Pesanan Penaja

12 January 2011

fobia ku dalam bahaya..

kenapa tetiba fobia ni..
sebenarnya tekejut dengan angka 25 tu..rasa baru semalam habis sekolah, masuk PLKN, Masuk UiTM dan konvo dan bekerja.pejam celik dah 8 tahun tak menyarung baju sekolah rupanya.
wahai kupu2 sedarlah anda sebenarnya sudah matang.
kenapa rasa macam ni?
rasa ketakutan sebab semua gmbar profile dekat FB kebanyakan gambar baby..
itu maknanya gambar anak dia..bukan anak sedara, bukan anak manakan atau anak ikan ok.
lepas tu kalau kalau bukan gambar dengan baby, gambar dengan pasangan sambil bepegang tangan..tapi perlu ditegaskan lagi dengan ikatan yang sah yer kawan-kawan..
lepas tu dekat status kebanyakan sudah tukar ke engaged atau married atau in relationship dan aku, malas la nak cakp..
dan rasa paling tension dimana ketiga-tiga kawan rapat ku bakal menamatkan zaman bujang tahun ini yer..ulangan!! bukan tahun depan..tahun INI..anda semua sangat kejam kerana berpakat untuk kahwin dalam tahun yang sama.

Apa perlu saya buat?
adakah saya perlu sabotaj diorang dengan menyorokkan baju kahwin diaorang, kalau tidak saya perlu belajar memasak sesuatu yang sedap sehingga menyebabkan saiz diorang berlebihan dan kene tundakan majlis perkahwinan..kamu tersangat kejam

jadi?
kita sebagai kawan yang sangat COOL..perlu tabah dan bagi kata-kata semangat contohnya, excited tengok bunga telur, sama-sama memikirkan tema perkahwinan, dan mintak cuti yang sama banyak dengan pengantin..huhuhuhu
dan..jangan lupa, takutkan diaorang dengan ayat ni " korang kene jage pengapit korang ni elok2, buatke ade sesiapa berkenan teros ajak pengapit ko ni kawen dulu pada korang, ha!! kan susah nak cari pengapit dah" sambil mata tu bolat konon-konon mengugut la tu..pastu sure dia akan jawab "kite cari lain"..hahaha padan muka ko..

nak bagi apa?
sebab rasanya terlampau banyak yang bakal kahwin tahun ni..jadi kita da decided nak bagi "KAsih Sayang" jer sebagai hadiah..kuikuikui (khedhekot betol) pening tu nak fikir hadiah..

rasa perlu bagi apa yer
1. pinggan mangkok, periuk belangga(da ramai bagi)
2. barang elektrik (lagi berkat pegantin cari sendiri, besar tu nak bungkus)
3. Percutian bulan madu ( sure la aku kene ikot sekali, rugi kalau tak ikut)
4. Buku ( kalau dorang tak baca rugi jer)

kan betol..lagi senang bagi kasih sayang je..

nota kaki::sebenarnya barang2 tu tak perlu.yan9 pentig kedatangan kita di majlis bahagia tersebut tu yang penting..

apa yang penting!!!Kasih sayang!!!apa yang penting!!!kasih sayang
(ayoo u da 25 tahun tapi masih tengok WONDERPET yer)

2 comments:

  1. xpe kwn...relaks k.
    aku nk mintak ngan ko hadiah anniversary kitorag.hehe...:)
    nak barang elektrik. peti sejuk pun dh ok dh.
    tiap kali buka peti ais kompem teringt ko kwn...

    ReplyDelete
  2. hai kawan...tak angak2 ko punyer request..
    klu aku bagi kuali lagi syok kot..coz tiap2 kali masa ingat aku kan kawan..

    heheheh, tak lama lagi hadiah kawen ko dari manje bakal di gunakan...

    ReplyDelete

Powered By Blogger