Pesanan Penaja

Showing posts with label my memories. Show all posts
Showing posts with label my memories. Show all posts

13 April 2012

Reunion Again!!!

Assalamualaikum......

Kan sebelum ni aku pernah cakap pasal reunion kan..
lebih dari 5 orang berkumpul dalam sesuatu masa
secara automatik aku akan istiharkan sebagai reunion..
suke hati makcik ni je kan..

Bukan reunion la..ni majlis sambut menantu peijal..dia dah kawen bulan 3 hari tu..
ni majlis belah lelaki..

senarai Batch wood tech 2004-2007 yang datang..
  1. Aku
  2. Mufid yang bermastautin kat bandar tun razak
  3. Ainul, sama dengan mufid
  4. Sofe, sponser pengangkutan pergi balik
  5. Kamrie, dari negeri pahang aman sentosa ke selangor
  6. mezah dan pasangan (next month plak)
  7. Ida, dari cheras- bangi- shah Alam
  8. Amy dari kelantan..
  9. Kudut, sama dengan amy dari kelantan
  10. Raihan dari kelantan gak (anak Amy dan Kudut)
  11. Daus dan Isteri dan Baby dalam perut
  12. Kimi dari kolej kediaman padang jawa
  13. Najim dari kedah.. mukim tobiaqqq ( tau tau betol ke tak ni )
  14. Zul dan cik tunang yang kami jumpa di pasar pagi..heee
  15. Aniz Anizar dengan kete myvi colur kuning (aniz pakai bumble bee)
  16. Yunus aka joe 
  17. zul aka shreek
  18. Muslih, datang jejauh dari JB tu..demi kembar terchenta
  19. CHEMBO - tetamu jemputan khas..
  20. Bob dengan pasangan.. 
sesapa yang nak berkenalan..
dari kiri berdiri : chembo, aku, kimi, najim, zul, mus, toto, aniz, joe(muka kene tutup)
mezah, kudut, daus, shreek
yang duduk tengah tu : Peijal and wife, Raihan
yang duduk bersimpuh tu dari kiri : sofeyanah, amy, ainul, musliza, manje,mufid

fuyooh..18 orang gak yang datang..
Hampir setengah gak la yang datang..kalau zuraida ada cukup 19 orang berkumpul..
tapi zuraida dah bawak diri ke korea...dia buat reserch kat sana da..
tak pe zu..
nanti nasi minyak aku ko makan la berapa periuk pun aku tak kisah..
tapi tak tau bila..

Ada yang tak jumpa hampir 2 or 3 tahun kot..
bila jumpa semua dah lain..
terutama aku ni macam makan apetton weight gain je..
cer tengok berapa semangatnye yang dukong baby tu

Well semua ada komitmen masing-masing kan..ada yang kene kerja, ada yang jauh,
ada yang berpantang..
macam cin chow..
dapat baby boy..
fuhh nasib baik hadiah sempat sampai..

Jadi peluang kenduri kendara ni la kita guna..
makan free, tak payah ada sesi open table..
pastu siap dapat door gift lagi.
siap buat pesanan lagi..
ko nak " cekelat" abis makan kita gi salam ngan mak pejal

Episode Reunion again dah start dari hari jumaat lagi..
Mufid, ainul dan musliza hari jumaat dah sampai..kesian dorang kene naik teksi datang umah aku..
aku tak mampu nak beli bumble bee lagi..hanya aku ada..megatron je..(Rapid Bus sehinggit sembilan puloh sen) sebab mereka-mereka ni ada kenduri rumah member dorang kat KL nuh..

pantang nampak kamere..

Mana nak dapat kat tempat lain bangun pagi-pagi ada bihun sup..umah aku je dapat tu
(belagak no!!! blog aku..suka hati aku la)
Sebenarnya malam tu dah aku rebus ayam buat sup..takut dorang lapar tengah-tengah malam..esoknye rebus bihun je..( bukan rajin sebenarnya..malas..kalau rajin ko siap buat nasi lemak lagi hu~~)
Cuti hari minggu aku tak ada la sunyi sangat 2 hari tu..
petang tu jejalan g PKNS..punya la lama aku tak masuk PKNS..masuk-masuk toilet dia da jadi toilet taraf hotel..siap keluar lagi..aku salah masuk toilet ke..( Ha betapa tak bejalanye perempuan ini...)
sebab hujan jalan-jalan kat SACC mall je..pau mufid seketul BIG APPLE..hehehe..
kelam kabut balik nak tengok bola..KEDAH vs FELDA..(sebab nak tengok baddrol je)..
mufid mengkhianati kawan sebab dia sokong Felda..pastu kata aku patut sokong FELDA gak..sebab FELDA tu pahang...mana ada weh...
pepagi buta ahad bangun gi pasar pagi, breakfast kat sana..cuci-cuci mata..pukul 11 kene balik coz nak siap-siap g kawen pejal..
budget-budget 2 kete je dari umah aku..sekali 4 kete da..
  • kerete amin (kawan ainul, mufid and sofi)
  • kerete kak farah (akak sofi)
  • kerete mizah
  • kereta sepupu musliza
Boleh pulak masa majlis aku boleh berbusiness gambar sekeping 2.50..hehehe...herge kawan-kawan..murah la tu..siap bagi royalti kat tuan rumah sekeping gambar free..Gambar tu ko letak mana pejal..ke ko ter'spin' sekali dalam mesin basuh?
contoh gambar dua hinggit setengah: 
sapa bekenan please contact me for the details..

dedicate khas untuk sepupu musliza sebab sanggup nak hangkut hadiah yang berat kemain tu..senget bahu budak tu..anda memang MACHO la..

Amy dan Yunus bawah Raihan datang...Raihan sangat comel..Baik sangat sesapa ambik diam je..
Raihan Comel
ni auntie letak satu gambar ni...

ALLAH bagi kita peluang untuk kita jumpa lagi..
Walau tak semua yang dapat datang..
ALLAH tak mengizinkan kita untuk jumpa semua sekali gus..
mungkin masing-masing keadaan dah berbeza, ada komitment lain.
Sekurang-kurangnya bersyukur,
sebab ALLAH meluangkan masa untuk
aku bertemu sahabat-sahabat ku..
Entah bila pertemuan seperti ini..kita tak tahu..
Mungkin lepas ini ada lagi..
atau
Kali ini..
kali terakhir kita tak tahu..
ALLAH lebih tahu..
Dari tulus hati aku berkata..
aku harap ukhwah kita tak akan putus...
andai kita tak ada masa dan peluang untuk berjumpa..
cukup kiranya teknologi merapatkan kita...
jalinan yang ALLAH anugerahkan pada kita..
harap jangan putuskan..
ye, aku  tahu aku pun tak sempurna..
jadi aku minta kawan-kawan ku ingatkan aku..
sebab aku takut..
andai satu masa ALLAH menganugerahkan kejayaan kepadaku..
aku takut aku jadi lupa akan insan-insan yang pernah hadir
dalam hidupku mengajar aku..ERTI HIDUP...
tolong ingatkan aku..
Jauhkan aku dari sifat itu..

OK..
ada masa, peluang dan ruang..
kita jumpa lagi..
Amin...




25 March 2012

Biskut Cap ping pong cicah teh o panas!!

Assalamualaikum

Dah lama janji nak tulis pasal ni..tapi kalau dah start nak tulis tu macam-macam gangguan yang datang..ngantok la..intenet lembab la..otak jem la..kuku patah la (ok..tipu je..itu semua alasan)..
Percubaan pertama untuk menulis pada jam 1:50 pagi..ternyata hanya mampu menulis sebanyak dua baris ayat..mata bagai dah terkena gam jadi off laptop dan tidor.

Cubaan kedua untuk menulis..jam 3:12 petang..
Okeh!! berbalik pada cerita asal..tajuk macam nak memfamouskan biskut hup seng je kan..
tak la promote pon, bukan dapat komisyen pastu dapat beli vios sebiji pun kan..
sebab inilah kudap-kudapan sewaktu zaman belajar dulu, kini dan selamanya..
dan sehingga sekarang kalau aku gi kedai mini market kat bawah ni kalau nampak biskut tu mesti dalam hati ni..akan terdetik..rindu dan lapar~~

Masa belajar kat UiTM jengka..kampusnya bukan besar mana pun..kalau duduk kolej tu kelas jam 8:00 pagi..7:45 pg boleh lagi mandi kan..kalau kat Kampus induk angpa buat la macam tu..sure korang kene halau balik..lecture korang suruh masuk kelas next sem ja..

kelas paling lewat pun habis jam 5..kalau rajin singgah kat cafe cari kopok or goreng pisang untuk buat alas-alas perut sebelum makan malam..jadi sapa yang kenal aku tu tahu la napa aku secara pemerhatian mata kasar macam ni..

Kehidupan kolej masa di cawangan dan campus induk sangat lain..masa di jengka..korang akan kenal jiran sebelah kiri kanan dan depan..belakang tak ada jiran ye..belakang ada pakcik yang jual sate kat balkoni pukul 2 pagi..kalau korang teringin nak makan boleh beli..silakan..

Bilik-bilik sigadis kayu ni memang telah di aturkan dekat-dekat je..dalam 4 bilik macam tu..jadi satu bilik tu akan jadi bilik tempat bekumpul..bukan bekumpul waktu kebakaran ye..tapi bilik santai....bilik dorang pulak depan bilik aku jadi nak memudahkan sesi melawat..kami akan menyusun selipar untuk dijadikan jambatan untuk kebilik hadapan..dan tekinjit-kinjit jalan

sebagai tuan bilik yang baik tuan rumah akan sediakan air untuk tetamu, maka biskut cap ping pong ngan air teh o panas la yang mereka sajikan..dan kopok yang beli masa di cafe pon dikongsi la sekali..

dan menu tersebut telah menjadi ikutan sehingga kami membawa menu tersebut sewaktu camping..tengah lepak-lepak lepas masak air panas dalam periuk..pastu letak teh biar kembang..pastu letak gula..kurangkan gula dalam minuman , tambahkan manis dalam senyuman ye.. lepas tu bahagi-bahagikan mengikut ahli kemah..pastu cicah dengan biskut cap ping pong..tepi pantai..pulak tu..syok abis..

memang menu tu nampak macam biasa je kan..tapi menu tu la dari dulu hingga sekarang kita dok hadapkan..saat besama-sama duduk tu kadang-kadang buat mini cinema..tengok cite sama-sama...kalau esok hari cuti, petang ni dah rancang nak tengok cerita apa..sapa si supplier cite-cite ni..si teruna-teruna kayu la..waktu itu nak online bukan senang, facebook pun tak ada lagi..nak bukak friendster pun kat sesetengah lab komputer je yang boleh..boleh dikatakan agak buta it kot...

korang teringat tak waktu-waktu lapang kalau beli makanan bungkus..kita duduk sekali makan reramai..kalau ada bebudak lelaki yang keluar gi pasar tani kita siap pesan kuew tiaw sekali..pastu makan sekali..pastu kalau hari rabu ada pasar kat dalam uitm..kita selalu beli nasi kerabu dgn ayam masak merah.. sebenarnya masa zaman diploma la aku kenal apa itu nasi kerabu..pastu makan sekali..

Kalau time tengok movie berjemaah tu siap tutup lampu budget-budget boleh rasa-rasa macam tengok wayang kat TGV la..aku teringat masa tengok jangan pandang belakang..aku paling excited tengok...tak tutup mata pun boleh..pastu malamnya aku tak boleh tido sebab aku teringat scene yang seram tu..nasib baik ada housemate yang sangat memahami..dia bagi bukak lampu.. tu belum lagi maraton tengok cerita korea bersiri lagi..mana aku tengok full episode full house ke my girl ke..memang kalau bukak tu aku yg paling excited nak tengok tapi 30 minit lepas tu aku tido...huh~~ sebab aku minat takuya kimura (tapi jijah asyik sebut takuya kitakamura) aku telah tengok full episode cerita engine dengan habis..tapi yang tak percaya tu..aku tengok cerita tersebut dengan keadaaan bisu..sebab aku dah ter remove sound kat pc aku..

Cuma sampai sekarang aku tertanya kenapa biskut tu nama cap ping pong..bukan cap takraw ke..bukan cap badminton ke..bukan cap bola sepak ke..

pastu aku cuba tukar biskut marie cicah dengan teh o panas..tak sedap rasa macam kertas pasir..(ok aku tipu lagi)..tak sesedap biskut cap ping pon la..

kadang-kadang aku terfikir apa aku tulis ni ada org baca tak..ke aku syok sendiri..

pastu aku jawab..dah blog engkau suka hatila nak syok sendiri..

orang nak baca ke..tak nak baca ke..aku tetap nak taip gak!!!!

tak kire..nak tulis gak..tulis gak..

21 February 2012

Kegilaan yang kita tak boleh jangka...

Assalamualaikum..

Permulaan kata, kadang-kadang, bukan selalu ye..
aku buat sesuatu yang aku pun tak sangka aku telah buat..
dan lepas dah buat tu terfikir..
kenapa aku buat macam tu..
kenapa?
kenapa?
dan
Kenapa!!

Contohnya..
contoh yang paling teruk pernah terjadi..
Waktu belajar kat UiTM jengka dulu-dulu, aku and geng (bunyi cam samseng je kan) perlu menghadirkan aktiviti di DSB@ dewan sejuk beku..on d way tu, untuk shortcut kami perlu melangkah satu longkang yang agak besar..dan kami memang dah biasa aktiviti lasak macam ni..sorang-sorang langkah dah berjaya..tapi waktu aku nak langkah..aku dah rasa aku tak mampu untuk melangkah dengan penuh keyakinan..tapi akal
gila ku tetap memaksa aku melangkah..dan
aku sedar aku dah berdiri secara statik dalam longkang yang tak ada air tu..
kalau korang baca ni..korang sure gelak tak ingat dunia kan..

Contoh yang sering-sering terjadi..
banyak kot,
merancang..aku nak buat benda ni,perlu buat..tapi..aku buat benda lain
bercadang nak makan sup ayam, tapi order nasi ayam..
nak gi giant, tapi aku naik bus gi PKNS..
nak ikut jalan senang, tapi aku ikut jalan jauh..
isi borang keje, nak isi no telefon sendiri tapi terisi no telefon orang lain( lagi mati bila no tel tu aku terisi nio tel bos aku)
nak telefon bos aku, tapi aku tertekan no tel ayah aku..
yang paling teruk sekarang..
nak tido awal (perlukan tido yang cukupo untuk wajah yg berseri-seri) tapi saje tido lewat gak..
nak basuh baju..letak baju dalam mesin basuh tapi tak on kan..
nak masak nasi ayam, tapi beli ikan..
fuhh penatla nak list kan senarai pekara-pekara yang tak jangka boleh tejadi..macam mana kebiolan ini boleh terjadi dalam hidup aku pun sampai sekarang aku tak tahu..

Contoh yang paling aku tak sangka akan terjadi..
Kali pertama aku berminat untuk mengikuti satu kuiz, yang aku pu tak agak boleh menang..dan tetiba aku nekad..yang aku nak menang..tapi aku nak menang t-shirt je tapi aku dapat lebih dari sehelai t-shirt..tapi akal gilaku tetap menyebabkan tangan ku gatal menekan dan antara pemenang terpantas untuk satu soalan yang paling susah di dunia (padahal budak 3 thn pun tahu nak jawab)..
ni ha buktinya


ini kelemahan aku..dan aku percaya setiap makhluk di muka bumi ALLAH ini, semua tak sempurna..cuma mereka je yang pandai sorok kelemahan mereka..dan orang macam aku secara terusan akan nampak memang 'LOST'..sebab memang kekemahan aku nampak ketara.Tapi aku bersyukur sebab aku tak memaksa diri aku menjadi sesorang yang terlalu sempurna sehingga menyiksa jiwa raga ku (ayat mana hang cilok ni). Aku masih mahu mencuba jadi diri aku sebenar, smile and laugh!!aku cuma mahu kongsi rasa bahagia aku..dan aku tidak mahu kongsi rasa sedih aku, sebab rasa sedih ini tidak akan mempengaruhi keadaan sekeliling hidupku..tapi kebahagian aku bagai memberi keistimewaan kepada keadaan sekelilingku..
kita sebagai manusia hanya sebagai seorang perancang dan ALLAH adalah pengatur untuk kita, sesempurna mana kita cuba untuk merancang tapi andai DIA tak izinkan..tetap tak berjaya..andai sesuatu rancangan itu hancur ada sebab musababnya..mungkin kita belum bersedia..mungkin kita belum cukup kuat..kita tak tahu..tapi DIA tahu..

fuhh..cukup sudah membebel malam ni..

okey-okey segment khas!!!
Kawan saya ni baru buka butik online dan saya adalah seorang pelanggan terawal (belagak anda yer)jadi untuk memberi sokongan saya menyeru(macam ayat PM dah) rakan-rakan bloger sekelian..ringan-ringankan lah tulang untuk like fanpage ini..memang harga yang di tawarkan agak murah dan designnye simple tapi menarik..
So sila sokong sahabat saya (SSssss)

Kalau bukak FB tu taip 'Mosimoosh' saya tak boleh nak share link la..budak baru belajar

Arigato ghozaimas!!!
xiexie!!

13 February 2012

ikan keli, kacang botol & nasi lemak..siapa Ingat ???

Assalamamualaikum..
macam mana tengah malam yang tenang ini, tiba-tiba boleh keluar perkataan L.A.P.A.R

aish..bercita-cita mahu diet macam mana nie kalau pada ketika pukul 10.38 malam, anda tengah bercakap pasal makanan.Bab makan-makan ni pun memang boleh jadikan kenangan kan.

nak di jadikan cerita, tengah hari tadi saya, kak nita, zana dan my little girl my bos a.k.a zetty pergi merantau ke sek 15 (kalau tak silap) kat pak su tu..nekad tak nak ambik ayam dah sebab dah muak tengok ayam..dan saya terpandang ikan keli berlada dan kacang botol yang segar yang dikelilingi sambal-sambal yang beraneka jenis..

dan tiba-tiba..

Automatik..

Teringat..

menu Cafe Kolej Siswi, UiTM jengke..
Dimana itulah menu yang sangat digemari oleh seluruh warga UiTm kolej siswi jengka
setelah saya melakukan survey di kalangan rakan-rakan FB (syok sendiri ni)
Ikan keli sambai Hijau tambah kacang botol dengan nasib panas.Menu itu yang telah berjaya membesarkan aku di jengka selama 3 tahun, selain dari menu-menu dewan makan.
Sememangnya sekitar tahun 2004-2007 kami telah menjadi insan yang bernasib baik kerana masih lagi mempunyai kemudahan dewan makan, di mana kami telah disajikan dengan makanan 'free' untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam. walau dah disediakan menu yang lengkap pun menu Cafe kolej siswi tetap menjadi pujaan hatiku..

antara menu yang popular di Cafe Kolej Siswi adalah (ceng ceng ceng)

No 1: Nasi putih + Ikan Keli Sambal + kacang Botol
Teringat lagi kadang-kadang pergi cafe dengan perasaan bekobar-kobar untuk mencari menu pilihan.Tapi balik dengan muka kecewa..tapi kalau dah pergi makan pukul 3 memang la tak ada makanan.itulah nasib si pelajar kan

No2 : Nasi lemak bungkus, yang dijual dengan harga seringgit.kegemaran Awin, ada sekali tu dia makan dua sekaligus tau, tapi dia sangat beruntung sebab kalau makan sampai 5 bungkus pun dia tetap maintain macam awin juga..tak akan jadi macam saya..saya dengki tau.Di sebabkan harga yang murah, RM 1 untuk sebungkus jadi sapa tak nak beli, ia sangat sesuai untuk kedudukan kami sebagai seorang pelajar yang eksyen tak nak makan kat dewan makan.

No 3: Nasi goreng / Bihun goreng + kacang botol di goreng dengan hati ayam.
Menu ini di gunakan sewaktu 'BRUNCH'(thanks zue, sebab betulkan, pepandai guna istilah sendiri kan) gabungan sarapan pagi dan makan tengah hari, kalau dah cuti sabtu ahad, kelas pun tak ada, dan selepas subuh kami mengunakan masa dengan sebaiknya dengan Tidur (kalau mak call tanya tidur lagi ke?, suara ketika tu serak-serak basah yang memang bangun tidur terpaksa di ceriakan seperti suara sedang mencuci pakaian..hahahah..kalau tak cover nanti mak cakap..tak elok tidur lepas subuh nanti rezeki susah masuk)ok sambung balik cerita. Kalau dah bangun sekitar pukul 9, pastu pergi mandi dan tepek-tepek bedak sikit..akhirnya pukul 10 baru siap..sarapan pagi di dewan makan dah habis dah..nak tunngu lunch boleh teguling-guling macam Tengiling..jadi menu untuk lunch kat cafe pon tak siap lagi jadi rembat apa yang ada..

ada lagi menu sampingan yang menakluk kalbu seperti kentang dan tempe kesukaan si dayah tempe, orang kampung Badd ni suka betol makan tempe dgn kentang belada tu sampai lekat cik piah bagi nama yayah tempe.
Roti john kat Kompleks siswi, yang kalau nak beli kene beratur. Nasi air or bubur nasi..saya kalau bercerita pasal makanan sentiasa ingat tapi bab pelajaran haru je..
kalau la saya boleh menghafal setiap apa yang pensyarah ajar seperti menghafal menu-menu makanan kat dewan makan mesti saya telah dapat anugerah dekan kan..tapi malangnya..otak saya sangat efektif kalau menghafal menu-menu makanan je.

Kenapa tak makan kat dewan makan??
sapa kata tak makan, makan la saya ni muka menghafal menu makanan la..menu makanan akan ditukar setiap 2 minggu sekali.jadi menu yang agak-agak sedap tu memang saya akan hafal la kan..macam nasi goreng dengan telur mata, nasi minyak dengan ayam masak merah, nasi goreng dengan ayam goreng, nasi lemak.Memang harus diingat la..rugi tu..

kadang-kadang kalau makanan tu tak menepati selera saya, sanggup naik gi beli lauk pastu bawak gi dewan makan tu..punya la demand dia ni..kalau waktu rasa nak makan ramai-ramai terutama bulan ramadhan kami akan tapau dan makan dalam bilik sambil borak-borak sehingga satu masa kami sedar ia adalah satu pembaziran masa, jadi kami terus je turun dan tunggu sehingga berbuka dan berbuka disitu.

Kalau ada menu yang best untuk makan pagi, sebelum pergi kelas tempat wajib adalah dewan makan, balik kelas nampak pintu dewan dah tenganga tempat wajib gi dewan makan..malam kalau menu best tepat wajib dewan makan..ingat nak pegi kene bawak kad makan tau..supaya tak ada orang makan 2 kali..heheheh begurau je..

dekat Jengka ni, kami tak bayak hiburan jadi tempat yang agak-agak best untuk merayau adalah pasar malam Jengka.Kalau nak tengok orang ni dating dengan siapa kat sini pun boleh juga tau..hehehehhe..kalau pergi tu dapat beli keropok sepuluh sen satu, sambil tunggu.. pakcik tu bagi rasa dulu..jadi apa lagi wajib rasa..biarpun dah lima..pastu dapat kuew tiaw cik wan..biarpun orang ramai nak beli, tapi kalau nampak muka cik wan yang tersenyum sambil mengacau mee dalam kuali sambil mengigati pesanan-pesanan pelanggan..dua jam beratur pun tak pe..sebab dia kacak (hahahaha..dah naik gedik dah..)
dapat dua benda ni cukupla..pastu balik naik bus UiTM jimat tu..

sebab makanan kami rapat, dan terlalu rapat..selalu tukar-tukar makanan terutama kalau balik dari bercuti..lepak sama-sama..serius rindu sangat saat itu..borak-borak
saling bahan membahan..korang selalu bahan aku pun tak ape..sebab bukan suka tapi kalau aku marah kalau korang bahan aku, korang akan terasa hati, pasti nanti tak nak kawan dengan aku..so tak kan aku sangup hilang kawan yang selalu susah senang dengan aku kat sana selama 3 tahun kita kat sana kan..sebab aku rasa lepas korang bahan aku..korang akan kene bahan balik kan..hahaha..ia macam roda..kalau tak boleh gurau gi blah la kan..

Dan apa yang mampu saya cakap..Korang adalah kenangan terindah dalam hidup aku..

NotaNotaNota::sapa ingat daging masak seliper..hahahha..

06 January 2012

oh memori!!!!






mengambil kata-kata di wall FB cik lina, teringat saat-saat sewaktu zaman muda remaja diploma, lebih kurang 4 tahun yang lepas, dimana muka-muka yang baru meningkat remaja, muda belia, masih mentah lagi taraf kanak-kanak rebina, dengan muka yang mulus.Yeah, kenangan FOREST CAMP, subject wajib untuk mendapatkan Diploma In wood Industry..siapa tak pergi kene repeat, dan betul cakap-cakap senior, lepas kami balik dari ketiga-tiga kem tersebut, saya sendiri rasakan kami semakin rapat..

lembah Kiol, Jerantut
Kem yang pertama, tak ada la mencabar sangat, bukak je khemah.. sungai depan mata..satu khemah kalau tak silap dalam 6 orang, sebelum pergi tu pun kami telah melantik organisasi kami..dan cheq (tetiba keluar loghat kedah dah) yang tak tahu apa-apa ni dah terpilih jadi penghuluwati, layak ke??? sebenarnya rasa tak layak pun..
makanan kering dah beli siap-siap dan dibahagikan mengikut kumpulan, rasa macam bagi makanan untuk mangsa banjir pun ada gak.dan makanan itu kami perlu bawak sendiri, tapi apalah sangat kat kalau turun bus tapak kemah 10 langkah di hadapan..belajar memasak mengunakan mestin, saya bukan tukang masak terbaik..sebab sepanjang waktu perkemahan saya langsung tak pandai masak nasi, sebab saya hanya pandai masak nasi mengunakan periuk elektrik sahaja ( point anda telah turun untuk di jadikan calon isteri), tapi dengan dengan periuk elektrik saya pandai masak nasi ayam yangg sedap (up point, up point). Dan Group saya sangat bertuah kerana ada barisan tukang-tukang masak yang sangat power.. cik lina, cik tiha, cik mufid, cik ainul, cik zue dan cik tipah.. nak masak nasi mengunakan mestin dan lilin askar, di tambah dengan kayu-kayu kering..tak mudah la..dan masam first tu kami( kaum-kaum hawa) duduk keliling ungun api sambil dengar cerita dari cik lin (Rindu sangat kat cik lin), macam masa BEDTIME story pulak, jangan tak tahu kami diperlukan bergilir untuk jadi PAK GUARD, shiff akan bertukar tiap 2 jam sekali..dan tiap2 khemah perlu hantar wakil..pada hari-hari siang kami akan di bawa tracking untuk kenal-kenal pokok, dan dipenghujungnya kami tiba di sebuah air terjun..dan apa lagi SERANG!!!. sebelah malam ada beberapa aktiviti berkumpulan macam game show la..dan hari terakhir kami telah tracking ke lata meraung ( kalau silap tolong betulkan), kami tak boleh jumpa air..so apa lagi SERANG!!!! dah habis cerita lembah kiol jerantut..

Taman Negara Pinang..
Sebelum pergi tu banyak la cerita-cerita sadis, tapi saya hanya mahu cerita-cerita yang manis..senoir-senior cakap kali ini track agak mencabar dan kami perlu tracking untuk ke tapak perkemahan, kami kami di nasihatkan untuk menambah stamina.. jadi kalau ada kelapangan kami akan jogging ( tapi kira-kira balik ada la dalam 2 kali je kot) dan saya banyak mendengar nasihat-nasihat dari senior, untuk camp kali ini, saya beli beg yang paling mahal sepanjang hidup..dan sampai sekarang saya paling sayang dengan harta saya yang pertama tu (adalah dalam harga 210 sebiji) sebab kali ini agak susah kami perlu menyusun barang-barang makanan dalam beg, selain dari baju-baju..barang-barang yang berat saya susun di bahagian bawah dan baju-baju bungkus dalam plastic beg dan diletakkan di bahagian atas...(adik-adik junior, cepat ambik tips ni). First time naik bus dalam satu jangka yang lama..teramat bosan..bila la nak sampai..then sampai kami tidoq di taman rimba(tak tahu nama penuh aih..cheq lupa). Esoknya masa untuk melawat-melawat di sekitarnya dan menghabiskan sebahagian gulungan filem yang ada ( zaman tu kemere digital ni tak ramai pakai lagi, cheq guna kemere bodoj tu lagi, dan dalam lebih kurang pukul 11.00 (agak kot) baru start tracking..memang laluan sukar tapi tak terlalu mencabar, sebab banyak stop untuk berehat..dan kami sampai ke MONKEY BEACH..nampak air lagi..apa lagi SERANG..ada la 2,3 orang yang kene obor-obor..macam biasa..cacak khemah sendiri, masak sendiri..esok kami di bawa ke rumah api..dan kami di sajikan dengan cerita-cerita yang sangat panjang (dalam hati, bila nak balik ni...dah lapar)..dan ajk aktiviti telah buat satu permainan..membina istana pasir (bukan mahligai dari air mata yer)..istana saya and the gang sangat comel..macam cake..setelah bebrapa hari di MONKEY BEACH..kami naik bot ke PANTAI KERACHUT (tak tau ejaan betul lagu mana)..antara batch first yang naik bot..sampai-sampai kami dok bersiram cahaya matahari dulu la..aktiviti malam kami di ajar main permainan "1 EKOR KATAK, MASUK LONGKANG, ONG" (banyak lagi yang permainan, tapi ingat yang tu je) sapa Ingat??? esoknya kami di bawa tracking menaiki bukit dan turun bukit, bukit macam gelongsor ye, lebih kurang 90 darjah kecerunan kot.. sampai-sampai bawah nampak laut..
dan lebih kurang hampir 6 hari kot dok berkemah, kulit pun dah tak macam kulit asal..tiba masa untuk pulang dan mengalas beg balik..tapi tak pe makanan dah habis..beg dah ringan..

Last sekali, Taman Negeri Endau Rompin..
kali ini cik lin dah bagi kami masak ramai-ramai..macam kenduri..masakan semua best, siap buat BBQ lagi..macam biasa saya jadi tukang kemas, tapi barang yang saya kemas saya selalu lupa simpan kat mana..then camp kali ini sewaktu tracking kami telah sesat, tapi guard tu tak cakap sesat takut kita orang cuak kot..

Banyak lagi cerita yang best..tapi ni dah panjang sangat..



nota dari hati:: kenangan ini sangat manis untuk dikenang, ia membuatkan saya senyum sorang-sorang bila ingatkannya..TERIMA KASIH UNTUK JADI SEBAHAGIAN DARI MEMORI YANG TERINDAH SAYA..LOVE U ALL..XOXO
Powered By Blogger