Pesanan Penaja

13 April 2012

Reunion Again!!!

Assalamualaikum......

Kan sebelum ni aku pernah cakap pasal reunion kan..
lebih dari 5 orang berkumpul dalam sesuatu masa
secara automatik aku akan istiharkan sebagai reunion..
suke hati makcik ni je kan..

Bukan reunion la..ni majlis sambut menantu peijal..dia dah kawen bulan 3 hari tu..
ni majlis belah lelaki..

senarai Batch wood tech 2004-2007 yang datang..
  1. Aku
  2. Mufid yang bermastautin kat bandar tun razak
  3. Ainul, sama dengan mufid
  4. Sofe, sponser pengangkutan pergi balik
  5. Kamrie, dari negeri pahang aman sentosa ke selangor
  6. mezah dan pasangan (next month plak)
  7. Ida, dari cheras- bangi- shah Alam
  8. Amy dari kelantan..
  9. Kudut, sama dengan amy dari kelantan
  10. Raihan dari kelantan gak (anak Amy dan Kudut)
  11. Daus dan Isteri dan Baby dalam perut
  12. Kimi dari kolej kediaman padang jawa
  13. Najim dari kedah.. mukim tobiaqqq ( tau tau betol ke tak ni )
  14. Zul dan cik tunang yang kami jumpa di pasar pagi..heee
  15. Aniz Anizar dengan kete myvi colur kuning (aniz pakai bumble bee)
  16. Yunus aka joe 
  17. zul aka shreek
  18. Muslih, datang jejauh dari JB tu..demi kembar terchenta
  19. CHEMBO - tetamu jemputan khas..
  20. Bob dengan pasangan.. 
sesapa yang nak berkenalan..
dari kiri berdiri : chembo, aku, kimi, najim, zul, mus, toto, aniz, joe(muka kene tutup)
mezah, kudut, daus, shreek
yang duduk tengah tu : Peijal and wife, Raihan
yang duduk bersimpuh tu dari kiri : sofeyanah, amy, ainul, musliza, manje,mufid

fuyooh..18 orang gak yang datang..
Hampir setengah gak la yang datang..kalau zuraida ada cukup 19 orang berkumpul..
tapi zuraida dah bawak diri ke korea...dia buat reserch kat sana da..
tak pe zu..
nanti nasi minyak aku ko makan la berapa periuk pun aku tak kisah..
tapi tak tau bila..

Ada yang tak jumpa hampir 2 or 3 tahun kot..
bila jumpa semua dah lain..
terutama aku ni macam makan apetton weight gain je..
cer tengok berapa semangatnye yang dukong baby tu

Well semua ada komitmen masing-masing kan..ada yang kene kerja, ada yang jauh,
ada yang berpantang..
macam cin chow..
dapat baby boy..
fuhh nasib baik hadiah sempat sampai..

Jadi peluang kenduri kendara ni la kita guna..
makan free, tak payah ada sesi open table..
pastu siap dapat door gift lagi.
siap buat pesanan lagi..
ko nak " cekelat" abis makan kita gi salam ngan mak pejal

Episode Reunion again dah start dari hari jumaat lagi..
Mufid, ainul dan musliza hari jumaat dah sampai..kesian dorang kene naik teksi datang umah aku..
aku tak mampu nak beli bumble bee lagi..hanya aku ada..megatron je..(Rapid Bus sehinggit sembilan puloh sen) sebab mereka-mereka ni ada kenduri rumah member dorang kat KL nuh..

pantang nampak kamere..

Mana nak dapat kat tempat lain bangun pagi-pagi ada bihun sup..umah aku je dapat tu
(belagak no!!! blog aku..suka hati aku la)
Sebenarnya malam tu dah aku rebus ayam buat sup..takut dorang lapar tengah-tengah malam..esoknye rebus bihun je..( bukan rajin sebenarnya..malas..kalau rajin ko siap buat nasi lemak lagi hu~~)
Cuti hari minggu aku tak ada la sunyi sangat 2 hari tu..
petang tu jejalan g PKNS..punya la lama aku tak masuk PKNS..masuk-masuk toilet dia da jadi toilet taraf hotel..siap keluar lagi..aku salah masuk toilet ke..( Ha betapa tak bejalanye perempuan ini...)
sebab hujan jalan-jalan kat SACC mall je..pau mufid seketul BIG APPLE..hehehe..
kelam kabut balik nak tengok bola..KEDAH vs FELDA..(sebab nak tengok baddrol je)..
mufid mengkhianati kawan sebab dia sokong Felda..pastu kata aku patut sokong FELDA gak..sebab FELDA tu pahang...mana ada weh...
pepagi buta ahad bangun gi pasar pagi, breakfast kat sana..cuci-cuci mata..pukul 11 kene balik coz nak siap-siap g kawen pejal..
budget-budget 2 kete je dari umah aku..sekali 4 kete da..
  • kerete amin (kawan ainul, mufid and sofi)
  • kerete kak farah (akak sofi)
  • kerete mizah
  • kereta sepupu musliza
Boleh pulak masa majlis aku boleh berbusiness gambar sekeping 2.50..hehehe...herge kawan-kawan..murah la tu..siap bagi royalti kat tuan rumah sekeping gambar free..Gambar tu ko letak mana pejal..ke ko ter'spin' sekali dalam mesin basuh?
contoh gambar dua hinggit setengah: 
sapa bekenan please contact me for the details..

dedicate khas untuk sepupu musliza sebab sanggup nak hangkut hadiah yang berat kemain tu..senget bahu budak tu..anda memang MACHO la..

Amy dan Yunus bawah Raihan datang...Raihan sangat comel..Baik sangat sesapa ambik diam je..
Raihan Comel
ni auntie letak satu gambar ni...

ALLAH bagi kita peluang untuk kita jumpa lagi..
Walau tak semua yang dapat datang..
ALLAH tak mengizinkan kita untuk jumpa semua sekali gus..
mungkin masing-masing keadaan dah berbeza, ada komitment lain.
Sekurang-kurangnya bersyukur,
sebab ALLAH meluangkan masa untuk
aku bertemu sahabat-sahabat ku..
Entah bila pertemuan seperti ini..kita tak tahu..
Mungkin lepas ini ada lagi..
atau
Kali ini..
kali terakhir kita tak tahu..
ALLAH lebih tahu..
Dari tulus hati aku berkata..
aku harap ukhwah kita tak akan putus...
andai kita tak ada masa dan peluang untuk berjumpa..
cukup kiranya teknologi merapatkan kita...
jalinan yang ALLAH anugerahkan pada kita..
harap jangan putuskan..
ye, aku  tahu aku pun tak sempurna..
jadi aku minta kawan-kawan ku ingatkan aku..
sebab aku takut..
andai satu masa ALLAH menganugerahkan kejayaan kepadaku..
aku takut aku jadi lupa akan insan-insan yang pernah hadir
dalam hidupku mengajar aku..ERTI HIDUP...
tolong ingatkan aku..
Jauhkan aku dari sifat itu..

OK..
ada masa, peluang dan ruang..
kita jumpa lagi..
Amin...




No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger