Pesanan Penaja

02 April 2013

cuti panjang kembali bersambung..

Assalamualaikum...

2 bulan lepas bukan main lagi publish pasal panjang dah habis.
dan kali ini secara terbukanya aku menyatakan bahawa aku sekarang secara automatiknya salah seorang yang menyumbang statistik kadar pengangguran di Malaysia...

yes, sekali lagi mengganggur...

well, sejak umur makin meningkat ni kadang kala kerjaya bukan jadi yang utama, sebab kekadang ada sesuatu yang lebih utama..dan ini bukan sebab untuk bermalasan..dan kita sendiri tahu macam mana nak habiskan masa tu dengan sebaiknya..dan kadang kala ia jadi quality time untuk kita...

sebulan lepas sebenarnya aku tak seceria sekarang, aku bagai berperang dengan diri sendiri, sebenarnya lebih kepada masih belum boleh menerima kenyataan. Aku bagai nak larikan diri dengan dunia luar aku..sampai satu masa aku rasa hati aku jadi keras, tak boleh terima kenyataan..dan sampai aku berfikir, walau bagaimana dan apa yang aku rasa, aku tetap kat sini..aku tak ada kat tempat aku nak ada...
kenapa aku perlu lawan..ia memang aku dah rancang semuanya, tapi aku lupa..aku hanya merancang ALLAH yang menentukan...

so, kenapa aku tak terima kenyataan aku masih kat sini, dan nikmati apa yang aku masih ada sekarang..
tak rugi pun...aku pernah kata, rezeki bumi ALLAH ni luas..jadi kenapa selama ni aku boleh bersabar dengan apa yang aku lalui...sedangkan dugaan yang kecil ni aku nak lari... why?

jawapanya..aku tak ikhlas...

penyelesaianya... aku belajar ikhlas diri aku dengan apa yang tejadi..dah nama belajar kan..so..slow-slow la..

aku nak nikmati masa yang ada..sambil terus berusaha...

sekian,
xoxo...
enter..publish..

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger