Pesanan Penaja

12 April 2012

kami tak ada padang bola pon tak apa..

Assalamualaikum

Pada 11.04.12 @ hari rabu..ada berlaku satu gegaran yang kecil..dah duduk umah tingkat 4 kan sure lah
rasa..nasib baik masa tu ada cik shida dalam sekali dalam rumah..kalau tak ada aku sendiri pun tak tahu nak buat apa..may be duduk di satu penjuru sambil berdoa tak ada apa-apa yang buruk akan berlaku..Terima Kasih ALLAH, tak ada apa-apa berlaku..itu sebagai peringatan kat kita mungkin masanya hampir tiba dan peringatan agar kita kembali ke jalan yang benar...

okey..tu hanya pembukaan sebuah entry dulu..
sebab aku duduk di rumah flat yang kebanyakan dah bekeluarga dan di bawah flat aku tu ada la padang pemainan yang siap ada papan jongkang jongket, buaian sekali..situ la tempat kanak-kanak kawasan kejiranan rumah aku menghabiskan masa sepanjang petang dan kadang-kadang sambung lepas maghrib..

kadang-kadang rasa nak baling tin biskut kebawah pun ada..sebab kita dah penat tetibe bebudak ni buat mini konsert kat bawah..mana cheq tak hangin oiii..

tapi semalam bebudak ni buat aku enjoy..sampai aku terus rembat kamere aku terus shoot kat depa..

nak tahu apa dorang buat semalam..

cer korang tengok..
siap pakai baju team HARIMAU MALAYA  lagi..

Pada hemat aku dorang tengah buat game 
TEAM PAKAI JERSEY MALAYSIA 
vs 
TEAM PAKAI BAJU BIASA

Sesuatu yang menarik untuk dikongsi;
  •  Yang aku tak tahan tu..cer tengok Kapten depa..siap pakai benda kat lengan lagi ala-ala macam kapten je..sebenarnya tu reben colour hijau..
  • Kapten dia sebijik macam Baddrol Bakhtiar rajin kejar bola..kalau jatuh tu siap buat muka tak besalah la..adik tu..memang pakai jersey no 10 ok..
  • Dia punya Coach garang weh..kadang-kadang coach pun siap boleh join sepak bola lagi..
  • bangku pemain simpanan terletak di tengah-tengah padang..actually sebenarnya tu jongkang jongket..
  • pemain simpanan team away lagi ramai dari team jersey Malaysia..
Cer tengok..tangkap bola pon 
ala-ala apek..   
  • Penjaga Gol siap pakai glove lagi..mana rembat tak tau la
  • Tiang buaian dijadikan tiang gol..susah gak nak bolos tu..
siap ada penonton lagi..
  • Siap ada penonton lagi..boleh tahan ramai la..tu belum campur penonton yang dok tengok dari tingkap rumah macam akak ni..
  • referee yang pakai baju hitam tu siap kene marah dengan penonton lagi kalau silap..
  • pastu referee tak ada wesel..referee akan bunyi preet!!! dengan mulut sendiri je..
Siap ada bebudak pempuan sekali..
mungkin satu masa lagi kita boleh hantar satu team
bola sepak wanita kat olimpik..sapa tau
  • Dorang bermain secara campur..tapi bila tengok skill budak pempuan tu boleh tahan gak
yang hujung sekali sebelah kanan..
tu la kapten..aka..Badd..
badd tengah agak-agak bola tu tinggi ke idak..
  • Siap ada sepakan percuma lagi..
  • Then permainan tamat dengan kedudukan seri..3-3...
  • Lepas tu ada sepakan penalti..banyak kali dorang bergilir-gilir sepak..tapi tak masuk.dekat 6 kali gak la..
  • akhirnya team away yang berjaya menjaringkan gol panalti yang last  sekali..TEAM PAKAI JERSEY HARIMAU..       
KALAH...
atas kesilapan teknikal
siap boleh lalu tengah lagi..
sorry iklan penaja sat..

Betapa kreatifnya mereka-mereka ini..biarla tak ada padang yang di khaskan untuk sepak bola..
tapi atas imiginasi dorang ni..padang permainan pun mampu jadi gelanggang bola sepak..

Bebudak..kalau di lentur dari kecil senang nak bentuk..macam tu la budak-budak ni..
kalau kita start training dorang dari awal semuanya tak mustahil kan..
kadang-kadang bebudak ni kita perlu layan macam orang besar gak..
jangan buat mereka takut nak kongsi sesuatu dengan kita..tapi cuba buat macam kawan

bebudak ni hati dorang bersih..jujur lagi..sebab tu kalau nak tanya pendapat yang ikhlas 
tanya la bebudak ni..contohnya..

Akak : Dik, akak hari ni cantik tak
Adik: Tak cantik..

Jawapan yang keluar tu korang kene tahan la..kata nak jawapan ikhlas kan..hak hak hak..

bebudak ni, jangan tunjuk teladan yang tak baik..cepat je ngikutnya...macam masa aku study dulu, waktu balik kampung aku ajar adik-adik aku buat milo tabur..cepat je dapat tangkap..sampai mak aku bising Milo dia cepat benor abis...

tapi aku rasa aku baik..(perasan) aku agak-agak peragai baik aku ni menurun la kat adik adik aku...

Kualiti gambar agak teruk sebab aku ambik dari tingkat 4..tak kuasa nak turun..

Pesanan:: kalau ada gegambar di atas..gegambar anak-anak or sedara-sedara anda ke..sorry saya tak minta kebenaran nak tangkap gambar bebudak ni...

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger