Pesanan Penaja

19 March 2012

PLKN part 1..

Assalamualaikum..

sekarang 11.40 malam...dalam masa 20 minit lagi waktu tempatan aku kene tidur..sebab nak kekal 'Beuty' la konon-kononye..sebenarnya tidur yang cukup mampu membuatkan kita nampak lebih berseri, bertenaga dan lebih confident..(ye la tu..layankan~~)

malam-malam ni tiba-tiba je memori terbuai masa waktu-waktu PLKN, first batch 2004, intake ke-2..Kem Sg Semuji Gambang dan Universiti Malaya, kolej ke-7 (kolej za'ba)..sapa yang kenal aku..angkat tangan!!!!

Mula-mula 'check' list nama..'Kome' the gang nama aku je yang sangkut..hak lain tu tak ada pun..dalam hati ni tefikir kenapa nama aku sorang dok lekat ni..x aci..x aci..aku tak abis belajar lagi nak jahit baju ni..(waktu lepas abis SPM, aku ingat nak belajar repair komputer, tapi atas nasihat timbalan menteri a.K.a emak..dia suruh aku belajar menjahit, walaupu saat itu aku dah pandai jahit baju sendiri walaupun tak sekemas mana kan..aku sebagai anak yang patuh (tak payah nak poyo) ikutkan je..)

lepas check nama tu, senarai nama bebudk PLKN ni akan keluar dalam surat khabar, ini bukti yang nama aku ada masuk dalam peper gak tau..(huh~~belagak), aku tengok-tengok budak SMKSB cuma ada beberapa orang je..luluh hati nak pegi..

Hari yang di nanti, aku nak jadi seorang yang independent itu nekad aku..selama 18 tahun aku tak pernah berpisah lama dengan family..basuh baju pakai mesin..makan mak masak...pusing depan belakang adik-adik sendiri.. tetiba satu saat aku kene berpisah selama 3 bulan..dengan aku tak kenal sesiapa pun..aku tahu aku tak setabah mana..aku rembat kain batik mak aku..sebab aku rasa kain tu ada bau dia..kalau aku rindu aku peluk la kain tu..sampai sekarang kalau tak silap kain tu ada ngan aku..

Akhirnya, masanya tiba jua... aku daftar diri naik bus..pastu ada seorang girl ni datang duduk sebelah aku..mata di cepet-cepet..muka dia senyum je..dia bagi tahu nama dia akma..dia yang banyak cakap dengan aku. Mungkin dia nampak aku macam tak pandai bergaul..jadi dia yang banyak start borak-borak dengan aku.. dan aku terharu 'Kome' the gang datang siap bawak hadiah lagi..terharu lagi dorang bagi sabun lux..dengan tettttt..malu la nak cerita..

Sepanjang pejalanan, akma yang banyak cakap..dia ni kalau pikir-pikir balik macam cik piah tora..a ah la..baru aku perasan..sampai kat camp, beg kami digeledah..check la, takut bawak senjata merbahaya..pastu beratur ambik baju, but yang seberat 2 kilo, setokin, tuala, seluar track, baju t-shirt, mewah la..dalam 4 pasang kot..tudung pun orang sponser..tudung masa tu colour hitam lagi..siap ada butang lagi tak payah bak pakai kerongsang..

Ok stop dah pukul 12.00..nanti kita cerita lagi..

sebenarnya nak cerita, tahun lepas aku berpeluang untuk jadi jurulatih khas untuk seminggu PLKN ni..aku dah ikut join kursus dah, tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan aku tak dapat join..aku punye la excited nak join..sampai tiap-tiap malam aku practice jadi cikgu..tapi tak ada rezeki, betapa excited aku nak gambarkan aku bakal jejak kem PLKN semula selepas hampi 5 or 6 tahun aku tak jejak biarla bukan kem yang sama. tapi aku nak nostalgia PLKN aku kembali..dan sekarang kalau ada peluang pun maybe dah susah la..sebab bos aku tak akan bagi cuti seminggu terus macam dahulu kala dah..

Untuk akma, aku ada no tel rumah ang ja.. tu pun aku tak cuba telefon pon.. aku ingat masa kat UM ko MC dekat 2 minggu sebab ko kene apendics (betul ke aku eje ni.)..aku tak tau ko kene operate.. lepas ko datang balik baru ko cerita kan..ko kat mana sekarang..ko ugut aku kalau aku tak contact ko..ko nak suruh aku turun 5...nanti kalau kita berpeluang nak jumpa aku redha je kalau ko nak denda aku...kalau ko terbaca dan ko terasa ko lah akma yang aku cari..dan kenal dengan fatihah samsudin..budak itam yang gemuk sewaktu plkn ni..ko cepuk la aku..sebab ko kawan pertama aku dalam PLKN..

akma where are u...cemana nak cari orang terpisah ni kalau gambar pun tak ada..

part 2 : akan disambung insyaallah...

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger