Pesanan Penaja

02 December 2010

SETAHUN yang lepas...

sekejap jer da setahun, dalam setahun banyak pekara yang aku belajar,banyak pekara yang aku rasa.. banyak pekara yang aku lalui..
banyak sangat, tapi aku rasa tu tak cukup..aku perlu terus belajar..aku perlu terus kuat..
setahun yang lepas, dah rezeki habis degree awal, tp masih tak dapat degree hingga bulan 10, start dari awal cari kerje, semua keja di apply walaupun guna diploma..alhamdulillah telah dipanggil interview di uitm, untuk jawatan research assistant officer, walaupun hanya sekadar second interview..
selepas itu masih terus mencari, hingga kepada interview yang x boleh pergi, interview di UiTm semua telah ku cuba.
tapi betul kata orang, itu semua rezeki. Hingga ke program2 latihan lepasan ijazah aku apply, dan rezeki dapat mengikuti program GEMS di terengganu.Tapi terpaksa ku tolak kerana dekat dengan tarikh konvokesyen ku..kata orang ni la masa yang penting, saat naik ke pentas untuk terima ijazah dengan pakai jubah..itulah saat yang terindah, walaupun setelah kali kedua ia tetap lain.
Dan selepas sebulan ku telah dapat bekerja sebagai RA,walaupun hanya untuk 2 bulan..aku da sangat gembira, tapi seperti orang lain kata langgit tak selalu cerah.kita tak boleh jangka apa yang berlaku..dan ditakdirkan rezeki aku tiada di situ, sedih sangat-sangat. Saat untuk bagi tahu mak ayah kau tentang kekecewaan yang berlaku sangat la sukar, dan sebab kekecewaan itu,aku nekad untuk datang ke Shah Alam.Terima kasih untuk seorang sahabat yang perkenalkan aku dengan tempat ini, dengan tiada pengalaman aku nekad pergi interview, dan rezeki aku aku dapat..
dan sampai sekarang aku disini..disini banyak pekara yang aku belajar, banyak pekara yang aku dapat lihat,dan aku harap ia dapat mematangkan aku.
disini aku jadi semakin terbuka, dulu aku bagai dalam kotak sekarang aku cuba untuk keluar pada kotak walaupu tidak sepenuhnya.
Dari hari pertama aku kerja aku bagai berjumpa dengan insan pelik, atau aku yang pelik..tapi sebenarnya mereka tidak pelik, mereka istimewa.
selama ini aku di kalangan budak2 sains, tak pernah pun cuba keluar untuk kenal orang lain, dan sekarang aku tercampak bersama budak2 seni, budak2 yang mementingkan susunan, aturan dan ketelitian.
saat kali pertama masuk di dunia ini aku rasa bagai hendak lari, tapi ALLAH kuatkan semangat ku hingga sekarang.
dan aku syukur, mengenali mereka satu pekara yang terindah dalam hidupku..



No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger