Pesanan Penaja

09 October 2011

JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA

nak menyapu blog yang bersawang dan boleh menyebabkan selesema sampai ke tak tidur malam dua tiga hari ( tak ada la sampai tahap macam tu)

susah nak dapatkan mood untuk melalut sorang-sorang depan laptop ni(laptop pinjam ye..coz laptop sendiri dah jahanam).Kalau dekat office plak nak menaip ni baru dapat idea...KAK TEHA NAK KETAS BARU..KAK TEHA MESIN PHOTOSTAT ROSAK..KAK TEHA TU!! biar la kadang-kadang tu tak buat kerja sangat..tapi janji keje siap ok..

nak bagi tahu ni..umur kita dah cecah 25 okey..bukan 20...bukan 18..dan bukan 23..bak kata mummy siti dah boleh pakai OLAY TOTAL EFFECT DAH!!!
dan setuju tak wahai orang-orang di luar sana..kita akan rasa lain bila umur kita dah jadi suku abad ini...

dulu masa zaman muda mudi selalu berangan...bangun pagi-pagi masa besday ader kek atas meja..pastu tiba-tiba ada orang buat suprise..pas tu hadiah banyak..(sebenarnya saya ni suka tengok benda yang berbalut dengan kertas hadiah..kalau balut kotak kosong pn bagi saya..saya rasa happy sangat)

tapi itu hanya cerita donggeng..tak ada sesiap yang aih yang nak buat macam tu...

memang tak berharap pun ada sesiapa yang buat macam tu..tapikan angan-angan tu perlu..

dan sekarang pada umur ini rasa terlalu banyak benda yang harus di fikir..kadang rasa malas fikir tidur dengan harapan pagi esok segala yang difikirkan akan hilang..agak-agak hilang tak?? memang hilang sebab dah terlupa kejap..pastu kalau ingat dia menyerang balik...dan begitulah hari-hari berikut..sampai bila nak setle kalau dok kumpul-kumpul je..jadi saya cuba harungi segala apa yang saya fikirkan dengan tenang..dan kalau tak tenang saya lari balik kampung..uih best..best..

sebenarnya nak share..lagi meningkat umur kita lagi banyak pekara yang berlaku di sekeliling dan banyak perkara kita perlu fikir..kadang-kadang kita tak boleh fikir tentang diri kita jer..kita kene banyak fikir pasal orang-orang sekeliling kita.. tak nak berdepan bemakna kita hanya biarkan ia menjadi makin teruk..jadi hadapinya..tekanan tu macam sesuatu yang tak sedap dalam makanan..dan kita cuba tukarkan ia jadi sesuatu yang sangat sedap...boleh tak..

kadang-kadang tak boleh kan...sampai satu tahap kita rasa bosan..masa tu sila pergi ke kedai-kedai buku berhampiran dan carilah buku-buku yang boleh memberi motivasi pada kita..

saya ada buku "JAGANLAH BERSEDIH!! JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA" buku tu sebenarnya tak habis pun lagi..saya baca sikit-sikit hehhehehe..

jadi hadapi segala masalah dengan dada yang lapang..cakap kepada masalah..COME TO MAMA..

notakaki:: hidup setiap orang berbeza-beza..jadi masalah pun berbeza-beca..cara menyelesaikan pun berbeza-beza..kalau sama bermakna masalah tu tak jadi susah lah..sebab kita boleh copy&paste je..dan lama-lama kita jadi bosan kan..so besyukur dengan adanya masalah sebab ALLAH menjadikan kita bertambah kuat..saya cakap bukan untuk nasihat orang lain..tapi pada saya sendiri yang selalu cuba nak lari dari masalah dan masalah itu telah kejar saya kembali..camno tu..fikir fikirkan lah..

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger