Pesanan Penaja

14 March 2012

All in One

Apa dia all in 1 ni..

wahh..aku perasan dah blog list aku dah cecah 13 blog da..

hoyeh..hoyeh..segmen pesanan penaja..hari ni aku nak review setiap blog yang ada dalm list aku..

1st: Blog kawan-kawan masa diploma..
orang pertama yang aku kongsi blog aku selepas setahun blog aku wujud, biasa la mula-mula kita ni kurang berkeyakinan je nak berblog ni kan..ini blog amy , selapas amy besalin hari tu dia jarang sangat nak tulis entry, dan aku sms dia
"woit, bila nak buat entry baru, ko punyer blog dah berkulat dah" dan selepas itu dia dah buat
entry baru...hoyeh
ini blog lina, dia start menulis setelah tengok aku ada blog sendiri, dan selepas aku share cerita-cerita sewaktu zaman diploma dulu, dan sekarang dia menulis, jadi aku akan terus bagi semangat kat dia agar terus menulis..dan kalau setahun dia tak update blog dia..aku nak hantar sms 'lina, ko punyer blog dah merajok sebab ko jarang jenguk dia" ha ha hahhh

2nd : blog ex officemate
mula-mula kami kongsi blog yang bermanafaat bersama-sama, kemudian dia pun cakap dia ada blog lepas tu kami pun share-share la blog masing-masing, dan tiap kali ada blog best kami akan kongsi..ini blog kak atie , dia rajin update blog gak, jadi aku tak yah bagi sms suruh dia update blog dia..heee
ini blog yatie, dia start berblog ni masa nak masuk satu pertandingan kalau tak silap..lepas tu dia terus berblog tapi sebab dia ni seorang gadis yang busy jadi kadang-kadang setahun 3 kali je dia update..dan aku akan sms dia.."bila nak update blog ni"

selain dari blog rakan-rakan, dalam list blog aku ni ada juga aku selitkan blog-blog yang boleh ingatkan aku, aku ni iman sekangkang kere je (tiru ayat en zack zuhairi, sapa dia ni? jap lagi aku cite) pastu blog tu aku bolehla kongsi-kongsi dengan rakan-rakan sekalian..jadi kita kongsi sesuatu yang baik-baik kan..tak minat cheq nak share blog gosip-gosip ni..nanti dosa pun kene share2 gak..share pahala aku nak ( peringatan::dosa pahala, kita tiada hak nak tentukan)

ini blog-blog yang selalu ingatkan aku pada yang satu..
1.http://sisfaeez.blogspot.com/ baru je follow 2 hari lepas..yang ini pun share-share dengan kak ati..
2.http://www.serikandiku.com/ blog kak elis, bukan setakat kongsi ilmu agama je, tapi kadang-kadang memberi motivasi pada aku..aku suka follow blog dia..
3.http://sebarkanbahagia.blogspot.com/ yang ni pun bagus gak..
4.http://faizalondon.blogspot.com/ blog kawan kak ati..best..tengok pengalaman orang belajar luar negarakan
5.http://farahinlee.blogspot.com/ yang ni pun best..sapa tak kenal dia ni kan..cerita pasal lili dia sangat comel

kadang-kadang nak hilangkan tension, jadi disini adala satu dua blog yang boleh hilangkan stress anda ..bukan setakat hilangkan tension buatkan aku jadi macam kurang normal pun boleh gak..
1.sila taip kumbang jingga .. aku suka layan blog en kumbang sebab bahasa dia sopan sikit, kadang-kadang aku elakkan baca blog ni di pejabat sebab akan menyebabkan aku senyum sorang-sorang depan pc..dan mereka akan cakap ko ni gila ke apa
2. sila taip realiti konspirasi blog ini aku jumpa 2 hari lepas..minggu ni aku aku keseorangan di office jadi aku bacala blog en ni..dan setelah baca aku tak boleh stop...bukan setakat tak boleh stop tapi aku juga ketawa sorang-sorang kat pejabat tu..nasib baik la memang tak ada orang..kalau tak mesti kene lagi dengan dorang..huh..

dan ini blog ex schoolmate aku dulu..syafinaz .. pastu blog cik jejar yang mengajar aku apa itu ketabahan dan hikmah disebalik musibah..

jadi..

ni la teman aku ketika bosan..

so kalau bosan sila la klik sekali..

Puan-puan/Tuan-tuan/Cik-cik tuan punyer blog..saya share kan blog-blog anda semua sebab saya nak share sesuatu dengan pembaca setia saya (ada ke pembaca setia saya..)..

dan kepada kawan-kawan yang listkan aku dalam blog dorang..terima kasih..tu saja yang aku mampu cakapkan..sebab kadang-kadang menulis ni pun kene ada semangat..bila ada orang yang mengingatkan kita suruh update blog kita..kita akan ada semangat untuk menulis..bila kita tengok followers kita bertambang sorang rasa nak meloncat je, bila kita tengok kita punya traffic blog meningkat walaupun 10 je, kita rasa nak senyum je..walaupun sebenarnya kita yang dok klik sendiri..apa da..

jadi kepada sesiapa yang berminat untuk menulis, teruskan aspirasikan apa yang korang rasa sebab ini lapangan korang..lukisan korang..

jadi...

buat rakan-rakan teruskan menulis..kalau lama tak update blog aku sms korang "woit, blog korang dah berkarat dah, cepat bersihkan"


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger