Pesanan Penaja

16 September 2011

pencinta bulan@moon lovers

@12:01tgh malam
baru habis layan cerita moon lover a.k.a pencinta bulan..episod 8 ke 1
minggu lepas :
baru habis baca antara safa dan marwah

apa persamaan, dua-dua cerita khayalan, dua-dua tak ada maksud yang sama..
tapi dua-dua cerita 1 cinta direbut 3 rindu..

of course la novel antara safa dan marwah lagi banyak nilai-nilai murni kan di bandingkan dengan moon lovers( sinopsis::ini cerita jepun, seorang ID and furniture manufacturer, sepanjang kejayaan kadang-kadang dia pandang remeh pada sesuatu, contohnya susah ingat nama orang, tidak fikirkan pendapat orang lain, dan dia telah jatuh cinta pada seorang model yang cantik, dan langit tak selalu nya cerah, tempatnya sebagai mr president telah di ambik alih oleh PA@ kawan baiknya, dan dia telah jatuh, di sebalik kejatuhanya itu, ada wanita dibelakangnya yang selalu ada di sampingnya, tapi mr president ni langsung tak perasan yang si wanita ini ada perasaan kat dia..hingga la keminit terakhir cerita tu nak habis) antara safar dan marwah pulak ( cerita seorang perempuan, yg baik akhlaknya, tetapi dia tak kenal siapa ibunya sedangkan ibunya dekat dengan dia, cerita bagaimana seorang ayah yang sanggup biarkan anaknya memilih salah satu lelaki untuk hidupnya untuk kebahgiaan anaknya, cerita bagaimana seorang lelaki membenci wanita kerana ibunya, cerita bagaimana orang islam ingin memajukan ekonomi orang islam, ketentuan nya, usahanya, doa nye)

dua-dua cerita langsung tak sama...jadi motifnya saya bercerita kerana saya suka dua-dua cerita..kadang-kadang kita tak sedar pekara yang kecil berlaku di sekeliling kita, kita abaikan perkara yag remeh..sebab kita rasa perkara itu tak penting, perkara itu mudah,,tapi sebab perkara mudah itu la yang buat hidup kita tak tenang kan..contohnya, kita x sedar pun pen dalam beg kita dah x ada sebatang pen sehingga kita memerlukan nya..kita tak sedarpun jam kita bentuk apa..warna apa..sedangkan ia selalu pada tangan kita..yang kita sedar kita akan rasa nak mati kalau handphone tak ada dengan kita kan..kita tak fikirpun yang sebenarnay pen itu pun penting pada kita..sebab kita rasa pen tu pinjam kat orang pon boleh kan..kan...kan..

macam tu juga kita tak sedar orang-orang yang ada di sekeliling kita, kadang-kadang kita agak dia ni orang biasa je,buat apa nak ambik tahu..tapi kalau dia seseorang bagi kita hingga apa yang dia buat pun kita boleh sedarkan..

benar, sensetif pada keadaan sekeliling penting sebab itu kita punya sense, bayangkan kalau apa yang kita lalui semalam tak sama macam hari ini, ini akan buat hidup kita rasa lain kan..

nota kaki::tak tahu kenapa membebel malam-malam buta ini, kadang-kadang kita berdoa pada allah, kita mahukan sesuatu ALLAH tunjukkan jalan yang nya..kadang-kadang bila apa yang kita doakan tak termakbul kita jadi kecewa, ALLAH makbulkan doa hambanya sama ada cepat atau lambat..kadang-kadang kalau dah terdesak baru kita ingat dia, bila kita bahagia kemana kita..

YA ALLAH jika dia ditakdirkan untuk ku, dan dicipta untuk ku..satukan lah kami pada jalan yang benar..berikan dia rasa perasaan ini..permudahkan jalan kami..jauhkan lah kami dari dosa-dosa..

YA ALLAh..andai tertulis dia bukan untuk ku..luputkan dia dari ingatan ku..biarkan hati ini redha...kau MAHA mengetahui segala apa yang telah tertulis, ditulis dan bakal bertulis..dan biarkan hati ini REDHA..

ALLAH TIDAK MENGUBAH NASIB HAMBANYA, KECUALI HAMBANYA YANG MENGUBAH SENDIRI..

DOA ITU JUGA SATU USAHA..

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger