Pesanan Penaja

13 August 2012

interview di bulan puasa!!!!

Assalamualaikum..

Tajuk macam doremon keluar barang ikut poket serbaguna..
tau dah memang dah lama tak update blog ni...

Masih belum diberi kekuatan untuk meng 'update' walaupun  sebenarnya malas..

Rezeki di bulan Ramadan yang Tersangat mulia ini,
akhirnya selepas 3 tahun..dapat untuk satu panggilan interview jawatan kerajaan..

8.8.2012..Rabu
2 hari selepas Nuzul Al-Quran..
jadi atas pendapat mak aku..aku cuti selasa dan rabu je la..
dan lepas interview terus gerak balik..

Tahun ini, aku rasa cuti tahun amat berharga, ini gara-gara gatal-gatal ambik cuti
2 hari sebelum puasa sebab geram..

Persiapan yang aku buat sangat luar biasa, aku rasa aku study untuk
SPM, diploma dan degree pun tak macam ni..kalau la aku study macam ini
sure aku rasa aku dah jadi seorang dokter dah (verangan).

Ini semua sebab ayah, dia yang suruh aku prepare, kalau la dari dulu aku jadi anak
yang dengar kata macam ni...
macam kata manje:: kalau guna perkataan 'Kalau' lembu pun boleh terbang..
Jadi tak guna nak menyesal..semua dah tertulis, semua dah ditakdir...atas usaha dan
iktiar aku jadi aku sekarang..

Apa aku nak zahirkan kat sini, aku sangat-sangat terharu tengok semangat ayah aku
bawak aku pergi interview..lipis dan kuantan..bukan dekat..dan pada saat itu aku
rasa aku tak berguna sebab pada umur 26 tahun aku masih nak menyusahkan mak ayah aku..
Sepatutnya  pada usia ini aku boleh bergerak sendiri..

Travel di bulan puasa tak senang, cari hotel, berbuka puasa dalam hotel je..lepas terawikh baru cari nasik,
lepas tu nak sahur lagi..ayah sepatutnya boleh duduk senang lenang kat rumah tengok berbuka, terawikh dan
boleh tengok rancangan kesukaan ayah "berita dunia" walaupun tengok 5 minit pertama je..

Pagi waktu interview, sebab hotel dekat dengan tempat temuduga, ayah teman aku jalan kaki..
dan adik aku sedap senang lenang tido atas tilam empuk, aku jeles..
masa tu aku terfikir kalau aku tak dapat jawatan ni macam mana..
mesti dia sedih kan..

dan setakat tu je aku mampu fikir..dan aku cuba nak buat sebaiknya tapi aku tak buat seperti
apa yang aku harapkan...
tapi aku dah cuba untuk buat yang terbaik..
yang lain hanya doa dan tawakkal..

Apa-apa yang terjadi hidup perlu diteruskan..perlu pandang terus ke hadapan..
jangan lihat masa lepas..lihat masa akan datang..masa yang akan kita lalui..

rezeki, jodoh, maut semua dah tertulis..jadi andai 'INI' bukan
rezeki aku..aku redha..mungkin untuk orang lain yang memerlukan..

cuma aku sentiasa berdoa agar aku berpeluang untuk membahagiakan
ayah dan emak..

sebab mereka HERO dalam hati aku..


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger