Pesanan Penaja

14 January 2011

anak kucing yang hilang arah

ni la binatang berbulu tu, tengah berbahagia di rumah mummy nyer sambil mengacau mummy nyer buat drawing (gambar cilok from facebook mummy kucing)
tegesa-gesa nk blik umah tadi tetiba ada seekor makhluk yang kecil dan berbulu lebat berlari-lari anak dekat tepi kaki saya..tapi dengan selumber buat tak tahu lagi, tapi tiba-tiba rasa gelabah kerana haiwan berbulu tersebut melintas jalan yang besar, dan lagi dasyat si haiwan berbulu tu lagi cepat sampai dari saya..
(ni kucing moden, lagi pakar dari ko nak melintas jalan ok)
dan si gelabah ini terus menalifon pengutip kucing-kucing jalanan..nasib baik la mummy kucing ni sudi nak ambik haiwan berbulu ni sebagai anak angkat..
dan si gelabah ni duduk la di tepi bus stop sambil tunggu mummy kucing datang jemput..
dan si gelabah terpaksa la memeluk haiwan berbulu ini sambil diperhatikan oleh manusia di sekeliling bus stop ( tak ada orang ke yang jatuh hati dengan kesucian hati kita..buat kerja tu sila ikhlas sikit ya)..dan si haiwan berbulu telah di transit di apartment sri melewar...kerana mummy kucing busy atas urusan kerja..

apa yang saya belajar::
1.kesian tuan kucing tu,hilang seekor kucing yang comel..kalau kucing tu boleh bagi tahu mana rumah tuan dia, saya akan hantar..

2.saya ditinggalkan bus oleh kerana seekor kucing dan telepas untuk menonton cerita Tiramisu..kadang-kadang kita perlu bekorban untuk kebahagiaan orang lain (a ce ceh ayat)

3. di muka bumi ni banyak orang baik lagi..contohnya si mummy kucing @ pengutip kucing..banyak kucing-kucing yang berdoa untuk kesejahtaraan dia..kucing ni kan binatang kesayangan nabi..kita buat baik sesama makhluk, makluk lain akan membalasnya.

4.tolong jangan dera kucing, bunuh kucing atau sakiti dia kerana saya pencinta kucing tegar..

dalam post ini juga saya merakamkan takziah kepada baby (kucing cik yatt) kerana kucing tersebut telah dimandulkan atas sebab-sebab kesihatan.dan saya amat tersentuh dengan sikap ikhlas,luhur dan murni cik yatt...harta boleh di cari, tapi hati yang suci sukar di cari (macam iklan sabun basuh pulak).

Nota kaki::sebenarnya rindu dengan tigger, bebel, gapi and anak yang tak bernama kat rumah tu..macam mana la depa2 semua...keletah dorang dengan menjahanamkan semua kotak2 yang ada kat rumah, dengan mencuri ikan kesukaan mak saya, tidur atas katil macam gaya seorang VVIP,keletah dorang sangat memenigkan kepala..tapi haiwan berbulu tu la yang jadi kawan mohd fahmi kat rumah tu..

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger