Pesanan Penaja

13 February 2012

ikan keli, kacang botol & nasi lemak..siapa Ingat ???

Assalamamualaikum..
macam mana tengah malam yang tenang ini, tiba-tiba boleh keluar perkataan L.A.P.A.R

aish..bercita-cita mahu diet macam mana nie kalau pada ketika pukul 10.38 malam, anda tengah bercakap pasal makanan.Bab makan-makan ni pun memang boleh jadikan kenangan kan.

nak di jadikan cerita, tengah hari tadi saya, kak nita, zana dan my little girl my bos a.k.a zetty pergi merantau ke sek 15 (kalau tak silap) kat pak su tu..nekad tak nak ambik ayam dah sebab dah muak tengok ayam..dan saya terpandang ikan keli berlada dan kacang botol yang segar yang dikelilingi sambal-sambal yang beraneka jenis..

dan tiba-tiba..

Automatik..

Teringat..

menu Cafe Kolej Siswi, UiTM jengke..
Dimana itulah menu yang sangat digemari oleh seluruh warga UiTm kolej siswi jengka
setelah saya melakukan survey di kalangan rakan-rakan FB (syok sendiri ni)
Ikan keli sambai Hijau tambah kacang botol dengan nasib panas.Menu itu yang telah berjaya membesarkan aku di jengka selama 3 tahun, selain dari menu-menu dewan makan.
Sememangnya sekitar tahun 2004-2007 kami telah menjadi insan yang bernasib baik kerana masih lagi mempunyai kemudahan dewan makan, di mana kami telah disajikan dengan makanan 'free' untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam. walau dah disediakan menu yang lengkap pun menu Cafe kolej siswi tetap menjadi pujaan hatiku..

antara menu yang popular di Cafe Kolej Siswi adalah (ceng ceng ceng)

No 1: Nasi putih + Ikan Keli Sambal + kacang Botol
Teringat lagi kadang-kadang pergi cafe dengan perasaan bekobar-kobar untuk mencari menu pilihan.Tapi balik dengan muka kecewa..tapi kalau dah pergi makan pukul 3 memang la tak ada makanan.itulah nasib si pelajar kan

No2 : Nasi lemak bungkus, yang dijual dengan harga seringgit.kegemaran Awin, ada sekali tu dia makan dua sekaligus tau, tapi dia sangat beruntung sebab kalau makan sampai 5 bungkus pun dia tetap maintain macam awin juga..tak akan jadi macam saya..saya dengki tau.Di sebabkan harga yang murah, RM 1 untuk sebungkus jadi sapa tak nak beli, ia sangat sesuai untuk kedudukan kami sebagai seorang pelajar yang eksyen tak nak makan kat dewan makan.

No 3: Nasi goreng / Bihun goreng + kacang botol di goreng dengan hati ayam.
Menu ini di gunakan sewaktu 'BRUNCH'(thanks zue, sebab betulkan, pepandai guna istilah sendiri kan) gabungan sarapan pagi dan makan tengah hari, kalau dah cuti sabtu ahad, kelas pun tak ada, dan selepas subuh kami mengunakan masa dengan sebaiknya dengan Tidur (kalau mak call tanya tidur lagi ke?, suara ketika tu serak-serak basah yang memang bangun tidur terpaksa di ceriakan seperti suara sedang mencuci pakaian..hahahah..kalau tak cover nanti mak cakap..tak elok tidur lepas subuh nanti rezeki susah masuk)ok sambung balik cerita. Kalau dah bangun sekitar pukul 9, pastu pergi mandi dan tepek-tepek bedak sikit..akhirnya pukul 10 baru siap..sarapan pagi di dewan makan dah habis dah..nak tunngu lunch boleh teguling-guling macam Tengiling..jadi menu untuk lunch kat cafe pon tak siap lagi jadi rembat apa yang ada..

ada lagi menu sampingan yang menakluk kalbu seperti kentang dan tempe kesukaan si dayah tempe, orang kampung Badd ni suka betol makan tempe dgn kentang belada tu sampai lekat cik piah bagi nama yayah tempe.
Roti john kat Kompleks siswi, yang kalau nak beli kene beratur. Nasi air or bubur nasi..saya kalau bercerita pasal makanan sentiasa ingat tapi bab pelajaran haru je..
kalau la saya boleh menghafal setiap apa yang pensyarah ajar seperti menghafal menu-menu makanan kat dewan makan mesti saya telah dapat anugerah dekan kan..tapi malangnya..otak saya sangat efektif kalau menghafal menu-menu makanan je.

Kenapa tak makan kat dewan makan??
sapa kata tak makan, makan la saya ni muka menghafal menu makanan la..menu makanan akan ditukar setiap 2 minggu sekali.jadi menu yang agak-agak sedap tu memang saya akan hafal la kan..macam nasi goreng dengan telur mata, nasi minyak dengan ayam masak merah, nasi goreng dengan ayam goreng, nasi lemak.Memang harus diingat la..rugi tu..

kadang-kadang kalau makanan tu tak menepati selera saya, sanggup naik gi beli lauk pastu bawak gi dewan makan tu..punya la demand dia ni..kalau waktu rasa nak makan ramai-ramai terutama bulan ramadhan kami akan tapau dan makan dalam bilik sambil borak-borak sehingga satu masa kami sedar ia adalah satu pembaziran masa, jadi kami terus je turun dan tunggu sehingga berbuka dan berbuka disitu.

Kalau ada menu yang best untuk makan pagi, sebelum pergi kelas tempat wajib adalah dewan makan, balik kelas nampak pintu dewan dah tenganga tempat wajib gi dewan makan..malam kalau menu best tepat wajib dewan makan..ingat nak pegi kene bawak kad makan tau..supaya tak ada orang makan 2 kali..heheheh begurau je..

dekat Jengka ni, kami tak bayak hiburan jadi tempat yang agak-agak best untuk merayau adalah pasar malam Jengka.Kalau nak tengok orang ni dating dengan siapa kat sini pun boleh juga tau..hehehehhe..kalau pergi tu dapat beli keropok sepuluh sen satu, sambil tunggu.. pakcik tu bagi rasa dulu..jadi apa lagi wajib rasa..biarpun dah lima..pastu dapat kuew tiaw cik wan..biarpun orang ramai nak beli, tapi kalau nampak muka cik wan yang tersenyum sambil mengacau mee dalam kuali sambil mengigati pesanan-pesanan pelanggan..dua jam beratur pun tak pe..sebab dia kacak (hahahaha..dah naik gedik dah..)
dapat dua benda ni cukupla..pastu balik naik bus UiTM jimat tu..

sebab makanan kami rapat, dan terlalu rapat..selalu tukar-tukar makanan terutama kalau balik dari bercuti..lepak sama-sama..serius rindu sangat saat itu..borak-borak
saling bahan membahan..korang selalu bahan aku pun tak ape..sebab bukan suka tapi kalau aku marah kalau korang bahan aku, korang akan terasa hati, pasti nanti tak nak kawan dengan aku..so tak kan aku sangup hilang kawan yang selalu susah senang dengan aku kat sana selama 3 tahun kita kat sana kan..sebab aku rasa lepas korang bahan aku..korang akan kene bahan balik kan..hahaha..ia macam roda..kalau tak boleh gurau gi blah la kan..

Dan apa yang mampu saya cakap..Korang adalah kenangan terindah dalam hidup aku..

NotaNotaNota::sapa ingat daging masak seliper..hahahha..

2 comments:

Powered By Blogger