Pesanan Penaja

07 June 2012

jauh perjalanan luas budget

Assalamualaikum...
Sesuka hati tukar pepatah..
Ni nak cerita , minggu lepas balik Temerloh kenduri pn Shida,
dan dengan semangat membara tak cari tiket pun terus nak serang seksyen 17,
budget-budget tiket ke Temerloh berlambak-lambak la kan..aku tahan bus rapid sampai seksyen 2,
lepas tu sampai sek 2 aku naik teksi sampai kat bus terminal terus gi kaunter tapi dapat jawapan yang hampa, tiket dah habis..tanya kaunter sebelah ada pukul 11 je..adakah aku seorang yang sangat sabar nak tunggu sehingga 2 jam kan..dengan nekad aku tahan teksi pergi komuter sek 19, nasib baik tak sampai 15 minit komuter ada..i naik komuter baru uu...dan selepas berhempas pulas berlari dari bank negara ke LRT stesyen,
sampai pekeliling aku tengok kat metrobus orang panjang gile beratur..sekali lagi, adakah aku setabah itu..aku cari kaunter lain...akhirnya aku dapat tiket 10.30pagi..tanpa beratur panjang...oyeah!!!

Jumlah kos perbelanjaan::
Bus rapid = RM 2
Teksi (sek 2-sek 17) = RM 6
Teksi (sek 17-19) = RM 7
Komuter (s.alam-Bank negara ) = RM 2.80
LRT (Bandaraya - Pekeliling) = RM 1.20
Tiket bus (K.L -Temerloh ) = RM 11.30

korang kire la aku tak sampai hati nak kira...

Sampai Temerloh cik mira belanje lunch, huhuhuhu sukeee..

dan lepas balik kenduri kami bejalan kat pasific star mall...korang dah gi ke???

kita ni kawan yang baik atau jahat..

Assalamualaikum...

Kalau kita jadi manusia paling baik hari ini, esok belum tentu..
Kalau kita jadi manusia paling jahat hari ini, esok belum tentu..

pernah terfikir tak, kita ni kawan yang baik atau kawan yang tak baik (kalau nak guna perkataan 'Jahat' macam kejam sangat)

Adakah kita ni kawan yang terkejar-kejar kawan-kawan kita dikala kalau kita tahu dia sedang senang, dan bila dia susah kita cakap " awk ni sape, kiter kenal ke"

Atau kita ni kawan yang cari kawan-kawan kita waktu terdesak je, waktu sedang bahagia kawan pun kita tak kenal, macam ni.." awakkkk...please, please tolong kiter, tayar kiter tak ada angin..kiter tak tahu nak pam mcm mana"

dan aku rasa, alhamdullillah aku rasa bukan jenis dua-dua di atas, setakat ni la..esok lusa tak tahu...dan Alhamdullillah kawan-kawan aku pun tak macam tu..esok lusa aku tak tahu...

Cuma aku rasa kadang-kadang aku tak adil dengan sesuatu persahabatan ini,

Kalau korang ada kawan, yang tiba-tiba datang tak tahu dari plenet apa, lepas tu nak kawan dengan korang, dan korang kawan dengan dia setiap kali massage akan tanye "tengah buat apa?" " tak menggangu ke?" dan "dah makan belum?" lama-lama kita rasa 'serabut gile' sampai malas nak layan..tapi setiap kali kita ada aktiviti kita dia hormat "privacy" kita..tak hantar massage bertalu-talu..tak call bertalu-talu..dia hormat pendirian kita..tapi, setiap kali kita ada masalah kita cari dia, tapi bila tak ada, nak call pun sayang kreadit..sangat tak berguna kawan macam ni..pada satu ketika, kawan tak guna ni esok ada presentation, lepas tu tertidur bangun-bangun presentation tak siap, apa tindakan yang patut di lakukan. apa lagi, kalau kita capai telefon lepas tu ngadu-ngadu satu benda tak siap, padahal dia bukan sesiapa yang mampu hentikan presentation tersebut.Tapi diwaktu pagi-pagi buta dia sanggup bagi kata-kata semangat..lepas tu,ada ke seorang kawan yang sanggup kejut anda tiap-tiap pagi untuk bangun sahur sebab takut si kawan yang tak berapa beguna ni lapar kan..tapi kawan dia ni langsung tak ada memberi apa-apa makna, sehingga tarikh 'besday' pn tak pernah ingat..dan lepas tu tiap-tiap tahun salah tarikh..berguna ke kawan macam ni...

Tapi hingga satu tahap, kita jadi rindu nak ada kawan macam ni lagi, kita jadi sunyi untuk bercerita..
dan  masa tak boleh diulang..jadi selagi anda ada seseorang kawan yang boleh dianggap sabagai sahabat...
hargailah..kerana sahabat berbeza, anda tak boleh ada sahabat yang sama...

Powered By Blogger