Pesanan Penaja

06 April 2012

BOLA

Assalamualaikum..

ini percubaan ke-tiga untuk menulis setelah percubaan pertama setelah di taip hampir setengah entry..entry yang di tulis tak dapat disimpan..
percubaan kedua turut dilalakukan tapi atas sebab kekecewaan yang terlampau hanya mampu menaip 2 ayat saja " aku frust".
Dan kali ini percubaan perlu diteruskan.. tiada istilah putus asa..

wa dah pedup..
dah pedup..


macam main bola..
kenapa bercerita pasal bola ni..tau la semenjak dua tiga tahun ni makin excited dia tengok bola sampai adik sendiri sangkakan akak dia ada skandal dengan pemain bola..
huh~~ memang tak masuk akal..FYI..akakkk ni bukan macam nora denish (entah betol ke x) yang buat la muka sememeh macam mana tetap comel..bukan Maya Karin yang wajah berseri-seri sebab minum inershine..bukan..bukan..bukan..

wa gadis-gadis biasa macam ni je..
budak comel dgn cermin mato nye..


akakkk ko ni hanya perempuan biasa yang keje masuk pukul 9.00 balik pukul 6.00, pergi keje naik bus je..sabtu ahad memerap kat rumah kalau tak ada orang ajak keluar...mana ada masa aku nak bersosial ni..
ok stop melalut...

Bola sepak ye,
bukan bola bowling..
bukan bola golf..
bukan bola-bola cinta k..


okey, kita tengok bola..pemain sepak bola pastu gol, kita jerit gol..tapi bila bola terlepas kita siap maki lagi bola macam tu tak boleh jaga ke..korang terfikir tak main bola ni adalah sama dengan realiti kehidupan..
macam mana tu ye..aku akan cuba huraikan kat sini..kalau pandangan aku salah..sila komen..kalau tak ada komen tu means aku punya pandangan tu boleh diterima akal la kan..

pemain itu adalah kita

untuk mengelakkan sebarang ketidak puasan sebarang pihak..
aku letak gambar rimau senang
  • Sebab setiap pemain adalah memang seorang manusia..dan kita adalah manusia..jadi sama kan..hehehehe (ok buat lawak tak kelakar)
  • sebenarnya setiap pemain ada matlamat mereka..mereka sentiasa mahu menaikkan penanda aras mereka..mereka sentiasa nak berusaha jadi yang terbaik dan lebih terbaik..mereka ada goal masing-masing..sebab selagi mereka tak menaikkan penanda aras mereka..orang sekeliling tak akan pandang mereka, tak akan buka mata..
  • sama macam kita kita ada pencapaian kita nak capai, kalau kita tak ada pelajaran,pengalaman, ada ke orang nak pandang kita..kita sama macam mereka..
  • yang membezaka kita dan mereka adalah target.. besar ke kecik target kita, siapa kita untuk pertikaikan..kita hanya manusia..tapi sebagai manusia kita boleh bantu orang lain capai terget sesama manusia (ayat.. aku rasa..macam tak sedap..)

Penyokong adalah kawan-kawan kita..

Kita kawan tak boleh gadoh-gadoh..
abbit kawan dengan hamtaro kawan dengan miow dan kawan juga dengan wuk wuk
  • Kalau dalam sesuatu game tu..mesti ada penyokong kan..kalau penyokong tak ada. Baik tak yah buat game..pemain pun macam nak tak nak je sepak bolakan..kan..kan..
  • pastu penyokong ni ada 2 bahagian gak..first, penyokong tegar..korang menang ke tak dorang tetap sokong..korang kalah dorang bagi kata-kata semangat..dorang sentiasa ada di belakang korang.. Second, lalang..asal menang sokong kalah korang kutuk. Pastu siap beralih pasukan lagi..
  • Macam tu juga kawan..kawan ini pun ada dua..first, penyokong tegar = kawan baik..sentiasa ada belakang kita.. sentiasa ingatkan kita..sentiasa menyokong kita sentiasa..sentiasa berada di samping kita bila susah..sentiasa kongsi kesusahan bersama-sama..sentiasa menghoramati apa yang kita lakukan.. second, lalang = kawan ketika senang..ada sedikit kawan ni..nampak kita dah senang nyendeng-nyendeng kita, time susah mintak tolong pun larikan diri..ada sesetengah tu kawan yang tikam kawan pun ada..yang ambil kesempatan atas kelemahan orang lain..so kawan macam ni..dielakan percaya 100% nak percaya 15% cukuplah...Terima Kasih ALLAH sebab selama saya kenal erti kawan ini ALLAH menghadiahkan saya dengan semua kawan yang baik-baik..but nobody perfect..berkawan ni macam bercinta gak..terima keburukan dan kebaikan seadanya..pijak kepala kita..kasi pijak dia punya kepala balik..(jangan tiru..tak baik!!)

Padang Bola tu sama macam hidup kita..

Woit...tengok padang je no..
jgn tengok orang yang sepak bola tu..
jaga mata..jaga mata..
  • Kita nampak padang bola tu rata, tapi tak semua padang bola tu rata..ada jugak yang berlopak-lopak..
  • kadang-kadang padang yang digunakan untuk sesuatu game tak sama setiap kali game kan..kita tak boleh sangka apa yang ada kat padang tu..ada lubang ke...padang beralun ke..kita tak tahu..padang itu yang bawa kejayaan atau padang itu yang memusnahkan..kita tak tahu..
  • macam hidup..kita tak boleh nak terlalu yakin hidup sentiasa lancar je..kadang-kadang kita tak sedar ada sesuatu keadaan yang tak dijangka berlaku..
  • hidup kita tak sentiasa sama..sebab hidup ini penuh kejutan..kadang kala kita ketawa dan kadang-kadang kita menangis..

Coach tu macam guru dan pembimbing kita

sepak tu betul-betul cikit..
kan dah kene marah..
ayooo..tak tau..
  • Setiap coach mahukan pasukan dia berjaya.. tak ada coach yang nak pasukan dia kalah kecuali kalau coach dia yang terima sogokan..Coach akan berusaha sehabis baik untuk memastikan anak buah dia sentiasa berjaya..tapi kalau tak berjaya kita tak boleh nak salahkan mereka..kadang-kadang kalau tak berjaya tu kita perlu tanya pada diri kita sendiri..
  • macam guru..cuba yang terbaik untuk tengok anak muridnya berjaya..tapi macam aku cakap tadi..kadang-kadang semua bergantung dalam diri kita, tapi tanpa desakan atau paksaan orang sekeliling kita susah nak berubah..betul tak??

game itu macam dugaan pada kita

kite boleh lawan semua dugaan yang datang la..
macam ni..
wacaaaa..

  • Bayangkan pemain bola ni..tak pernah habis dengan game selagi dorang tak berhenti bermain..kekadang kita sebagai penonton pon penatkan..tapi bila tak ada game rasa tak bermakna pulakkan..dah injured pon kene main gak..sebab penyokong-penyokong mereka..pernah tak terfikir yang dorang ni tak penat ke..
  • macam dugaan gak..dugaan kita tak pernah habis.. selagi kita tahu erti masalah..dugaan itu sentiasa berterusan..cuba bayangkan hidup tanpa dugaan..kosong kot..tak mencabar..tak excited..
  • Menang atau kalah sesuatu game macam berjaya atau tak kita menempuh dugaan itukan..

Bola itu macam peluang..

yeah..kite dapat kasut...
lepas ni boleh gi main bola..
excited!!!!

  • kapten start sepak bola..bola di pass pada no 3..no 3 pass pada no 7.. ouch..sayang bola terlepas..dirampas oleh pihak pihak lawan bernombor 18..pihak lawan membuat hantaran jauh terus ke petak panalti..dirembat trus oleh pemain no 13..ohh sayang sekali terkena palang gol.. permainan diteruskan..dirampas oleh pemain bernombor 10..dibawa kencang oleh pemain no 10..akhirnya dilepaskan tepat kepada pemain no 7..dan ditanduk tepat ke gawang gol..akhirnya goLLL positif akhirnya..fuhh penat~~ ada macam pengulas sukan tak..sambil kening angkat sebelah..
  • macam tu la peluang kan..kadang-kadang kita terlepas peluang, kadang-kadang kita terlepas peluang yang tersangat-sangat baik..kadang-kadang kita tak sedar pun peluang tu tepat-tepat betul datang pada kita..kita tak sedarpun kita membantu orang lain merealisasi peluang itu..
  • dan goal..memang sesaran kita..kadang-kadang bukan kita sendiri yang dapat sempurnakan..tapi orang lain..perlukah kita jeles or kita nak kita sendiri yang sempurna peluang itu..kalau macam tu baik ang main bola sorang-sorang..tak ada la teamwork kan..kan..kan

Pengadil macam...

EN PENGADIL
ha!! awat ang sepak muka dia..nak ambik sekeping kad merah..

VS

PUAN BOSS
owh..u ollss main pacebook ka..nah ambik sekeping surat cinta ni..

  • yang ni aku tak tahu nak huraikan macam mana..aku rasa macam orang yang mempunyai kuasa lebih sikit pada kita..nak lawan sikit kene kad kuning..lawan banyak ang kene buang terus..kutuk-kutuk manja sikit kene halau padang..emm macam mana ni nak explain..
  • macam bos kot..sebab bos always right..sebab dia dengan client..customer always right..tapi kite ni right ke tak...kita tak boleh buat apa-apa..kita pemain je..(emm lapar la pulak..pie cari nasi lu..lek luuu..okeh..Alhamdulillah...rezeki hari ni..)

Cerita pasal bola ni..banyak pengajaran..sebab tu la sekarang ni ramai dah wanita-wanita ni minat bola..macam aku dulu tak minat langsung..sebab kata bola ni boring...susah nak goal..masa world cup kat Jepun dan Korea dulu, waktu main belah-belah petang siap berebut dengan ayah lagi..ayah nak tengok bola,kita nak tengok cite Jepun..tapi sebab ayah yang bayar bil letrik..ok la bagi la..4 tahun sekali je kan..tu la dulu orang cakap jangan terlalu membenci..kan dah suka..

lagi satu pempuan kalau tengok bola ni..2 in 1..boleh minat bola dan boleh minat pemain bola..lelaki mana boleh..tak boleh..tak boleh..pada suami kat rumah tu bila tetiba isteri korang excited tengok bola cepat tukar cerekarama..aku takpe, single lagi..tak ada siapa nak marah..ngeh..ngeh..ngeh..

lagi satu semua sukan pun boleh diadaptasikan dalam cerita aku ni..cuma korang tukarkan dengan shutle badminton ke..bola takraw ke..bola hoki ke..kesimpulannye tetap sama.. hidup ini kita sebagai pemain dan sentiasa ada game dan ada target..setiap game akan mematangkan kita kan..hidup ni kene kerjasama..apa yang penting..kerjasama..apa yang penting..kerjasama..pemain+coach+bola+padang+tiang gol..semua satu team kan..kan..kan..

wah..akhirnya setelah seminggu..berjaya siapkan satu entry yang macam cerita kanak-kanak ni..siap ada gambar sekali jarang macam ni..kalau menulis pun asyik nak siap cepat je..pastu post..kali ni..kita peram dulu..dah cukup idea baru berkongsi..baru la dapat perkongsiaan yang bagus ye dok..



No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger