blog ni sure dah bosan sbb asyik sebuk
Degan bercerita pasal wedding orang lain kan.

Hello..kita kn blogger kn la update Apa yang kt buat kan

Minggu lepas aku jaDi pengapit pd puan piah..aku punye gabra mcm aku yg nk sanding.nasib semuanya ok.


  • Sila rujuk gambar..kekawan pn ramai yg dtg..


    Happy untuk korang berdua..
    Selamat peganting baru untuk kak farah jugak.

09 June 2013

jangan hakimi sesuatu bedasarkan luaran



Assalamualaikum..

Panjang tajuk entry kali ni..nak tulis bahasa 'omputeh' tak reti..
jadi tulis ikut bahasa ikut bahasa kebangsaan kita je la..

kita selalu judge sesuatu pekara, benda dan keadaan bedasarkan luaran..
macam..kita tengok seseorang tu ada kerja yang bagus, ada keluarga, duit yang banyak, kereta besar
rumah besat, tv besar dan pelbagai lagi..dan terus kita cakap bahagianya dia..

Tapi kita tak tahu die stress pasal kerja, macam mana nak uruskan keluarga dia, macam mane die
bertungkus lumus untuk dapatkan duit yang banyak tu, macam mana dia setiap bulan perlu merancang duit untuk membayar kereta besar, rumah besar dan segalanya..

dan kita yang memandang berkata, untungnya dia, bahagianya dia..
dan kita tak sedar sememangnya die berhak dapat bahagia itu dengan apa yang dilalui..

aku mengaku, memang aku jenis yang senang judge orang tapi kebanyakan yang aku hakimi tu
salah..macam contoh..mula-mula aku jumpa, dia sombong, tapi akhirnya dia orang yang aku rapat..
dan sampai satu tahap aku takut nak hakimi sesuatu, sebab takut salah..

emm apa aku membebel malam-malam buta ni..

apa yang aku nak kata..kita nampak luaran dia bahagia tak semestinya dia sentiasa bahagia..
dan kita nampak luaran dia begitu sadis dan tragik tak bermakna hidup dia sangat teruk..

hidup orang ni macam kita baca novel tak 100%  sempurna, mungkin ada satu bahagian yang tak sempurna di mata kita, tapi belum tentu yang tak sempurna dimata kita tu tak ok dimata orang lain..
kadang-kadang ia jadi terbalik..

hidup kita macam kejutan..tak dapat baca apa yang didepan dan tak boleh mengharap masa silang kita datang kembali..

apa yang aku pegang..enjoy your life, lakukan yang terbaik untuk dunia dan akhirat..

tak semestinya hidup seorang penganggur tu sangat teruk, dan tak semestinya hidup orang yang tak ada pasangan tu sangat boring..jadi kita kene mengawal sesuatu keadaan..penganggur..sebab untuk memuhasabah diri, apa yang kurang apa yang perlu kita perbaiki, apa yang perlu kita tambah..
tak ada pasangan..mungkin Allah nk kita belajar bersabar dan nikmati hidup dengan orang sekeliling, keluarga kawan dan agar kita lebih menghargai orang di sekeliling kita..

ok2 stop untuk sesuatu yang serius, ok macam tak adil bila majlis ainul n herry tak ada gambar sebagai buktikan..
sini aku kepilkan sekali..


next time aku sambung membebel lagi...
XOXO

29 May 2013

nota ringkas

Assalamualaikum.

Minggu lepas aku diberi peluang untuk hadir ke majlis kahwin si ainul n herry..
dah kawen dah dorang..
dulu mase diploma akulah salah sorang tukang cover korang kan..
patutnya aku boleh request 1 tempat makan kat meja pengantin dan  aku boleh makan
udang tingkat-tingkat ok!!

minggu lepas juga aku jumpa kak ati..
bus aku naik sangat slow dan tiba-tiba aku rasa macam nak demam..
tapi tetibe kak ati sms.."nak makan meetball tak?"
tiba-tiba rasa demam tadi terus hilang..magic nye!!!

bila teringat zaman belajar dulu..dah dekat 10 tahun kita kenal ok..
banyak sangat kenangan..dan aku klik hard disk yg ada gambar-gambar dulu..
dan buat aku senyum sorang-sorang..owh..aku memang seorang yang sangat beremosi..

gambar sebagai bukti pun tak ada..tunggulah org tag kat fb nantila..

22 April 2013

kalau tak cuba..tak tahu kan...

Assalamualaikum..

Kita bertemu lagi dalam segmen..Kukus, grill pangang...kukus, grill pangang..
dang!!!terpengaruh dengan fenomena masterchef sekali lagi...
tapi...perjanjian hanya boleh tengok sampai 9.30 je..lepas waktu tersebut..
remote bertukar tangan...ustaz don dah take  over plak dah..
nasib ade siaran ulangan..

Pernah tak kalian hadapi sesuatu masalah yang kita ingat tak boleh selesai tanpa kita cuba pun..
tapi sebenarnya kita mampu selesaikan..

Keadaan tersebut selalu aku hadapi, dan aku tak cuba pun untuk selesaikan, dan aku terus putuskan TAK BOLEH...

ye betul..dalam otak kepala aku ni, kekadang terlalu banyak negetiv dari positif..

contoh :
selama aku mengunakan laptop adik aku ni, aku ingat laptop adik aku ni tak boleh untuk bukak video..
sebab aku nak edit resume pun memang aku hangin..microsoft words pun tak boleh buka..
tiba-tiba hari ni aku teringin sangat nak tahu apekah itu gwiyomi...hah!! kan bolah je bukak video..(sambil buat muka tak berape nak comel sangat)

Pengajaran..aku kene ubah sikap aku..jangan mudah simpulkan sesuatu pekara tanpa mencuba dulu.
kata lainnye, aku kene berani mencuba..kita gagal tak pe.

kadang-kadang kegagalan lagi senang kita ingat dari kebahagian, kita akan ingat bila kite jatuh basikal..
tapi kita tak ingat bile kita mula sekali naik basikal..kita akan sentiasa ingat bila kita pernah kecewa, tapi kita tak ingat bila kita pernah bahagia..

Jadi, pada pendapat aku... kegagalan itu adalah bff kita.. jadi mulai sekarang aku perlu hadapi kegagalan tu..tak ade manusia sempurna semua orang pernah gagal..tak ade manusia sempurna, jadi..kenapa perlu takut..kenapa perlu rendah diri sebab kita gagal..semua orang pun pernah gagal...hari ini kita gagal..esok tak tahu..jadi untuk tak gagal kita perlukan seorang lagi bff kita..USAHA..DENGAN IZIN ALLAH...ada jalan..

go FS go..teruskan usaha dari tidak berterusan menanam anggur..

XOXO..
*publish*


02 April 2013

cuti panjang kembali bersambung..

Assalamualaikum...

2 bulan lepas bukan main lagi publish pasal panjang dah habis.
dan kali ini secara terbukanya aku menyatakan bahawa aku sekarang secara automatiknya salah seorang yang menyumbang statistik kadar pengangguran di Malaysia...

yes, sekali lagi mengganggur...

well, sejak umur makin meningkat ni kadang kala kerjaya bukan jadi yang utama, sebab kekadang ada sesuatu yang lebih utama..dan ini bukan sebab untuk bermalasan..dan kita sendiri tahu macam mana nak habiskan masa tu dengan sebaiknya..dan kadang kala ia jadi quality time untuk kita...

sebulan lepas sebenarnya aku tak seceria sekarang, aku bagai berperang dengan diri sendiri, sebenarnya lebih kepada masih belum boleh menerima kenyataan. Aku bagai nak larikan diri dengan dunia luar aku..sampai satu masa aku rasa hati aku jadi keras, tak boleh terima kenyataan..dan sampai aku berfikir, walau bagaimana dan apa yang aku rasa, aku tetap kat sini..aku tak ada kat tempat aku nak ada...
kenapa aku perlu lawan..ia memang aku dah rancang semuanya, tapi aku lupa..aku hanya merancang ALLAH yang menentukan...

so, kenapa aku tak terima kenyataan aku masih kat sini, dan nikmati apa yang aku masih ada sekarang..
tak rugi pun...aku pernah kata, rezeki bumi ALLAH ni luas..jadi kenapa selama ni aku boleh bersabar dengan apa yang aku lalui...sedangkan dugaan yang kecil ni aku nak lari... why?

jawapanya..aku tak ikhlas...

penyelesaianya... aku belajar ikhlas diri aku dengan apa yang tejadi..dah nama belajar kan..so..slow-slow la..

aku nak nikmati masa yang ada..sambil terus berusaha...

sekian,
xoxo...
enter..publish..

26 February 2013

Cuti Panjang Sudah Habis!!

Assalamualaikum

Argh!!!! cuti panjang dah habis!!!
Argh!!! malas..malas..malas..
pejam celik..pejam celik dah habis sebulan lebih..

Dengan lafaz Bismillah, aku mulakan langkah baru dalam hidup aku,
aku nak lawan ketakutan yang ada, ala-ala fear factor gituee..
aku harap lepas ni semua yang bakal aku lalui akan sentiasa dipermudahkan
dijauhkan dari segala keburukkan..dilimpahkan dengan kerahmatan dariNYA..

Amin..

*Publish


05 February 2013

What I want?



Bila kita tersepit antara 2 jalan, kita rasa seperti berada dipersimpangan, jalan mana yang
harus kita pilih..tanya pada diri kita, apa yang kita mahukan..

kalau kita mahu yang lebih baik dari sebelum ini kenapa kita harus pilih masa lampau kita yang
kita dah pernah rasa sakitnya..jadi kita harus memilih masa hadapan yang kita tak tahu kesakitan
dan keseronokannya sebab walaupun ada kesakitan tapi ia tak sama dengan masa lampau kita..tapi dia
kesakitan yang baru, yang menjadikan kita lebin berwaspada untuk tidak rasa kesakitan itu..dan itulah
pengalaman..

dalam membuat satu keputusan, ketakutan lebih banyak berlegar dalam akal fikiran kita,
ketakutan adalah kelemahan aku, kawan aku pernah berpesan jadi kan kelemahan itu sesuatu
peluang untuk kita..jadi aku harus lawan ketakutan itu untuk membuatkan aku berani untuk
membuat keputusan dan keluar dari zon selesa kita...

masa lampau aku biarkan seperti sejarah, yang aku dah kenal erti kesakitannya dan kemanisannya..
masa hadapan aku perlu lebih bersedia, sebab kesakitannya dan kemanisannya aku tak tahu..tapi
ianya pasti..

yakin dengan rezeki bumi ALLAH ini...melangkah dengan bismillah agar sentiasa ada peluang dihadapan
untuk menjadikan kita insan yang lebih baik dan kita tak akan lupa apa yang dibelakang..

 

what you want? part 2

Assalamualaikum..setelah sekian lama menyepi akhirnya tibala aku menamatkan tanda tanya para-para
pembaca tegar blog aku ini..

secara rasminya aku telah meletakkan jawatan yang telah aku pegang sejak 3 tahun lalu, atas dasar
aku nak cabar diri aku untuk melakukan sesuatu yang luar kelainan..

Aku mahu cabar diri aku keluar dari keadaan yang selesa, aku mahu cabar diri aku meneroka dunia luar
dengan lebih terbuka lagi..aku mahu cabar diri aku untuk membuat satu keputusan yang susah..
aku mahu cabar diri aku, mampukah aku bekerja dengan satu organisasi yang lebih besar..

aku mahu keluar dari zon selesa ini..tapi kadangkala, disaat kita mahu melakukan satu keputusan kita
selalu diuji kan, rasa sayang tempat lama lah..tersepit antara 2 keputusan..

dan bila keadaan tersepit tu tiba..tanye pada diri kita sendiri, what I want?




07 January 2013

What you want? (Part 1)

Assalamualaikum..

Amaran:: Entry ini sangat panjang dan dipenuhi dengan huruf-huruf sahaja.Kesabaran amat diperlukan..kalau rasa-rasa tak boleh sabar..sila tekan X di sebelah kanan...terima kasih...

achooommm..blog berabuk lagi..hehehe..selepas jadi perunding perkahwinan hari tu ( berangan) terus balik kampung cuti dekat seminggu lebih..cuti tanpa gaji..23/12 hari tu ada kenduri kesyukuran sikit bantu la apa yang boleh dibantu..sekali dengan pindah rumah..rasa tulang ni macam dah nak reput akibat tak minum susu anlene..

Tapi dihari kejadian meriah la dengan kehadiran kawan-kawan ayah dan mak..nampak la happy jumpe kekawan lama..

dan minggu depan akan balik kampung lagi selama yang boleh.. emm..dengan ini saya telah meletakkan jawatan ini dengan rela  hati tanpa sebarang paksaan..

sebab?
nak perubahan..

dapat kerja lain ke?
tak de..

tak takut menganggur ke?
Rezeki ALLAH bagi..yakin denganNYA..ape yang penting rajin dan tak takut untuk ambil risiko..
Bumi ALLAH ni luaskan..

Untuk sesuatu yang baru saya perlu keluar dari zon selesa dan mencabar diri saya pada seuatu keadaan yang lebih sukar..dan saya yakin dengan jalan yang saya pilih walaupun dihadapan saya tahu terlalu banyak cabaran yang bakal saya tempuh..

Azam tahun baru

AKU MAHU JADI SEORANG MANUSIA YANG POSITIF...

sambungan part 2.............................
Powered By Blogger