Pesanan Penaja

15 January 2012

Oh memori Part 2

ok..ok..Sambung balik cerita tertangguh..banyak sebenar nak cerita..
hari tu kita stop dekat camping di Taman Negeri Endau Rompin, di atas segala usaha dan komitment yang di tunjukkan, untuk camping kali ini kami telah dibenarkan untuk memasak secara beramai-ramai.Ala-ala macam rewang aka kenduri sekampung.

tidak dinakfikan lagi, kami telah mempunyai barisan-barisan chef yang terhandal di dalam menyediakan lauk-pauk yang bertaraf 5 bintang, yang diketuai oleh kak nonie, lina, tiha, ani..dan ramai lagi..(kalau ada yang tertinggal tu, I'am sorry)

kali juga mempunyai satu team memasak nasi yang handal, rasa mereka ni selalu tolong kenduri-kenduri di kampung dan tiada masalah dalam memasak nasi dalam kuantiti yang banyak.

dan kami juga mempunyai satu pasukan skuad pembersihan yang akan membersih semua pingan-pingan, cawan-cawan, gelas-gelas, periuk belanga dan mangkuk-mangkuk..turut berkeboleh untuk membasuh mangkuk-mangkuk ayun.

Kem kali ini hanya 3 hari 2 malam sahaja..
setelah tiba pada waktu yang agak petang, kami telah diberi taklimat sebelah malamnya. kemudian kami diberi taklimat serba sedikit dengan tempat ini.

saya betul-betul tak ingat, sama ada malam first or second night ada aktiviti night walk di adakan, tapi sebelum itu kami dikehendaki berkumpul dan sebagai post mortem.ex-ex penghulu dan penghuluwati setiap kem diperlukan untuk memberi sepatah dua kata..dan cik lin telah memberi ucapan penyimpulan sepanjang ketiga-tiga camp wajib ini.

Cik lin ada lah seorang lecturer yang agak rapat dengan batch kami, biarpun kami pernah di halau keluar kelas oleh beliau.Tapi tak sedikit pun tercatit perasaan benci dan marah, sebaliknya sepanjang part 2, kami bersama cik lin..melangkah ke pelusuk hutan jengka untuk mengenal segala pokok-pokok yang ada sehingga la ada di antara kami yang telah memberi nama saintifik baru untuk sejenis pokok (MENGKULANG SIKU TUPAI ia sepatutnya MENGKULANG SIKU KELUANG)-siapa yang beri nama nie cepat angkat tangan? selain itu cik lin telah menahan kami sebelum balik, kerana kami diwajibkan mengutip daun dan mengecam daun sebelum balik. dan pada minggu hadapanya kami dimestikan untuk menjawab test nama pokok-pokok tersebut merangkumi nama saintific, nama tempatan dan family, sepanjang part 2 bilik saya di penuhi dengan nama-nama pokok dan bukan lah poster-poster artis tempatan yang popular di ketika itu.

Dan sewaktu penguluman forest camp itu juga, Cik Lin telah mencabar batch kami untuk membuat satu aktiviti yang dinamakan OPKIM (nanti free sikit ade citer pasal opkim pulak noo)

Dan selepas itu kami diwajibkan untuk menyertai program NIGHT WALK..wah..yang paling besnyer saya dah buat track sendiri.dan saya orang ketiga, dan dibelakang saya ada 45 orang yang telah saya hangkut kedalam semak..kenapa boleh jadi macam nie, saya terlepas orang di hadapan saya..dan saya seorang yang rabun malam..

hari keesokannya, apalagi jungle walk, dan disinila saya rasa macam kami sesat sampai di satu puncak, tapi guide yang bawak tu tak kan nak cakap..hey u all sesat la..
Syukur kami selamat tiba juga di based camp.dan masa sampai tu fikir..dah la penat kene masak lagi..dan apa yang berlaku..pak cik driver bus dah masakkan untuk kita orang..kami makan dengan kenyangnya..

selain itu, kami juga ada buat BBQ dan saya telah di cabar oleh kawan-kawan saya untuk diam akibat mulut saya yang macam speaker pecah ni..dan boleh la tahan lebih kurang 10 minit je..dan sewaktu ini yang saya ingat saya diserang migrain yang sangat serius sehingga saya tido, dan lupa apa berlaku, bangun-bangun ayam dah siap bakar je..

dan hari berikutnya, kami pergi ke air terjun ( kalau tak siap air terjun permaisuri, kalau silap tolong betolkan) dan kami balik naek jeep kesukaan kami turun dari puncak..tapi permandangan sangat menarik, tertarik ko memang deboom.

ok ! cukup malam ini, part 3 insyaallah bakal bersambung..cerita pasal camp khas!!!

tunggu, di blong yang sama entah tak tahu bila..

Notahati::saya sentisa senyum bila tulis pasal kalian semua..

2 comments:

  1. taman negeri endau rompin..paling best!!!

    ReplyDelete
  2. yeah betul..tiga-tiga camp memang best la!! TERBAIK

    ReplyDelete

Powered By Blogger