Pesanan Penaja

21 February 2012

Kegilaan yang kita tak boleh jangka...

Assalamualaikum..

Permulaan kata, kadang-kadang, bukan selalu ye..
aku buat sesuatu yang aku pun tak sangka aku telah buat..
dan lepas dah buat tu terfikir..
kenapa aku buat macam tu..
kenapa?
kenapa?
dan
Kenapa!!

Contohnya..
contoh yang paling teruk pernah terjadi..
Waktu belajar kat UiTM jengka dulu-dulu, aku and geng (bunyi cam samseng je kan) perlu menghadirkan aktiviti di DSB@ dewan sejuk beku..on d way tu, untuk shortcut kami perlu melangkah satu longkang yang agak besar..dan kami memang dah biasa aktiviti lasak macam ni..sorang-sorang langkah dah berjaya..tapi waktu aku nak langkah..aku dah rasa aku tak mampu untuk melangkah dengan penuh keyakinan..tapi akal
gila ku tetap memaksa aku melangkah..dan
aku sedar aku dah berdiri secara statik dalam longkang yang tak ada air tu..
kalau korang baca ni..korang sure gelak tak ingat dunia kan..

Contoh yang sering-sering terjadi..
banyak kot,
merancang..aku nak buat benda ni,perlu buat..tapi..aku buat benda lain
bercadang nak makan sup ayam, tapi order nasi ayam..
nak gi giant, tapi aku naik bus gi PKNS..
nak ikut jalan senang, tapi aku ikut jalan jauh..
isi borang keje, nak isi no telefon sendiri tapi terisi no telefon orang lain( lagi mati bila no tel tu aku terisi nio tel bos aku)
nak telefon bos aku, tapi aku tertekan no tel ayah aku..
yang paling teruk sekarang..
nak tido awal (perlukan tido yang cukupo untuk wajah yg berseri-seri) tapi saje tido lewat gak..
nak basuh baju..letak baju dalam mesin basuh tapi tak on kan..
nak masak nasi ayam, tapi beli ikan..
fuhh penatla nak list kan senarai pekara-pekara yang tak jangka boleh tejadi..macam mana kebiolan ini boleh terjadi dalam hidup aku pun sampai sekarang aku tak tahu..

Contoh yang paling aku tak sangka akan terjadi..
Kali pertama aku berminat untuk mengikuti satu kuiz, yang aku pu tak agak boleh menang..dan tetiba aku nekad..yang aku nak menang..tapi aku nak menang t-shirt je tapi aku dapat lebih dari sehelai t-shirt..tapi akal gilaku tetap menyebabkan tangan ku gatal menekan dan antara pemenang terpantas untuk satu soalan yang paling susah di dunia (padahal budak 3 thn pun tahu nak jawab)..
ni ha buktinya


ini kelemahan aku..dan aku percaya setiap makhluk di muka bumi ALLAH ini, semua tak sempurna..cuma mereka je yang pandai sorok kelemahan mereka..dan orang macam aku secara terusan akan nampak memang 'LOST'..sebab memang kekemahan aku nampak ketara.Tapi aku bersyukur sebab aku tak memaksa diri aku menjadi sesorang yang terlalu sempurna sehingga menyiksa jiwa raga ku (ayat mana hang cilok ni). Aku masih mahu mencuba jadi diri aku sebenar, smile and laugh!!aku cuma mahu kongsi rasa bahagia aku..dan aku tidak mahu kongsi rasa sedih aku, sebab rasa sedih ini tidak akan mempengaruhi keadaan sekeliling hidupku..tapi kebahagian aku bagai memberi keistimewaan kepada keadaan sekelilingku..
kita sebagai manusia hanya sebagai seorang perancang dan ALLAH adalah pengatur untuk kita, sesempurna mana kita cuba untuk merancang tapi andai DIA tak izinkan..tetap tak berjaya..andai sesuatu rancangan itu hancur ada sebab musababnya..mungkin kita belum bersedia..mungkin kita belum cukup kuat..kita tak tahu..tapi DIA tahu..

fuhh..cukup sudah membebel malam ni..

okey-okey segment khas!!!
Kawan saya ni baru buka butik online dan saya adalah seorang pelanggan terawal (belagak anda yer)jadi untuk memberi sokongan saya menyeru(macam ayat PM dah) rakan-rakan bloger sekelian..ringan-ringankan lah tulang untuk like fanpage ini..memang harga yang di tawarkan agak murah dan designnye simple tapi menarik..
So sila sokong sahabat saya (SSssss)

Kalau bukak FB tu taip 'Mosimoosh' saya tak boleh nak share link la..budak baru belajar

Arigato ghozaimas!!!
xiexie!!

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger