Pesanan Penaja

06 January 2012

oh memori!!!!






mengambil kata-kata di wall FB cik lina, teringat saat-saat sewaktu zaman muda remaja diploma, lebih kurang 4 tahun yang lepas, dimana muka-muka yang baru meningkat remaja, muda belia, masih mentah lagi taraf kanak-kanak rebina, dengan muka yang mulus.Yeah, kenangan FOREST CAMP, subject wajib untuk mendapatkan Diploma In wood Industry..siapa tak pergi kene repeat, dan betul cakap-cakap senior, lepas kami balik dari ketiga-tiga kem tersebut, saya sendiri rasakan kami semakin rapat..

lembah Kiol, Jerantut
Kem yang pertama, tak ada la mencabar sangat, bukak je khemah.. sungai depan mata..satu khemah kalau tak silap dalam 6 orang, sebelum pergi tu pun kami telah melantik organisasi kami..dan cheq (tetiba keluar loghat kedah dah) yang tak tahu apa-apa ni dah terpilih jadi penghuluwati, layak ke??? sebenarnya rasa tak layak pun..
makanan kering dah beli siap-siap dan dibahagikan mengikut kumpulan, rasa macam bagi makanan untuk mangsa banjir pun ada gak.dan makanan itu kami perlu bawak sendiri, tapi apalah sangat kat kalau turun bus tapak kemah 10 langkah di hadapan..belajar memasak mengunakan mestin, saya bukan tukang masak terbaik..sebab sepanjang waktu perkemahan saya langsung tak pandai masak nasi, sebab saya hanya pandai masak nasi mengunakan periuk elektrik sahaja ( point anda telah turun untuk di jadikan calon isteri), tapi dengan dengan periuk elektrik saya pandai masak nasi ayam yangg sedap (up point, up point). Dan Group saya sangat bertuah kerana ada barisan tukang-tukang masak yang sangat power.. cik lina, cik tiha, cik mufid, cik ainul, cik zue dan cik tipah.. nak masak nasi mengunakan mestin dan lilin askar, di tambah dengan kayu-kayu kering..tak mudah la..dan masam first tu kami( kaum-kaum hawa) duduk keliling ungun api sambil dengar cerita dari cik lin (Rindu sangat kat cik lin), macam masa BEDTIME story pulak, jangan tak tahu kami diperlukan bergilir untuk jadi PAK GUARD, shiff akan bertukar tiap 2 jam sekali..dan tiap2 khemah perlu hantar wakil..pada hari-hari siang kami akan di bawa tracking untuk kenal-kenal pokok, dan dipenghujungnya kami tiba di sebuah air terjun..dan apa lagi SERANG!!!. sebelah malam ada beberapa aktiviti berkumpulan macam game show la..dan hari terakhir kami telah tracking ke lata meraung ( kalau silap tolong betulkan), kami tak boleh jumpa air..so apa lagi SERANG!!!! dah habis cerita lembah kiol jerantut..

Taman Negara Pinang..
Sebelum pergi tu banyak la cerita-cerita sadis, tapi saya hanya mahu cerita-cerita yang manis..senoir-senior cakap kali ini track agak mencabar dan kami perlu tracking untuk ke tapak perkemahan, kami kami di nasihatkan untuk menambah stamina.. jadi kalau ada kelapangan kami akan jogging ( tapi kira-kira balik ada la dalam 2 kali je kot) dan saya banyak mendengar nasihat-nasihat dari senior, untuk camp kali ini, saya beli beg yang paling mahal sepanjang hidup..dan sampai sekarang saya paling sayang dengan harta saya yang pertama tu (adalah dalam harga 210 sebiji) sebab kali ini agak susah kami perlu menyusun barang-barang makanan dalam beg, selain dari baju-baju..barang-barang yang berat saya susun di bahagian bawah dan baju-baju bungkus dalam plastic beg dan diletakkan di bahagian atas...(adik-adik junior, cepat ambik tips ni). First time naik bus dalam satu jangka yang lama..teramat bosan..bila la nak sampai..then sampai kami tidoq di taman rimba(tak tahu nama penuh aih..cheq lupa). Esoknya masa untuk melawat-melawat di sekitarnya dan menghabiskan sebahagian gulungan filem yang ada ( zaman tu kemere digital ni tak ramai pakai lagi, cheq guna kemere bodoj tu lagi, dan dalam lebih kurang pukul 11.00 (agak kot) baru start tracking..memang laluan sukar tapi tak terlalu mencabar, sebab banyak stop untuk berehat..dan kami sampai ke MONKEY BEACH..nampak air lagi..apa lagi SERANG..ada la 2,3 orang yang kene obor-obor..macam biasa..cacak khemah sendiri, masak sendiri..esok kami di bawa ke rumah api..dan kami di sajikan dengan cerita-cerita yang sangat panjang (dalam hati, bila nak balik ni...dah lapar)..dan ajk aktiviti telah buat satu permainan..membina istana pasir (bukan mahligai dari air mata yer)..istana saya and the gang sangat comel..macam cake..setelah bebrapa hari di MONKEY BEACH..kami naik bot ke PANTAI KERACHUT (tak tau ejaan betul lagu mana)..antara batch first yang naik bot..sampai-sampai kami dok bersiram cahaya matahari dulu la..aktiviti malam kami di ajar main permainan "1 EKOR KATAK, MASUK LONGKANG, ONG" (banyak lagi yang permainan, tapi ingat yang tu je) sapa Ingat??? esoknya kami di bawa tracking menaiki bukit dan turun bukit, bukit macam gelongsor ye, lebih kurang 90 darjah kecerunan kot.. sampai-sampai bawah nampak laut..
dan lebih kurang hampir 6 hari kot dok berkemah, kulit pun dah tak macam kulit asal..tiba masa untuk pulang dan mengalas beg balik..tapi tak pe makanan dah habis..beg dah ringan..

Last sekali, Taman Negeri Endau Rompin..
kali ini cik lin dah bagi kami masak ramai-ramai..macam kenduri..masakan semua best, siap buat BBQ lagi..macam biasa saya jadi tukang kemas, tapi barang yang saya kemas saya selalu lupa simpan kat mana..then camp kali ini sewaktu tracking kami telah sesat, tapi guard tu tak cakap sesat takut kita orang cuak kot..

Banyak lagi cerita yang best..tapi ni dah panjang sangat..



nota dari hati:: kenangan ini sangat manis untuk dikenang, ia membuatkan saya senyum sorang-sorang bila ingatkannya..TERIMA KASIH UNTUK JADI SEBAHAGIAN DARI MEMORI YANG TERINDAH SAYA..LOVE U ALL..XOXO

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger