Pesanan Penaja

22 February 2012

10 Sebab!!

Assalamualaikum..

Dah lama dah terfikir untuk menulis, tapi bila login blog, tulisnya benda lain juga,
tapi kali ini memang perlu tulis (aku akan cuba menulis dengan penuh berhati-hati sebab nak elakan sebarang kesalahan ejaan)

10 sebab kenapa saya menulis blog/ mewujudkan blog ini.

Pertama..
saya bercita-cita untuk menjadi penulis tapi aku tahu aku bukan la seorang penulis yang baik, kerana aku dapati aku gunakan ayat-ayat yang salah, dan kadang-kadang main hentam je labu,kalau cikgu BM aku tahu mesti sedih kan..kenapa jadi macam ni, tu la masa cikgu ajar main-main kat belakang.

kedua..
aku nak kongsikan apa yang aku rasa..Kat FB tak best, macam kita paksa orang untuk baca, kat sini sapa yang terklik je dapat baca..kan..kan..kan

ketiga..
aku nak kongsi pengalaman hidup aku..aku nak bagi tahu orang lain yang aku ni bekas pelajar SMKSB, bekas pelatih PLKN 1 intake batch 3 tahun 2004, bekas student wood tech dan saya bekas student furnitech..hahhahah

keempat
aku nak 'mempoyokan diri aku' dengan menulis tentang madah-madah kata yang kalau aku
baca sendiri pun aku terfikir macam mana aku boleh tulis benda ni..

kelima
kalau aku tetiba hilang ingatan, blog ni boleh jadi reminder aku.

keenam
aku nak kawan-kawan aku ingat balik memori aku dengan mereka di sana,dan aku nak bagi tahu aku tak pernah lupakan mereka

ketujuh
aku nak kumpul kawan-kawan baru..

kelapan
aku nak ingatkan diri aku sendiri..jangan pandai cakap je tapi kita sendiri yang buat

kesembilan
aku nak cabar diri aku mencuba sesuatu yang lain..

kesepuluh
senang aku nak melalut sorang-sorang, sebab saat ketika macam ni semua orang dah tido dan tinggal aku tekontang-kanting..

okeh dah puas, kalau tak cukup nak tambah lagi sepuluh..(tak la..tipu je,ni pun nak berat kepala dok pkiq..uish)

21 February 2012

Kegilaan yang kita tak boleh jangka...

Assalamualaikum..

Permulaan kata, kadang-kadang, bukan selalu ye..
aku buat sesuatu yang aku pun tak sangka aku telah buat..
dan lepas dah buat tu terfikir..
kenapa aku buat macam tu..
kenapa?
kenapa?
dan
Kenapa!!

Contohnya..
contoh yang paling teruk pernah terjadi..
Waktu belajar kat UiTM jengka dulu-dulu, aku and geng (bunyi cam samseng je kan) perlu menghadirkan aktiviti di DSB@ dewan sejuk beku..on d way tu, untuk shortcut kami perlu melangkah satu longkang yang agak besar..dan kami memang dah biasa aktiviti lasak macam ni..sorang-sorang langkah dah berjaya..tapi waktu aku nak langkah..aku dah rasa aku tak mampu untuk melangkah dengan penuh keyakinan..tapi akal
gila ku tetap memaksa aku melangkah..dan
aku sedar aku dah berdiri secara statik dalam longkang yang tak ada air tu..
kalau korang baca ni..korang sure gelak tak ingat dunia kan..

Contoh yang sering-sering terjadi..
banyak kot,
merancang..aku nak buat benda ni,perlu buat..tapi..aku buat benda lain
bercadang nak makan sup ayam, tapi order nasi ayam..
nak gi giant, tapi aku naik bus gi PKNS..
nak ikut jalan senang, tapi aku ikut jalan jauh..
isi borang keje, nak isi no telefon sendiri tapi terisi no telefon orang lain( lagi mati bila no tel tu aku terisi nio tel bos aku)
nak telefon bos aku, tapi aku tertekan no tel ayah aku..
yang paling teruk sekarang..
nak tido awal (perlukan tido yang cukupo untuk wajah yg berseri-seri) tapi saje tido lewat gak..
nak basuh baju..letak baju dalam mesin basuh tapi tak on kan..
nak masak nasi ayam, tapi beli ikan..
fuhh penatla nak list kan senarai pekara-pekara yang tak jangka boleh tejadi..macam mana kebiolan ini boleh terjadi dalam hidup aku pun sampai sekarang aku tak tahu..

Contoh yang paling aku tak sangka akan terjadi..
Kali pertama aku berminat untuk mengikuti satu kuiz, yang aku pu tak agak boleh menang..dan tetiba aku nekad..yang aku nak menang..tapi aku nak menang t-shirt je tapi aku dapat lebih dari sehelai t-shirt..tapi akal gilaku tetap menyebabkan tangan ku gatal menekan dan antara pemenang terpantas untuk satu soalan yang paling susah di dunia (padahal budak 3 thn pun tahu nak jawab)..
ni ha buktinya


ini kelemahan aku..dan aku percaya setiap makhluk di muka bumi ALLAH ini, semua tak sempurna..cuma mereka je yang pandai sorok kelemahan mereka..dan orang macam aku secara terusan akan nampak memang 'LOST'..sebab memang kekemahan aku nampak ketara.Tapi aku bersyukur sebab aku tak memaksa diri aku menjadi sesorang yang terlalu sempurna sehingga menyiksa jiwa raga ku (ayat mana hang cilok ni). Aku masih mahu mencuba jadi diri aku sebenar, smile and laugh!!aku cuma mahu kongsi rasa bahagia aku..dan aku tidak mahu kongsi rasa sedih aku, sebab rasa sedih ini tidak akan mempengaruhi keadaan sekeliling hidupku..tapi kebahagian aku bagai memberi keistimewaan kepada keadaan sekelilingku..
kita sebagai manusia hanya sebagai seorang perancang dan ALLAH adalah pengatur untuk kita, sesempurna mana kita cuba untuk merancang tapi andai DIA tak izinkan..tetap tak berjaya..andai sesuatu rancangan itu hancur ada sebab musababnya..mungkin kita belum bersedia..mungkin kita belum cukup kuat..kita tak tahu..tapi DIA tahu..

fuhh..cukup sudah membebel malam ni..

okey-okey segment khas!!!
Kawan saya ni baru buka butik online dan saya adalah seorang pelanggan terawal (belagak anda yer)jadi untuk memberi sokongan saya menyeru(macam ayat PM dah) rakan-rakan bloger sekelian..ringan-ringankan lah tulang untuk like fanpage ini..memang harga yang di tawarkan agak murah dan designnye simple tapi menarik..
So sila sokong sahabat saya (SSssss)

Kalau bukak FB tu taip 'Mosimoosh' saya tak boleh nak share link la..budak baru belajar

Arigato ghozaimas!!!
xiexie!!

19 February 2012

Untuk kali kedua..

Hanya kau yang pertama..
Tiada yang kedua..

Apa yang ko mengarut ni..

ok!! ok!! nak cerita kali kedua buat cup cake..huhuhuhu

Cara2 nya!!

1.turun kebawah beli barang keperluan..
2.Mendaki tangga..nak balik la
3.sarung uniform khas (apron peningalan puan ct)
4. mencapak barang dalam satu bekas dan menghidupkan mixer
5. tunggang terbalikan dapur..
dan akhirnya

ta da!!!



motif:::nak colour hijau kuning,sebab dalam rumah ni ada colour kuning je..
(padahal nak sama dengan jersey kedah)
sebab masa ada mood nak buat ni, dekat dgn besday yati..dan tunang cik yati org kedah..tu yang buat colour tu..okey!!

da puas hati


colour lain pun ada kan...

okeh!!

Moral dari cerita, kalau kita hanya buat sekali dan kita angap itu dah sempurna, ia tidak sempurna sebenarnya..
kalau kita cuba lebih dari sekali, bermakna kita cuba untuk menyempurnakan nya..
jadi, practice make perfect..

kelemahan ada sahabat yang paling baik sekali,sebab ia akan mengajar kita agar lepas ni kita mengelak untuk kecewa..

kesempurnaan adalah musuh, sebab ia tak akan mengajar kita untuk mencuba lagi..

jadi..

mana anda pilih??

kalau saya, saya pilih kelemahan..sebab kelemahan adalah kemanisan selepas kepahitan untuk mengajar erti kejayaan..

Kata-kata ku:::

AKU TAK MAHU MENCARI SESEORANG YANG TERLALU SEMPURNA, CUKUP ANDAI DIA DAPAT SEMPURNAKAN HIDUPKU

SELALU KESALAH HANYA KITA NAMPAK DARI INSAN LAIN, TAPI SEBENARNYA IA BERMULA DARI KITA

16 February 2012

Betul..Ini Memang Saya



Tadi buka FB, zue ada tag 'Mention' untuk aku..
Cuba tengok kat atas..

Yeah..itu memang aku..peragai memang kalut memanjang..

dan selain dari hilang cermin mata, dan baru perasan cermin mata ada kat atas kepala

Sekarang saya dah perasan kekalutan saya makin kalut sejak dua menjak ni..dan semakin ketara sehingga menganggu laluan hidup ku yang normal (cewah)

Pertama::
sebab yang seorang yang memakai cermin, satu masalah saya adalah saya sering hilang cermin saya, dan biarpun ade 2 spek..namun ia selalu hilang,syukur rumah sewa ni kecil tapi jangan ingat tak pernah hilang ada sekalitu, saya ada dua spek, dan yang satu tu menjadi kegemaran saya sebab ia ringan..tapi malangnya spek tu dah hilang..hampir sebulan saya cari.dan nak tahu saya jumpa kat mana?? kat atas almari, nak tahu sapa punya keje SAYALA..

Kedua::
Saya jenis yang mudah tertinggal telifon, jadi satu hari tu saya balik dari pejabat dan saya perasan yang talifon saya tak ada dalam beg, maka saya jadi kalut dan bergegas ke pejabat balik,..korang nak tahu mana handphon saya tak..ada je dalam poket seluar..Demmm!!!

Ketiga:::
Satu pagi ni saya kalut cari kunci rumah sampai dah lewat turun tunggu bus, balik kerje pun masih mencari tapi tak jumpa, sampai frust sangat saya pun kemas la katil yang saya tunggang terbalik kan pagi tadi pastu benggang je rasa hati bila kunci tu ada bawah bantal..ahhh..bengang yang amat..

macam mana saya nak hilangkan pergai kalut ni, memang tak boleh sebab kalut tu dah sinonim dengan nama FATIHAH..uihhh

nanti kalau kawin nanti saya risau je, kalut hilang mana laki, tetibe sedar-sedar adaje kat sebelah ni..uish...

13 February 2012

ikan keli, kacang botol & nasi lemak..siapa Ingat ???

Assalamamualaikum..
macam mana tengah malam yang tenang ini, tiba-tiba boleh keluar perkataan L.A.P.A.R

aish..bercita-cita mahu diet macam mana nie kalau pada ketika pukul 10.38 malam, anda tengah bercakap pasal makanan.Bab makan-makan ni pun memang boleh jadikan kenangan kan.

nak di jadikan cerita, tengah hari tadi saya, kak nita, zana dan my little girl my bos a.k.a zetty pergi merantau ke sek 15 (kalau tak silap) kat pak su tu..nekad tak nak ambik ayam dah sebab dah muak tengok ayam..dan saya terpandang ikan keli berlada dan kacang botol yang segar yang dikelilingi sambal-sambal yang beraneka jenis..

dan tiba-tiba..

Automatik..

Teringat..

menu Cafe Kolej Siswi, UiTM jengke..
Dimana itulah menu yang sangat digemari oleh seluruh warga UiTm kolej siswi jengka
setelah saya melakukan survey di kalangan rakan-rakan FB (syok sendiri ni)
Ikan keli sambai Hijau tambah kacang botol dengan nasib panas.Menu itu yang telah berjaya membesarkan aku di jengka selama 3 tahun, selain dari menu-menu dewan makan.
Sememangnya sekitar tahun 2004-2007 kami telah menjadi insan yang bernasib baik kerana masih lagi mempunyai kemudahan dewan makan, di mana kami telah disajikan dengan makanan 'free' untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam. walau dah disediakan menu yang lengkap pun menu Cafe kolej siswi tetap menjadi pujaan hatiku..

antara menu yang popular di Cafe Kolej Siswi adalah (ceng ceng ceng)

No 1: Nasi putih + Ikan Keli Sambal + kacang Botol
Teringat lagi kadang-kadang pergi cafe dengan perasaan bekobar-kobar untuk mencari menu pilihan.Tapi balik dengan muka kecewa..tapi kalau dah pergi makan pukul 3 memang la tak ada makanan.itulah nasib si pelajar kan

No2 : Nasi lemak bungkus, yang dijual dengan harga seringgit.kegemaran Awin, ada sekali tu dia makan dua sekaligus tau, tapi dia sangat beruntung sebab kalau makan sampai 5 bungkus pun dia tetap maintain macam awin juga..tak akan jadi macam saya..saya dengki tau.Di sebabkan harga yang murah, RM 1 untuk sebungkus jadi sapa tak nak beli, ia sangat sesuai untuk kedudukan kami sebagai seorang pelajar yang eksyen tak nak makan kat dewan makan.

No 3: Nasi goreng / Bihun goreng + kacang botol di goreng dengan hati ayam.
Menu ini di gunakan sewaktu 'BRUNCH'(thanks zue, sebab betulkan, pepandai guna istilah sendiri kan) gabungan sarapan pagi dan makan tengah hari, kalau dah cuti sabtu ahad, kelas pun tak ada, dan selepas subuh kami mengunakan masa dengan sebaiknya dengan Tidur (kalau mak call tanya tidur lagi ke?, suara ketika tu serak-serak basah yang memang bangun tidur terpaksa di ceriakan seperti suara sedang mencuci pakaian..hahahah..kalau tak cover nanti mak cakap..tak elok tidur lepas subuh nanti rezeki susah masuk)ok sambung balik cerita. Kalau dah bangun sekitar pukul 9, pastu pergi mandi dan tepek-tepek bedak sikit..akhirnya pukul 10 baru siap..sarapan pagi di dewan makan dah habis dah..nak tunngu lunch boleh teguling-guling macam Tengiling..jadi menu untuk lunch kat cafe pon tak siap lagi jadi rembat apa yang ada..

ada lagi menu sampingan yang menakluk kalbu seperti kentang dan tempe kesukaan si dayah tempe, orang kampung Badd ni suka betol makan tempe dgn kentang belada tu sampai lekat cik piah bagi nama yayah tempe.
Roti john kat Kompleks siswi, yang kalau nak beli kene beratur. Nasi air or bubur nasi..saya kalau bercerita pasal makanan sentiasa ingat tapi bab pelajaran haru je..
kalau la saya boleh menghafal setiap apa yang pensyarah ajar seperti menghafal menu-menu makanan kat dewan makan mesti saya telah dapat anugerah dekan kan..tapi malangnya..otak saya sangat efektif kalau menghafal menu-menu makanan je.

Kenapa tak makan kat dewan makan??
sapa kata tak makan, makan la saya ni muka menghafal menu makanan la..menu makanan akan ditukar setiap 2 minggu sekali.jadi menu yang agak-agak sedap tu memang saya akan hafal la kan..macam nasi goreng dengan telur mata, nasi minyak dengan ayam masak merah, nasi goreng dengan ayam goreng, nasi lemak.Memang harus diingat la..rugi tu..

kadang-kadang kalau makanan tu tak menepati selera saya, sanggup naik gi beli lauk pastu bawak gi dewan makan tu..punya la demand dia ni..kalau waktu rasa nak makan ramai-ramai terutama bulan ramadhan kami akan tapau dan makan dalam bilik sambil borak-borak sehingga satu masa kami sedar ia adalah satu pembaziran masa, jadi kami terus je turun dan tunggu sehingga berbuka dan berbuka disitu.

Kalau ada menu yang best untuk makan pagi, sebelum pergi kelas tempat wajib adalah dewan makan, balik kelas nampak pintu dewan dah tenganga tempat wajib gi dewan makan..malam kalau menu best tepat wajib dewan makan..ingat nak pegi kene bawak kad makan tau..supaya tak ada orang makan 2 kali..heheheh begurau je..

dekat Jengka ni, kami tak bayak hiburan jadi tempat yang agak-agak best untuk merayau adalah pasar malam Jengka.Kalau nak tengok orang ni dating dengan siapa kat sini pun boleh juga tau..hehehehhe..kalau pergi tu dapat beli keropok sepuluh sen satu, sambil tunggu.. pakcik tu bagi rasa dulu..jadi apa lagi wajib rasa..biarpun dah lima..pastu dapat kuew tiaw cik wan..biarpun orang ramai nak beli, tapi kalau nampak muka cik wan yang tersenyum sambil mengacau mee dalam kuali sambil mengigati pesanan-pesanan pelanggan..dua jam beratur pun tak pe..sebab dia kacak (hahahaha..dah naik gedik dah..)
dapat dua benda ni cukupla..pastu balik naik bus UiTM jimat tu..

sebab makanan kami rapat, dan terlalu rapat..selalu tukar-tukar makanan terutama kalau balik dari bercuti..lepak sama-sama..serius rindu sangat saat itu..borak-borak
saling bahan membahan..korang selalu bahan aku pun tak ape..sebab bukan suka tapi kalau aku marah kalau korang bahan aku, korang akan terasa hati, pasti nanti tak nak kawan dengan aku..so tak kan aku sangup hilang kawan yang selalu susah senang dengan aku kat sana selama 3 tahun kita kat sana kan..sebab aku rasa lepas korang bahan aku..korang akan kene bahan balik kan..hahaha..ia macam roda..kalau tak boleh gurau gi blah la kan..

Dan apa yang mampu saya cakap..Korang adalah kenangan terindah dalam hidup aku..

NotaNotaNota::sapa ingat daging masak seliper..hahahha..

10 February 2012

inspirasi...

kali ini tulis tajuk siap-siap sebab entry sebelum ni boleh pulak tertinggal tajuk..

Terlalu mengantuk tapi masih teringgin update blog, yang seminggu sekali di update ni..
kalau ada 'Mr Lappy' sendirikan, tiap-tiap hari akan aku update .Itu la janji kita kalau kita tak dapat sesuatu barang tu lagi, tapi kalau dah dapat, janji entah kemana.Sebab tu sebelum menutur sebarang kata-kata kita kene fikir sebab kadang-kadang boleh disalah ertikan sebagai janji, lepas yang bila kita tuntut akan timbul ayat "Ada janji ke" tak pun orang yang berkata-kata tu akan buat-buat lupa dan buat tak tahu macam dia tak ada janjipun.insan yang rasa tertipu ini pun akan rasa, senangnye kau tabur janji kan.

kadang-kadang saya sendiri pun tak sedar yang saya ada menabur janji, saya takut ayat penyataan saya akan di salah ertikan menjadi janji. Dan saya pula seorang manusia yang memang senang lupa ini pula akan terus lupa. Umur tak ada la tua lagi tapi selalu mudah lupa.Sebab tu, sekarang ini saya cuba menceburi bidang SUDOKU..sebab ada orang kata SUDOKU baik untuk daya ingatan dan ia akan membuatkan saya lebih fokus..(anda Rasa???, dan kalau anda dapati ada lagi ejaan yang salah, ini bermakna kadar kefokusan saya masih belum berada di tahap yang baik)

Janji dan lupa..senang je kan..dah janji pastu terlupa..tak cakap kat sesiapa pun, cakap kat diri sendiri pun ada gak,entah mengapa di malam yang hening dan di penuhi suara kanak-kanak ini tetiba nak mengomel pasal janji..

Tolong mengomel pasal sesuatu yang menginspirasi kan semua orang membaca..

Dalam sepanjang kehidupan ini saya selalu melihat apa di keliling saya, sewaktu dalam bus saya gemar melihat insan-insan lain di kiri dan kanan, bukan sebab nak pandang-pandang kot-kot ada artis ke, player football ke. Orang yang blur macam saya ni kalau baddrol bakhtiar lalu sebelah pun bukan perasan, nama je peminat (tak guna betul), jalan main syok sendiri je..kalau terperasan pun pastu dalam hati was-was, bukan tu kot..

Seorang manusia, hanya mampu melihat apa yang terjadi, tapi kita tak tahu di sebalik apa yang terjadi. Kita kecewa dengan apa yang terjadi, tapi kita tak tahu di sebalik itu apa hikmahnya, kita sentiasa tertanya-tanya sampai kita tak terjawab, tapi semua yang berlaku memang ada jawapan, jawapan tu tak datang bergolek, ia datang selepas dan itu kita pangil "HIKMAH"

Kita hanya manusia, nampak yang telah terjadi, tapi DIA, pencipta kita lebih tahu apa yang akan terjadi. kalau merungut ini bermaksud kita tak redha, jadi diam, ambik masa dan berfikir. Kadang-kadang syaitan itu lagi cepat bertindak dari akal, belum sempat akal mentafsir dah ada makhluk mencucuk terus kita punya hati akan berubah..

jadi saya cuba memandang apa di sekeliling saya sebagai satu peroses pembelajaran untuk mematangkan saya, saya cuba berfikir, saya cuba menganalisa, dan saya cuba buat kesimpulan.

Tapi kadang-kadang kesimpulan itu tak seperti apa yang dijangka dengan keputusan.

NotaDariHati::hanya berkongsi apa yang saya rasakan, tiada kena mengena dengan sesiapa pun, tapi peringatan untuk semua dan diri saya.Terima kasih kepada sesiap yang terKLIK dan terbaca blog saya, saya bukan sesiapa saya hanya insan biasa, hanya hanya mahu berkongsi pandangan saya dalam erti saya sendiri.. Terima Kasih
Tapi inilah inspirasi saya, kenangan saya, dan H.I.D.U.P saya.
Powered By Blogger