Pesanan Penaja

22 February 2012

10 Sebab!!

Assalamualaikum..

Dah lama dah terfikir untuk menulis, tapi bila login blog, tulisnya benda lain juga,
tapi kali ini memang perlu tulis (aku akan cuba menulis dengan penuh berhati-hati sebab nak elakan sebarang kesalahan ejaan)

10 sebab kenapa saya menulis blog/ mewujudkan blog ini.

Pertama..
saya bercita-cita untuk menjadi penulis tapi aku tahu aku bukan la seorang penulis yang baik, kerana aku dapati aku gunakan ayat-ayat yang salah, dan kadang-kadang main hentam je labu,kalau cikgu BM aku tahu mesti sedih kan..kenapa jadi macam ni, tu la masa cikgu ajar main-main kat belakang.

kedua..
aku nak kongsikan apa yang aku rasa..Kat FB tak best, macam kita paksa orang untuk baca, kat sini sapa yang terklik je dapat baca..kan..kan..kan

ketiga..
aku nak kongsi pengalaman hidup aku..aku nak bagi tahu orang lain yang aku ni bekas pelajar SMKSB, bekas pelatih PLKN 1 intake batch 3 tahun 2004, bekas student wood tech dan saya bekas student furnitech..hahhahah

keempat
aku nak 'mempoyokan diri aku' dengan menulis tentang madah-madah kata yang kalau aku
baca sendiri pun aku terfikir macam mana aku boleh tulis benda ni..

kelima
kalau aku tetiba hilang ingatan, blog ni boleh jadi reminder aku.

keenam
aku nak kawan-kawan aku ingat balik memori aku dengan mereka di sana,dan aku nak bagi tahu aku tak pernah lupakan mereka

ketujuh
aku nak kumpul kawan-kawan baru..

kelapan
aku nak ingatkan diri aku sendiri..jangan pandai cakap je tapi kita sendiri yang buat

kesembilan
aku nak cabar diri aku mencuba sesuatu yang lain..

kesepuluh
senang aku nak melalut sorang-sorang, sebab saat ketika macam ni semua orang dah tido dan tinggal aku tekontang-kanting..

okeh dah puas, kalau tak cukup nak tambah lagi sepuluh..(tak la..tipu je,ni pun nak berat kepala dok pkiq..uish)

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger