Pesanan Penaja

25 May 2012

akak-akak kawasan melawat kawasan...

Assalamualaikum..

Tajuk macam samseng nak pergi pow orang je kan..
Hari jumaat, lunch hour lama sikit jadi kak ngah, kak der dan adik su telah mengambil keputusan untuk melawat kawasan yang telah dijaga lama oleh kak long otai dan kak teh..ibarat kata.. macam YB masuk kampung la kan..dah abis melawat kawasan bagai..perut berkerongcong nyayi lagi keroncong buat Rokiah
(ade ke tak lagu tu sebenarnya...) jadi, dah abis melawat kawasan pergi la memenuhkan perut yang dah mula kosong..restoran pertama kita orang pergi, bila sampai makanan dah habis..hua.. frust..sebab hari ni hari jumaatdan restoran tu dekat dengan masjid memang cepat licin la makanan kan..then kami decided nak pergi tempat lain..dok pusing...pusing..aku perasan sesuatu..oyeh..nampak kedai FENDI IKAN BAKAR..wah..terus excited..dalam hati dah lama teringin nak makan ikan bakar kat sini lepas kak ati ajak makan dulu lepas usaha nak makan meat ball kat IKEA sia-sia gara-gara tak ada tempat parking dan orang penuh gile kat food court..
Tapi bila sampai kat kedai..kedai tu...kedai tu..kedai tu..kedai tu..tutup la pulak..frust den..dan kami decided makan kat mana-mana kedai yang bukak sebab dah kebuluran sesangat..dan waktu pun dah jam 1:30 petang..
hua!! opis kat shah alam, lunch kat Kelana Jaya..ni kalau ayahanda kawasan tetiba buat 'wakenabeb' masuk office tepat jam 2:30 petang tak ke naya!!! mahu bedesing telinge aku kene bebel walaupun sejak dua menjak ni wa macam dah jadi kebal dengan bebelan..
Bila dah siap makan semua, sekali tengok jam 2:10 dah mustahil boleh sampai Shah Alam tepat jam 2:30ptg kan..
Tetiba sampai kat office. huh!! selamat...ayahanda tak jejak kawasan lagi..sia-sia wa terlebih gabra..
yang penting selamat akak-akak ni..

Dulu biasaje buat peragai masuk lewat ni...tapi sekarang kami dah insaf dan tak masuk lewat dah lepas lunch..
heeee....

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger