Pesanan Penaja

14 May 2012

Bukan Senang...

Assalamualaikum...

Bukan senang nak jadi senang...bukan susah nak jadi senang..
apa yang aku merepek di saat jam menunjukkan jam 11:16 malam ni..

kepala asyik berpusing nak memikir macam mana nak start..
dan kalau dah start tu susah pulak nak behenti kan..

Dua tiga menjak ni aku rasa macam kurang rehat sikit..sebab tido pon agak lewat.
sabtu tu dah dekat 3 minggu asyik pergi office..tapi sebab aku masih belum ada
apa-apa komitmen lagi jadi aku bebas la sikit..memang hidup tanpa komitmen ni macam bahagia je..tapi sebenarnya orang yang tak ada komitmen ni kadang kala rasa kosong..

kadang-kadang dengar officemate bercerita pasal anak-anak dorang rasa macam nak ada anak juga..
pastu bila dukung anak orang ni rasa macam nak ada anak sendiri..

tapi bila kita lihat yang indah-indah ni kita tak lihat apa yang disebaliknya..
memang susah untuk jadi seorang mak, ibu, umi or mama atau seangkatan dengannya..

contoh terdekat..mak saya..anak 6 orang dan jarak kami adik beradik lebih kurang 1 hingga 4 tahun je..
 umur aku 2 tahun, aku dah dapat adik..dan macam tu la yang seterusnya sedar-sedar dah ada 6..

bilik teringat balik zaman-zaman dulu, aku beruntung sebab mak tak kerja, jadi sarapan, makan tengah hari, dan malam memang tentu ada..biarlah hanya cekodok tepung dan ikan gorang je..tapi itu dah sangat cukup untuk membesarkan aku sehingga aku jadi sebesar sekarang..

bila aku lihat diri aku sekarang, pergi kerja jam 7.30 pagi..balik 7,00 malam..makan ikut suka hati..sabtu ahad makan apa yang ada dalam peti..kalau aku ada anak..aku rasa anak-anak aku bakal kebuluran..yang aku takut bapak dorang siap bawak mak baru lagi jaga dorang..aku tak sanggup..

tapi realitinya bukan senang nak jadi emak sebenarnya..anak lagi..suami lagi..kalau yang bekerjaya tu..kerja lagi..bila aku lihat kawan aku sendiri yang jadi emak ni lagi aku faham istilah membina keluarga tu..suami ibarat arkitek..macam mana dia nak design sesuatu produk tu..emak umpama kontraktor utama..dia yang berusaha untuk memastikan hasilnya berjaya tetapi masih mengikut acuan arkitek tadi..dan anak-anak adalah produk..

bila aku lihat kawan aku sendiri yang telah jadi emak..pangku anak semasa tido..kebas gak kaki tu kot..bila makan ramai-ramai..gilir-gilir pegang anak..nak makan biar anak kenyang dulu..bangun tengah malam layan karenah anak.. kadang-kadang aku terfikir..sebenarnya ALLAH nak sediakan diri aku untuk menjadi seseorang yang bersedia untik menjadi isteri dan ibu..jadi aku haruslah bersabar..so siapa yang tanya status aku..harap korang faham apa yang aku cuba sampaikan..heee

sempena minggu kedua pada bulan may setiap tahun..aku akan cakap kat mak aku 'selamat hari ibu' dan mak aku senyum..dan aku kesempatan ini aku nak cakap kepada emak saya, bakal emak mentua saya (aku masih belum tahu sapa lagi), kawan-kawan saya yang telah menjadi emak, ibu, mama atau umi dan bakal menjadi, dan kepada ibu-ibu yang ada dalam dunia ni..anda sangat istimewa sebab anda dah jadi ibu..dan anda berpeluang menjadi ibu..

'prince charming' setiap wanita adalah lelaki yang hormat dan sayang ibunya..sebab lelaki ini akan hormat kita sebagaimana dia hormat ibunya apa bila kita hormatkan mereka (ayat berbelit-belit dah)..jadi lelaki yang bila ditanya siapa gadis di sebalik tulang belakang lelaki itu, dan lelaki itu menjawab "wanita itu berketurunan melayu dan dia adalah ibu saya" sangat so sweet, dan bila dia kata "i love u mak" lagi bertambah tambah sangat sangat so sweet..jadi jika anda (lelaki sahaja) yang ada ciri-ciri tersebut sila isi borang ok..

tetiba aku bengang dengan celcom sebab hantar masage wish hari ibu 2 kali kat aku..nak je aku reply..
"hey sengal, aku tak kawen lagi la"

Waktu sangat cemburu, dan 'Bro2' kat bawah dah mula diam..fan MU malam ni mimpi ngeri..dan esok macam ada orang bakal ngamuk...waktu yang sesuai untuk tido sebab esok dah keje..nanti nak sambung entry kenduri kawen..INSYAALLAH...

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger