Pesanan Penaja

07 June 2012

kita ni kawan yang baik atau jahat..

Assalamualaikum...

Kalau kita jadi manusia paling baik hari ini, esok belum tentu..
Kalau kita jadi manusia paling jahat hari ini, esok belum tentu..

pernah terfikir tak, kita ni kawan yang baik atau kawan yang tak baik (kalau nak guna perkataan 'Jahat' macam kejam sangat)

Adakah kita ni kawan yang terkejar-kejar kawan-kawan kita dikala kalau kita tahu dia sedang senang, dan bila dia susah kita cakap " awk ni sape, kiter kenal ke"

Atau kita ni kawan yang cari kawan-kawan kita waktu terdesak je, waktu sedang bahagia kawan pun kita tak kenal, macam ni.." awakkkk...please, please tolong kiter, tayar kiter tak ada angin..kiter tak tahu nak pam mcm mana"

dan aku rasa, alhamdullillah aku rasa bukan jenis dua-dua di atas, setakat ni la..esok lusa tak tahu...dan Alhamdullillah kawan-kawan aku pun tak macam tu..esok lusa aku tak tahu...

Cuma aku rasa kadang-kadang aku tak adil dengan sesuatu persahabatan ini,

Kalau korang ada kawan, yang tiba-tiba datang tak tahu dari plenet apa, lepas tu nak kawan dengan korang, dan korang kawan dengan dia setiap kali massage akan tanye "tengah buat apa?" " tak menggangu ke?" dan "dah makan belum?" lama-lama kita rasa 'serabut gile' sampai malas nak layan..tapi setiap kali kita ada aktiviti kita dia hormat "privacy" kita..tak hantar massage bertalu-talu..tak call bertalu-talu..dia hormat pendirian kita..tapi, setiap kali kita ada masalah kita cari dia, tapi bila tak ada, nak call pun sayang kreadit..sangat tak berguna kawan macam ni..pada satu ketika, kawan tak guna ni esok ada presentation, lepas tu tertidur bangun-bangun presentation tak siap, apa tindakan yang patut di lakukan. apa lagi, kalau kita capai telefon lepas tu ngadu-ngadu satu benda tak siap, padahal dia bukan sesiapa yang mampu hentikan presentation tersebut.Tapi diwaktu pagi-pagi buta dia sanggup bagi kata-kata semangat..lepas tu,ada ke seorang kawan yang sanggup kejut anda tiap-tiap pagi untuk bangun sahur sebab takut si kawan yang tak berapa beguna ni lapar kan..tapi kawan dia ni langsung tak ada memberi apa-apa makna, sehingga tarikh 'besday' pn tak pernah ingat..dan lepas tu tiap-tiap tahun salah tarikh..berguna ke kawan macam ni...

Tapi hingga satu tahap, kita jadi rindu nak ada kawan macam ni lagi, kita jadi sunyi untuk bercerita..
dan  masa tak boleh diulang..jadi selagi anda ada seseorang kawan yang boleh dianggap sabagai sahabat...
hargailah..kerana sahabat berbeza, anda tak boleh ada sahabat yang sama...

2 comments:

  1. kwn itu sentiasa doakan kita wlupun kita x ingt n x sure bday dia,selalu x contact.tapi, y pasti kwn2ku sentiasa di dlm doaku 5x sehari smlm...itulah aku...x contct bkn bermkna x ingt.x ingt bday bkn bermakna x syg.

    ReplyDelete
  2. thank ummi raihan!!! - Tipah

    ReplyDelete

Powered By Blogger