Pesanan Penaja

29 December 2010

PEMINAT BOLA @ PEMINAT 3 in 1

nk start cter.tp sebelum tu nk g masuk baju dalam mesin basuh...
ok2 da wangi da ni..bau sabun basuh k..
first saya memang mengaku saya ni peminat bola yang mee segera atau pon 3 in 1.. kenapa cakap macam tu
1. saya bukan pengikut setia bola,soalan basic psl bola pon x tau..
contohnya, dalam satu team berapa org pemain yg ader?
barapa orang pengadil?
kenapa boleh dapat kad merah?
2. saya tengok bola masa final jer..
that why saya tak tahu pasal piala FA ke, liga Super ke, piala dunia ke..
berapa tahun sekali di buat..saya tak pernah ambik tahu.coz saya tengok hanya
masa final game je.tetapi besorak macam penonton amatur sampai suara pon jadi
serak-serak seksi.
3. yang ni amat ketara, saya hanya tahu pemain bola yang muka ala2 model iklan
adidas, pelakon korea, badan ketaq2..macam khairul fahmi, safee sali, si kembar,
amri yahya..tapi serius saya cakap kalau da dekat tengah padang tu semuanya nmpak
macho, hensem dan gagah perkasa.dan kalau saya minat seseorang pemain itu saya
akan cari maklumat macam buat asigment tapi sayangnya masa b'gelar student dulu
saya tak rajin cari maklumat macam sekarang.

kenapa saya cerita pasal bola je ni, coz saya baru habis menjerit tengok bola..suara pon da serak dah ni..
dengan mencari baju yang bewarna kuning..kononya semangat..tp hanya ada baju oren kita sarung la gak..(tp keeper malaysia pakai baju oren tau)dengan semangat mahu pulang awal, dan berharap cik yatt busy packing barang untu bercuti bersama family di bandung, dan akhirya kelas tersebut kami telah tunda dengan sendiri nya.
(kelas aper? kelas memasak tettt..ye la tu )
cik ct and cik cda pon balik awal semata-mata nak tengok bola tau.housemate sorang lagi walaupon kene buat OT main blah awal je.
dah la dok menjerit macam org sawan je, terok betul..bunyi sorakan dari rumah anak-anak dara yang bakal dimiliki cewah!!
disebabakan kat bawah flat ada kedai makan, maka ramai la pakcik dok bawah tengok bola..tapi dorang tengok ikut astro dan kt orang kat rumah tengok ikut TV1 je..jadi kamilah yang akan besorak dulu..dan 5 saat kemudian baru dengat orang kat bawah tu menjerit..GOOLLL!!!
senario ini da berlaku masa final pertama kat malaysia lagi da.

apa yang saya belajar pasal bola ni.
1. saya da kenal pasal pemain-pemain malaysia ni, siap search lagi ek..dan blog yang paling suka baca semenjak duamenjak ini ialah blok girlfend khairul fahmi.nak baca..
http://jejariruncing.blogspot.com/ <--klik kat sini
kalau bos aku tahu, sure sedih gila, kerja belambak-lambak tapi dok main tenet je..
2. kat blog tu juga saya belajar, bukan senang nak berjaya,kalau kita slow-slow melangkah untuk capai kejayaan.kejayan itu kita akan cuba kekalkan sebab kita dah tahu betapa susah nya kan.cuba kalau kita senang dapat kejayaan kita tak akan hargainya kan.
3.betul la apa yang bos saya ajar..IF U FAIL TO PLAN, YOU PLAN TO FAIL..semua yang kita buat kene ade perancangan..
4. kita tak boleh pandang rendah musuh kita, dan kalau pandang rendah..macam tu la jadinya.but it's a game, kalah atau menang itu adat bertanding
5. ini lah resam dunia, kalau kita di bawah tak ada orang pon kenal kita, tapi kalau kita di ats semua org salute, sayang, sokong, bangga dan bermacam-macam lagi la.
6. Kita perlu hidup macam resam padi, semakin berisi semakin menunduk kerana kita perlu sedar semua yang kita ada hanya pinjaman.kalau DIA nak ambik balik sekejap jer kn..kn..kn



silap-silap ini team bola sepak batch aku, tapi diorang pon pnh menang woodtenh interpart tu..

ni yg betul!!

yeah ni la team kita..saya bangga jadi ANAK MALAYSI..
dan MALAYSIA BOLEH..TAHNIAH UNTUK SEMUA DAN TAHNIAH UNTUK RAKYAT MALAYSIA YANG DAPAT CUTI HARI ESOK..

17 December 2010

kenangan terindah

orang pernah cakap barang yang lepas jgn dikenang, tapi kalau tu kenangan yang terindah tak salah nak inggt kan..ini adalah pengalaman saya dari untuk anda (macam ramai jer yang datang melawat kan)
sekarang ni mudah sangat terkenang kenangan dulu-dulu, kenapa yer..sebab hati nak rasa bahagia macam dulu kala..bahagia ke?
aman tu, duduk di sebuah ipt yang takader trafic jam then kalau anda ada kelas pkl 8 pagi anda boleh bangun 7.45 untuk bersiap dan mandi, but make sure baju anda telah selesai di gosok (bagi perempuan la) macam saya plak stock baju yang tak perlu di gosok agak banyak..jadi kita guna jer la..
ok, selain itu kalau anda rasa tension anda boleh bejalan di sekitar kampus,tetapi tak di galakkan di waktu malam coz anda mungkin akan di serang oleh kerbau-kerbau pendek..jadi beware..
kenangan pasar malam, itu je la satu-satu nyer hiburan yang sangat sesuai, keluar untuk beli keropok lekor yg beharga sepuluh sen satu,dan sambil tu anda boleh merasa yer..dan kuew tiow cik wan..dengan kehenseman dan macho dia mengoreng..tu la sebab nye akan laris pada tiap2 minggu..dan situ la tempat pertama tettt.. ok stop!!

layan lagu ni jap

13 December 2010

6 tahun yang lepas..

Satu detik yang sangat bermakna dalam hidup..kenapa yer!!!
Sebab saya dah dalam dunia baru..dimana saya telah layak menjadi salah seorang pelajar universiti walaupun di tahap diploma..dan ia bukan kursus pilihan saya..
Sebenarnya cita-cita saya untuk menjadi seorang akauntan (setelah mendapat A1 dalam subject prinsip akaun sewaktu SPM tapi sememangnya sangat tak layak nak jadi akauntan coz..saya akan rambang mata apabila melihat angka yang banyak dengan $$$ di hadapan, dan ini terbukti di setiap subjek acc sewaktu diploma dan degree saya tidak pernah dapat A, dan sampai sekarang…saya mmg fail bab acc)
Ok seterusnya, sebenarnya hidup saya memang ditakdirkan untuk keseorangan, pergi kem PLKN sorang-sorang, masuk U sorang-sorang dan dah kerja pon sorang-sorang..dan saya telah dikurniakan banyak kawan, apa yang saya sentiasa sematkan dalam hati..tiada perkara yang kekal di muka bumi ini, ia sekadar pinjaman, semuanya adalah milik DIA.
Ok seterusnya, 3 tahun bersama.dari 2004 hingga 2007 banyak pekara saya belajar, banyak pekara yang saya kenal..dan banyak lagi la..
Kalau tulis pon sure akan panjang bederet..tapi kalau ade IDEA saya akan tulis..
Di sini apa yang saya ingin sampaikan, selepas 2007 saya sangat bersyukur coz hubungan kami-kami ini masih lagi akrab. Apa yang penting dalam sebuah persahabat adalah saling memahami, dan jika kita tak boleh nak suruh orang faham macam mana kita, tapi kita cuba faham orang sekeliling kita..win2 situation la kan.dan macam saya pernah katakan dalam satu perhubungan kadang kala DIA nak uji kita, jadi kita terima setiap ujian itu dengan lapang dada dan hari terbuka dan yang penting REDHA, selepas ujian itu kadang-kadang hubungan itu jadi menjadi semakin erat, dan kadang2 semakin rapuh dan itu sebenarnya dalam tangan kita, tapi kita sebagai manusia mampu berfikir untuk sama ada sesuatu yang terjadi adalah sebab musababnya..sebab DIA adalah peracang yang paling bagus dan baik..duri di hari ini akan jadi bunga d hadapan.Dan selepas 6 tahun usia pekenalan kami banyak pekara yang berubah termasuk dari segi berat badan ( itu saya la) dari seorang pelajar..kami pilih sama ada untuk sambung dan bekerja.Dan bagi yang bekerja, masa yang sangat sesuai untuk mengutip pengalaman.Dan bagi yang memutuskan untuk terus belajar akan pilih course yang diminati.Dan disini saya mengakui,silap saya yang paling besar, coz saya memilih sesuatu yang saya rasakan salah.tapi saya tidak perlu salahkan sesiapa coz itu saya sendiri yang pilih, dan saya percaya ada hikmah disebalikanya. Dan selepas menamatkan degree dalam tempoh 2 tahun kami melangkah kesatu tahap..iaitu bekerjaya@ berfamily@ untuk menjadi pelajar lagi.
Dan di tahap ini apabila anda melihat orang disekeliling anda mempunyai kerjaya yang mantap dan mempu memiliki asset sendiri ia satu tekanan di saat saya hanya ada rapid KL.Dan bagi yang memilih untuk berkahwin dan dimurahkan rezeki dengan mendapat anak-anak yang comel, dan itu juga satu tekanan disaat saya tiada sesiapa ( kita ni perempuan apa mampu kita buat nak, melainkan tunggu). Dan bagi yang menyambung pelajaran ke tahap master ia juga satu tekanan di saat saya cuma ada sekeping ijazah tapi saya tidak gunakan di dalam bidang saya.
Dan kita manusia perlu tunggu dengan sabar mungkin ada sesuatu yang masih belum betul dan cukup pada kita kan.dan kita perlu memperbaikinya.

gambar 1: beratur untuk majlis konvokesyen diploma tahun 2007

gambar 2: perjumpaan kali pertama,untuk berbuke puasa sama2..

gambar 3: sehari sebelum konvo degree

gambar 4:majlis kahwin kawan ku..konvoi 3 kereta dr shah alam

gambar 5:makan sate di kajang, dan selepas tu jalan2 ke putrajaya.

gambar 6: ramadhan tahun ini..

gambar 7: yang paling terbaru setakat ini

10 December 2010

DIA perancang yang terbaik..

siapa DIA, DIA yang menciptakan kita, Dia yang ada di saat susah atau senang kita..
dan DIA adalah perancang yang terbaik..
kenapa?
kita lihat di sekeliling kita,
DIA adalah yang terbaik, dan kita manusia ini la yang selalu merosakkan apa yang telah Dirancang untuk kita sendiri..

Derita Atau Sengsara..

Kita Yang Pilih..

(P/s :: ni entry yang lama di taip, tapi tidak di post kan)

02 December 2010

SETAHUN yang lepas...

sekejap jer da setahun, dalam setahun banyak pekara yang aku belajar,banyak pekara yang aku rasa.. banyak pekara yang aku lalui..
banyak sangat, tapi aku rasa tu tak cukup..aku perlu terus belajar..aku perlu terus kuat..
setahun yang lepas, dah rezeki habis degree awal, tp masih tak dapat degree hingga bulan 10, start dari awal cari kerje, semua keja di apply walaupun guna diploma..alhamdulillah telah dipanggil interview di uitm, untuk jawatan research assistant officer, walaupun hanya sekadar second interview..
selepas itu masih terus mencari, hingga kepada interview yang x boleh pergi, interview di UiTm semua telah ku cuba.
tapi betul kata orang, itu semua rezeki. Hingga ke program2 latihan lepasan ijazah aku apply, dan rezeki dapat mengikuti program GEMS di terengganu.Tapi terpaksa ku tolak kerana dekat dengan tarikh konvokesyen ku..kata orang ni la masa yang penting, saat naik ke pentas untuk terima ijazah dengan pakai jubah..itulah saat yang terindah, walaupun setelah kali kedua ia tetap lain.
Dan selepas sebulan ku telah dapat bekerja sebagai RA,walaupun hanya untuk 2 bulan..aku da sangat gembira, tapi seperti orang lain kata langgit tak selalu cerah.kita tak boleh jangka apa yang berlaku..dan ditakdirkan rezeki aku tiada di situ, sedih sangat-sangat. Saat untuk bagi tahu mak ayah kau tentang kekecewaan yang berlaku sangat la sukar, dan sebab kekecewaan itu,aku nekad untuk datang ke Shah Alam.Terima kasih untuk seorang sahabat yang perkenalkan aku dengan tempat ini, dengan tiada pengalaman aku nekad pergi interview, dan rezeki aku aku dapat..
dan sampai sekarang aku disini..disini banyak pekara yang aku belajar, banyak pekara yang aku dapat lihat,dan aku harap ia dapat mematangkan aku.
disini aku jadi semakin terbuka, dulu aku bagai dalam kotak sekarang aku cuba untuk keluar pada kotak walaupu tidak sepenuhnya.
Dari hari pertama aku kerja aku bagai berjumpa dengan insan pelik, atau aku yang pelik..tapi sebenarnya mereka tidak pelik, mereka istimewa.
selama ini aku di kalangan budak2 sains, tak pernah pun cuba keluar untuk kenal orang lain, dan sekarang aku tercampak bersama budak2 seni, budak2 yang mementingkan susunan, aturan dan ketelitian.
saat kali pertama masuk di dunia ini aku rasa bagai hendak lari, tapi ALLAH kuatkan semangat ku hingga sekarang.
dan aku syukur, mengenali mereka satu pekara yang terindah dalam hidupku..



30 November 2010

Aku R.E.D.H.A

sources from
http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=2086


HADAPI MASALAH DENGAN BIJAK!

Oleh: Haslinda Lukman



Setiap hari kita tidak akan terlepas dilanda dengan masalah, sekiranya bukan kita yang bermasalah, orang lain pula yang mendatangkan masalah. Oleh itu kita perlu bersedia menghadapi permasalahan tersebut dan cuba mencari kaedah untuk mengatasinya. Sempena kedatangan bulan Ramadhan dan Syawal yang mulia ini, mari kita renung sejenak apa sebenarnya maksud setiap masalah itu, kaedah untuk mengatasinya serta panduan menghadapi masalah dengan tenang.



UJIAN IMAN

Masalah sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita untuk mengukur sejauh mana tahap keimanan dan ketakwaan kita terhadap-Nya. Sebab sebagai manusia kita sering terlupa serta lalai dengan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah apabila hidup kita sentiasa dilimpahi kesenangan dan kemewahan. Lebih-lebih lagi ketika usia remaja, hidup penuh dengan keseronokan dan sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru walaupun perkara itu jelas haram di sisi agama dan menyalahi undang-undang dunia, contohnya mengambil dadah dan hanyut dengan maksiat, dengan adanya ujian seperti ini, ia akan kembali mengingati apakah hidup kita selama ini mengikuti peraturan atau landasan yang telah ditetapkan oleh Allah ataupun telah jauh menyimpang.



Setiap masalah, kesukaran, kesakitan dan apa jua yang menyeksa jiwa adalah merupakan ujian dari Allah untuk menguji sejauh mana iman kita. Iman perlu kepada ujian. Ini jelas sebagaimana maksud firman Allah :



"Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." ( al-Ankabut: 2 - 3)

DARJAT DI SISI ALLAH

Ujian atau dugaan yang datang adalah dari Allah, sama ada ujian itu sebagai ‘kifarah’ dosa yang telah kita lakukan atau untuk mengangkat darjat kita di sisi-Nya. Allah juga tidak menduga hamba-hamba-Nya tanpa mengambil kira kesanggupannya atau keupayaan mereka untuk menghadapinya, ujian dan dugaan yang diturunkan Allah kepada hambanya adalah seiring dengan keupayaan individu itu untuk menyelesaikan masalahnya. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah:286 yang bermaksud “ Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya”.



Oleh itu sekiranya kita berhadapan dengan masalah, cubalah bawa bertenang, bersabar dan setkan dalam minda bahawa kita sedang diuji oleh Allah, orang yang melepasi ujian itu adalah orang yang berjaya dan mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah.



"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka." ( at-Taubah: 111)



CARA MENGATASI MASALAH



1.Sandarkan Harapan Pada Allah

Setiap ujian yang datang sebenarnya mempunyai banyak hikmah di sebaliknya. Yakinlah bahawa setiap kesusahan yang kita tempuhi pasti akan diganti dengan kesenangan. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Nasyrah ayat 1hingga 8 yang antara lain maksudnya “ …Sesungguhnya selepas kesulitan itu pasti ada kemudahan….”



"Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya
kepada-Nya aku bertawakal."( At-Taubah: 129)



2.Minta Pertolongan Dari Allah

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." ( al-Baqarah: 45)



3.Jangan Sedih dan Kecewa
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman." ( al-Imran:139)



Yakinlah dengan janji Allah itu dan jangan cepat putus asa dengan masalah yang dihadapi sebaliknya tingkatkan usaha dan kuatkan semangat untuk mengatasinya, lihat maksud firman Allah di bawah:



“ ...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir”( Yusuf : 12)



4.Luahkan masalah tersebut pada teman-teman yang dipercayai, walaupun dia mungkin tidak dapat membantu, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban yang kamu tanggung.



5.Bandingkan masalah kita dengan masalah orang lain, mungkin masalah orang lebih besar dari masalah kita, perkara ini juga boleh membuatkan kita lebih tenang ketika menyelesaikan masalah.



Penutup

Ujian yang datang juga tandanya Allah sayangkan kita. Jadi ambillah masa untuk menilai diri dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dalam apa jua yang kita lakukan. Lakukanlah untuk mencari redha Allah. Fikir dengan positif bahawa setiap dugaan datang dari Allah dan pasti ada hikmah yang tersendiri.



"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." – (al-Baqarah: 216)



saat rasa betul-betul jatuh, aku di hadiahkan dengan artikel ini (cr sendiri sebenarnya).
dan membuat mata & hati ini terbuka,
buat apa kita menagis atas kekecewaan,
kita perlu hadapi dan redha.
itu ujian buat kita, kita mampu untuk hadapinya,
kerana kita tidak keseorangan,
bukak mata dan hati..
doa, usaha & tawakal

di entry ini juga aku nak sampai ucapan terima kasih banyak-banyak kepada
insan-insan yang berada di belakangku, mendengar keluhan ku..
bersama-sama aku di saat aku jatuh..membeli makanan kepada ku saat aku lapar, sedia
mengajak ku tenggok wayang di saat aku boring di rumah, bersama- sama menghabiskan
masa bersama hujung minggu ..kalian semua sahabat ku..tak lupa juga pada family ku...
aku masih disini sebab M.E.R.E.K.A semua

dan hari ini, aku mahu redha dengan apa yang terjadi..

(ditulis di office tunggu lunch hour)

14 November 2010

JODOH Kita..


Resah.Gelisah.Seraut wajah termenung jauh."Orang lain semua dah kahwin,tinggal aku sorang saja".Sekeping hati bermonolog.Monolog itu disusuli tujahan prasangka."Aku x cantik ke?" "Aku kurang bergaya ke?" "Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?" "Aku tak pandai meng'ayat' agaknya".
Mungkin begitulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang belum berpunya.Rasa rendah diru,stress dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dan memiliki seseorang tanpa mengenal batas halal dan haram.Yang penting,dapat.
Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta.Pilu kerana walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta,mereka masih tak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki.Tidak serik-serik lagi.Diri diperhamba menagih cinta sementara hingga berkonflik dengan Pencipta cinta.Semua batasan-Nya diredah segala.Tak kenal dosa pahala.

Oh,remaja!
Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina.Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun,percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat.Apa tidaknya,asasnya dibina daripada dosa dan maksiat.
Mana mungkin dapat menegakkan tiang taqwa yang utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat.Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar.Semuanya dah dirasa dan terbiasa,nak rasa nikmatnya apa lagi?Anak-anak menjadi mangsa.Terimalah ia sebagai hukuman di dunia.Amat pedih.Namun,terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.
Kuhembus nasihat ini kepadamu hai remaja tanda sayangku tak terhingga.Bagi para gadis yang belum berpunya,andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan,yakinlah.
Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita.Usah peningkan kepala.Dia menguji anda sedikit masa lagi.
Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya," first thing first".Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting.Kenali prioriti anda sekarang.Jika memang dah sampai saat nak memiliki,tabahlah dan teruskan berusaha.Ingat,pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu dan bersedia.
Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya.Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran.Jangan putus asa.Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak.Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya.Teruskan berusaha!
Ingat,usaha yang Allah redha sahaja.Bagaimana?Dengan sms siang malam?Atau bergayut di telefon memanjang?Atau ajak keluar,belanja makan?Begitukah?
Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu,itu tips memikat wanita solehah dan beriman.Seabik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.
Seringkali,seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi.Pepohon berduri sanggup diredah,curam dan jurang sabar ditempuh.Namun,apabila dia memilikinya,didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma.Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk al-Quran dan Sunnah.
Beringatlah,urusan jodoh tak ke mana.Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita.Ianya urusan yang pasti.Apa yang tak pasti,sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya.Wallahu'alam.



source from ahlanwasahlan@facebook.

catitan:jodoh setiap orang telah ada, mungkin 'adam' kita hendak siapkan dirinya, perkahwinan bukan sebuah fantasi tapi sebuah dunia realiti.ia umpama bembina sebuah masjid, perlulah kukuh dari segi dalaman, biarlah cantik dari luaran..
fikir-fikirkan la..dan selamat beramal..

10 November 2010

Belum Rainforest Resort

Terletak di tasik banding, perak.lebih kurang 45minit hingga 1 jam perjalanan dari pekan gerik, ha!! jangan terkejut kalau sepanjang perjalanan anda akan nampak signboard 'Awas Gajah Liar Melintas'.
Dengan reason menemankan seorang kawan untuk menjalankan case study disana, dengan jayanya kami telah mendapat harga yang istimewa untuk bilik..dari harga 500++ semalam, kami dapat 220 dengan 2 sarapan pagi (pergi 4 orang, 2 lagi kena tambah la),
start perjalanan lebih kurang 8.30, pergi pada hari Depavali yang jatuh pada hari jumaat (sebelum pergi sempat tengok selamat pagi malaysia, da lama tak tengok kan)
Lebih kurang jam 12 tgh, alhamdullilah kami selamat tiba di pekan Grik. berhenti makan tengah hari sambil tunggu waktu untuk solat jumaat.
teringat dialog makcik kedai makan tu, sewaktu kami bertanyakan dimana masjid
" lalu kot jalan Betui, pastu masuk kot kiri" (dengan loghat perok yer)
Tunggu..tunggu..dan tunggu..after selesai solat, teruskan perjalanan ke Belum raiforest resort..yihoo..
kita dah snap bnyak gambar





ini dulu gambar yang dapat di upload..yang lain nanti kite upload lagi..

setelah hampir sebulan barulah berjaya di upload.busy katonyer

15 October 2010

RINDU

bertapa hebatnya penangan rindu, segalanya jadi tak kena, segalanya jadi sensetif,dan menangis, ayat nak cover..tak ada apa-apa la, habuk ni..dalam hati..control,control nati lense jatuh...
tapi airmata tetap keluar..dan bila tension rasa nak hantar massage ke semua orang..bukan nak becerita atau apa..tapi nak suruh bawak pergi kemana saja..yang paling best kalau dapat sunday corneto dan makan tepi tasik (tapi tak boleh, dalam proses diet)
aleh-aleh balik juga dengan naik bas,apa yang suka kalau naik bus ni kita tak perlu untuk concentrate pada jalan, kita boleh mengelamun,berangan dan TIDO..
tiba masa syaitan menyerang dalam diri, kita rasa degki dengan kebahagiaan dan kejayaan orang lain, ade pertikaian di situ, dia tak perlu kerja keras untuk dapatkan kerja, dapat pulak kerja kerajaan, da tu siap ada kereta lagi, aku ada apa lagi,namanya gaji besar tapi....(biarla rahsia)..kenapa??
kita dengkikah tengok kebahagian orang lain, kalau kita pandang orang yang lagi atas pada kita, kita tak akan rasa bersyukur, tapi kalau kita pandang orang yang lagi bawah pada kita kita akan rasa sangat-sangat besyukur.oleh itu pandang dibawah kita untuk buat kita rasa bersyukur dan mebghargai apa yang ada di depan mata.
lagi satu peragai yang sangat tidak elok mengungkit,
kalau orang lain sedih, semua cari aku, tapi kalau aku sedih, tak orang yang paham aku..kenapa kan..tapi da fitrah hidup aku, tak mudah untuk becerita pada orang lain, tak pernah berusaha untuk mendapatkan apa yang dia nakkan dan redha tanpa iklas (tak baik kan)
kalau kata bab impian, aku nak suami aku orang yang baik-baik, nanti dia boleh imamkan solat, dia boleh ajar aku mengaji, dia boleh pimpin hidup aku..tapi kata orang kata, lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik.dan aku tak baik, aurat aku tak jaga walaupun bertudung, pakai baju singsing lengan,pergaulan aku, suara aku..dimana nampak baiknya aku.
bukan aku tak nak berubah, tiap kali aku nampak orang bertudung litup pakai jubah, terdetik di hati, cantiknya dia..bila la aku nak jadi macam tu..
rasa nak tukar emej macam tu, tapi takut aku mengotorkan pandangan orang lain terhadap TLC (tudung labuh club) kerana aku tak cukup sempurna,tak kan da pakai jubah nak masuk wayang, nak bergaul sesuka hati, nak mengecoh sesuka hati..dan aku perlu kuatkan iman aku terlebih dahulu..
aku sekarang dalam proses untuk berubah secara fizikal@luaran, tapi masih mencari reason kenapa aku berubah..Kerana ALLAH..keran apa? sebab yang kukuh..dan aku masih mencari.

13 October 2010

aku jadi aku..

hemm..dua tiga menjak ini terlalu asyik membaca blog blog yang boleh membuatkan kita berfikir..kadang-kadang rasa sngat teruja dengan seseorang yang boleh menulis sedemikian rupa..
dua tiga menjak ni juga sibuk dengan aktiviti yang menyehatkan badan..motif utuk kurus tu tak ada la sangat..teringat kata-kata seorang kakak "ko lagi cantik kalau kurus sikik, ok sikit ko macam ni.x nampak selekeh"emm..motif saya berubah kerana untuk memudahkan orang di sekeliling saya dan membuatkan saya lebih confident untuk menampilkan diri saya, secret behind the glass.:
ini adalah tips untuk cantik dari sebuah buku yang diterjemahkan seorang guru yang lumpuh dengan cara yang lebih mudah untuk difahami, dia habisakan masanya dengan menulis buku..dan saya amat menyukai bukunya:
TIPS UNTUK CANTIK
1) UNTUK MEMILIKI BIBIR YANG CANTIK KITA PERLULAH SENTIASA MENUTURKAN KATA-KATA YANG BAIK, CUBA KALAU KITA MEMAKI HAMUN ORANG TAK MANIS KAN TU..
2) UNTUK MEMILIKI MATA YANG CANTIK, CARILAH YANG BAIK-BAIK MENGENAI ORANG LAIN, TAPI KADANG-KADANG YANG BURUK ITU LAGI JELAS DILIHAT BERBANDING KEBAIKAN.
3)BAGI MEMILIKI POTONGAN BADAN YANG MENARIK, BERSEDIALAH UNTUK BERKONGSI MAKANAN DENGAN ORANG LAIN,SHARING IS CARING KAN.
4)BAGI MEMILIKI RAMBUT YANG CANTIK, BIARKAN LA ANAK-ANAK KECIL MEMBELAINYA.
5)UNTUK KELIHATAN LEBIH AYU BERJALANLAH DENGAN PENGETAHUAN, DAN KITA TAK AKAN KESEORANGAN.
6)MANUSIA MELEBIHI BENDA-BENDA LAIN PERLU DIPULIHKAN SEMULA, DIPERBAHARUI, DIHIDUPKAN SEMULA DAN DIRAWAT..INI LEBIH BERKAITAN DENGAN HATI..
7) JANGAN SEKALI-KALI MEMBELAKANGI SESIAP..ALL AROUND U IS IMPORTANT IN UR LIFE..
8) JIKA KITA MEMERLUKAN TANGAN UNTUK MEMBANTU, IANYA ADA DILENGAN KITA..IT MEANS, APA-APA YANG BERLAKU, KITA SENDIRI YANG PERLU BERUSAHA UNTUK MERUBAHNYA.
9) APABILA KITA DEWASA, KITA DAPATI KITA ADA 2 TANGAN UNTUK,SATU TANGAN MEMBANTU DIRI KITA DAN SATU LAGI UNTUK MEMBANTU ORANG LAIN.
(source by Audrey Hepburn)

Banyak lagi kata-kata yang berguna, it's enough for today..saya sudah catitkan didalam sebuah buku dan jikalau ada kelapangan saya akan kongsi bersama anda.

08 October 2010

kesedaran..


sepanjang minggu ini..
aku dan nasi cowboy
adakalanya kita perlu rasa untuk susah, kadangkala kita nikamat, kadangkala
perlu rasa derita. kadangkala kita rasa kemanisan, kadang-kadang perlu rasa kepahitan.kadangkala rasa bahagia, kadang-kadang perlu rasa sensara..
kenapa? sebab kita diuji OLEHNYA.perlu tingkatkan kekuatan, kesabaran,dan keredhaan dalam diri.
itu kerana allah menguji kita untuk bersabar dengan segala nikmatnya..
kupohon kekuatan
saya mahu lari jauh darinya.
saya tidak mahu ada dalam hidupnya.
saya mahu buang dia dalam fikiranya.
saya tak mahu dia mencariku.
dan aku pohon sekali lagi kekuatan untuk aku lari..
untuk aku punyai kekuatan untuk melangkah.
entah kenapa aku rasa mahu lari jauh-jauh, tapi kata orang masalah tak boleh selesai kalau kita lari..
kita perlu hadapinya.
dan aku pilih untuk hadapinya, da aku perlu terus hadapinya dan samapai sekarang aku kena dan perlu hadapi..
sekali lagi aku bersyukur..aku diberi kekuatan
aku tidak mahu hanyut lagi..
aku tahu aku tidak sempurna..tapi aku pohon berikanlah aku kekuatan untuk
melalui hari-hari dihadapanku dengan sabar dan penuh kekuatan..
aku tidak mahu tewas lagi..
lindungi lah aku dari dosa-dosa ku dahulu..
Aku cari dia
kadangkala kita selalu sangat lalai, kita sudah susah baru kita ingat dia,
tapi kita tidak cuba untuk dekatkan diri kepada dia masa kita senang kenapa??
adakah kita selalu lupa..tapi syukur..sampai sekarang dia tidak pernah lupa kita..
cerita di saat kekecewaan..saya sampai tak mampu berjalan dan pandang kehadapan hanya tunduk sahaja..rasa kerdilnya diri saya ini..tapi entah dari mana kekuatan itu datang..saya mula berani melihat keliling saya..saya tidak hnaya tunduk saja..dan
sebab kekuatan itu saya cuba jadi matang..
peristiwa itu datang 2 minggu sebelum umur saya genap 24..dan saya tahu kenapa dia datang..kerana untuk lebih mematangkan dan menguatkan saya..

04 October 2010

kita sering di uji..


dalam satu perhubungan sentiasa ada pasnag surut..
sedangakan lidah lagi tergigit..
tapi percayalah..
ALLAH menduga kita dalam satu perhubungan itu untuk menguji dan
mengakrabkan lagi ukwah kita..
yang penting saling memberi dan memaafkan..
kita tak akan di uji kalau itu bukan tahap kekuatan kita..
dalam perhubungan kadang kita rasa hilang..tersish..
itu haknya..cuba hormat hak orang lain jika ingin dihormati..
kawan...keluarga adalah sesuatu yang teristimewa dalam hidup ini..

saya tak ada..tapi saya ada..


saya bercita-cita mau jadi designer...tp saya hanya kerja di syarikat disigner
saya mahu sebuah kereta yang cantik..tapi saya hanya ada bus rapid yang datang tak tentu masa..
aku mahu boyfrends..tapi aku dapat best frends forever!!!

03 October 2010

lahirnya saya

lebih kurang dalam tahn 1985..kahwin la seorang lelaki dan perempuan..atas dasar cinta..dan lebih kurang 10 bulan selepas itu maka terhasillah seorang baby yang agak comel atas izin ALLAH..agak comella..dan ini adalah anak pertama dan si ayah agak excited,seterusnya memberi nama yang unik kepada bayi tersebut..
seterusnya dia terus membesar.tangis,..tawa..nakal..degil..semuanya ada la..

dan sekarang 24 tahun...bayi menjadi kanan2..kemudian remaja..dan sekarang seorang gadis..seusia 24 sepatutnya si gadis menjadi semakin matang..adkalanya matang tapi keseronokan selalu dengan si gadis..

tapi semua orang tak tahu..dalam keceriaan si gadis..malam2 nyer selalu berteman air mata..kenapa??? si gadis perlu membesar dan si gadis perlu melalui pelbagai halangan untuk memantangkanya..dan sebenranya si gadis tidak sekuat maner dan kadang2 die tewas dengan dunianya..dan keheningan malam adalah satu ketenangan untuk memuhasabah diri ini...

dan sekarang si gadis harus terus kuat..untuk berdiri..untuk berlari..untuk mengejar IMPIANnya..KEHIDUPANya..dan KEBAHAGIANya...

alhamdullilah

ahri ni genap umur kupu2 24 tahun...
syukur allah masih hidupkan kupu2 selama 24 tahun..
tahun ni kupu2 macam keseorangan sikit..
first...org yang kupu2 bkawan selama 5 tahun tetiba hilang
dan tak muncul2 da..kalau tak die yang selalu wish besday kat
kupu-kupu..
second..setiap tahun kupu2 akan ada dengan kawan2 kupu2..tahun lepas
ader family..dan tahun ni di takdirkan sorang2..
takpe...kupu2 harus bersyukur gak..kerana kupu2 dianugerahkan
dengan orang lain disekeliling kupu2..
da 24 kupu2 harap kupu2 jadi lebih kuat..lebih tabah..dan lebih matang..
kupu2 x harapkan suprise besday party...just ingatan kupu2 still lagi di ingat it's enough..

walaupun kupu2 x sesempurna orang lain.
tapi kupu2 rasa bahagia
thankz untuk orang2 yang sudi bahagiakan kupu2
i luv u sooo much..

02 October 2010

sayang, kasih & cinta

dalam hidup kupu2:
(jadi kalau salah please tolong betulkan)
i) sayang
- yang kupu2 faham maksudnya satu naluri yang lebih kepada persahabatan,
satu perasaan yang kita rasa bahagia.kita selesa dan kita senang dengan nya,
kadang2 kalau salah tafsir kita ingat cinta.
ii) Kasih
- perasaan ingin melindungi sesuatu yang kita sayang, kadang-kadang lebih
kepada kekerluargaan.ingin melihat sentiasa dalam keadaan selamat dan sentiasa
mahu menjadi superhero dalam hidupnya.
iii)Cinta
- gabungan sayang dan kasih, akan wujudnya cinta, yang boleh dikatakan tak
kenal maka tak cinta, dan kadang-kadang cinta iti sesuatu yang membahagiakan
tetapi kadang2 menjadi sesuatu yang sangat memeningkan.
kamus hidup si kupu2 tak pernak rasa cinta..dan kalau boleh kupu2 tak nak bercinta sekarang kupu2 nak bercinta dalam satu ikatan yang sah..sebenarnaya kupu2 ingin seorang pasangan yang baik..tapi bila kupu2 pandang diri kupu2 dalam cermin..kupu2 tak sempurna..
lelaki baik hanya untuk perempuan yang baik..
p/s: sebenarnaya kita da banyak terpengaruh dengan novel2 HLOVATE yang jadi peneman kupu2 takala tunggu bus tak muncul2..tapi kupu2 sanagat suka cara penulisan nya..element ilmiah diselitkan dalam setiap cerita dengan cara yang berbeza..Kreadit to Dr Hlovate..beign Dr LOve to me!!!

kupu2 kembali

fuhh!!!
da lame kupu2 tak melawat laman sesawang ini..
da lame kupu2 tak menaip..x tahu sebab busy or luper pasword.
sebenarnye tadi just main2 tekan tetibe betol..amazing.

guest what!!!
tak sampai 24 jam kupu2 akan berganjak ke 24 tahun..
masa zaman uitm dulu2...kita orang pernah pasang impian untuk berkahwin
dalam umur impian masing-masing..dan kupu2 telah memilih 23..
dan sekarang kupu2 dah nak masuk 24 tapi still tak jumpa calon yang sesuai..
x tau la tetibe esok ader orang putus fius datang pinang i ( i pon x sanggup)..

minggu lepas dan minggu sebelum ni adalah waktu yang paling sukar dalam hidup kupu2..
tapi sangat bersyukur ALLAH hadiahkan kekuatan yang sangat menakjubkan pada kupu2..tersangat besyukur..kita selalu lupa ALLAH, masa susah baru kita ingat die..tapi ALLAh tak pernah lupa kita..dia hadiahkan kita dugaan just nak ketuk kita agar bangun dari alpa..dan ini bermakna DIA still sayangkan kita..

04 April 2010

HiDuP cik KupU yg MemBoSanKan

life kupu2 skrg agk membosanka
kuar umah kol 7.30pg blk umah kol 7.30 mlm
12 jam keje..
peh..mmg mantap la..hehehe
agakya betol aper orang cakap kalau kita tertekan kita akan habiskan separuh masa kita dengan buat kerja..
tp smpai bila

17 March 2010

aku dan diriku

i'am sorry lama tak becerita..
bkn x ader cite tp rase tngan ni malas untuk menaip..
hari ni kupu2 dah hlg seorng kawan...kupu2 angap macm kwn coz sepanjang kupu2 praktikal..kupu2 serinh btegang urat dgn dia...kupu sedih cos x dpt penuhi pmintaan dia tok kali terakhir..klu masa tu i tahu tu tnda2 dia nk tnggalkan duni ni wat kali terakhir..kupu2 akan turutkan untuk bejumpa...atas sebab dia sngat suka begurau kupu2angap dia begurau,...kupu2 doakan agar dia aman disana...insyaallah...berikan kekuatan untuk insan yang disayangi nya..agar dia mampu tok terus hidup...

2nd
sebenaranya hidup kupu2 sangat sedih.kupu3 sedar yang kupu2 sendirian..dan kupu2 cuba survive untuk survive sendirian...tp ternyata kupu2 x mampu...kupu2 nak seseorang di sekelilig kupu2...dan saat ini klu org yang kupu2 sayang tngalkan kupu2 adakah kupu2 dah kuat untuk hadapinya...

insyaallah..kupu2 ni kuat........

07 February 2010

saye rase.........

selesai menbaca 1 novel daripada 3 novel baru yang ada dalam simpanan...sangat-sangat menarik..dan rase tidak sabar untuk menunggu keluaran terbaru..dan sangat seronok meyimpan koleksi-koleksi novel yang belum dibaca..hehehehe..tapi kenapa saya lebih berminat membaca novel daripada membaca sesuatu yang lebih berilmiah dan mengadungi lebih banyak fakta-fakta yang meningkatkan pengetahuan am saya..jawapannya..novel membawa kita kedalam imeginasi kita sendiri..tp buku fiksyen kita tal boleh nk berimeginasi..oh noo..takkan kita hendah berangan jadi seekor telur ulat..then bertukar kepada ulat beluncas dan akhir sekali kepada si kupu2 yang biasa..ie menarik ke.. dari sebuah cerita yang menceritakan seorang gadis biasa, yang sangat slumber dan dalam jiwanya..ada ceritera yang sangat syahdu..ohh sedihnya..
back to my life, saya sendiri pun tak tahu apa yang saya rase..dan rasenye saya taknak mencuba sesuatu yang saya ingin cuba..sebabnya saya takut jatuh kedalam lubang dan saya tak boleh nak keluarkan diri saya daripadanya..ohh..takutnye...
biarla masa yang menentukan segalanya..
untuk hidup saya..life must go on..apa yang belaku..hidup mesti diteruskan..walaupun ape yang datang cuba lah hidup dengan penuh kebahagiaan dan kegembiraan..
sesedih mana pon kita jangan tunjukkan kesedihan dihadapan musuh kite..ape yang penting kita kene kne terus bertenaga dan kuat hadapi segala halangan dihadapan gogogo girl power..

01 February 2010

kupu2 takut jatuh

sedar x sedar..sudah 3 bulan kupu begelar seorang setiusaha@ personal assistant@ maintainance pintu@ pembantu am@ tee lady..wow thats great..banyak kerja si kupu2..
whateverla..ape yang sy hendak kongsikan tentang perasaan kupu2..3 bulan ni juga kupu2 kenal macam-macam orang..sehingga berkenalan dengan someone...sy kenalkan dengan pangilan orang salji..becoz dia gelarkan saya epple hijau..so sweet..first time orang lain cakap kite cute(walaupun tak cute) ape kita rasa..(rasa mahu terbang saja)
saya cuba tidak hipokrit dan dia rasa something yang berbeze mengenai saya..dan secara tak malu nya saya turut rasa macam tu...dan we all decide unyuk terus berkawan..tapi yang amat mendukacitakan hati saya..dia seperti biskut..asyik hilang je..dan saya rasa amat2 terseksa dengan penantian..
then disaat yang paling penting dalam hidup saya..sy terpaksa decide..dan disaat itu sayalah wanita yang paling kejam...
sehingga satu ketika sy telah memberi no tel sy..agak terkejut jugak..knpe senang sy perlu beri no tel saya kepada someone yang i x kenal...
dan setelah hmpr 3 mnggu..orang salji menyatakan dia suka appel hijau ni..
kupu2 rasa bahagia, tp kupu sngat takut..takut cinta kupu2 x kesampaian seperti dulu lagi..kupu2 takut snagat jatuh..kupu2 harap sabgat bahawa die bukan se[erti lelaki lain..yang selalu permainkan hati wanita..hopefully..dan kupu2 perlu kenalnya dengan mendalam..dan jikalau ada keserasian..kupu2 harap biar jodoh kami panjang even sebagai kawan..AMIN....

31 January 2010

kupu jatuh cinta ke...

ape perasaan anda kalau ada seseorng yang cakap..die sukakan anda..adekah u all percaye dengan hubungan melalui YM..adekah ia btol2 iklas..atau sbaliknyer..terlalu complecated..macam mner...
tobe2 sy rasa saya terlalu kejam..permainkan perasaan org lain..tp sy sendiri tak tahu ape yang saya rasakan..
kenape ini berlaku..

23 January 2010

penantian satu penyeksaan

betul sangat-sangat penantian itu satu penyeksaan..kenape kita perlu menanti untuk sesuatu yang belum pasti..kenapa kita perlu sentiasa berharap sedangakan harapan yang dihadapan belum pasti..inilah satu penyeksaan..perlu diluahkan tapi terlalu susah..kerana kita tidak yakin dengan dengan ape yang pelum pasti..kenapa aku terus tabah menanti..sedangkan ini betul2 sesuatu yang mencabar bagi ku..setiap detik aku terus menanti agar akan ada cahaya dihapanku..selagi nafas ini kuhembus..selagi nadi ini terus berdetik dan selagi jantungku berfungsi..hati ini akan terus menanti tanpa rasa jemu..kerana hati ini sentiasa mencari cahaya yang aku tahu akan sentiasa ada menyinari hidupku..biar masa yang menentukan segala nya..dan aku beharap agar masa akan berpihak lepada ku..membayar setiap penantian ku..kerana penantian iti satu penyeksaan..ibaran cuba berjalan di jalan yang kita tidak tahu dihadapanyer..adakah terlampau sukar..atau terlalu senang..dan kita kene setiasa berani untuk jalan dihadapan biarpun ia satu yang kita tak pasti kesudahanya..

18 January 2010

hidup kupu2 spnjg mnggu lepas..

first kupu2 belajar pasal kesetiaan, sampai satu tahap kita tak boleh satu setia dengan sesuatu pekara tu, then saat kita rasa frust dengan sesuatu kesetiaan kita akan cuba keluar..then kite rase..yes i did..memang best..skrg hidup orang2 dikeliling kupu2 sangat berbeze dan kupu2 rase sangat bertuah terletak dikalangan mereka..ape2 yang terjadi life must go on..never give up..then think out of book..

second,kupu2 telah merani buat sesuatu yang diluar jangkawan, dan berjaya mempertahankan..pendirian kupu2 ..it's fantastic..jagan bagi sesuatu berlaku dengan mudah nyer...hopefully after this..kupu2 akan jadi kuat lebih2 lagi..kerana kupu2 sedar..kupu2 x ade sasiape yang boleh jaga kupu2..kupu2 sendiri kene jage diri..
btol kan..

third.hari ni kupu2 dah keluar dari botol..kpu2 boleh lihat dunia keliling,
best sngat2..hopefully after this..saya akan dapat selalu keluar dari tempat itu..
cari pengalaman banyak2 ye kupu2...

lirik pilihan

tiba-tiba kupu2 dengar lagu ni dalam mp3 list kupu2..
lirik nyer kupu2 rase best sngat..jadi..setelah mendegar berulang kali kupu2 taip semula..then postkan kat mu blog..
kupu da jatuh hati ke....
kupu2 tak tau...
then hayati la...

sekali janji ku lafaskan,
akan ku kotakan walaupun dihalang,
sekli ku lafaskan kata cinta,
tak kan ku permainkan,
sekali di dalam hidupku,
ku rasakan cinta,
yang suci sejati,
sekali,
hanya sekali ini,
tiada lagi tukar ganti,
sehari ku rasa setahun,
jika tiada kasih mu,
jika kau pergi jauh,
perasaan ku akan terganggu,
hanya lah kau seorang mengubat hati rindu,
tiada bandingan di dunia yang sama semurni,
cinta yang kau beri,
sekali ku katakan sekali lagi,
cintaku hanya sekali

17 January 2010

kawan,sahabat atau kekasih...

Kalau kita diberi peluang untuk memilih antara kawan dan kekasih..yang mana kita akan pilih…kalau seorang kawan bertanya pada kita kita sayang kat dia sebagai ape..ape jawapan yang kite nak bagi ..boleh ke seorang kawan yang lain jantina nak jadi best friends.. Possible or impossible…
Kadang- kadang sesuatu yang betul-betul jujur payah nak keluar dari mulut kite kan..
Kerana kita takut hilang sesuatu yang kite paling sayang kan.. kerana kite hendak bende tu sentiasa ada depan mata kita dan sentiasaa kita tahu keadaanya..walaupun kadang-kadang kite tahu sesuatu yang kite suke tu dah jadi hak orang lain.. dan benda yang cantik tu sebenarnye tak sesuai ngan kite kan..tp kalau kite nampak org lain pakai, kite akan rs bahagia..sebab dia brd dengan org yang betul…biarlah dalam hati sering bertanye nape tak aku yang dapat bende tu…tp dah hukum alam..yang cantik sentiasa diatas dan yg kurang dibawah.. aku selama ni dah membesar dengan falsafah macam ni..dah aku dah faham….siapa la kite untuk disanjung..
Kehilangan kekasih kite sekejap terasa siksanye tapi kalau kite hilang kawan sepanjang hayat adalah satu penyesalan..

14 January 2010

kupu2 menulis kembali..

setelah sekian lama kupu berhenti menulis..bukan tak cukup masa..tp silap kupu2 sendiri x pandai nak uruskan masa..bulan lepas kupu2 menghadiri majlis kahwin kawan kupu2..apabila melihat sinar di matanya kupu2 tahu dialah insan yang paling bahagia ketika itu..itulah penangan cinta agung..masin mulut kami..akhirnya mereka selamat diijabkabulkan..dan sah begelar suami isteri..bila kupu2 pandang matanya....benarkah sahabatku telah jadi hak orang..andai iyu terjadi pada kupu2..adakah kupu2 dah bersedia untu memikul tanggugjawab itu..apababila bertanya kepada sahabat kupu2 kenapa saat akad nikah menjadi saat yang paling menakutkan..katanya saat itu adalah saat yang paling sukar dalam hidupnya kerana saat itu tanggungjawab telah bertambah..alangkah baiknyer jika saat ini semua lelaki brfikir sebegitu..isteri bukan hak milik tapi anugerah..di kesempatan ini kupu2 ingin beterima kasih kepada sahabat2 yang telah berusaha menjayakan konvoi in..saat bersama kalian saat yang paling dirindui..sedar tak sedar sudah hampir 6 tahun kita berkawan...banyak yag kita kenal..banyak yang kita tahu..hopefully persahabatan yang sekian lama in akan kekal dalam memori kita..dari saat diploma..degree...kalian tak pernah berubah..sekarang kerjaya yang memisahkan kita..ada yang terus berjuang ke tahap yang tinggi...ada yag mampu punyai aset sendiri..ada yang punya kerjaya sendiri..dan harapan ku walau pun jalan mana yang kita pilih kita akan terus bersahabat...persahabatan itu sesuatu yang indah..love u all
Powered By Blogger