Pesanan Penaja

06 September 2012

cerita raya yang dah basi...

Assalamualaikum dan salam sejahtera!!!

Macam nak berpidato dah kan, orang lain cepat je cerita pasal raya..
kakak orang ni malas betul nak memaksa jejari gemok dia ni
menaip..asal klik untuk FB rajin tu...

Raya ni, saya nak cerita kami sekeluarga dapat orang baru..
yang kenal rapat dengan aku tu..memang aku dah hebohkan aku
dah ada adik ipar..kikikiki
suka macam dapat laki pulak ye..yer la dapat ahli keluarga baru..
tahun ni 8 orang harap tahun depan dapat jadi 10 pulak ke..

Raya ni juga ayah dapat double baru!!
first, kerete impian dia keluar 2 hari sebelum raya, dan aku
memang tahun ni rezeki dapat cuti awal, lepas tu seminggu pulak
walaupun tak diluluskan..(adik-adik!!! jangan ikut peragai akak ni ye)
jadi masa ambik kerete tu aku mengedik nak ikut sekali, ha tabahla balik
tu harungi jem kerete nak balik kelantan..rumah??? tak kemas..
tak pe..2 hari lagi  sebelum raya...

Second, Ayah dapat anak baru, dapat menantu kan..jadi start raya ke-4
rumah memang sibuk..sebenarnya bukan kenduri besar pun..kecik je..
tidur pun lewat pulak..jadi mak andam terjun pulak tu..yang si pengantin
lenaaaa je tido..mana tak hangin!!!

adik aku ni muka comel tak hilang lagi (harap dia tak baca,nanti dia perasan
pulak) dah jadi laki orang..pastu semenjak dah kawen ni share kat FB pasal
kawen je..jangan sampai aku REMOVE dari jadi friends kang!!

Raya ni macam aktiviti biasa tiap tahun, kumpul umah ngah pastu bagi duit raya!!
aku pun dapat lagi tau..
pastu aktiviti main bunga api dan mercun..rasa kerbau2 pendek yang ada
kat kampung tu semua sembunyi ketakutan la..sebab bunyi macam nak buru
dorang je..
tradisi tiap tahun ini aku rasa keunikan family aku, jadi kalau aku kawen nanti
aku akan pastikan tiap malam raya mesti ada kat kampung aku...ITU WAJIB...
kikiki..bunyi seperti pemerintah KUKU BESI!!!

akhir kata
SALAM AIDILFITRI
MAAF SALAH SILAP
SAYA HANYA MANUSIA BIASA je!!!

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger