Pesanan Penaja

17 January 2012

I.K.H.L.A.S

boleh ke saya nak menulis berkenaan dengan ikhlas kalau sebenarnya hati kita tak ikhlas?.

Selalu saya berfikir, adakah saya iklas.Dalam setiap kerja, dalam sesuatu perhubungan, dalam kehidupan, dan apa jawapan saya dapat? kadang kala saya rasa tak ikhlas, sebab setiap kali saya saya akan merungut, saya rasa tak rasa bahagia dan lapang dalam melakukan sesuatu.

Satu hari saya telah paksa hati saya untuk buat semua perkara dengan ikhlas, dan hari itu telah membuat saya rasa sedikit bahagia.membuat saya rasa tenang.Saya bukan nak kata saya bagus sebab konon-konon boleh ikhlas.

Tapi segala yang hadir dalam hidup kebelakangan ini buat saya rasa:
1- Kalau kita betul-betul ikhlas, kita tak pernah rasa terbeban pun, kita rasa ia sebagai tangungjawab.
2-Kalau kita ikhlas, sesuatu yang kita buat itu akan jadi lebih bermakna.
3-Kalau kitai ikhlas, saya rasa semua kerja akan tenang dan mudah..
Insyaallah

Sebenarnya saya masih cuba menanamkan sifat ikhlas dalam diri ini.sifat tak mahu merungut, kuat membebel, berleter..tapi ia cabaran yang sangat besar untuk menjadiakan Miss FS seorang yang tak banyak cakap.

Hati Ikhlas, Pasti dibalas
Kata-kata itu yang saya perlu pegang sekarang..
saya mahu paksa hati saya ikhlas..

notahati:: ikhlas itu senang kat mulut, tapi susah kat hati..

2 comments:

  1. Ikhlas memang besar nikmatnya. Buat kerja apa pun, kerja angkat taik sekali pun kalau ikhlas ia akan menjadi berkat. Bila berkat mesti bahagia, bila bahagia mesti la happy. Bila kita ikhlas, PASTI kita akan enjoy buat benda tu walau macam mana susah, penat, dan leceh pun ia tak kan jadi masalah lagi. Oleh itu buat apa sekali pun mesti la ikhlas dalam hati kerana ALLAH, yang payah tentu jadi mudah ;)

    ReplyDelete
  2. KeIKHLAsan hati cik yatie, kadang-kadang menjadi inspirasi saya

    ReplyDelete

Powered By Blogger