Pesanan Penaja

31 December 2011

Good bye 2011, welcome 2012

fiyuu..sedar tak dah 2tahun aku dengan hidupsikupu2 @kupu2 terbang ni..mula-mula cadang nak tukar nama jugak..macam geli je kupu2 ni, then lepas tu tak terfikir nama yang sesuai lagi..saya seteruskan seperti sediakala..
sekarang ni 31.12.2011 iaitu birthday cik shida..dan bakal menjadi puan shida untuk tahun hadapan..satu hari tu dia buat ayat sedih pagi-pagi buta, tapi saya tak layankan sambil buat lawak bodoh, sebab kalau dilayan pasti ada cerita air mata di pagi hari..tapi sebenarnya kata-kata cik shida tu memang betul..saya cuba bayangkan hidup saya tanpa dia..mula-mula pn faz tukar kerja ke pahang, kemudian pn ct kahwin nasib baik masa tu cik shida ada..jadi saya cool..dan kali ini tiba-tiba saya macam tersedar kalau cik shida dah kahwin..saya macam sorang-sorang..tapi tak kan kita nak halang perkara yang baik pulak kan..itu tidak adil.. setiap orang ada kebahagiaan masing-masing..

Dugaan kewangan
Tahun ini tidak seteruk tahun lepas, masih boleh menyimpan.dan terus beringat sewaktu susah..dan saya sentiasa berdoa rezeki untuk saya sentiasa ada..

Dugaan dari segi mental..
memang sebenarnya agak berat dugaan dari segi emosi, ada kalanya rasa macam dah putus asa..tapi sebenarnya jawapan yang saya kene ambil adalah dengan terus bersabar..

dugaan dari segi fizikal
kenapa saya tak bole kawal lagi nafsu makan saya..bila anda sedar kebanyakan kain-kain anda tersa ketat..itu bermaksud anda dah terlalu gemok yer..

misi tahun depan..
Nak belajar lagi, bukan sambung belajar, saya dalam perancangan nak buat ijazah kedua dalam pengurusan sumber manusia, seperti perancangan awal, saya akan apply dalam bulan decenber dan kalau saya layak akan mendaftar pada Mac 2012. Tapi, kita hanya merancang, tapi ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk saya..maka atas sebab teknikal..saya tak hantar permohonan tersebut..

apa yang saya mahu tahun 2011, tapi saya tak dapat..
1. Laptop saya dah jahanam dan saya perlukan yang baru..tapi saya kene beringat..duet simpanan saya sewaktu masa kecemasan - ok, tak beli..tahan2..

2.saya nak handbeg baru, setiap tahun saya akan menjahanamkan handbeg saya..memang akan selalu putus, dan saya saya ptuskan nak beli yang berjenama..tapi adake yang berjenama harga RM 50 kebawah..anda memang kedekut..

3. Kamera polaroid-sampai dah mimpi-mimpi dah nak kan benda tu..tapi kalau beli benda tu, tapi tak ada duit nak makan.macam mana tu..

4. Jersey Malaysia colour kuning..bukan biru yer..memang dah teringin sangat, tapi masih tak ada masa nak pergi cari, sibuknya hidup saya..

Ha dah list dah tu.. sesiapa yang berniat nak bagi hadiah kat saya..jangan pening-pening..saya dah bagi barang-barang saya nak..

Apa yang manis tahun ni..
1. Kawan-kawan saya dah banyak bertukar status, ada banyak cerita manis-manis mereka..dan tahun depan..sehingga tarikh ini sampai bulan 5 dah ada kawan-kawan yang kahwin, so saya kene pospone 2013 la macam ni..
2. saya tak tahu apa yang merasuk jiwa dan sanubari saya, saya dah terlampau meminati bola sepak sekarang..terlalu minat..saya suka bola or suka orang main bola tu..saya pun tak tahu..tapi sebetulnya kemenangan harimau muda dalam sukan sea tahun ini macam megajar saya, jangan mengalah..terus berusaha..demi maruah kita..dan mission saya saya nak jadi pemain ke 12 (penyokong) untuk pasukan harimau melaya..

dan pesanan awal tahun..
selamatkan Harimau kita, jangan biarkan ia pupus..

Tak ada apa yang saya azamkan..saya nak hidup ang lebih baik dan saya nak jadi lebih tabah dan kuat dalam menempuh dugaan dari tahun sebelumnya..itu saja.

27 December 2011

saya dah penat...

saya dah terlalu penat..
saya dah terlalu penat memikirkan kerjaya ku..
saya dah terlalu penat memikirkan jalan hidupku..
saya dah terlalu penat masa hadapanku..

tapi

aku akan tetap berdoa agar akan ada satu kerjaya cerah untuk ku...
aku akan tetap berdoa agar jalan hidupku sentiasa berada di landasan yang betul..
aku akan tetap berdoa agar hati ini terus redha dengan masa hadapan yang aku bakal lalui..

ada satu masa kita rasa macam jiwa kita ni kosong, kita buka mata tak ada orang lain sekeliling kita, kita rasa sunyi, sepi..rasa keseorangan..

tapi sebenarnya...

kita tak keseorangan..
kita sentiasa ada DIA..yang terlalu menyanngi dia..

satu rasa kita rasa macam kita tak ada semangat..semangat itu bagai hilang..tapi tak apa kita boleh minta semangat kita kembali pada DIA..

apa sebab kita rasa kosong, sunyi dan tak ada semangat..

kadang-kadang kita terlupa akan DIA yang ada disamping kita..kadang kita alpa..dan kadang-kadang DIA nak uji kita..DIA nak kita faham erti hidup yang sebenar..erti kebahagian yang sebenar..erti pengorbanan yang sebenar.. erti kekuatan yang sebenar..

kadang-kadang dia uji hati kita dengan memalingkan perasaan kita, kita rasa dalam dilema..sebab DIA nak kita fikir adakah perasaan kita ini adalah betul.. kadang-kadang DIA detikkan hati kita..ada sebab di sebaliknya..

sebab itu kita jangan lupa akan DIA...

Note::: memang betul saat ini aku bagai tiada semamngat, tetlalu banyak yang aku fikir, terlalu banyak yang aku byangkan..aku terlalu takutkan masa hadapanku..aku terlalu takut anda ia tidak seperti di sangka..tapi kenapa aku nak pertikaikan nya andai itu telah jalanku..andai itu tercipta buatkan..aku akan cuba terus berdoa agar aku terus tabah dan redha dalam menempuh segala apa yang aku bakal lalui..aku sentiasa akan mohon kekuatan darinya...

05 December 2011

Oh OMBAK

hari ni ombak rindu pukul 7.30 malam..nak tengok ke tak..pastu cik shida jawab..boleh gak..kome ambik oak kat office...dengan semangat terus siapkan semua kerja-kerja sambil nyanyi lagu cinta muka buku..
then pukul 6.00 cik shida bagi tau dia tak boleh balik awal..rasa nak guling-guling kat office sebab tak dapat nak tengok aron aziz...dah la tadi tak dapat tengok ally dengan anak-anak rimau..rasa nak guling-guling je..takpe la kalau tak dapat tengok aron malam ni baca novel Ombak rindu pun okey la..(muka kecewa)
dan semangat tak pernah luntur..cepat-cepat naik bus lepas tu dalam hati siap marah lagi siapa yang terhegeh-hegeh naik bus tu..
sampai-sampai space U8 pukul betul-betul 7.30..dengan tak tahu kat mana panggung je..main redah ikut orang je..siap belari macam nak putus nafas dah..akhirnya berjaya untuk mendapatkan dua keping tiket OMBAK RINDU..dengan seat sebaris tu hanya kami berdua..rasa sangat romantik

HAHAHAHAHA.(ketawa belagak)padahal dalam panggung dah rasa macam nak semput sebab kita orang dah marathon tadi kan..

Aron aziz sangat comel bila dia kenyit mata..
lisa terlalu baik untuk jadi perempuan gedik..
maya pakai tudung herot-herot pon tetap cantik...

yang penting saya dah tengok..sapa-sapa nak tengok lagi sila ajak saya lagi..saya sudi..

tuhan tolong lembutkan hati dia..
untuk terima ku seadanya..
kerna ku tak sanggup..
kerna ku tak mampu..
hidup tanpa dia disisiku.

cerita ini antara cerita melayu yang terbaik..tak sia-sia habis 10 hinggit

03 December 2011

saya dalam dilema


pergi pesta buku kat karangkraft..
telah membeli empat buat buku..
balik rumah telah membelek keempat-empat buah buku..
tapi dalam dilema..mana nak baca dulu..semua macam best..
semua menarik..uish susahnye..
mana nak baca dulu..
entru ke empat dalam masa satu hari..
entry ini sangat tak berkualiti...

02 December 2011

Hari bengang saya..


senarai bengang saya :
1. ada orang tak tunanikan janji
2. kerja bertimbun last minute..
3. balik office lambat..
4. bas lambat..
5. tounch n g tak boleh guna la pulak..
6. kelaparan..kedai buger dah tutup
7. gi kedai, roti dah habis..

cerita bengang di hari Rabu..

K.A.W.A.N


apekebende kalau 3 bulan sekali jumpa ko panggil reunion..
dalam kamus hidup aku aku jumpa dengan kawan-kawan lama lebih dari 5 orang, outomatik aku akan istiharkanya sebagai reunion..
selepas empat tahun,
dapat kita lihat kematangan dalam hidup mereka..
masa abis setahun atau dua tahun habis belajar akan borak-borak pasal kerja...
tahun ketiga akan berborak pasal sesuatu yang berenjin..macam moto, kereta, motorbike..tapi lori tak ada lah..kadang-kadang soal kahwin diselitkan..
dan sekarang bila bertemu..
soal ekonomi jadi bualan, salute la..
dan masa ini aku dapat mengukur tahap kedewasaan mereka yang disaat 6 tahun lepas yang aku kenali berwajah seperti budak - budak sekolah yang skema..
aku rasa macam baru semalam je aku kenal mereka-mereka ni semua.
baru semalam rasanya kena hadap family camp yang pertama dalam hipup,
lepas tu kene bersama-sama uruskan sendiri
kemudian sama menjadi otai dan pergi family camp ala-ala VIP..
dan sekarang ada kalangan mereka-mereka di sisi aku yang menumpahkan usaha bakti mereka untuk UiTM, tahniah.
kadang-kadang kita terfikir kita tak gunakan apa yang belajar dulu sekarang ni,
tapi kita jangan lupa sebab 'KAYU' la kita telah cipta satu ikatan ukhwah antara kita..
sebab KAYU lah kita melangkah untuk jadi kita sekarang..
sebab KAYU lah kita jadi kita..
kalau aku kaya raya..
aku mahu bina satu mesin masa yang boleh kita pulang pada zaman dulu kala..
zaman tahun pertama mejejak kaki di UiTM,
pertama kali masuk dalam hutan UiTM,
kali pertama cik lin tunjuk daun pada kita,
kali pertama kita kenal bongkah-bongkah kayu,
kali pertama mendukung beg camping,
kali pertama memegang mesin kayu yang sangat besar,
kali pertama menghidupkan mesin pemotong kayu,
kali pertama belajar membuat kertas.
kali pertama membacuh simen dan semuanya kali pertama..
terlalu banyak kita belajar dan akhirnya kita melangkah keluar dan membawa haluan masing..
teruskan belajar dan terus bekerja..
dan kita makin jauh setelah ada kerjaya masing-masing..
masa setiap orang berbeza..
masa setiap orang bernilai..
dan setelah 6 tahun..
walaupun jauh jalan kita..
walaupun berbeza tanah rezeki kita..
walaupun berbeza masa kita..
tapi sedarlah kita tak pernah jauh sebab kita adalah K.A.W.A.N..
yang dalam hatinya sentiasa ada
'oh..dia kawan aku'

cerita dah basi anak-anak harimau..

entry paling lapuk di dunia..
cerita tiga minggu lepas kot..cerita sempena sukan sea..
nak ucapkan terima kasih TV3 sebab sudi sediakan rancangan paling laris di abad ini..boleh melawan kisah juvana dan cinta alesya..dan sebagai peminat tegar TV3 yang tak mampu untuk melanggan ASTRO, dan akhirnya tahun ini kami dapat melihat perlawanan bola dengan bewarna..excited sangat..
ia adalah cerita 'BOLA'
rentetan peristiwa..
masa ni dekat office, serius aku tak malu mengaku aku yang menjerit paling kuat kat office tu..sampai adik-adik praktikal tu pun excited tengok aku yang mejerit..tengok jam pkl 6.30..wa..tak boleh jadi ni..nak kene balik nanti bus tinggal..dalam hati tu memang bedoa agar anak-anak rimau ni menang..pastu sampai di bus stop, driver bus join sekali tengok bola..wa..jeles2..
then lepas tu tv3 dah ada sediakan siaran langsung kat tv3 dah..kalau tak silap hari ahad kot, pkl 5 ptg..nak tido sanggup kunci jam..takut terlepas..dan anak-anak rimau tu manang lagi..
lepas tu kalau tak silap malam pulak..yang ni masa lawan indonesia..teringat ketika borak dengan cik shida..
shida: rasa-rasa oak boleh menang tak
aku: koi rasa macam susoh je nok menang
tapi terbukti anak-anak rimau tu tetap dah menang..then dapat ke separuh akhir..
masa separuh akhir, sanggup kunci jam nak tengok bola sebab takut tertidor kan..sangggup lawan mata yang mengantuk semata-mata nak tengok anak-anak rimau ni main..dan alhamdullillah..anak rimau telah menang sekali lagi..
dan..
anak rimau telah ke final...
masa ni aku penah cakap kat shida, kalau dorang kalah pun tak ape..aku redha..dah sampai final dah..kira bagus..
tapi sepanjang 90 minit pertama, jantung aku sentiasa berdebar, macam dating pertama kali (tapi tak penah pon, propa je)mulut tu sentiasa berdoa..bagilah dorang menang..first gol yang indonesia berjaya masukkan..serius aku rasa, aku rehda kalau malaysia dah kalah..dan tetiba satu gol yang penuh dramatik dari Malaysia..aku rasa macam tak percaya..aku tampar muka aku..betolla dah gol..dan sampai lah gol-gol yang dikatakan outside..tapi sampai sekarang aku tak faham..outside tu macam mana..then masa tambahan 15 minit..hati aku sampai terdetik..cukup-cukup lah tu...kesian dorang dah penat sangat...lepas tu 15 minit masa tambahan kedua...aku tengok shida dah tidor..aku tetap semangat memekak sampai budak kat rumah ni pun dah lari keluar dengar suara aku yang macam speaker pecah ni.aku bersyukur sebab penentuan dari sepakan panalti..setiap kali malaysia yang buat sepakan..aku pejam mata moga-moga bola tu bolos..then masa indonesia sepak aku bukak mata luas-luar sambil berdoa, bola tu tak bolos..dan saat yang paling menjadi fenomena apabila untuk sepakan yang terakhir, pakcik-pakcik dan abang-abang kat bawah ni sama-sama menjerit nama apek! apek!apek! dengan berharap agar apek dengar dan penuh mendapat semangat dari sahutan seluruh rakyat malaysia dan malas la cerita..anda tahu apa pengakhiran setelah 120minit. dan di tiba-tiba cik shida bangun..dan tanye dah menang ke, macam mana boleh menang.aku tak tahu nak cerita macam mana, tapi tetiba dia bertanya "Kenapa oak menangis" lepas tu aku jawab "terharu..kita dah menang" dan esoknya selepas setahun aku telah membeli surat khabar kembali setelah kali terakhir aku beli sewaktu harimau melaya menang piala suzuki.aku seorang yang tidak menyokong industri surat khabar di malaysia.then selepas itu anak-anak rimau ni ada pulak pelawanan untuk kelayakan untuk pra olimpik.aku yang hanya duduk di rumah ni pun dah letih nak bersorak.ini kan pulak dorang yang main tengah padang..macam mana?? kali ni, aku terpaksa berusaha keras untuk mencari siaran TV 1 dengan sabar, dan aku melihat bola sambil terbaring dan berkelubung di dalam selimut yang sangat tebal..dan anak-anak rimau yang keletihan..tewas..dalam hati berkata..takpe dorang penat sangat tu..then hari ahad, dengan penuh kesabaran, mencari siaran untuk tv1..dan bermulalah perlawanan dan malas lah nak cerita..anak-anak harimau ni kalah lagi..tapi serius kali ni aku tetap tak terima hakikat kita dah kalah..aku tido..tak nak fikir..tapi aku tetap teringat..kenapa kita kalah..kekecewaan aku sama macam terengganu kalah dengan negeri sembilan..kenapa terengganu kalah.aku sokong terengganu sebab bendera sama warna dengan bendere pahang je..tapi aku tetap kecewa..then tiba-tiba aku berfikir HERO MEMANG KALAH DULU..dan aku telah terima hakikat walaupun pun HARIMAU MUDA tewas tapi aku akan tetap jadi peminat harimau walaupun aku sebenarnya tak tahu peraturan permainan bola sepak..
sekarang aku mula mengenali apa tu bola sepak..bak kata orang-orang tua..tak kenal maka tak cinta..dengan setiap kali membuka FB aku membelek page-page yang berkaitan dengan bola sepak, membuka surat khabar dari halaman belakang untuk mengetahui berita-berita sukan, dan menjadikan lagu-lagu bola sebagai lagu kegemaran ku..

dan aku rasa..

bola ini yang menyatukan kita, bola ini yang mendekatkan kita, bola ini yang membawa kita erti perjuangan dan pengorbanan, bola ini yang mengajar erti kehidupan..dan hidup pun macam bola jugak..kita berusaha untuk mengejar matlamat tapi satu masa kita harus lepaskan dan sempurnakan matlamat itu dan kadang kala kita perlu berikan pada orang lain untuk sempurnakan nya..kadang-kadangkita tak boleh berseorangan untuk capai matlamat itu..kita perlukan orang-orang sekeliling kerana banyak lagi halangan yang boleh menghancurkan matlamat kita..dan ingat selagi belum wisel penamat dibunyikan tiada istilah kita dah menang..pelawanan tetap hingga ke akhir dan jangan pernah mengalah..dan jangan salahkan orang lain sebab matlamat kita musnah ditengah jalan..insyaallah, ALLAH mahu anugerahkan satu matlamat yang lebih bagus untuk disempurnakan..kita tak tahu..tapi ALLAH MAHA MENGETAHUI..

fuhh dah habis cerita anak rimau untuk bulan ni..inilah entry yang paling panjang sekali kot...kalau tak snggup baca jangan klik..nanti anda akan bosan sebab cerita-cerita bosan kak tipah nie..

Nota kaki: setelah seminggu ni hidangkan dengan perlawanan bola sepak, pada satu malam aku nak tidur, dan macam biasa la cuti-cuti sekolah ni budak-budak ramai main kat bawah tetibe aku dengar, "FAKRI boleh tak ko lari laju sikit" lepas tu "FAHMI ko jaga la bola tu elok-elok" lagi satu "NAZMI, lari laju2" ku tampar muka aku lagi..akum mimpike..aku tengok kat bawah..dorang tengah main bola rouders (entah betol tal ejaan) @ bola lisut..agaknya yang dibawah tu the next generation anak-anak harimau.

harapan::berharap..adalah lah anak-anak rimau yang sesat sudi baca entry kakak yang melalut ni..kalau bapak harimau baca pun lagi okey (sambil buat muka berharap puss in boots)bacala..bacala..bacala


note: oak tu adalah loghat pahang sebagai kata ganti awak..harap maklum..

13 November 2011

cuci!! cuci!!!


sekali lagi di biarkan laman ini berhabuk,
sebulan yang agak sibuk, yang agak memenatkan, jadual harian seperti berikut:-
6.20 - bagun pagi
7.00 - siap mandi, solat, tenyeh bedak
7.15 - turun tunggu bus
7.20 - naik bus
7.45 - sampai office
6.00 - tunggu bus (balik awal, nak tengok soffiya)
9.15 - tido!!

wah macam tu lah hidup 2,3 minggu lepas. tapi insyaallah semua dah selesai, kalau fikir kita lah manusia yang palingpenat sekali, ada lagi manusia yang paling penat..jadi kita perlu bersyukur.

hajat nak sambung belajar dah diberi tahu tapi ada sesuatu yang mengejutkan berlaku..
"kakak ingat nak sambung belajar, ngat nak cari kereta la, buat ulang alik gi kelas"
jawapan spontan yang diterima " nape nak cari kete, cari pakwe kan senang" terkelu lidah untuk berkata..dan saya tak perlu kata apa-apa..

nak bercerita pasal sabar.pernah tak kadang-kadang kita jadi sangat tak sabar, kita nak tahu kesudahannya, kita sentia mendesak aak kesudahan cepat terjadi, tapi akhirnya kesudahan itu tak seperti yang kita nak. kecewa kan..
kadangkala saya rasa kesabaran itu sesuatu yang indah, cuma kadang-kadang membuat kita tertanya, berbaloikah untuk aku terus sabar, sedangkan jalan yang bakal dilalui agak tipis, tapi kalau kita teruskan kesabaran itu, dan dibayar kesabaran itu dengan sesuatu yang indah, baru kita mengerti..sabar itu indah..kita lebih menghargai sesuatu kalau kita susah untuk mendapatkan..sesuatu yang senang didapati kita tak akan hargainya..kenapa yer..sebab yang susah itu mengajar kita sabar..sabar tu jugak macam sesuatu keajaiban..kita selau tak sedar kita boleh sabar sampai tahap itu..
jadi berkat kesabaran kita dibayar pada nilai yang sepatutnya.
kadang-kadang saya sendiri pun tak sabar..sealau mula menuduh..selalu mudah salah sangka.saya selalu berniat nak buang sifat itu jauh-jauh..tapi tak boleh..
dan sekarang saya cuba terapkan sesuatu..kalau saya rasa tak puas hati dengan sesuatu..saya tak nak biarkan yang negetive kawal diri saya..macam kalau saya nak tegur orang saya kene pastikan diri saya betul dulu..saya tak nak jadi ketam mengajar anaknya jalan..tegur orang lain, tapi salah sendiri tak sedar..saya nak lihat kelemahan diri saya dulu sebelum saya kutuk orang lain.saya nak cuba jadi wanita yang lebih matang, lebih sabar, lebih tenang, lebih uat dan lebih tabah..

ucapan untuk bulan ini::
1. selamat bertunang pada cik shida ngan en razdan walaupun dorang bertunang raya hari tu..lupa nak ucap..

2. pada cik yati..yang bertunang hujung bulan hari tu. dapat makan ayam percik yang best..jadi master chef di rumah cik yati..

3. cik mezah yang bertunang hari ini..sorry tak dapat datang, tapi aku dah call ko semalam..beborak kejap kan..

4. pakcik fizi, yang betunang senyap-senyap..

dan

kalian sila main one two some..jangan clash tarikh..kalau clash tarikh..saya kene buat pilihan yang susah nanti dan saya buat pilihan untuk tidor kat rumah je.itu dikira baru adil dan saksama..organizer tahun depan dipenuhi dengan perkataan 'KAHWIN' jew..saya tertekan?? tak la..okey jew..sebab saya perlu sabar

nota::sabar..sabar...sabar...

08 November 2011

PESANAN!!!!

Pesanan buat Adam

Jangan gurau sebarangan dengan hati perempuan. Mungkin nampak teguh, tapi hakikatnya hati ini mudah terusik.

“Jangan menyentuh jika tidak berniat mahu memetik.”

diambik dari laman mukabuku AkuIslam.com

23 October 2011

jangan cipta sebarang alasan!!!

untuk kehadapan banyak persoalan yang kadang-kadang tak masuk otak keluar kan..contohnya,
macam..
ko rasa tak buang masa ke nak belajar lagi?
buang duet je la ko belajar lagi??
ko dah tua nak sambung belajar lagi, nanti ko jadi andartu?
ko ni putus cita ke, frust, sebab tu ko nak smbung belajar??
(segala soalan-soaln tu contoh je yer, tak de pun orang pernah tanya saya soalan-soalan pelik macam tu)

tapi sebab soalan-soalan di atas lah menyebabkan kita mencipta alasan unjtuk tak mencapai azam kita tu kan..salah siapa..salah orang yang tanya or salah kita sendiri..

kalau jawab..
salah orang tanya..
dia tak yakin kita boleh buat apa yang kita inginkan..macam dia pandang kita sebelah mata.macam dia rasa dia je boleh buat kan..tapi kadang-kadang orang macam ni, orang yang terlalu take care pasal kita..risau kita buang masa, risau kita buang duet, risau kita frust..bagus orang macam ni..terima kasih la..dia suka jaga tepi seluar kita..jadi ABAIKAN..kalau orang macam ni serabutkan hidup kita
JAWAB:: tuhan lebih mengetahui apa yang telah tertulis buatku, sekurang-kurangnya aku berusaha..aku gunakan masa sebaiknya untuk aku mencari ilmu di dunia ni, aku habiskan duit-duit ku kejalan yang betul.aku tak mengsia-siakn rezeki ku, jodoh pertemuan di tangan TUHAN..ko siapa nak kata aku akan jadi andartu..yer memang aku frust sebab aku jumpa orang macam ko, yang tak pernah bagi semangat untuk orang lain buat benda baik..comform lepas tu dia blah sambil muka macam cekodok bashi..

kalau jawab..
diri kita sendiri...
maknanya kita memang tak nak memajukan diri kita sendiri..kita biar syaitan dalam hari kita cipta alasan yang banyak..sampai kita dah putus harapan untuk capai apa yang kita nak..Ia masa ko, suka hati lah ko nak buat apa..duet ko suka hati lah nak buat apa, jodoh ko, ALLAH dah tentukan..satu masa akan ada..jdi buat apa kalau anasir-anasir luar nak kacau hidup kita untuk berjaya..

jalan kita, kita sendiru yang tempuh, orang lain hanya mampu pandang je..hanya mampu melihat..yang penting kita usaha..bukan hanya duduk..aku nak jadi kaya raya, pastu bermimpi duit jatuh dari langit..mana ada..

angan-angan perlu ada sebagai perancangan..kita rancang apa yang kita nak buat..buat ikut kata hati , bukan ikut kata orang lain..kata orang lain boleh buat sebagai rujukan bukan sebagai turutan..

nota::segala kata-kata di atas adalh pembakar semangat agar kita tak senang-senang cipta alasan..kita dah pilih jalan itu kenapa kita tak nak lauinya..kita nak juga pandang belakang balik..kita dah putus harapan..ingatlah SEMALAM ADALAH SEJARAH..HARI INI ADALAH KENYATAAN..ESOK ADALAH HARAPAN..syukur sepanjang hidup ini tak ada orang yang selalu beri kata-kata negetive pada saya, saya bersyukur ada orang-orang POSITIF di sekeliling saya..dan saya sayang mereka...

21 October 2011

2.01 minit ..
bukan waktu office ye..ini waktu di kira waktu lunch lagi..kita tak curi tulangkan..
tak kan..tak..

nak melalut pasal apa hari ini??

entah la tak tahu pun nak melalut apa..

tu apasal bukak blog??

entahla..dah tak tau nak buat apa dah

dah tak ada 'KIJE' ke??
memang tak ada ni..sebab sekarang waktu lunch

hari ini kita cakap pasal semangat yer..
kenapa kita perlukan semangat..
saya rasa semangat tu macam bahan perasa dalam makanan..
sebab dia menjadikan makanan kita lagi sedap..

macam tu jugak semangat..cuba kalau kita buat sesuatu tu tanpa ada orang kata "go fatihah go" sure kita akan cuba yang terbaik je kan..dan kalau ada orng menjerit "GO FATIHAH GO" tentu kita akan cuba sehabis-habis dan teramat baik dan bagus kan..

dan kalau semangat itu datang dari orang yang tak penting lagi kita abaikan kan..
itu tak elok..sebab orang-orang lain sentiasa berdoa awak sentiasa berjaya..tapi awak tak hargainya..kata-kata itu satu doa..jadi kalau ader ada orang cakap benda yang baik-baik pada kita...kita aminkan..
kalau oarng cakap benda buruk pada kita..tampokan je.. CHOP JANGAN BUAT MACAM TU..JANGAN LAYAN DIA..sebab kalau KITA LAYAN ORANG GILA, KITA PUN GILA sekali la kan..ORANG GILA TAK MEGAKU DIRI DIA GILA..so!!! kalau ada orang bagi kata-kata buruk kat kita, mengata kat belakang, tikam belakang kawan, mengumpat..ABAIKAN!! kadang-kadang memang itu salah kita..tapi tegur depan-depan tak boleh ke..kalau dah tegur tak nak berubah..BOLEH JALAN DAAAA!!! lagi satu kalau kene makan atau kene tikam dengan kawan sendiri..buat note ini " MEMFINTAH LAGI TERUK DARIPADA MEMBUNUH, JADI KALAU AKU BUNUH ENGKAU,AKU TOLONG KO KURANGKAN DOSA KO KAT DUNIA NI LA KAN" tak..yang ni pun jangan ikut..tak betul juga..jadi kalau ada sesuatu yang buruk berlaku pada kita..kita SABAR..esok lusa ada DIA pulak yang kene sabar..

18 October 2011



gambar di atas tiada kena mengena dengan cerita yang akan berlaku pada babak seterusnya..
sebenarnaya motif letak gambar di atas adalah sebab rasa bersalah sebab masa beli riben dan kertas saya telah terpecahkan patung kuda sebab beg yang saya pakai besar macam boleh letak lampin bayi..
lepas tu..rasa bersalah..sampai tiap-tiap malam mimpi pelik..huhuhuhu
pada pekerja kedai tu..akakz nak mintak maaf..sumpah akak tak sengaja..tapi masa akak mintak maaf tu korang buat muka kerek tu..sebab tu akak chow..sapa salah akak ke korang..kene bayar ke kalau kita senyum...tak kan..jadi senyumlah selalu macam ni =)=)=)=)
kenapa akak nak membebel malam-malam buta ni..sebab akak rasa..entahla..rasa tak tahu..rasa risau tapi tak tahu risau sebab apa..jadi nak share dengan cik shida..cik shida dah tido..jadi kita share la dengan lappy cik shida..
entahla!!!
KENAPA!!!
MENGAPA!!
APAKAH!!!
SIAPA!!!
BILA!!!
BAGAIMANA!!!
Wah susah nak jawab sebab saya pun tak ada jawapan..entry kali ini sangat tak memberi motivasi..kalau agak-agak dah lemah semangat jangan baca!!! nanti anda akan JATUH SEMANGAT!!! boleh guna ke??
badan pun rasa macam dah seram sejuk..sebab semenjak duamenjak ini selalu hujan..dan kita kan budak degil..nak balik juga..jadi redah je la..
duduk depan pintu office, selalu terbayang kalau yang hujan ni tukar jadi salji, pastu aku pakai baju tebal jalan di kaki lima ( wah dah macam winter sonata).tapi..sedangkan kene hujan sikit dah selesema..ini kan pulak kene salji mahu demam seminggu..

nota hidup::: kadang-kadang kita tak bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang, sentiasa mahu lebih dan lebih..mahu banyak dan banyak..mahu lagi baik dari yang terbaik..banyak sangat guna kata "KALAU"...kita selalu ia masih belum ada..tapi kita tak sedar yang ia dah ada dikeliling kita..

16 October 2011

3rd KONVO

aku dua kali je..
dorang dah 3 kali..
apa-apa pun tahniah..
aku bangga dengan korang..
korang dah buatkan aku bersemangat untuk menyarung jubah tu sekali lagi..



tabik spring sikit!!!

walaupun panas terik kan!!




sesi shoot harus di teruskan..



tahniah untuk kalian..


Oh PJJ

OH PJJ
ada orang kata, susah..
ada orang kata, banyak dugaan..
ada orang kata, kene selalu tabah..
ada orang kata, kene pandai bahgikan masa..

PJJ adalah untuk Pengajian Jarak jauh ye..
bukan pecintaan jarak jauh...

apabila terfikir..aku rasa aku nak tambah komitment dalam hidup..aku nak tambah apa yang aku kene dan patut tahu..buatkan aku jadi semangat untuk terus sambung belajar..

tapi bila fikir dugaan disebalik apa yang bakal aku lalui..aku tiba-tiba jadi takut..
kuatkah aku..mampukah aku..

tapi bila aku dengar kata-kata ini

" DALAM SATU PELAYARAN,KITA TAK BOLEH NAK HALANG ANGIN DARI TERUS BERTIUP, TAPI KITA BOLEH KAWAL KITA PUNYA PELAYARAN"

maksudnya..kita tak boleh halang masalah dari kehidupan kita, tapi kita boleh kawal masalah itu dari terus menjahanamkan hidup kita kan..

kenapa saya rasa nak sambung belajar?
saya rasa, dengan apa yang saya ada sekarang ini, saya tak dipandang atas apa yang saya miliki, saya bagaikan seorang kerani yang bergaji tinggi dan mempunyai ijazah.. taraf saya orang pandang hanya sebagai tukang taip..dan saya nak cabar diri saya..

saya rasa,saya cukup kuat ke?
dengan adanya orang-orang yang sekeliling yang boleh beri saya semangat, saya rasa saya cukup kuat..tapi kalau tetiba saat saya nak semangat untuk terus belajar, tetiba ada orang yang memberi kata-kata negetive..saya rasa sangat patah harapan..tolong!! saya perlukan semangat untuk sambung belajar..

masalah utama?
saya tak bagi tahu family saya..saya nak sambung beljar lagi..cam no ni.



Nota:: Ya ALLAH, permudahkanlah jalan bagi ku untuk meneruskan impian ku ini, berikanlah aku kekuatan,semangat dan ketabahan..andai sudah tertulis bukan rezeki ku untuk melalui jalan yang aku pilih ini..aku redha..mungkin ada jalan lain yang telah tertulis untuk aku mengapai cita-cita ku..masih banyak yang harus aku terokai..masih banyak aku perlu pelajari..dan sepanjang hidupku..aku dalam proses pembelajaran..untuk menjadi semakin matang, tabah dan tenang dalam menghadapi hidup ini..

wah!!! ada orang baca ker?

mula-mula nak tulis terfikir..
ada ker orang nak baca apa yang aku tulis..
best ke apa yang aku tulis..?
aku ni tak syok sendiri ke..?
tak over ke..?

pastu aku fikir balik..

dah blog aku..
apa kesah..
suka hati la kan..
kalau sudi melawat alhamdullillah..
kalau tak nak..tak ape

dedicate khas:: pada yang sudi baca tu..terima kasih..
apa yang tertulis semua dari dalam akal fikiran, bedasarkan pengalaman,
bedasarkan apa yang saya lihat..apa yang saya rasa..saya tak pendai sangat nak menulis..ejaan pun kadang-kadang ada yang salah, inikan pula penanda wacana..



notakaki:::kepada sesiapa yang sudi singgah..terima kasih..sila lah tinggalkan sebarang komen dan cadangan anda..cewah!!! ingat rancangan TV ka..

09 October 2011

JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA

nak menyapu blog yang bersawang dan boleh menyebabkan selesema sampai ke tak tidur malam dua tiga hari ( tak ada la sampai tahap macam tu)

susah nak dapatkan mood untuk melalut sorang-sorang depan laptop ni(laptop pinjam ye..coz laptop sendiri dah jahanam).Kalau dekat office plak nak menaip ni baru dapat idea...KAK TEHA NAK KETAS BARU..KAK TEHA MESIN PHOTOSTAT ROSAK..KAK TEHA TU!! biar la kadang-kadang tu tak buat kerja sangat..tapi janji keje siap ok..

nak bagi tahu ni..umur kita dah cecah 25 okey..bukan 20...bukan 18..dan bukan 23..bak kata mummy siti dah boleh pakai OLAY TOTAL EFFECT DAH!!!
dan setuju tak wahai orang-orang di luar sana..kita akan rasa lain bila umur kita dah jadi suku abad ini...

dulu masa zaman muda mudi selalu berangan...bangun pagi-pagi masa besday ader kek atas meja..pastu tiba-tiba ada orang buat suprise..pas tu hadiah banyak..(sebenarnya saya ni suka tengok benda yang berbalut dengan kertas hadiah..kalau balut kotak kosong pn bagi saya..saya rasa happy sangat)

tapi itu hanya cerita donggeng..tak ada sesiap yang aih yang nak buat macam tu...

memang tak berharap pun ada sesiapa yang buat macam tu..tapikan angan-angan tu perlu..

dan sekarang pada umur ini rasa terlalu banyak benda yang harus di fikir..kadang rasa malas fikir tidur dengan harapan pagi esok segala yang difikirkan akan hilang..agak-agak hilang tak?? memang hilang sebab dah terlupa kejap..pastu kalau ingat dia menyerang balik...dan begitulah hari-hari berikut..sampai bila nak setle kalau dok kumpul-kumpul je..jadi saya cuba harungi segala apa yang saya fikirkan dengan tenang..dan kalau tak tenang saya lari balik kampung..uih best..best..

sebenarnya nak share..lagi meningkat umur kita lagi banyak pekara yang berlaku di sekeliling dan banyak perkara kita perlu fikir..kadang-kadang kita tak boleh fikir tentang diri kita jer..kita kene banyak fikir pasal orang-orang sekeliling kita.. tak nak berdepan bemakna kita hanya biarkan ia menjadi makin teruk..jadi hadapinya..tekanan tu macam sesuatu yang tak sedap dalam makanan..dan kita cuba tukarkan ia jadi sesuatu yang sangat sedap...boleh tak..

kadang-kadang tak boleh kan...sampai satu tahap kita rasa bosan..masa tu sila pergi ke kedai-kedai buku berhampiran dan carilah buku-buku yang boleh memberi motivasi pada kita..

saya ada buku "JAGANLAH BERSEDIH!! JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA" buku tu sebenarnya tak habis pun lagi..saya baca sikit-sikit hehhehehe..

jadi hadapi segala masalah dengan dada yang lapang..cakap kepada masalah..COME TO MAMA..

notakaki:: hidup setiap orang berbeza-beza..jadi masalah pun berbeza-beca..cara menyelesaikan pun berbeza-beza..kalau sama bermakna masalah tu tak jadi susah lah..sebab kita boleh copy&paste je..dan lama-lama kita jadi bosan kan..so besyukur dengan adanya masalah sebab ALLAH menjadikan kita bertambah kuat..saya cakap bukan untuk nasihat orang lain..tapi pada saya sendiri yang selalu cuba nak lari dari masalah dan masalah itu telah kejar saya kembali..camno tu..fikir fikirkan lah..

21 September 2011

ohh wanita-wanita cantik!!!

siapa wanita cantik itu..
semua wanita yang penuh kasih sayang itu cantik..
contoh..
MAK SAYA CANTIK..
sebab hatinya terlalu banyak kasih sayang..dan anak-anak banyak bagi kasih sayang kepadanya..
ini bermakna semakin banyak anak semakin cantiklah mak kita kan..

siapa kita rasa wanita cantik dalam dunia ni??
saya rasa!!!
1) MAK SAYA
2) CIKGU SAYA
3) KAWAN-KAWAN (perempuan yer) YG SANGAT BAIK HATI

Rasa-rasa sebab apa dia cantik?
1) Hatinya penuh kasih sayang
2) Ada cinta dalam hatinya
3) dan disayangi..

bukan cintanya hanya kepada manusia..tetapi kepada makluk-makhluk ALLAH yang lain juga..

cantik itu subjektif..

dan cinta dan kasih sayang yang paling sempurna..kasih sayang ALLAH..sentiasa sayang kepada kita..kurniakan kita udara untuk terus bernafas..

kepada mak, mama, ibu, ummi,mummy anda semuanya terlalu cantik..anda tak perlu pakai colegen..cucuk vitamin c, pakai susuk kerana anda dah cantik kerana kasih sayang..kerana kebahagiaan..

kepada wanita yang tak jadi mak lagi..anda pun tetap cantik kalau dalam hati anda penuh dengan kasih sayang..jangan ada benci..sebab benci membuatkan anda jadi tak cantik..

kepada wanita yang sedang penuh dengan kasih saya..berterima kasihla kepada sesipa yang sudi memberi kasih sayang kepada anda..

nota kaki:: entry untuk besday mak yang sebulan lepas..sorry

16 September 2011

pencinta bulan@moon lovers

@12:01tgh malam
baru habis layan cerita moon lover a.k.a pencinta bulan..episod 8 ke 1
minggu lepas :
baru habis baca antara safa dan marwah

apa persamaan, dua-dua cerita khayalan, dua-dua tak ada maksud yang sama..
tapi dua-dua cerita 1 cinta direbut 3 rindu..

of course la novel antara safa dan marwah lagi banyak nilai-nilai murni kan di bandingkan dengan moon lovers( sinopsis::ini cerita jepun, seorang ID and furniture manufacturer, sepanjang kejayaan kadang-kadang dia pandang remeh pada sesuatu, contohnya susah ingat nama orang, tidak fikirkan pendapat orang lain, dan dia telah jatuh cinta pada seorang model yang cantik, dan langit tak selalu nya cerah, tempatnya sebagai mr president telah di ambik alih oleh PA@ kawan baiknya, dan dia telah jatuh, di sebalik kejatuhanya itu, ada wanita dibelakangnya yang selalu ada di sampingnya, tapi mr president ni langsung tak perasan yang si wanita ini ada perasaan kat dia..hingga la keminit terakhir cerita tu nak habis) antara safar dan marwah pulak ( cerita seorang perempuan, yg baik akhlaknya, tetapi dia tak kenal siapa ibunya sedangkan ibunya dekat dengan dia, cerita bagaimana seorang ayah yang sanggup biarkan anaknya memilih salah satu lelaki untuk hidupnya untuk kebahgiaan anaknya, cerita bagaimana seorang lelaki membenci wanita kerana ibunya, cerita bagaimana orang islam ingin memajukan ekonomi orang islam, ketentuan nya, usahanya, doa nye)

dua-dua cerita langsung tak sama...jadi motifnya saya bercerita kerana saya suka dua-dua cerita..kadang-kadang kita tak sedar pekara yang kecil berlaku di sekeliling kita, kita abaikan perkara yag remeh..sebab kita rasa perkara itu tak penting, perkara itu mudah,,tapi sebab perkara mudah itu la yang buat hidup kita tak tenang kan..contohnya, kita x sedar pun pen dalam beg kita dah x ada sebatang pen sehingga kita memerlukan nya..kita tak sedarpun jam kita bentuk apa..warna apa..sedangkan ia selalu pada tangan kita..yang kita sedar kita akan rasa nak mati kalau handphone tak ada dengan kita kan..kita tak fikirpun yang sebenarnay pen itu pun penting pada kita..sebab kita rasa pen tu pinjam kat orang pon boleh kan..kan...kan..

macam tu juga kita tak sedar orang-orang yang ada di sekeliling kita, kadang-kadang kita agak dia ni orang biasa je,buat apa nak ambik tahu..tapi kalau dia seseorang bagi kita hingga apa yang dia buat pun kita boleh sedarkan..

benar, sensetif pada keadaan sekeliling penting sebab itu kita punya sense, bayangkan kalau apa yang kita lalui semalam tak sama macam hari ini, ini akan buat hidup kita rasa lain kan..

nota kaki::tak tahu kenapa membebel malam-malam buta ini, kadang-kadang kita berdoa pada allah, kita mahukan sesuatu ALLAH tunjukkan jalan yang nya..kadang-kadang bila apa yang kita doakan tak termakbul kita jadi kecewa, ALLAH makbulkan doa hambanya sama ada cepat atau lambat..kadang-kadang kalau dah terdesak baru kita ingat dia, bila kita bahagia kemana kita..

YA ALLAH jika dia ditakdirkan untuk ku, dan dicipta untuk ku..satukan lah kami pada jalan yang benar..berikan dia rasa perasaan ini..permudahkan jalan kami..jauhkan lah kami dari dosa-dosa..

YA ALLAh..andai tertulis dia bukan untuk ku..luputkan dia dari ingatan ku..biarkan hati ini redha...kau MAHA mengetahui segala apa yang telah tertulis, ditulis dan bakal bertulis..dan biarkan hati ini REDHA..

ALLAH TIDAK MENGUBAH NASIB HAMBANYA, KECUALI HAMBANYA YANG MENGUBAH SENDIRI..

DOA ITU JUGA SATU USAHA..

05 September 2011

aaachumm!!

blog dah berabok..
hari raya tak sempat nak hupdate blog!!
seminggu cuti..pastu sambung kerja..balik kampung hari jumaat balik semula hari ahad..
lepas sampai rumah di culik oleh cik yatt and kak atimun g ikea.
aper celup tokz!!
atas sebab menebus kesalahan..masa bawak balik botak, air dalam rumah botak tumpah than botak betol2 jadi nyawa2 ikan..nasib baik umur botak panjang..untuk menebus kesalahan..saya belikan botak umah baru di ikea..dan botak sukakannya (botak itu ikan la..macam maner tahu botak suka umah baru dia)..masa balik kampung..mak suruh tinggalkan botak je kat kampung..ayah lagi dasyat...suruh tukarkan botak dengan ikan dalam paya je..fahmi pulak tabur makanan dalam balang botak..macam botak tu mnusia je..hehehehe
aper pun raya ni best sebab dapat cuti lama-lama..
malam raya pulak..tradisi tiap tahun..kumpul keluarga family belah ayah..pasing2 duet ray..kita pon dapat!!!
pagi raya pakai jubah baru..huhuhu..

apasal entry kali inimacam budak kecik je..saje je tergedix sikit kut..
entah la..kadang-kadang rasa..entah la tak tahu rasa apa..sebenarnya rasa..nak biarkan apa yang berlaku di biarkan macam air yang mengalir..kadang cetek sebab kemarau..kadang-kadang penuh masa tengkujuh..tapi kadang-kadang rasa bosan menunggu sampai bila?? tak redha kah aku..tapi kadang-kadang nak biarkan je..sebab malas mahu pikir..apa yang berlaku kita terima je..kejutan?? hidup ini kejutan tu macam makan sesuatu yang sedap tiba-tiba jadi tak sedap..kadang-kadang makan benda yang tak sedap tiba-tiba jadi sedap..kadang-kadang rasa sedih tak tahu mengapa..rasa sunyi tak tahu mengapa..rasa penat tak tahu mengapa..mengapa..mengapa..(macam belakon pulak )

nota kaki:::dah kering idea x tahu nk cakap apa dah..nanti tak busy nak hupdate gambar uamh baru botak...

13 August 2011

saya di pocoyo kan!!!

kerja orang yang tak ader keje..tapi bnyk keje kene buat dan inilah kejenyer..
tadaaa

sekian!!!

10 August 2011

stop 123!!

kenangan ramadhan..
duduk sorang-sorang kat bilik..
rasa nak listkan perkara yang berlaku aku rasakan sebagai kenangan..
2004:: tahun tu baru first time puasa jauh dari family, dengan peragai yang sentiasa di manjakan setiap kali berbuka puasa..rasa berbuka puasa tidak sesempurna kalau tak ada kueh muih..tapi besyukur sebab waktu itu kita berpuasa 3 hari je kat uitm..yang lebih sambung kat rumah..dan zaman itu aku lah orang yang paling rajin kejut manusia-manusia bangun sahur..lepas tu dekat nak raya..aku lah orang yang paling terharu sebab dapat banyk kad raya..banyak pon x sampai sepuluh pon..
2005::jap, rasa masa ni part 3..ayah mie belanja makan berbuka kat luar..lepas tu ada subject forestry camp..dr jem aka ayoh..telah membariskan kita orang dalam satu barisan yang lurus dan kami bersama-sama menebas dan membersihkan hutan UiTM ..tahun tu gak tahun pertama bekenalan dengan 'BUDU'yang cik zu telah import dari kelantan. sejenis makanan yang enak..hehehhe..dan telah membawa nye sewaktu tiap kali sahur..memang selama ini duduk rumah..jadi kalau duduk rumah berbuka kene complete..kene ader air sedap..kueh sedap..lauk sedap..tapi dah diperantauan tu..
2006::part 5, time tu sebok buat jambatan dalam hutan..dan itu adalah tekanan yang paling kuat dalam hidup..balik pukul 5.30 barisan bukan main panjang macam nk tengok wayang citer transformance..dengan badan penat..nasib baik zaman tu muda belia lagi..
2007::first time puasa dekat shah alam..dan bulan puasa tersebut penurunan berat badan yg amat ketara sekali..nak badan macam dulu..danjadi seseorang yang sangat penjimat..
2008::masa kritikal..ualang alik ke jengke ngan shah alam tu macam ulang alik gi KL je..demimenyiapkan thesis terchenta..thank you mok and ayoh..yang banyak bantu kita orang dalam menyipakan thesis ini..dan penat lelah itu berbaloi..
2009::berat yang diidamkan selama ini naik mendadak kerana berpuasa di rumah..jadi anak manja..teringat kenangan jatuh motor waktu balik buat kueh kerepek bawang..sampai sekarang aku anti lagi dengan kete oren tu..
2010::tahun pertama bekerja, jadi terlebih excited..banyak yg out of budget..tapi masa raya dapat beli barang2 untuk adik2 tu kira pekara yang paling bahagia..dan masa tu berbuka di rumah jarang sekali..dan kalau berbuka kat rumah..x der maknenyer nak masak sendiri..mesti beli..
TAHUN INI::amazing..sangatt2 boleh bejimat..kadang2 tu buke makan telur goreng dan serunding..x perlu kueh2 yang sedap2..nasi pun masak sendiri je..dan alhamdullillah masih boleh beli barang2 untuk family..dan tahun ini..jeng..jeng..jeng TUNGGU..tahun ini aku excited bukak kat raya sama macam tahun lepas..sampai kat raya kak nita pon aku bukak..tak bermoral betol!!
TAHUN DEPAN::dengan harapan..puasa tahun depan tak dah la sorang2 buka pose da..(bunyi kegatalan disitu)

nota kaki::tahun ni berkesempatan pergi terawih..walaupun ade gak yang tinggal..pekara paling sayu bila dengar imam bacakan surah 'AL-FATIHAH'..ia sama dengan nama aku..tapi selama ini tak pernah nak ambik tahu makna nya..rasa sayu nyer la hati ini..sekarang dah tinggal malam2 terakhir..doakan semuanya di permudahkan..

04 August 2011

stop!!! rehat sebentar!!!


salam ramadhan...
fikir sejenak,
tahun lepas, puasa dengan cik ct, tahun ini dengan cik shida..tahun depan dengan siapa?
macam semalam je teringat cik ct@pn ct masakkan makanan untuk hari first puasa..
macam semalam, geng-geng office berbuka kat depan masjid shah alam,
baru semalam rasanya kita berbuka ramai-ramai kat chiken heartz dan terus tengok wayang ramai-ramai,
macam semalam je kita brjumpa dengan geng-geng woodtech berbuka puasa ramai2 dekat bangi,
dan rasa baru semalam je rasa cik ct jadi tunang orang pada hari raya ketiga..
dan semuanya macam sekejap jer berlaku..
dan jadi 'BLANK' di situ
aku masih sama, tiada apa yang berbeza, masih begini..masih sedia kala..
sedangkan orang-orang di sekeliling ku sentiasa bertukar, sentiasa berbeza..sentiasa berubah..
dan aku masih di sini..
masih berdiri disi, naik bus yang sama, kerja di tempat yang sama..
kadang kala terdetik mahu bertukar arah..rasa 'stuck' di suatu tempat yang susah nak keluar..
rasa penat sangat..
tapi bila pandang langgit..aku pandang langit yang sama..aku rasa aman..aku hirup udara yang sama..aku selesa..aku rasa angin yang sama..aku nyaman..dan ini lah aku..
nota kaki:::bukan rasa bosan dengan sesuatu, bukan tidak mahu berubah, dah cuba untuk ubah arah..tapi kalau kita dah terlekat kat satu tempat itu, maknanya tempat itu ada sesuatu untuk kita, kenapa ALLAH tak izinkan kita pergi ke tempat lain..tak izinkan kita pandang, rasa, dan hirup udara di tempat lainyang kita rasa aman.ALLAH maha mengetahui, kadang-kadang pekara yang kita rasa baik untuk diri kita boleh jadi sesuatu yang buruk untuk kita..dan jika kita sentiasa rasa diduga ada orang yang lagi teruk dugaannya.teringat kata-kata seorang teman, bulan ini, bulan mulia jadi sentiasa bedoalah agar rezeki kita bersih, di kurniakan jodoh yang mampu memimpin kita, keluarga yang bahagia, negara yang aman..INSYAALLAH..AMIn..Moga ramadhan tahun ini akan lebih bermakna dari tahun-tahun lepas..

24 July 2011

update blog please!!!

iyer..nak upload lani..tp malas nk tulis da..nk letak gambar je boleh!!
16HB July hari tu.weeding yang kedua untuk tahun ni..puan Faz pulqak yang kahwin..tp kisahnya tak sedasyat pengantin yang lalu..malam sebelum angkat nikah pergi tidur rumah orang lain..tapi kali ini membuat door gift sampai pkl 3 pagi..hahhaha memang best pastu pergi pasang papan tanda pada pukul 3 pagi..lagi hebat..

si cantik faz..

weeee...

Firdaus & fazliha

really like that catering uniform..ahakz..

Sei bahagia Reunion!! yang datang tapi tiada dalam gambar..norapiah dan suami..azili sekeluarga..apis ikan patin dan ikan-ikannya..yang ada dlm gambar..ika dan mummy bie with zara yang comel..

kakak tiha with baby zara..baby yang sangat baik..

nota kaki::puan citi, puan biey dan puan faz sangat jeles dengan panggilan kakak..sebab saya masih belum punya papa untuk dipanggil mummy..so anak-anak anda perlu panggil saya kakak..sampai saya jumpa saya punya prince charming..prince charming saya tak sama macam price charming orang lain..tak perlu terlalu kacak..tak perlu terlalu kaya..tak perlu tersangat baik..cukup ia sudi berada di samping saya...memimpin saya..melindungi saya...ohh..ni bukan tempat mencari jodoh...ini blog kau la..
terlalu banyak yang berlaku di sekeliling kita membuatkan kita semakin phobia untuk berdepan dengan masa hadapan..cukup bersediakan kita..kuatkah kita..kalau takut jatuh atas ice, jgn main ice skating..kan..jadi sekali pintu hati kita sudah terbuka untuk satu tahap yang lain..teruskan..kerana susah atau senang diri kiti ALLAH tetap bersama..doakan yang terbaik untuk ku, keluarga ku, sahabat-sahabat ku serta segala insan yang disekeliling ku...

10 July 2011

malas nak kata apa-apa

semalam, semalam tak ingat dunia duduk berehat sambil di temani buku-buku yang begelimpangan..nampak sngat bilik sangat berselerak dengan buku-buku novel..
kegilaan yang melampau sewaktu pergi pesta buku hari itu telah membuatkan saya sanggup berhabisan hampir 100 ringgit (lepas kira-kira balik, seratus lebih la) itu lah kebahagiaan saya apabila melihat buku-buku yang baru dibeli..wah..seperti dapat cinta baru..
kata orang dont judge the book by each cover..dan pekara ini tersangat tepat..kerana buku yang covernyer cantik tidak semestinya best..
sebab satu buku yang covernyer comel tapi tak menarik telah membuatkan saya membaca..dan saya saya dapati bukuitu sangat best..kisah pacai dan wardah..then dengan semangat dan membuat muka comel.."kak nita ader tak buku syud ( nama penulis) lagi..saya cari kat MPH tak jumpa, nak beli online tak boleh..saya nak pinjam..sebagai terapi" padahal sebelum tu kak nita dah offer da." nak pinjam buku kak nita tak?" dengan bongkak menjawab "tak pe saya pergi cari kat MPH giant"
dan saya terus membaca buku teja aulia dan adil..dan seterusnya dhiya nurlisa dan azril..dan itulah hidup saya..kadang-kadang orang akan cakap..ko baca novel akan buat ko berangan nak cari lelaki macam seth tan la..tapi saya tak suka laki macam seth tan..novel dunia saya, dan saya perasan sejak saya mampu pegang duet sendiri..dan saya rasa saya jenis setia coz saya akan tumpukan kepada satu penulis yang saya suka..buku yang saya sayang..akan saya sorok tanpa bagi orang lain pinjam..tamak kan..tapi saya takut buku tu hilang..dan betapa susah aku nak cari buku tu..
orang tak akan tahu...
last two weeks balik kampung..kalau balik kampung minggu ni sure tak lepas punyerkan..jadi saya ambil keputusan balik minggu lepas..dan terubat la rindu kat kampung setelah hampir sebulan tak balik..that means da sebulan cik siti dah kahwen..kadang-kadang hidup ini penuh kejutankan banyak pekara luar pemikiran akan berlaku..cuma kuat atau lemah je kita nak menerima satu kejutan...dan hidup kita pun memang satu kejutan..tiap-tiap hari adalah kejutan..
saya ambik kata-kata kawan saya..dugaan itu tuhan datang sebab ALLAH nak menghapuskan dosa-dosa kecil kita..jelas sekali ALLAh sayang dengan kita kalau terlalu sayangkan kita kalau sentiasa ada dugaan..
kalau kita tidak dikurniakan sesuatu that means ALLAh tahu kita belum bersedia untuk mendapat sesuatu itu kan..apa salahnya kita baiki diri supaya kita akan bersedia..
kadang-kadang terdetik kat hati kecil ni kan membeci seseorang tapi layakkah kita nak benci sedangkan itu makhluk allah je..sama jer dengan kita..
kadang-kadang kita rasa orang yang kita sayang dirampas oleh orang lain..lepastu kita doakan dia ditimpa musibah..patutkah kita..cuba kita biarkan dia bahagia..dan itu akan jadi lagi satu kebahagiaan..tiap2 hari dalam hidup ini satu pembelajaran..dan sentiasa ada benda baru bersama kita kan...

nota kaki::entry kali ini agak bosan..sebab masih baru habis tengok juvana dan masih geram kerana ingat kan dah episod last..rupenyer ader satu lagi..saya da geram..dan sebab terlalu minatkan juvana..saya dah bela ikan dan namakan dia botak..hahhaha..sudah terkene pengaruh tv...saya tak pandai nak cerita bab politik sebab saya tak cukup ilmu..so tak perlu nak kata apa-apa dan malas nak kata apa-apa..

27 June 2011

Together again

First gathering in this year..
Thank Bob sebab Sponser makanan yang sedap tu..
Thank mak bob, sebab masakkan nasi ayam yang sedap..
Thank Manje..coz snggp drive jauh-jauh..
Dan thank yang lain coz sebab sudi bersama-sama memeriahkan
Reunion setahun dua tiga kali..walaupun asyik muka yang sama..
Munkin yang lain sebuk dengan kerja-kerja lain.dan jauh-jauh kan.
Biarlah kita orang penting atau tak penting dalam group ini, kawan
Tetap kawan, sejauh mana kau lari, bejaya tahap mana pun, hebat tahap mana
Pon..hidup korang tetap boring kalau tak ada kawan. Kadang-kadang kawan-kawan
Ini boleh jadi macam keluarga. Kita tak boleh harap keluarga kita ada dengan kita sepanjang masa. Dan disitulah pentingnya KAWAN..
Kadang KAWAN ini macam-macam peragainya..jadi terselah pada hati kita nak pillih
Kawan macam mana..bagi saya, alhamdullilah setakat ini saya jumpa semua orang baik-baik kecuali ada la dua tiga orang..

Tapi event petang semalam memang best la, hope kita punya relationship tak akan putus takat ini sahaja, kalau dah ada komitment lain ke..jangan ada alas an boyfriends aku jeles ke..girlfrends aku jeles ke..hidup ko yang lepas tetap lepas, itu kawan ko..klu dia tak percaya, sila bawak datang..jangan ada alasan aku tak nak datang bawak BF aku coz BF aku tak ada gigi..da anda yang pilih kan...

Tangan yang penat atas sebab memukul kek sehingga kembang rasa berbaloi, walaupun bancuhan pertama terasa pahit seperti putus cinta .. bancuhan kedua... terhangit sikit...yang ketiga..perfect beb!!

Tahnk to:
Miss Manje ( as a pilot)
Miss mezah ( the co pilot)
Miss Zue ( the passenger)
Miss Sopi @ to be Mrs Toto ( the navigator )
Mr Bob ( The Big boss)
Mr shreek ( the besday Boys)
Mr Bagak ( the tough boy)
Mr Pejal ( the ‘tunang org’ da)
Mr zul ( the ‘padang jawa’ boy)
Mr Hamad (Af boy)
Mr daus dan isterinya
Mr aniz and teman wanitanya



10 June 2011

satu perkahwinan..

siapa nak kawen ni..bukan saya, tapi kawan saya.. bukan nak tapi dah kawen pon..
tahniah okey..
segala yang di rancang berakhir dengan jayanya, ini di kira sebagai reunion untuk kami berlima.
Terima kasih untuk cik mira yang sudi sponser penginapan dan pengangkutan sepanjang
majlis tersebut..dan terima kasih di atas satu kejutan yang berjaya membuatkan bakal pengantin yang sangat-sangat lapar, tetiba slow untuk makan..
saya doakan korang berdua ke akhir hayat ok..
okey, sambung cerita..
korang pernah dengar tak bakal pengantin boleh pergi tidur rumah orang lain sehari sebelum nikah, pastu pagi hari majlis nikah dia boleh bejalan merayap dengan cik-cik single but not available ni.puas dah pujuk mintak balik rumah..tp tak nak jugak.. dan akhirnya dia balik sendiri..

Puan Ct, awak sangat cantik masa malam angkat nikah tu...siang pun cantik juga, thankz to kak andam yang boleh mencuakkan rakan-rakan si pengantin..kenapalah mak andam tak tiba-tiba lagi ni.. tapi kak andam tu memang cool..

lepas abis majlis weeding cik ct, saya dengan ayah dan emak terus ke kuantan, sebab ada interview esok harinya..
bayangkan sudah berapa malam tak tidur selena biasa dan esoknya ada interview, dah la interview tersebut memerlukan anda belari sejauh 2.4 KM, nasib baik di sebab kan kak ati..nak lari 2.4 Km pon tak ada masalah, coz dah selalu berjalan kat tasik tu lebih 5KM setiap minggu..(belagak noo)

malam di kauntan, saya rasa seperti anak bongsu..sebab adik-adik saya yang lain di tinggalkan di rumah..hahahaa..dan yang paling tak boleh lupa, dapat makan nasi dagang yang sangat enak untuk makan pagi..

dan sewaktu interview, tiba-tiba saya jadi sangat pasif, tak mahu berbual dengan orang lain..tetiba ada orang tegur saya..akak ni sapa nama..ni akak fatihah kan.. ya ALLAh.. adik angkat aku kat gahai rupanya..memang macam anak tanggang da, sebab adik beradik angkat kat gahai pon boleh lupa..lepas itu dapat la jumpa mak dan abah angkat..sorry mak dan abbah, saya tak pernah jenguk mak dan abah kat sana lepas saya kerja..mintak maaf sangat-sangat

kalau saya tak pergi interview tu mesti saya tak jumpa mak dan abah kan, kalau adik tu tak tegur saya mesti saya tak tahu family angkat saya ada sekali kan..
kalau saya tak pergi interview tu, sure saya tak dapat rasa jadi anak bongsu kan setelah 24 tahun jadi anak kakak je..





27 May 2011

Jangan sedih atas Kejayaan Orang lain.

mentang-mentang bos tak ada, tiap-tiap hari keluar entry baru..

Ahad ini, cik siti akan berkahwin dan tiba-tiba rasa sayu pula.
dekat 2 tahun dengan dia, dan dia bakal jadi isteri orang dah, tak lama lagi cik faz,lepas tu cik shida, pastu cik mira dan aku bila...hehehehe

well...semua orang ada jalan masing-masing kan..jadi kita jangan cemburu dan sedih atas kejayaan orang lain

yang bahagia dengan keluarga, yang tak ada peluang untuk sambung belajar tapi ada peluang untuk membina keluarga bahagia, dan sekarang dah ada dua tiga orang anak, ada suami yang penyayang, itu di kira kejayaan juga tu..

yang sambung belajar, dan ada kerjaya sendiri walaupun kerani cabuk je pun itu dikira kejayaan sebab kita tak duduk rumah dengan membesarkan badan saja kan.

yang baru habis belajar, then dapat kerja, itu rezeki dia jadi kita jangan pertikaikan, rezeki setiap manusia berbeza.

yang baru habis berjaya tapi tak ada kerja, sebenarnay anda diberi peluang untuk berehat sebelum ke next stage tau..anda patut bersyukur.

yang masih tak ada apa-apa jangan risau sebab kejayaan seseorang tu berbeza..

think positive ok..setiap apa yang berlaku adalah ketentuan, dan kita perlu berusaha dan redha untuk jadi yang terbaik..
kalau tak mampu jadi yang terbaik sekali...
cukup kita jadi yang terbaik dalam diri kita, bukan syok sendiri tapi sebagai penanda aras untuk diri, untuk memacu ke tahap yang lebih terbaik.

sebenarnay saya terharu kawan saya akan berkahwin pada hari ahad ni ( mudah-mudahan semuanya akan lancar setelah segala yang diharungi denga sabar dan tenang, dan dia bakal berada dalam satu fasa hidup yang lain.dan Allah mengetahui dia memang bersedia untuk itu)

dan

seseorang yang telah menjadi tenaga pendidik, anda memang layak untuk itu, jadi lah sebatang lilin yang berguna, dan bukan la membakar diri secara sia-sia.

dan

dikesempatan ini, ingin mengucapkan selamat hari guru, walaupun dah sangat- sangat lambat untuk semua guru-guru SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA JENDERAK SELATAN (DARJAH 1-3 : dan sebenarnya saya lupa pada kawan- kawan disana, SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN BAHAGIA (DARJAH 4-6), SEKOLAH MENENGAH SERI BAHAGIA (TINGKATAN 1-5), PENSYARAH UITM PAHANG (TERUTAMA LECTURER WOOD INDUSTRY), PENSYARAH UITM SHAH ALAM (FURNITURE TECHNOLOGY), CIKGU MEMANDU, CIKGU KOMPUTER, dan semua Yang secara langsung dan tidak langsung yang telah mengajar saya..jasamu terpahat dalam hati ini..

TERIMA KASIH ATAS SEMUANYA..

I LOVE U

25 May 2011

Ok chopp!!! nak cerita sekejap

Saya nak bagi tahu yang saya suka baca buku-buku ini


zulaika dan sufian


balkis dengan denial dan akhirnya memilih untuk bersama dengan apis milo


cerita seorang novelis,safiyah yang selesaikan masalah orang lain, dan tetiba bercinta dengan seorang yang menakutkan


Mariyyah, yang fobia VD dan becinta dengan insan yang paling dia tak suka.

Hidup ini macam puzzle

ini lah hidup..yang macam puzzle, kalau kita cepat nak cantum cebisan-cebisan puzzle itu maka cepatla dia patah,dan anda perlu start untuk permulaan. sebab itulah dalam hidup ini kesabaran amat-amatla diperlukan..dan jangan kita takut untuk cuba kepingan-kepingan lain.dan kalau anda takut, anda akan kaku di situ dan puzzle anda tak akan lengkap.try to get and match..kalau tak sesuat get some new..dan pastikan puzzle kita complete..
then kalau sudah complete, hidup kita macam game kita restart the game balik dan kalau terus mencuba.
kalau terus ke next level, cabaran makin mencabar sampai ke tahap memang tercabar la..then kalau da game over, peluang-peluang untuk hidup dah habis, start the New game..dan kalau game tersebut dah samapai di penghujung...kita akan mula balik dari bawah kan..ini la dinamakan putaran hidup..kadang-kandang macam bola, kadang-kadang macam roda dan kadang-kadang macam guli, tapi macam mana keadaan pun ia tetapa satu objek yang bulat.
Hidup ini terlalu unik, kadang-kadang kita berjalan di kedai baju ke, butik ke, pasar pagi ke, uptown ke, ada satu baju yang sangat-sangat cantik.. dan kita sangat-sangat berkenan..kita cuba baju itu dan kita kelihatan seperti teletubies...sangat-sangat sedih..klu kita beli, kita dah ambik risiko untuk menerima kritikan orang lain ketika memakai baju tersebut..tapi kalau kita lepaskan kita sudah beri peluang untuk orang lain untuk jadi lebih cantik kan.. ia macam jodoh dan jodoh macam kerja..
kalau kita da jumpa sesuatu yang kita suka dan satu situasi yang membuatkan kita jadi selesa..tapi kekadang kita terpakasa lepaskan situasi dan insan tersebut kan..
dan kita biarkan orang lain rasa kebahagian tersebut..it's a happy life walaupun kita terpaksa terima hakikat, bina kekuatan yang dia bukan untuk kita..dan situasi itu bukan untuk kita..dan REDHA adalah sesuatu yang penting..dan kalau dah ReDHA perkataan kalau adalah diharamkan untuk disebut..
Dalam hidup ini banyak sangat peluang yang muncul, tapi kita selalu lepas peluang, sampai kita terlepas dua kali peluang, macam kita tunggu bus, tetiba buas tu tak ada, pastu ada bus kedua..tapi kita buat perkara lain, dan bus tu pun kita terlepas, dan terpaksa tunggu untuk bus ketiga..

kenapa saya banyak membebel kali ni?
saya nak becerita tentang kesebukan saya, tentang diri saya, tentang hidup saya, tapi saya selalu tiada masa untuk itu..

25 April 2011

Minggu ketenangan..

ade pulak minggu ketenangan ye...ketenangan la, kalau kita tak ada apa yang perlu kita rancangkan.Sebenarnya cadang nak balik kampung, tapi saya ini kan perempuan busy, kalau ada boyfriend pon boleh lari lah ( tak der busy mana pun. MY Housemate, Cik Ct and Cik Shida da balik kampung sebab nak makan nasi minyak kata nya..

Niat di hati nak kemas rumah, tapi kalau dah bangun pkl 9, lepas bangun terus cari makanan..lepas tu tengok TV je...mana la datang semangat nak kemas rumah kan..

Cuaca elok, so kita jemur baju...da jadi macam mak-mak da..lepas tu lapar...jadi kita cr makanan..nampak kentang...kalau petang-petang makan karipap kentang dengan teh panas memang terbaik..

jadi, dengan skill memasak yang ada kentang telah ku potong, bawang...nudget ayam...bla..bla..bla..
teng teng teng jadilah karipuff...
makan dengan teh O panas...
cuti anda akan lebih nikmat... walaupun karipuffnya bersaiz s,M,L dan XL..

NotaKaki:::kalau nk masak tu bolehje..tapi dengan niat pada bulan 4, karipuff berjaya di uat pada hujung APRIL...mana ada kemampuan di situ ada jalan, kecuali kalau kita malas je..teringat kata-kata puan s'di..kita kalau tak pandai kita boleh belajar..teringat kata Puan Mak..klu malas sampai bila pon tak pandai..kata aku..
kalau nak tu boleh je..

21 April 2011

Sedang Belajar Meluncur

Assalamualaikum..
Minggu lepas satu minggu yang sangat-sangat 'stress' dan agak penat, lepas tu sabtu dan ahad, apa lagi...kita 'enjoy'

Sabtu..
Walaupun terpaksa menahan telinga selama 2 jam..tak pa...memang salah aku..aku boleh terima..kemudian, berlari berkejaran (sebenarnya naik kereta practicle hehehehe)
untuk ke MID VALLEY sebab ada Pameran Kerjaya, sebenarnya tak bersediapun nak pergi..
tapi sebagai anak yang baik (perasan) [ergi jugala...hanya sekadar hantar resume untuk dapat beg kertas, sangat tak sesuai..Kemudian berjalan-jalan bersama ainul, mufid, sofe dan kak zue.. sampai boleh tersesat dalam JJ, dan di bahagian baju ibu mengandung..
Motif!!! sebab baju tu murah dan tak macam baju ibu mengandung jadi kami pon beli la...tapi yang paling stress adalah ainul sebab tak ada saiz..huhuhuhu

Ahad..
Bangun DAN KITA BELAJAR JALAN..
dan pergi ke SUNWAY PIRAMID pada pukul 8.30 pg
pergi dafter..dan ambik kasut

First::Ikat kasut kuat-kuat (pesan cikgu Yati)

second::bergambar dulu yer..

third:: JALAN!!! walaupun terkedek-kedek macam itek lapar hehehehe

Akhirnya


Gambar-gambar semua dari FB yati..the new blogger..saya ucapkan selamat datang pada yati..hehehehe

NotaKAki:::ice skating macam hidup juga..mula-mula kita perlu pegang dinding untuk berjalan..lepas tu slow-slow tingalkan dinding dan kita jatuh..lepas tu kita bangun balik dan terus meluncur....dan macam tu la hidup kita..

09 April 2011

akak nak cerita ni..

hello..
sangat tak sesuai nak panggil akak sebab kawan-kawan anda dah ada baby sendiri tau..



First Qisya..
anak pasangan peminat tegar kumpulan type X dengan lagu glamour salam rindu, maka
hadirlah qisya jadi penguat kasih sayang mereke..ayat tak boleh bla..
dan sekarang dah 4 bulan da pon..masih tak ada berkesempatan nak jumpa baby qisya..
nampak nyer kene tunggu dapat adik sorang lagi baru boleh jumpa kot..



ni plak zahra..
kalau bukak butique nanti sure hot..letak nama zara..
tengok..mamanye dalam berpantang pon sebok laptop kat sebelah..
baru pergi tengok minggu lepas..

dan lepas tu merayap satu bndar temerloh cari butik pengantin..
dengan..






sebenarnya 4, tapi seorang tu tak ader gambar yang cun..

tapi yang paling frust sekali sebab dah letih berjalan baru perasan ada camere dalam bag..oh teruknya!!!!!

dan saya sayang kawan-kawan saya...

25 March 2011

Perempuan yang busy

betul ke busy..atau saja buat busy..
sebab-sebab lama tak update blog::
1. Bf a.k.a laptop da jahanam dan digantikan dengan hardisk..tp..hardisk tak
boleh nak online kan..
2. Broadband sudah di tamatkan perkhidmatan..atas sebab tak bayar selama 4 bulan dan tetiba dapat surat cinta dari lawyer..wa i becinta dengan lawyer u..jgn jeles..
3. Stremyx office pon da kene potong..sedih2...

dan terbukti saya dapat hidup tanpa online selama seminggu..dan apabila bukak FB..
dia ni dah bertunang, dia ni dah kawen..dia dah dapat anak...

sangat jadi seperti kucing dalam sangkar..

dan sekarang:::

setakat ini masaih kuat untuk hadapi segala masalah yang ada..
semua masalah ada penyelesaian..
cuma kita jangan lari dari masalah..
kerana masalah itu akan mengejar kita balik..

jadi..

say welcome kepada masalah...
kerana tanpa masalah kita tak akan jadi kita sekarang..
tanpa masalah hidup tak mencabar..
tanpa masalah hidup kita biasa..

tapi..

jangan cari masalah..

hidup ini :::

as usual...
masih boleh berdiri atas kakinya sendiri...
dan masih cuba mencari dunia yang luar biasa..

21 February 2011

yer..saya mengaku..saya rindu mereka...







Memang saya dah rindu...
secara tiba-tiba rindu itu datang...
kemuadian rasa nak jumpa mereka-mereka..
dan terus hantar masage..
'Korang Tak rindu aku ke'
dan terus buat keputusan nak g ngacau dorang..
dan ambik keputusan untuk pergi..
dan tetiba masa seakan-akan lambat berjalan...
dan lambat..dan tetiba teringat malam ni citer ustaz amirul (out of topic)
kemudian menyediakan fizikal dan mental dengan sepenuhnya untuk berjumpa dengan insan yang tersayang..

dan esoknya bangun dengan semangat sambil mengemas baju..dan terus tahan pakcik cik teksi dan naik komuter dan..aku telepas komuter ke bangi..masa jadi sangat perlahan kerana terpaksa menunggu hampir sejam..dan pejalanan di teruskan hingga ke destinasi yang di tuju..

ye da jumpa mezah jojet kat ktm komuter..yeeah..naik myvi wane itam...pastu tunggu si zurak, sopp..ainul..pie yang diambil oleh manje dengan menaiki myvi kelabunye..
dan riduku terubat..

makan wafer yang sangat besar...
g tengok citer green hornet kt Alamanda, walaupun ingatkan tengok santum..da start citer baru perasan..oooo ni green hornet la..jumpa amy si ibu mengandung..dan angkutnya balik bangi..
pastu bejalan kat pasar malam bangi yang org macam tengok jom heboh ramainyer..
pastu tengok citer sudu & garfu..dan tdo berderetan..

pergi pasar...dan mezah dan manja telah memasak untuk kita orang..manakala yang lain sebuk tengok jalan-jalan cari makan..tetapi masakan mezah and manjer tetap hebat..

besiap untuk balik, sambil mata memndang rancangan nona untuk melihat khairul fahmi..
dan merayau ke dalam ukm smbik melihat monyet2 yang banyak..

dan akhirnya naik komuter dengan perasaan..aku tak nak balik shah alam da!!!
Powered By Blogger