Pesanan Penaja

31 December 2011

Good bye 2011, welcome 2012

fiyuu..sedar tak dah 2tahun aku dengan hidupsikupu2 @kupu2 terbang ni..mula-mula cadang nak tukar nama jugak..macam geli je kupu2 ni, then lepas tu tak terfikir nama yang sesuai lagi..saya seteruskan seperti sediakala..
sekarang ni 31.12.2011 iaitu birthday cik shida..dan bakal menjadi puan shida untuk tahun hadapan..satu hari tu dia buat ayat sedih pagi-pagi buta, tapi saya tak layankan sambil buat lawak bodoh, sebab kalau dilayan pasti ada cerita air mata di pagi hari..tapi sebenarnya kata-kata cik shida tu memang betul..saya cuba bayangkan hidup saya tanpa dia..mula-mula pn faz tukar kerja ke pahang, kemudian pn ct kahwin nasib baik masa tu cik shida ada..jadi saya cool..dan kali ini tiba-tiba saya macam tersedar kalau cik shida dah kahwin..saya macam sorang-sorang..tapi tak kan kita nak halang perkara yang baik pulak kan..itu tidak adil.. setiap orang ada kebahagiaan masing-masing..

Dugaan kewangan
Tahun ini tidak seteruk tahun lepas, masih boleh menyimpan.dan terus beringat sewaktu susah..dan saya sentiasa berdoa rezeki untuk saya sentiasa ada..

Dugaan dari segi mental..
memang sebenarnya agak berat dugaan dari segi emosi, ada kalanya rasa macam dah putus asa..tapi sebenarnya jawapan yang saya kene ambil adalah dengan terus bersabar..

dugaan dari segi fizikal
kenapa saya tak bole kawal lagi nafsu makan saya..bila anda sedar kebanyakan kain-kain anda tersa ketat..itu bermaksud anda dah terlalu gemok yer..

misi tahun depan..
Nak belajar lagi, bukan sambung belajar, saya dalam perancangan nak buat ijazah kedua dalam pengurusan sumber manusia, seperti perancangan awal, saya akan apply dalam bulan decenber dan kalau saya layak akan mendaftar pada Mac 2012. Tapi, kita hanya merancang, tapi ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk saya..maka atas sebab teknikal..saya tak hantar permohonan tersebut..

apa yang saya mahu tahun 2011, tapi saya tak dapat..
1. Laptop saya dah jahanam dan saya perlukan yang baru..tapi saya kene beringat..duet simpanan saya sewaktu masa kecemasan - ok, tak beli..tahan2..

2.saya nak handbeg baru, setiap tahun saya akan menjahanamkan handbeg saya..memang akan selalu putus, dan saya saya ptuskan nak beli yang berjenama..tapi adake yang berjenama harga RM 50 kebawah..anda memang kedekut..

3. Kamera polaroid-sampai dah mimpi-mimpi dah nak kan benda tu..tapi kalau beli benda tu, tapi tak ada duit nak makan.macam mana tu..

4. Jersey Malaysia colour kuning..bukan biru yer..memang dah teringin sangat, tapi masih tak ada masa nak pergi cari, sibuknya hidup saya..

Ha dah list dah tu.. sesiapa yang berniat nak bagi hadiah kat saya..jangan pening-pening..saya dah bagi barang-barang saya nak..

Apa yang manis tahun ni..
1. Kawan-kawan saya dah banyak bertukar status, ada banyak cerita manis-manis mereka..dan tahun depan..sehingga tarikh ini sampai bulan 5 dah ada kawan-kawan yang kahwin, so saya kene pospone 2013 la macam ni..
2. saya tak tahu apa yang merasuk jiwa dan sanubari saya, saya dah terlampau meminati bola sepak sekarang..terlalu minat..saya suka bola or suka orang main bola tu..saya pun tak tahu..tapi sebetulnya kemenangan harimau muda dalam sukan sea tahun ini macam megajar saya, jangan mengalah..terus berusaha..demi maruah kita..dan mission saya saya nak jadi pemain ke 12 (penyokong) untuk pasukan harimau melaya..

dan pesanan awal tahun..
selamatkan Harimau kita, jangan biarkan ia pupus..

Tak ada apa yang saya azamkan..saya nak hidup ang lebih baik dan saya nak jadi lebih tabah dan kuat dalam menempuh dugaan dari tahun sebelumnya..itu saja.

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger