Pesanan Penaja

10 February 2012

inspirasi...

kali ini tulis tajuk siap-siap sebab entry sebelum ni boleh pulak tertinggal tajuk..

Terlalu mengantuk tapi masih teringgin update blog, yang seminggu sekali di update ni..
kalau ada 'Mr Lappy' sendirikan, tiap-tiap hari akan aku update .Itu la janji kita kalau kita tak dapat sesuatu barang tu lagi, tapi kalau dah dapat, janji entah kemana.Sebab tu sebelum menutur sebarang kata-kata kita kene fikir sebab kadang-kadang boleh disalah ertikan sebagai janji, lepas yang bila kita tuntut akan timbul ayat "Ada janji ke" tak pun orang yang berkata-kata tu akan buat-buat lupa dan buat tak tahu macam dia tak ada janjipun.insan yang rasa tertipu ini pun akan rasa, senangnye kau tabur janji kan.

kadang-kadang saya sendiri pun tak sedar yang saya ada menabur janji, saya takut ayat penyataan saya akan di salah ertikan menjadi janji. Dan saya pula seorang manusia yang memang senang lupa ini pula akan terus lupa. Umur tak ada la tua lagi tapi selalu mudah lupa.Sebab tu, sekarang ini saya cuba menceburi bidang SUDOKU..sebab ada orang kata SUDOKU baik untuk daya ingatan dan ia akan membuatkan saya lebih fokus..(anda Rasa???, dan kalau anda dapati ada lagi ejaan yang salah, ini bermakna kadar kefokusan saya masih belum berada di tahap yang baik)

Janji dan lupa..senang je kan..dah janji pastu terlupa..tak cakap kat sesiapa pun, cakap kat diri sendiri pun ada gak,entah mengapa di malam yang hening dan di penuhi suara kanak-kanak ini tetiba nak mengomel pasal janji..

Tolong mengomel pasal sesuatu yang menginspirasi kan semua orang membaca..

Dalam sepanjang kehidupan ini saya selalu melihat apa di keliling saya, sewaktu dalam bus saya gemar melihat insan-insan lain di kiri dan kanan, bukan sebab nak pandang-pandang kot-kot ada artis ke, player football ke. Orang yang blur macam saya ni kalau baddrol bakhtiar lalu sebelah pun bukan perasan, nama je peminat (tak guna betul), jalan main syok sendiri je..kalau terperasan pun pastu dalam hati was-was, bukan tu kot..

Seorang manusia, hanya mampu melihat apa yang terjadi, tapi kita tak tahu di sebalik apa yang terjadi. Kita kecewa dengan apa yang terjadi, tapi kita tak tahu di sebalik itu apa hikmahnya, kita sentiasa tertanya-tanya sampai kita tak terjawab, tapi semua yang berlaku memang ada jawapan, jawapan tu tak datang bergolek, ia datang selepas dan itu kita pangil "HIKMAH"

Kita hanya manusia, nampak yang telah terjadi, tapi DIA, pencipta kita lebih tahu apa yang akan terjadi. kalau merungut ini bermaksud kita tak redha, jadi diam, ambik masa dan berfikir. Kadang-kadang syaitan itu lagi cepat bertindak dari akal, belum sempat akal mentafsir dah ada makhluk mencucuk terus kita punya hati akan berubah..

jadi saya cuba memandang apa di sekeliling saya sebagai satu peroses pembelajaran untuk mematangkan saya, saya cuba berfikir, saya cuba menganalisa, dan saya cuba buat kesimpulan.

Tapi kadang-kadang kesimpulan itu tak seperti apa yang dijangka dengan keputusan.

NotaDariHati::hanya berkongsi apa yang saya rasakan, tiada kena mengena dengan sesiapa pun, tapi peringatan untuk semua dan diri saya.Terima kasih kepada sesiap yang terKLIK dan terbaca blog saya, saya bukan sesiapa saya hanya insan biasa, hanya hanya mahu berkongsi pandangan saya dalam erti saya sendiri.. Terima Kasih
Tapi inilah inspirasi saya, kenangan saya, dan H.I.D.U.P saya.

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger