Pesanan Penaja

13 December 2010

6 tahun yang lepas..

Satu detik yang sangat bermakna dalam hidup..kenapa yer!!!
Sebab saya dah dalam dunia baru..dimana saya telah layak menjadi salah seorang pelajar universiti walaupun di tahap diploma..dan ia bukan kursus pilihan saya..
Sebenarnya cita-cita saya untuk menjadi seorang akauntan (setelah mendapat A1 dalam subject prinsip akaun sewaktu SPM tapi sememangnya sangat tak layak nak jadi akauntan coz..saya akan rambang mata apabila melihat angka yang banyak dengan $$$ di hadapan, dan ini terbukti di setiap subjek acc sewaktu diploma dan degree saya tidak pernah dapat A, dan sampai sekarang…saya mmg fail bab acc)
Ok seterusnya, sebenarnya hidup saya memang ditakdirkan untuk keseorangan, pergi kem PLKN sorang-sorang, masuk U sorang-sorang dan dah kerja pon sorang-sorang..dan saya telah dikurniakan banyak kawan, apa yang saya sentiasa sematkan dalam hati..tiada perkara yang kekal di muka bumi ini, ia sekadar pinjaman, semuanya adalah milik DIA.
Ok seterusnya, 3 tahun bersama.dari 2004 hingga 2007 banyak pekara saya belajar, banyak pekara yang saya kenal..dan banyak lagi la..
Kalau tulis pon sure akan panjang bederet..tapi kalau ade IDEA saya akan tulis..
Di sini apa yang saya ingin sampaikan, selepas 2007 saya sangat bersyukur coz hubungan kami-kami ini masih lagi akrab. Apa yang penting dalam sebuah persahabat adalah saling memahami, dan jika kita tak boleh nak suruh orang faham macam mana kita, tapi kita cuba faham orang sekeliling kita..win2 situation la kan.dan macam saya pernah katakan dalam satu perhubungan kadang kala DIA nak uji kita, jadi kita terima setiap ujian itu dengan lapang dada dan hari terbuka dan yang penting REDHA, selepas ujian itu kadang-kadang hubungan itu jadi menjadi semakin erat, dan kadang2 semakin rapuh dan itu sebenarnya dalam tangan kita, tapi kita sebagai manusia mampu berfikir untuk sama ada sesuatu yang terjadi adalah sebab musababnya..sebab DIA adalah peracang yang paling bagus dan baik..duri di hari ini akan jadi bunga d hadapan.Dan selepas 6 tahun usia pekenalan kami banyak pekara yang berubah termasuk dari segi berat badan ( itu saya la) dari seorang pelajar..kami pilih sama ada untuk sambung dan bekerja.Dan bagi yang bekerja, masa yang sangat sesuai untuk mengutip pengalaman.Dan bagi yang memutuskan untuk terus belajar akan pilih course yang diminati.Dan disini saya mengakui,silap saya yang paling besar, coz saya memilih sesuatu yang saya rasakan salah.tapi saya tidak perlu salahkan sesiapa coz itu saya sendiri yang pilih, dan saya percaya ada hikmah disebalikanya. Dan selepas menamatkan degree dalam tempoh 2 tahun kami melangkah kesatu tahap..iaitu bekerjaya@ berfamily@ untuk menjadi pelajar lagi.
Dan di tahap ini apabila anda melihat orang disekeliling anda mempunyai kerjaya yang mantap dan mempu memiliki asset sendiri ia satu tekanan di saat saya hanya ada rapid KL.Dan bagi yang memilih untuk berkahwin dan dimurahkan rezeki dengan mendapat anak-anak yang comel, dan itu juga satu tekanan disaat saya tiada sesiapa ( kita ni perempuan apa mampu kita buat nak, melainkan tunggu). Dan bagi yang menyambung pelajaran ke tahap master ia juga satu tekanan di saat saya cuma ada sekeping ijazah tapi saya tidak gunakan di dalam bidang saya.
Dan kita manusia perlu tunggu dengan sabar mungkin ada sesuatu yang masih belum betul dan cukup pada kita kan.dan kita perlu memperbaikinya.

gambar 1: beratur untuk majlis konvokesyen diploma tahun 2007

gambar 2: perjumpaan kali pertama,untuk berbuke puasa sama2..

gambar 3: sehari sebelum konvo degree

gambar 4:majlis kahwin kawan ku..konvoi 3 kereta dr shah alam

gambar 5:makan sate di kajang, dan selepas tu jalan2 ke putrajaya.

gambar 6: ramadhan tahun ini..

gambar 7: yang paling terbaru setakat ini

2 comments:

  1. Jln hidup y kita lalui sekrg adalah mmg ditetapkan utk kita.bukannya org lain.
    Tidak perlu dikatakan aku telah salah pilih,kerana mmg itu y telah dittpkan oleh Allah swt kpd kita di mahfuz lagi.
    Kehidupn kita sekrg adalah y terbaik utk kt sbb itu Allah swt ttpkan utk kita.
    Allah swt lebih tahu apa yang terbaik utk kita...walaupun kita rs tak baik utk kita.
    Tak semestinya apa y kt rs terbaik utk kita adalah terbaik utk kita krn Allah swt lebih tahu apa y terbaik utk kita.
    Kita akan nmpk hikmahnya.cuba cari hikmah Allah swt itu d setiap kejadian dlm hidup kt.

    ReplyDelete
  2. thankz amy, aku berpegang pada ALLAH merancang sesuatu yang lebih baik untuk aku, apa ada aku sekarang, apa yang aku miliki sekarang, aku REDHA..dan aku percaya ada sesuatu buatkan di hadapan nanti..
    duri hari ini, mungkin akan jadi bunga untuk hari esok..

    ReplyDelete

Powered By Blogger