Pesanan Penaja

02 December 2011

cerita dah basi anak-anak harimau..

entry paling lapuk di dunia..
cerita tiga minggu lepas kot..cerita sempena sukan sea..
nak ucapkan terima kasih TV3 sebab sudi sediakan rancangan paling laris di abad ini..boleh melawan kisah juvana dan cinta alesya..dan sebagai peminat tegar TV3 yang tak mampu untuk melanggan ASTRO, dan akhirnya tahun ini kami dapat melihat perlawanan bola dengan bewarna..excited sangat..
ia adalah cerita 'BOLA'
rentetan peristiwa..
masa ni dekat office, serius aku tak malu mengaku aku yang menjerit paling kuat kat office tu..sampai adik-adik praktikal tu pun excited tengok aku yang mejerit..tengok jam pkl 6.30..wa..tak boleh jadi ni..nak kene balik nanti bus tinggal..dalam hati tu memang bedoa agar anak-anak rimau ni menang..pastu sampai di bus stop, driver bus join sekali tengok bola..wa..jeles2..
then lepas tu tv3 dah ada sediakan siaran langsung kat tv3 dah..kalau tak silap hari ahad kot, pkl 5 ptg..nak tido sanggup kunci jam..takut terlepas..dan anak-anak rimau tu manang lagi..
lepas tu kalau tak silap malam pulak..yang ni masa lawan indonesia..teringat ketika borak dengan cik shida..
shida: rasa-rasa oak boleh menang tak
aku: koi rasa macam susoh je nok menang
tapi terbukti anak-anak rimau tu tetap dah menang..then dapat ke separuh akhir..
masa separuh akhir, sanggup kunci jam nak tengok bola sebab takut tertidor kan..sangggup lawan mata yang mengantuk semata-mata nak tengok anak-anak rimau ni main..dan alhamdullillah..anak rimau telah menang sekali lagi..
dan..
anak rimau telah ke final...
masa ni aku penah cakap kat shida, kalau dorang kalah pun tak ape..aku redha..dah sampai final dah..kira bagus..
tapi sepanjang 90 minit pertama, jantung aku sentiasa berdebar, macam dating pertama kali (tapi tak penah pon, propa je)mulut tu sentiasa berdoa..bagilah dorang menang..first gol yang indonesia berjaya masukkan..serius aku rasa, aku rehda kalau malaysia dah kalah..dan tetiba satu gol yang penuh dramatik dari Malaysia..aku rasa macam tak percaya..aku tampar muka aku..betolla dah gol..dan sampai lah gol-gol yang dikatakan outside..tapi sampai sekarang aku tak faham..outside tu macam mana..then masa tambahan 15 minit..hati aku sampai terdetik..cukup-cukup lah tu...kesian dorang dah penat sangat...lepas tu 15 minit masa tambahan kedua...aku tengok shida dah tidor..aku tetap semangat memekak sampai budak kat rumah ni pun dah lari keluar dengar suara aku yang macam speaker pecah ni.aku bersyukur sebab penentuan dari sepakan panalti..setiap kali malaysia yang buat sepakan..aku pejam mata moga-moga bola tu bolos..then masa indonesia sepak aku bukak mata luas-luar sambil berdoa, bola tu tak bolos..dan saat yang paling menjadi fenomena apabila untuk sepakan yang terakhir, pakcik-pakcik dan abang-abang kat bawah ni sama-sama menjerit nama apek! apek!apek! dengan berharap agar apek dengar dan penuh mendapat semangat dari sahutan seluruh rakyat malaysia dan malas la cerita..anda tahu apa pengakhiran setelah 120minit. dan di tiba-tiba cik shida bangun..dan tanye dah menang ke, macam mana boleh menang.aku tak tahu nak cerita macam mana, tapi tetiba dia bertanya "Kenapa oak menangis" lepas tu aku jawab "terharu..kita dah menang" dan esoknya selepas setahun aku telah membeli surat khabar kembali setelah kali terakhir aku beli sewaktu harimau melaya menang piala suzuki.aku seorang yang tidak menyokong industri surat khabar di malaysia.then selepas itu anak-anak rimau ni ada pulak pelawanan untuk kelayakan untuk pra olimpik.aku yang hanya duduk di rumah ni pun dah letih nak bersorak.ini kan pulak dorang yang main tengah padang..macam mana?? kali ni, aku terpaksa berusaha keras untuk mencari siaran TV 1 dengan sabar, dan aku melihat bola sambil terbaring dan berkelubung di dalam selimut yang sangat tebal..dan anak-anak rimau yang keletihan..tewas..dalam hati berkata..takpe dorang penat sangat tu..then hari ahad, dengan penuh kesabaran, mencari siaran untuk tv1..dan bermulalah perlawanan dan malas lah nak cerita..anak-anak harimau ni kalah lagi..tapi serius kali ni aku tetap tak terima hakikat kita dah kalah..aku tido..tak nak fikir..tapi aku tetap teringat..kenapa kita kalah..kekecewaan aku sama macam terengganu kalah dengan negeri sembilan..kenapa terengganu kalah.aku sokong terengganu sebab bendera sama warna dengan bendere pahang je..tapi aku tetap kecewa..then tiba-tiba aku berfikir HERO MEMANG KALAH DULU..dan aku telah terima hakikat walaupun pun HARIMAU MUDA tewas tapi aku akan tetap jadi peminat harimau walaupun aku sebenarnya tak tahu peraturan permainan bola sepak..
sekarang aku mula mengenali apa tu bola sepak..bak kata orang-orang tua..tak kenal maka tak cinta..dengan setiap kali membuka FB aku membelek page-page yang berkaitan dengan bola sepak, membuka surat khabar dari halaman belakang untuk mengetahui berita-berita sukan, dan menjadikan lagu-lagu bola sebagai lagu kegemaran ku..

dan aku rasa..

bola ini yang menyatukan kita, bola ini yang mendekatkan kita, bola ini yang membawa kita erti perjuangan dan pengorbanan, bola ini yang mengajar erti kehidupan..dan hidup pun macam bola jugak..kita berusaha untuk mengejar matlamat tapi satu masa kita harus lepaskan dan sempurnakan matlamat itu dan kadang kala kita perlu berikan pada orang lain untuk sempurnakan nya..kadang-kadangkita tak boleh berseorangan untuk capai matlamat itu..kita perlukan orang-orang sekeliling kerana banyak lagi halangan yang boleh menghancurkan matlamat kita..dan ingat selagi belum wisel penamat dibunyikan tiada istilah kita dah menang..pelawanan tetap hingga ke akhir dan jangan pernah mengalah..dan jangan salahkan orang lain sebab matlamat kita musnah ditengah jalan..insyaallah, ALLAH mahu anugerahkan satu matlamat yang lebih bagus untuk disempurnakan..kita tak tahu..tapi ALLAH MAHA MENGETAHUI..

fuhh dah habis cerita anak rimau untuk bulan ni..inilah entry yang paling panjang sekali kot...kalau tak snggup baca jangan klik..nanti anda akan bosan sebab cerita-cerita bosan kak tipah nie..

Nota kaki: setelah seminggu ni hidangkan dengan perlawanan bola sepak, pada satu malam aku nak tidur, dan macam biasa la cuti-cuti sekolah ni budak-budak ramai main kat bawah tetibe aku dengar, "FAKRI boleh tak ko lari laju sikit" lepas tu "FAHMI ko jaga la bola tu elok-elok" lagi satu "NAZMI, lari laju2" ku tampar muka aku lagi..akum mimpike..aku tengok kat bawah..dorang tengah main bola rouders (entah betol tal ejaan) @ bola lisut..agaknya yang dibawah tu the next generation anak-anak harimau.

harapan::berharap..adalah lah anak-anak rimau yang sesat sudi baca entry kakak yang melalut ni..kalau bapak harimau baca pun lagi okey (sambil buat muka berharap puss in boots)bacala..bacala..bacala


note: oak tu adalah loghat pahang sebagai kata ganti awak..harap maklum..

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger